Hasan : Pengenalan

PENGENALAN

Aku merupakan seorang doktor perubatan yang telah dipindahkan dari sebuah hospital
besar ke sebuah hospital daerah.
Kisah ini berlaku lebih kurang 7-8 tahun yang lepas. Kisah benar yang telah menjadi
sejarah hitam dalam benak mindaku.
Hasan, nama yang aku gelarkan kepada salah seorang pesakitku. Pelbagai kisah yang
berlaku di antara aku dan Hasan. Melalui detik-detik hitam sepanjang aku bertugas bersamanya.
Aku mengambil masa 7-8 tahun untuk cuba mengembalikan keyakinanku semula untuk menulis
secara terperinci satu persatu dari kisah yang pernah aku alami.
Perkara yang amat sukar buatku apabila aku terpaksa mengimbas semula kisah itu dan
menulis satu persatu jalan cerita itu. Aku mengambil masa selama 7 bulan untuk menyiapkan
cerita ini agar ianya boleh menjadi salah satu koleksi yang aku boleh kongsikan kepada yang
lain.
Kesemua nama dalam watak cerita ini, bukanlah nama sebenar. Mereka mahu
dirahsiakan di atas sebab-sebab peribadi. Nama-nama tempat dan lokasi telah aku ubah untuk
mengelakkan salah faham dari pihak yang lain.
Kini hospital daerah itu telah pun dikawal rapi dengan beberapa pendiding oleh ahli
ilmuan agama yang pakar. Sejak aku tinggalkan hospital itu, aku tidak lagi mendengar apa-apa
kisah mistik yang berlaku lagi. Ianya disahkan selamat.
Aku dedikasikan novel ini untuk kedua mak bapa, isteri, Nuru Syuhana, dan kedua anak
lelaki, Ezachry dan Ezarev yang selama ini memberi sokongan moral dan masa tak lupa juga
kepada semua ahli keluarga.
Aku juga ingin, mengambil kesempatan untuk dedikasikan novel ini kepada Hasan
(bukan nama sebenar).
Aku berharap, dengan tulisan ini, kita sama-sama dapat mempelajari sesuatu
daripadanya. Ingatlah, sebaik-baik pelindung, adalah dari yang maha ESA.

Apa Pendapat Anda?

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.