HASAN PART 6

BAB 6
PENDUA

Pagi tu aku runsing, runsing seribu pertanyaan.

Kenapa aku?

Adakah orang lain turut kena?

Siapa yang buat panggilan tu?

Kenapa Azim renung pohon besar itu?

Siapa penolak kerusi roda?

Siapa pula orang kedua pada malam itu?

Semua persoalan ini tidak dapat aku kaitkan lagi. Aku mula jadi lebih ingin tahu dan nak korek sampai lubang cacing, angkara apakah ini?

Persoalan yang aku nak cari ialah gangguan ini lebih kepada satu hospital atau secara spesifik kepada aku sahaja? Bukan aku yang tebang pokok belakang tu. Ada yang kata jangan percaya, syirik semua tu, namun aku terfikir juga.

Sekali lagi aku tegaskan, dari kecil aku diajar untuk tidak percaya perkara ghaib. Pantang ayah aku kalau aku cerita pengalaman orang lain.

“Ah jangan mengarutlah. Perasaan je tu, atau orang sengaja buat-buat cerita. Ayah tak nak dengar lagi apa-apa cerita hantu, faham?”

Sejak itu aku mula rasakan semua cerita yang pernah aku dengar adalah bohong belaka. Sengaja di ada-ada kan. Aku tak percaya langsung selepas itu.

“Sebab tu ke aku jadi mangsa kali ni?” bingung lagi.

Pagi tu selepas aku bersiap untuk bekerja, aku pun terus ke Wad 5 dan Wad 6 yang di bawah jagaan aku. Segala masalah atau kematian, aku yang akan dipertanggungjawabkan. Seperti biasa secara rutin aku akan buat rondaan wad untuk periksa setiap pesakit di dalam wad.
HASAN / 33

“Doktor, kusut je saya nampak hari ni. Baju pun compang-camping,” tegur misi Zahra.

“Malam tadi sibuklah, kak. Busy, banyak patient. Tak dapat tidur cukup ni,” aku jawab.

Misi Zahra pun mulalah membuat rondaan wad dengan aku.

Semasa kami meronda dari satu katil ke katil yang lain, tiba-tiba timbul satu persoalan, lantas aku bertanya, “Kak, malam tadi siapa shif malam Wad 5 dan Wad 6, ya?” tanyaku.

“OK sekejap saya periksa jadual. Nanti saya periksa buku pass over skali, ya”

Berdebar juga aku tunggu jawapan misi Zahra ni.

“OK doktor, saya dah semak dan semalam Wad 5, Kak Azi dan Kak Mah yang bertugas, manakala Wad 6 pula, Kak Noriah dan Kak Ina. Kenapa doktor tanya?”

“Oh, semalam tiada staf lelaki yang kerja ya? Azim kerja bila?”

“Azim cuti seminggu. Minggu depan, hari Rabu baru dia masuk balik,” jawab misi
Zahra.

Ah, sudah. Aku tak rabun dan yakin malam tadi tu adalah Azim. Dari cara berdiri, lepas itu janggut sejemput, memang kena sangat dengan deskripsi diri Azim. Tiada staf lelaki lain untuk Wad 5 atau Wad 6.

Dah la pening memikirkan masalah pesakit, nak fikir pasal ni lagi. “Kak, jom kita sambung katil belakang pula,” ajak aku.

Masa tu di Wad 6 selalunya kes kronik, kes sakit yang berpanjangan. Antara kes di Wad 6 yang selalunya diletakkan di belakang adalah kes AIDS/HIV.

Aku pun pergi kepada pesakit ni, Hasan (bukan nama sebenar) namanya. Muda lagi, umur baru 34 tahun. Malangnya telah dijangkiti HIV yang menyebabkan AIDS. Acute immunodificiency syndrome (AIDS) ni adalah penyakit yang semua sedia maklum, tiada penawar spesifik melainkan rawatan untuk mengurangkan simptom demam, sakit, gatal badan, luka busuk, cirit-birit dan lain-lain.

HASAN / 34
Jangkitan ini menyebabkan tahap imunisasi dan antibodi kita menjadi lemah, lalu badan tidak mampu melawan segala kuman yang menyerang badan kita. Pendek cerita, Hasan ni dah berminggu lamanya terlantar. Lemah longlai.

“Assalamualaikum, Hasan. Hari ni awak OK tak? Dah ada selera sikit?”

“Kak Zahra, pagi tadi awak tukar lampin dia, masih cirit-birit lagi ke?” tanya aku sambil menggodek sukatan IV drip.

“Pagi tadi masa saya tukar, nampak masih ada lagi sikit cirit-birit.”

Tiba-tiba Hasan bersuara sambal tersenyum ikhlas, “Terima kasih doktor, temankan saya malam tadi.”

Kak Zahra mula pandang aku, aku pandang Kak Zahra semula. Makin debar aku dibuatnya. Tak pasal-pasal dari rasa mengantuk terus aku segar semula.

“Hasan, semalam saya datang tengok awak tu jam berapa ya agaknya? Saya lupalah, maklumlah penat sangat,” aku sengaja tanya agar tidak nampak mencurigakan. “Malam tadi doktor datang lebih kurang jam 12 malam. Doktor perhati saya dari hujung katil. Lepas tu doktor pergi ke kerusi hujung sana tu, dan duduk. Doktor tenung je luar tingkap, sampai saya tertidur. Sewaktu saya terjaga dalam jam 5 pagi, saya lihat doktor masih duduk di sana. Lepas tu saya tertidur semula. Risau juga doktor kat saya, ya? Agak-agak bila saya boleh sihat semula? Penatlah cirit-birit macam ni,” jawab Hasan.

“Oh iyalah, maaf Hasan. Saya tak perasan, agaknya saya tidur nyenyak di kerusi hujung tu. Itulah saya risau ni keadaan awak. Awak kena pastikan cukup minum dulu. Makan sikit pun tak apa. Saya akan pastikan hidrasi awak bagus guna drip air, tapi awak kena bantu saya untuk minum lebih ya,” jawab aku sambil keliru.

Hasan ni saja nak menakutkan aku ke apa ni?

“OKlah, Kak Zahra. Nanti akak ikut je apa yang saya tulis dalam fail pesakit. Pastikan IV drip cukup, pastikan dia minum air juga, suapkan banyak kali pun tak apa, janji air masuk. Akak make sure ikut arahan ni ya,”

IV drip normal saline, 5 pints over 24 hours Monitor urine output and sugar level Charting fluid input-output Vital signs every 2 hourly x 3, if stable then 4 hourly.
HASAN / 35
Encourage orally Continue medication. Inform STAT if hypotension, hypoglycemi or tachycardia.

Aku pun keluar dari wad penuh kebingungan. Nak cari jawapan lain, persoalan baru pula timbul. Siapa pula yang teman si Hasan ni?

Aku pun terpaksa mengiyakan, takut nanti ganggu emosi Hasan. Sudahlah dia seorang di belakang, badan dah lemah, nak bangun jalan pun tak boleh. Nanti kalau dia meracau, aku juga yang susah.

Petang tu sebelum pulang, aku terserempak dengan Pak Leman di pondok kawalan.

“Pak Man! Tunggu sekejap, nak tanya sikit!”

“Semalam Pak Man nampak saya berjalan ke rumah mayat tu, kami jalan rapat atau berjauhan?”

“Pak Man nampak dia betul-betul di belakang kamu, pakai baju putih macam uniform MA(dressar).”

Haih, makin berderau. Sampai bila dia nak ikut aku ni? Kenapa aku? Pergilah kacau pengarah hospital ke, pemandu ambulans ke?

“Kenapa tanya soalan tu?” tanya Pak Leman.

“Tak ada apalah, Pak Leman. Saya ni sejak dua menjak ni pelupa. Saja nak check staf mana kerja malam tadi,” ujarku.

Makin bingung, boleh hilang akal ni. Azim cuti, Hasan kata aku teman dia, Pak Leman kata aku berjalan dengan dressar.

“OKlah Pak Man, saya balik dulu. Nanti jumpa lagi ya! Esok petang kita pergi minum kopi. Ada cerita saya nak kongsi ni.”

Aku pun pulang, macam biasa nak kemas baju. Haih, ni aku balik rumah ni, entah apa lagi entah nak datang. Aku pun cepat-cepat pulang ke rumah, nak kemas barang sementara hari masih terang.

HASAN / 36
Aku masuk rumah, aku jalan perlahan mengintip bilik tamu. Dah tak ada seruling tu. Biar benar. Hairan BETUL!

Hari terang, sekurang-kurangnya taklah takut sangat. Syukur aku tak diganggu petang tu. Aku membuat keputusan untuk tidur di hotel. Iyalah, seganlah nak tidur rumah Zam lagi. Nak tidur rumah sendiri, macam tak berani pula.

Aku pun check-in di satu hotel betul-betul di bandar Mering yang ada pemandangan sungai sebelah pasar. Fuh, aman dan damai. Lega hati, walaupun malam ni aku seorang diri. Hotel ni pun ramai orang, taklah takut sangat. Ada genglah juga.

Malam tu, seperti biasa, jam 10 aku da baring nak tidur. Tutup lampu dan tak sampai 5 minit aku dah terlelap.

Kringggg! Kringgg!

Telefon bimbit aku berdering jam 2 pagi. Aku terjaga, panggilan dari Awi, staf Jabatan Kecemasan, terpapar di skrin telefon.

Awi ni antara dressar yang aku rapat. Kami punyai minat yang sama; minat kereta dan ubah suai kenderaan. Awi geng Honda, kalau dia belanja bunyik ekzos memang bingit — PRANGGGGG!

Kalau lepak dengan Awi ni memang sampai ke pagi. Kalau aku on-call, Awi pula shif malam dan kalau takde kes, kami biasanya pergi ke bandar untuk lepak minum di kedai mamak. Tak kira jam berapa sekalipun.

“Eh si Awi ni nak apa telefon pukul 2 pagi. Aku tak on-call-lah hari ni,” tapi aku jawab juga panggilan tu sambil aku mengintai ke arah tingkap.

Titisan-titisan air di cermin mengaburi sinaran dari luar. Semakin lama semakin kabur, makin suram cahaya terbias ke dalam bilik aku. Hujan tadi yang renyai makin lebat.

“Hello Wi! Ada apa telefon pagi buta ni?”

“Bos on the way nak pegi wad ke tu? Rajin benar! Takkan nak tengok pesakit dekat wad pagi buta ni. Tadi saya panggil, bos tak dengar. Bos tak on-call hari ni, kan? Kenapa tak duduk di rumah saja? Bos, ada benda nak tunjuk ni! Jomlah pergi minum dulu,” bebel si Awi.

“Kau jerit panggil aku ke tadi?” aku curiga.
HASAN / 37

“A’ah, saya jerit. Bos toleh tapi jalan terus. Tak sahut pun. Itu yang saya telefon ni. Jomlah pergi ngeteh sekejap. Hujan-hujan ni pekena air panas, syok sikit. Saya nak tunjuk barang baik ni,” kata Awi.

Branggggggg! Branggggggg!

Guruh berdentum nyaring. Percikan prisma cahaya BIRU PUTIH yang berkilap masuk ke biliku disusuli dengan ritma gegaran guruh.

Di dalam bilik hotel yang aku sangkakan selamat dan selesa, kini tampak suram, sunyi dan sepi. Ditemani biasan cahaya lampu jalan dari luar dan bunyi guruh yang berdentum konstan, mata aku terbeliak kejang. Aku tergamam. Jantung berdegup laju. Pulsa terngiang ditelinga. hujung hari kaki sujud ke bumi

Bila pula aku ada di hospital?

Aku dapat merasakan ada sesuatu yang tak kena.

“Hello! Hello!”

Teett teett teetttt!

Aku terus tamatkan panggilan.

Tak sanggup lagi aku nak bayangkan. Bingung segenggam lautan.

Aku rebahkan semula jasad ketar ini. gigil sejuta sel badan. Meremang? Rasanya dah nak tertanggal segala bulu-bulu.

Selimut aku tarik menutupi sampai ke mata. Badan mengiring menghadap pintu masuk sambil tangan menyeluk di bawah bantal. Aku pejam mata sekuat-kuatnya, berharap cepatlah muncul matahari pagi. Tiba-tiba…

Shhhhhh… Shhhhh! Datangnya dari hujung pintu.

Ah, apa pula kali ni? Aku genggam bantal sekuat hati dan buka mata sedikit, mengintai. Anak mataku tertancap pada satu bayangan. Bayangan di antara cahaya yang masuk dari celahan bawah pintu. Kali ini, aku tiada jalan keluar.

HASAN / 38
Pernah tak kalian kena, tiba-tiba satu surah apa pun tak ingat? “Allahuma bariklana..,” eh macam pelik je ni. Terkumat kamit, aku hampir baca doa makan.

“laillaha illallah, Allahuakbar,” itu sahaja ungkapan yang aku mampu ulangkan.

Ya Allah, Kau duga aku sekali lagi.

Advertisements

Apa Pendapat Anda?

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.