HASAN PART 5

BAB 5
PANGGILAN BILIK MAYAT

‘Aku nak tidur mana malam ni?’ ungkapan yang terdetik dalam fikiran aku setelah diuji dan diperkontang-kantingkan malam tadi.

‘Tidur rumah Zamlah macam ni. Nak ajak Chaku teman, dia dah balik JB awal sangat
pula”

Oh ya, Chaku tu adalah rakan sekerja merangkap junior aku semasa di universiti dari Rusia dulu. Crimea University asalnya atas jajahan negara Ukraine, tapi baru dua tiga tahun lepas dijajah semula oleh Rusia. Chaku ni nama samaran dia, nama panjang dia Kamarul Ariffin. Dia memang terkenal dengan bakat seni, bukan sahaja pandai menulis, tapi pandai melukis dan juga hebat dalam mengayat awek-awek terutama adik- adik misi muda di Hospital JB.

Malam aku on-call masa cerita Bab 1 tu, kebetulan dia datang ke Mering. Nak cari ilham katanya, tapi aku agak ini mesti kes putus cinta kot. Aku pula on-call, itulah siapa suruh tak roger awal. Tapi tak apalah, sekurang-kurangnya dia dapat menumpang di kuarters aku percuma. Tak perlu bazir bayar bilik hotel.

Tepat jam 5: Teeettt! aku punch card untuk pulang. Biasanya lepas je waktu kerja, aku pasti akan ke pantai Air Papan ditemani Vitara buruk pacuan 4 roda yang sangat praktikal untuk aku parking di hadapan pantai sambil buka pintu belakang. Aku ada tilam kecil untuk berehat sambil menikmati pemandangan yang sangat indah. Bukan tilam kecil sahaja, kerusi lipat dan set memancing pun ada. Kalau sempat aku akan memancing di Jambatan Tenggu. Port siakap liar tu!

OK, berbalik pada cerita tadi, hari tu aku memang tak ada mood. Ada rumah, tapi perlu merempat, jadi aku memutuskan untuk pulang ke rumah untuk mengemas beberapa pakaian untuk dibawa ke rumah Zam.

Setibanya aku di rumah jam 5:30 petang, aku pun masuk macam biasa, tapi tak sama seperti hari-hari sebelumnya. Aku sebagai tuan rumah mula rasa was-was untuk masuk ke rumah sendiri. Nak tak nak, aku perlu masuk dan berkemas juga. Aku pun jalan terus ke bilik aku, sambil mengintai di bilik tamu yang pintunya separa tertutup.

Dalam langkahku ke depan, aku patah balik langkahku dua tapak kebelakang. Aku toleh dan mengintai semula.
HASAN / 23

‘Eh, bila masa pulak ada seruling atas meja solek bilik tamu?’ detik hati aku.

Tapi, aku malas nak fikirkan. Mungkin peninggalan saudara atau ibu bapa aku yang pernah datang melawat sebelum ini.

Aku pun terus masuk bilik. Bersiap untuk mandi dan berkemas. Kali ini aku mandi tak tutup pintu. Lantaklah bukan ada siapa nampak pun. Janji aku yakin yang aku tidak terperangkap di dalam bilik air masa aku mandi tu. Hanya kedengaran terjunan air pancut yang deras tepat ke mukaku. Bila kita dah terkena sekali, mungkin kepekaan telinga ku menjadi makin tajam, aku terdengar.

Tiuuuuuu tiuuuuuuuuuu!

Bunyi siulan datangnya dari bilik tamu, tapi aku tak menyangkal apa-apa masa tu. Aku teruskan mandi dan aku cepat-cepat masuk ke bilik untuk berkemas. Jam pada waktu itu hampir 6:30 petang. Hari makin malap dan dalam rumah mula gelap.

“Ah, tak apalah, aku pun memang nak berkemas lepas tu nak pergi rumah Zam dah ni“

Masa aku sibuk berkemas, aku terdengar lagi— Tiuuuuuu tiuuuuuu tiuuuuuu!

Kali ni, tiga kali pula tu. Memang sengaja nak beri aku dengar. Bila aku teringat tadi aku ternampak seruling, barulah aku mula rasa meremang.

Bisik hati “dia ni nak balas dendam ke ni? tak habis-habis lagi ni. Tak cukup lagi ke malam tadi, ingatkan dah selesai macam tu je”

Aku pun menggagau mana yang sempat. Masukkan ke dalam beg, lalu terus keluar dari bilik. Aku jalan langkah pantas melalui depan bilik tamu, walaubagaimana pun aku intai juga bilik tamu tu.

Sekilas pandang, tak nampak pula seruling tadi.

Aku tak patah balik, cukuplah sekilas pandang. Mungkin langkahku pantas, jadi mungkin sebab tu aku tak perasan jika seruling tu masih wujud atau tidak. Apa yang aku perasan, seruling tadi memang macam tak ada atas meja solek.

Ah! Lantaklah, aku pun bukan nak tidur sini malam ni. Malam ni kau tak boleh kacau aku. Kau duduklah sorang-sorang kat situ
HASAN / 24

Aku pun masuk kereta sambil hidupkan enjin. Waktu tu, dah hampir maghrib, aku sempat mengintai cermin tingkap rumah tamu. Samar-samar bayangan jasad warna putih yang memandang ke arah aku dari tingkap bilik tidur aku. Tingkap hitam mungkin perasaan sahaja kot.

Meremang segala bulu yang ada pada pori-por1 kulit aku ni. Dup dap dup dap! Bernafas pun laju. Aku pun sempat terkumat-kamit membaca apa-apa surah yang teringat dari fikiranku. Aku pijak pedal minyak, terus keluar dari kawasan rumah.

Aku teruskan memandu. Aku pandu ke arah Endau-Rompin, menghala rumah Zam. Dalam masa yang sama, aku mengintai cermin belakang, dan bisalah dalam keadaan jiwa yang goyang, aku mula jadi paranoid. Semua benda aku lihat dan teliti. Kalau-kalau ada apa-apa pula yang duduk di kerusi belakang dalam keretaku. Syukur tak nampak apa-apa. Setibanya aku di rumah Zam, aku pun masuk. Zam sedang menonton TV.

“Bos, meh makan sekali. Aaya ada bungkus makanan lebih ni.”

Nasiblah aku ada teman borak malam tu. Kamilepak depan TV sampai tertidur. Kali ni aku tak perlu risau dan was-was lagi. Rumah ni nampaknya sangat berbeza. Tampak lebih tenang dan selesa. Aku pun balas dendam. Iyalah, dah dua malam tak dapat tidur dengan tenang. Aku tidur awal malam tu.

Seperti biasa menjelang subuh, aku tunaikan apa yang patut dan bergerak ke tempat kerja seperti biasa. Hari ini giliran aku on-call semula.

“Haishhh, harap-harap malam ni tenang seperti biasalah. Ya Allah, Ya Tuhanku, Kau lindungilah aku dari segala perkara-perkara yang tidak diingini. Amin.”

Pada hari tu, syukur selepas waktu kerja tak banyak pula kes baru yang datang di belah malam. Aku pula yang pelik, selalunya jam 8 malam ke atas memang ramai. Tetapi kali ni aman damai. Kalau ada pun cuma kes biasa, seperti demam atau selsema.

Kebiasaanya jika tiada kes baru, aku akan berehat di bilik doktor on-call di dalam Jabatan Kecemasan. Di situ ada rak simpanan barang, meja tulis dan sofa kulit berwarna biru. Sofa tu memang favourite, tempat aku baring sambil main phone atau ambil tidur sejenak. Dalam diam tak diam, aku dah tertidur di sofa tu.

Kringggg! Kringgggg! Bunyi telefon di dalam bilik on-call tu berbunyi.

HASAN / 25
Aku terjaga! Kau tahu jelah telefon lama, alah yang gagang berkabel tu. Bunyinya puniyalah kuat, nyaring, dan membingitkan. Lantas, aku pun angkat dan jawab panggilan.

Krrrrr… Krrrr… Krrr! Bunyi yang talian kurang jelas. “Ada body,” kata si pemanggil.

  Aku lihat jam di tangan, jarum menunjukkan jam 3 pagi. Kalau aku terima panggilan dengan pesanan “ada body,” itu bermakna ada mayat yang telah sampai di jabatan forensik atau lebih dikenali sebagai bilik mayat. 

Selalunya kalau yang telefon dari bilik mayat ni mesti Mie, tiada orang lain. Mie ni antara staf yang otailah. Dialah yang incharge bilik mayat tu, bersama Mr. B. Orang Mering kalua tak kenal Mr. B, tak tau lah. Walaupun Mr. B bukan berbangsa Melayu, tapi dia lebih handal dalam cara-cara penyediaan jenazah muslim. Orang Mering patut berterima kasih dekat Mr. B ni. Aku pun suka kerja dengan dia, sangat berdedikasi macam Mie juga. Dua orang hebat ni yang jaga bilik mayat.

Faham tak bila aku kata orang hebat?

Pengalaman yang lama cukup memberi pelbagai kenangan dan situasi. Terutama sekali Mr. B. Kalau nak dengar banyak cerita, Mr. B adalah orang yang paling banyak pengalaman. Bila kau tanya, dia takut tak? Biasanya dia akan jawab “Ah biasalah tu. Bilik mayat, bos… Memanglah ada.”

Berbalik pada perjalanan aku tadi.

“Aduh! Jam 3 pagi ni ada body pula nak kena bedah siasat,” rungut aku.

Hari yang ku sangka tenang, tak melepaskan aku tenang begitu sahaja. Detik sejarah yang bakal tertulis lama dalam benak fikiranku bakal aku lalui malam ini.

Aku pun keluar dari Jabatan Kecemasan lalu perlahan-lahan berjalan terus ke laluan bilik mayat yang betul-betul terletak di hujung dunia tu. Lampu jalan samar, aku mula memberi perhatian kepada setiap bunyi atau pergerakan yang datang dari semua arah. Anak mata tak berehat, pandang kiri, kanan, atas, bawah. Deria telinga makin peka, orang kata pasang telinga sambil kaki melangkah.

Malam yang sepi, dengus angin laut dan kicauan serangga sekali sekala. Dalam hati aku terdetik “please no wheelchair, janganlah nampak apa-apa kerusi roda ke apa,” Aku pun
HASAN / 26
teruskan perjalanan sambil memeluk tubuh. Sengaja aku seretkan kasutku kuat-kuat agar aku tak dengar bunyi-bunyi lain selain bunyi seretan, geseran kasut aku pada jalan tar.

Kali ini aku dah melepasi Wad 3, tetapi aku pandang ke hadapan. ku tak mahu toleh ke kanan. Aku tak mahu lansung intai pohon besar tu.

Masih dalam gelap gelita dan sunyi. Hanya bunyi tapak kakiku kedengaran. Aku melepasi wad 6 iaitu wad lelaki. Rasa lega sedikit. Aku nampak ada seorang misi lelaki sedang berdiri di hadapan pintu wad. Aku kenal dan cam muka dia. Dia sedang memandang tajam ke arah pohon besar tu. Aku pun tegur “Ambik angin ke, bro?”

Dia tak toleh pun, malah terus pandang. Kaku berdiri.

“Ahh dia tak dengar kot,” kata hatiku. Aku berdiri kira-kira 50 meter jauh dari dia.

“Tak apa lah, janji ada juga nampak staf yang aku kenal,” aku memujuk hati.

Aku teruskan berjalan, dan sampailah di hujung anjung tu. Aku simpang ke kanan, menghala ke bilik mayat di belakang unit hemodialisis.

Biasanya kalau ada body, mesti ramai ahli keluarga yang dah menunggu di depan pintu ni. Pintu depan ni pula selalunya ditutup sehingga proses bedah siasat selesai. Bukan apa, takut ada ahli keluarga yang masuk dan menggangu proses bedah siasat. Kali ini sedikit pelik. Suasana lengang.

“Eh gelap je depan bilik mayat, ahli keluarga tak sampai lagi kot?” bisik hati aku.

Selalunya memang aku akan masuk ikut ofis yang terletak di pintu belakang, jadi aku terpaksa buat satu pusingan untuk masuk dari pintu belakang. Macam biasa aku sampai je ofis, aku akan duduk di situ dulu. Tetapi aku tertanya-tanya di mana si Mie ni. Tak sampai lagi ke?

Aku pun mula curiga kalau-kalau Mie dah ada di dalam bilik mayat. Selalunya Mie akan mulakan dulu, dan bila aku sampai semuanya telah dibedah, aku hanya perlu kaji dan mencari punca kematian berpandukan hirisan organ yang perlu sahaja.

Sedang aku mula bangun berdiri, tiba-tiba aku terdengar bunyi mesin pemotong— Zetttttt…zetttt…zettttt!

“Oh, Mie baru mula bedah siasat rupanya,” bisik hati aku.

HASAN / 27
Proses bedah siasat mengambil masa yang agak lama, sekitar 20-40 minit bergantung pada organ mana yang kita perlu bedah dan siasat.

“Tak apa lah, biarlah dia habiskan dulu. Baik aku layan tidur sekejap sementara nak tunggu Mie selesaikan tugasnya.”

Aku pun makin mengantuk ni. Pipi aku rebahkan di atas lipatan tangan dan aku tidurtidur ayam.

Zetttttt…zetttt…zettttt! Bunyi mesen pemotong lebih kuat.

Aku pun terjaga. Aku toleh pergelangan tangan dan intai jam tangan. Lebih kurang jam 4:00 pagi.

“Eh, apa si Mie ni dari tadi memotong tak siap-siap? Kes apa ni? Besar sangat ke kes ni sampai lama sangat nak siap?” aku merungut.

“Haih, tak boleh jadi ni, lama sangat. Aku pegi masuk tengoklah kalau-kalau Mie perlukan bantuan,” desak hati.

Aku pun bangun bergegas ke arah bilik mayat. Masih lagi kedengaran bunyi mesin pemotong yang datangnya dari arah Bilik Mayat 1. Aku pun berjalan sambil menggeliat serta menguap ke arah Bilik Mayat 1.

“Biar aku tolong Mie la, cepat skit aku boleh berehat. Mengantuk sangat ni.”

Aku pulas tombol pintu, eh berkunci pulak. Aku cuba pulas kuat, masih berkunci.

Tok! Tok! Tok! Aku ketuk kuat.

“Mieee ohhh Mieee, buka pintu ni sekejap!”

Bunyi Zetttttt…zetttt…zettttt! kedengaran lebih kuat.

“Aduh, mungkin kuat sangat bunyi mesin pemotong ni. Mie ni tak dengar ke aku ketuk,” tanggapanku.

Aku pun berjalan ke arah tingkap di sebelah pintu utama. Aku cuba mengintai ke luar. Masih lengang di luar, hanya sinaran suram lampun tungsten yang sekejap menyala, sekejap tidak.
HASAN / 28

“Ahli keluarga pun tak sampai lagi ke ni? Agak pelik. Kes apa pula ni, menyesal aku tak tanya masa Mie call tadi.”

Aku pun jalan semula ke arah ofis bilik mayat. Masih lagi kedengan bunyi mesin pemotong. Sekejap ada, sekejap tidak. Sangkaku mungkin kes yang rumit dan Mie perlu masa untuk menyelesaikannya. Aku duduk di kerusi sambil termenung. Bosan menunggu, tapi nak keluar ambil udara, tak berani sangat. Maklumlah, masih lagi kedengaran suara mesin pemotong dari jauh.

“Hish! Boring betul duduk macam ni, sorang-sorang di dalam ofis ni. Tiba-tiba aku terfikir satu idea! Rumah mayat ni ada ruang belakang tempat mandikan jenazah, dari situ boleh nampak dalaman bilik mayat.

Aku pergi belakang nanti, aku nampak Mie. Aku masuklah ikut pintu belakang. Aku fikir itu rancangan paling mudah. Aku pun bangun dan pergi ke aras pintu belakang ofis. Aku jengukkan kepala keluar mengintai ke arah kanan. Lampu ruang jenazah masih menyala terang, menonjol dalam suasana sekeliling yang gelap. Tadi macam dah yakin dengan keputusan aku, tapi bila dah intai keluar macam yakin tak yakin pula.

“Ah, nak takut apa, Mie kan ada dekat situ, boleh nampak Mie. Lagipun dari ofis ke ruang mandian jenazah lebih kurang dalam 10-15 tapak je. Apa nak takut?”

Pada masa yang sama, untuk elakkan lagi rasa takut, aku call Jabatan Kecemasan. Aku perlukan seseorang untuk teman bercakap. Sekurang-kurangnya aku dapat rasa ada orang yang sedang menemani aku. Bolehlah juga tanya lebih lanjut tentang kes yang Mie sedang uruskan itu.

Truuttt trutttt truttt!— Aku cuba hubungi operator menggunakan telefon bimbitku sendiri.

Panggilan dijawab, “Selamat malam doktor, ada apa saya boleh bantu?”

“Hello, selamat malam. Tolong sambungkan saya ke ED (Emergency Department).”

“Baik doktor, tunggu sebentar ya. Saya sambungkan panggilan ke ED.”

Aku menunggu di talian.

Aku rasa lebih lega. Aku keluar dari bilik ofis tadi sambil telefon bimbit rapat di telingaku. Buat selamba aku terus meluru jalan terus ke ruang mandian jenazah. Tak toleh kiri
HASAN / 29
kanan, aku gegas fokus untuk tuju ke cahaya. Telefon bimbit masih lagi rapat di telinga sambil tunggu sambungan dijawab oleh staf Jabatan Kecemasan.

Setibanya aku di ruangan mandi jenazah, berbekalkan cahaya sayup itu, aku nampak Bilik Mayat 2. Pintu belakang Bilik Mayat 2 tak tertutup. Jelas aku nampak bilik itu kosong walaupun dalam gelap yang samar.

“Hello, hello!” sahut dalam telefon. Akhirnya, panggilan aku tadi dijawab oleh staf Jabatan Kecemasan.

“Hello, saya Yus ni, bos. Ada apa bos telefon ni? Sekarang di Jabatan Kecemasan tak ada kes baru,” ujar pembantu perubatan.

“Bos rehatlah dulu. Nanti kalau ada kes saya telefon.”

Satu tangan aku genggam telefon bimbit rapat ke telinga, satu tangan lagi aku mencengkam jeriji di ruangan tempat mandi jenazah, sambil pandang ke bawah untuk cuba amati apa yang dikatakan oleh Yus.

Aku bertanya semula, “Yus kau tolong periksa rekod admission sekejap. Tadi Mie ada telefon aku, katanya ada body hantar belakang untuk post morterm.

“Sekejap bos, saya periksa dalam system.”

Aku pun anjak lagi dalam lima kaki ke hadapan. Masih sama, sambil pandang ke bawah, telefon masih lagi lekat di telinga. Aku anggarkan kali ini aku sedang berada di hadapan pintu belakang Bilik Mayat 1 yang bersebelahan dengan Bilik Mayat 2.

Pada waktu itu, aku dalam keadaan berseorangan, naif, dan kerdil, dikelilingi suasana sunyi sepi, di sudut paling hujung dalam kawasan hospital, berbekalkan cahaya lampu tungsten yang malap di ruang mandi jenazah.

Aku terima jawapan dari Yus, “Hello bos, saya dah periksa dalam sistem. Tiada rekod kes baru masuk, bos. Saya tanya PPK bahagian kaunter pun kata benda yang sama.

Terketar satu badan, mata masih memandang ke arah bawah, makin kuat aku genggam telefon aku, makin rapat aku himpitkan ke telinga. Dengan naluri yang ingin lebih tahu, aku memberanikan diri, aku dongak kepala perlahan-lahan.

HASAN / 30
Di kala aku sedang memandang ke arah Bilik Mayat 1, di telingaku kedengaran jelas suara Yus, “Bos, Mie tak kerjalah hari ni. dia cuti! Esok dia ada masuk shif pagi.”

MATA dan TELINGA serentak menerima informasi yang bercanggah.

Ya! Bilik Mayat 1 yang tadinya bising dengan mesin pemotong tulang, rupa rupanya kosong gelap gelita. Tiada siapa pun di dalam Bilik Mayat 1 itu selama ini. Selama aku sampai di rumah mayat, selama aku tidur di dalam ofis tadi yang aku sangkakan ada sahabat kerja di dalam, rupa rupanya hanya aku seorang sahaja yang ada di situ.

Ya Allah!

Aku tak pandai nak ceritakan bagaimana perasaan itu, perasaan yang tak pernah aku sangka, perasaan yang aku tak mahu lagi alami dalam hidupku, perasaan yang goyah bagaikan jantung tidak bernyawa. Aku kaku seketika, keras bagaikan tak percaya. Aku buka langkah seribu, aku pecut bagaikan orang gila, terus ke pondok sekuriti.

Ikut hati, aku nak menjerit sambil berlari. Lepaskan segalanya. Tetapi takut pula pesakit dengar. Nanti mereka pula ingat doktor yang gila. Kau bayangkan, kau terpaksa berlari tanpa kau boleh melepaskan jeritan. Itu adalah seksaan.

Setibanya aku di pondok pengawal, itu adalah destinasi paling dekat sebelum sampai Jabatan Kecemasan, Pak Leman Sekuriti bertanya, “Ehh kenapa ni doktor, lari lintang pukang? Muka pucat ni”

Aku nak cerita pun serba salah,

“Tak ada apalah Pak Leman, tadi saya jalan terdengar macam ada suara dari dalammlongkang. Ingatkan binatang apa, saya terkejut sikit je tu. Saya je panik lebih.”

Pak Leman bertanya semula, “Ada kes ke tadi dekat bilik mayat?”

“Mana Pak Leman tahu?” tanya aku balik.

“Tadi Pak Leman duduk di tepi pagar tengah luar tu. Saja ambil angin. Dari jauh Pak Leman nampak kamu berjalan ke sana,” jawab Pak Leman.

“Oh patutlah. Iyalah Pak Leman, saya ada kerja sikit tadi di sana,” aku jawab.

HASAN / 31
Pak Leman tanya lagi. “Mesti kes rumit kan? lama juga baru kamu balik. Kawan tadi tengah tunggu polis dating, ya?”

Biasanya selepas selesai bedah siasat, polis akan datang ambik butiran dan urusan dokumentasi.

“Eh, tak lah. Tak tunggu polis pun. Sekejap! Kawan yang mana?” tanya ak usambil memandang ke arah Pak Leman.

Pak Leman jawab selamba “Tadi kamu berjalan pergi ke sana berdua, kan? Mana lagi seorang? Tak ikut balik sekali ke?”

Aku terdiam lalu pandang ke langit. “Sesungguhnya Allah itu sebaik-baik pelindung umat manusia.”

Orang selalu berkata BERDUA LEBIH BAIK, aku terfikir, betul ke lebih bai atau sebaliknya? Selain itu aku masih dibelenggupersoalan yang sama, “KENAPA AKU?” Siapa yang kedua, dan yang paling penting “Mana aku nak tidur malam ni?”

Advertisements

Apa Pendapat Anda?

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.