HASAN PART 30

BAB 30
ANTARA DUA

Tak lama selepas itu, hidup aku kembali normal seperti biasa, walaupun aku tidak lagi dihantui oleh iblis laknat, namun segala persoalan yang lalu di benak mindaku, amat tidak menyenangkan.

Setiap hari aku berdoa agar aku mendapat segala jawapannya.

Apakah sebenarnya yang menjadi punca utama yang mencetus kisah hitam dalam hidup aku ini? Tokwan, Haji Mail dan Haji Awang hanya dapat membantu segala yang terdaya, namun segala cerita yang berlaku bukanlah di bawah kuasa mereka untuk meramal dan menjangka.

Apakah yang sebenarnya yang mencetus segala kekecohan ini? Bukan aku seorang, malah ramai lagi staf lain juga yang terlibat. Cuma mereka memilih untuk berdiam diri.

Berdiam diri bukan kerana takut, bukan kerana tidak percaya, tetapi berdiam diri adalah demi tanggung jawab pada tugasan, bangsa dan negara.

Hari ke-7, hidupku mula tenang, aku bekerja seperti biasa, tiada apa-apa gangguan walaupu on-call malam,

Bilik mayat? Seperti biasa. Tiada apa-apa yang aneh. Namun, buat seketika apabila memori lama terdetik semula, kadang-kadang membuatkan aku menjadi tak tentu hala. Bisikan emosi dan juga sejuta tanda tanya membuatkan aku tidak tenang.

Aku mengambil keputusan untuk berjumpa dengan pakar Psikiatri.

Setiap minggu, hospital ini akan didatangi oleh beberapa pakar psikiatri dari hospital besar secara bergilir untuk merawat pesakit psikiatri. Jadi aku mengambil kesempatan itu untuk mendapatkan khidmat kepakaran mereka dari sudut pengetahuan perubatan moden.

Hari yang dinanti telah tiba, Doktor Pakar Psikatri, Dr. Hilmi yang dinantikan telah tiba membuat lawatan bulanannya.

“Assalamualaikum, doktor. Saya Dr. Yazeed. Saya buat appointment dengan doktor. Ada beberapa kisah saya nak kongsi. Minda rasa macam tak tenang,” ujarku.
HASAN / 237

“Hah! Kau stress ke duduk hospital daerah ni?” tanya doktor pakar.

“Bukan macam tu doktor, saya nak cerita pun panjang, tapi lebih pada gangguan mistik,” ujarku.

Terbeliak mata Dr. Hilmi. “Gangguan mistik? Biar betul kamu ni,” respon Dr. Hilmi.

“Ya, gangguan mistik. Saya pun macam dah keliru ni. Mungkin juga kalua-kalau ada masalah mental major depression ke, paranoid ke, sebab tu tujuan saya nak jumpa Dr. Hilmi,” balasku.

“Cuba awak cerita sedikit macam mana ceritanya,” balas Dr. Hilmi.

Aku pun menceritakan segalanya secara ringkas dan padat. Dr. Hilmi yang sedang mendengar dengan khusyuk. Sekejap-sekejap mengubah posisi duduknya itu sambil meraba-raba lehernya dan kemudian melonggarkan tali lehernya.

“Tak sangka. Awak lalui semua itu,” balas Dr. Hilmi sambil memandang sekeliling kawasan hospital.

“Mana pohon tu? Teringin juga saya nak tengok,” balas Dr. Hilmi.

“Eh, betul ni nak tengok? Jangan nanti balik termimpi-mimpi pula,” balas aku sengaja mengacau Dr. Hilmi.

“Siang hari lagi ni. Tak mengapalah,” balas Dr. Hilmi.

“Baiklah, jom ikut saya,” balasku.

Aku pun membawa Dr. Hilmi keluar, aku dorongnya hingga ke taman mini yang terletak di antara dua wad itu. Kami berdua sedang merenung pohon itu lalu Dr. Hilmi mengambil tangan aku, memegang pergelangan tangan. Aku tersentak.

“Kamu lihat pohon itu, apa perasaan kamu sekarang,” tanya Dr. Hilmi sambil hujung jarinya memicit sedikit nadi pergelangan tanganku.

“Saya rasa terancam walaupun semuanya dah tamat,” balasku.

“Denyutan nadi kamu, sedikit laju,” balas Dr. Hilmi.
HASAN / 238

“Sekarang, cuba kamu lihat belakang Wad 6. Apa perasaan kamu?” tanya Dr. Hilmi lagi.

Aku pun merenung ke arah Wad 6, wad Hasan. Segala memoriku mula mengimbas semula segalanya tentang Hasan, dari awalnya ia bermula hingga kini. Ketika aku sedang merenung ke arah Wad 6 itu, tiba-tiba aku tersentak. Badanku seolah-olah terhumban beberapa jarak ke belakang kerana pada pandangan itu, bayangan arwah Hasan, berdiri di tingkap Wad 6.

Cepat-cepat Dr. Hilmi memegang bahu aku. “Tarik nafas dalam-dalam, mengucap,” ujar Dr. Hilmi.

“Kenapa tiba-tiba kamu melompat ke belakang?” tanya Dr. Hilmi.

“Saya… saya… nampak arwah Hasan,” balas aku tercungap-cungap.

“OK, jom kita balik ke klinik,” balas Dr. Hilmi.

Kami pun berjalan balik ke klinik semula.

“Tenangkan fikiran kamu. ada sesuatu yang perlu saya beritahu,” balas Dr. Hilmi.

Aku pun duduk semula dihadapan Dr. Hilmi. sambil bernafas laju. Sejenak arwah Hasan sedang bermain di fikiran.

“Waktu kamu sedang merenung Wad 6, saya pun renung tempat yang sama juga,” balas Dr. Hilmi.

“Dr. Hilmi Nampak tak apa yang saya nampak?” tanyaku.

“Nampak,” balas Dr. Hilmi yang sedang tersenyum.

“Seriuslah sikit, Dr. Hilmi. Dr. Hilmi nampak apa?” tanyaku.

“Tak adalah, saya Nampak kamu je yang terperanjat Wad 6 tu saya tak nampak apa-apa pun,” balas Dr. Hilmi.

“Biar saya terangkan,” balas Dr. Hilmi. “Awak nampak sesuatu yang saya tak nampak, reaksi awak terhadap apa yang awak nampak itu adalah natural, denyutan nadi awak makin laju, tindak balas ini spontan. Awak paranoid. Takut kepada sesuatu yang awak sendiri bayangkan.”

HASAN / 239
“Saya tak beberapa faham,” balasku.

“Sebenarnya, minda awak yang cipta objek yang awak Nampak tu, awak sendiri yang wujudkan objek yang awak sendiri nak lihat. Senang cerita, awak yang, trigger otak awak untuk hasilkan sesuatu objek atau watak yang awak sendiri berharap untuk lihat. Ini semua permainan minda,” balas Dr. Hilmi.

‘Tapi…” aku cuba mencelah.

“Sebentar, saya belum habis lagi. Saya tahu apa kamu nak cakap, saya tak bantah semua cerita awak. Kewujudan jin, iblis, syaitan semua tu saya tahu. Cuma dari sudut perubatan moden, kita tak dapat jelaskan apa yang berlaku di sebalik gangguan mistik.

“Saya hanya boleh melihat dari sudut perubatan moden. Saya boleh beri awak ubat sementara, bukanlah untuk merawat tapi lebih kepada mencegah. Seterusnya, bergantung kepada awak untuk mengawal emosi itu sendiri. Paranoid, jika tidak dikawal, awak bakal hilang segalanya. Jika tidak ditangani dengan baik, masalah mental awak akan jadi lebih serius.

“Setiap kali awak rasakan sesuatu, cuba untuk tanganinya dengan lebih tenang. Jangan cuba timbulkan watak atau objek yang awak sendiri mahu lihat,” balas Dr. Hilmi tenang.

Mendengar segala penjelasan dari Dr. Hilmi, membuatkan aku lebih tenang dan lega. Ada logiknya di situ, walaupun gangguan mistik itu wujud, mungkin juga telah menyebabkan aku menjadi lebih paranoid dan mencipta semua watak dan beberapa situasi dalam kejadian aku.

Aku masih waras, apa yang aku alami bersama Tokwan, En Samad dan Haji Mail juga benar, mereka semuanya wujud dan apa yang kami lalui, tiada siapa yang dapat ungkapkan dengan jelas.

Pertembungan di antara dua ilmu, ilmu perubatan moden yang merujuk kepada sesuatu yang lebih jelas dari segi logik fizik, analisa dan kajian, manakala ilmu mistik, atau ilmu alam ghaib yang tidak punya logik fizik, analisa dan kajian. Namun mempunyai nilai dari segi keimanan, kesucian rohani serta kepercayaan terhadap sesuatu yang ghaib.

Antara dua skop ilmu yang berbeza, yang akan memberi penjelasan yang cukup berbeza, namun jika dinilai semula, ada beberapa pendapat yang boleh kita percaya, dan ada juga pendapat yang bercanggah. Kini, aku berada di antara dua ilmu, yang masing-masingnya ada kelebihan.

Aku mencari titik tengah di antara dua ilmu itu.

Apa Pendapat Anda?

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.