HASAN PART 26

BAB 26
TERUNGKAI

Aku kini sedang berdiri, berada di tengah-tengah unggas malam yang gersang. Badan mula rasa bagaikan ada yang tak kena. Hanya jeritan serangga malam di celahan sumbur lalang yang gelap. Ditemani dengan jeritan En Samad dari jauh.

“Balik ke sini! cepatt!”

Pasti! Itu adalah arahan Haji Mail pada aku, namun apa yang dapat aku lakukan? Langkah sudah diambil. Malangnya langkah itu kaku bagai berada diatas apungan awan. Tiada gravity. Tiada tujahan. Hanya kaku. Tak mampu walaupun selangkah lagi.

Aku hanya mampu pejamkan mata pada saat itu. Apa lagi yang boleh aku lakukan? Seolah-olah jasad aku bukan lagi dikawal oleh benak otakku. Bagaikan nyawa pada jasad yang tak berpunya. Namun pada saat itu, segala sensori kulitku masih memberi reaksi terhadap ransangan.

Amat dekat. Amat jelas. Aku kenal bau itu. Bau badan yang amat sinonim dengan deria hidungku. Sekian lama. Jawapan yang aku cari. Siapa sentiasa di belakangku?

“Berhenti! Berhenti! Tunggu! Berdiri di situ!” jerit Tokwan dari jauh.

Aku melihat Haji Awang yang terus meluru lari ke rumah dan kemudian badan aku dipeluk dari belakang oleh Tokwan. Haji Mail terus memintas, memegang leher belakangku sambil terkumat-kamit bacaan dari mulutnya.

Aku hanya bisu, tak berkata apa. Bukan kerana aku tidak mahu tapi kerana ianya di luar kemampuanku. Hanya mengharapkan pancaindera mata untuk melihat, hidung untuk mentafsirkan jenis bauan dan kulit itu sedikit deria rasa.

Kaku. Aku masih lagi pegun berdiri pada posisi asal di hadapan Haji Mail. Tap! Tap! Tap! tamparan halus pada pipiku oleh Haji Mail.

“Bangun bangun! Istighfar! Mengucap!” jerit Haji Mail.

HASAN / 210
Kini aku mula merasakan daya gerak anggota kakiku. Tokwan dan Haji Mail memapah aku terus ke arah rumah. Aku hanya senyap. Mata mampu terbeliak. Minda masih lagi waras membaca segala gerak-geri situasi tapi apa yang bermain di fikiran hanyalah seribu tanda tanya.

Dalam kegilaan memikirkan sesuatu yang tidak munasabah, bagai ada sesuatu yang ada di atas bumbung. Segalanya hitam, rambut panjang mengurai, sedang berkeliaran di atas bumbung sambil merangkak kiri ke kanan.

“Haji Mail, iblis durjana dah sampai!” jerit Tokwan.

“Ya, aku nampak,” balas Haji Mail.

“Tokwan! Kamu cepat terus bawa doktor ke dalam rumah. Biar aku selesaikan di luar. Biar aku ajar dia kali ini!” jerit Haji Mail.

Akhirnya aku sampai ke dalam rumah. Aku direbahkan, bersandar di dinding. Tokwan terduduk, berpeluh-peluh. Tokwan dan Haji Awang sedang mengelilingi aku, apabila En Samad berlari ke arah kami.

“Mad, apa jadi ni?” tanya Tokwan.

“Tadi, masa kami berdua di sini, ada ketukan pintu, tak tumpah iras Haji Awang. Saya dah mula rasa lega. Kemudian Haji Awang panggil doktor keluar. Saya ingatkan Haji Mail dan Tokwan ada sekali. Jadi saya tak terfikir pula. Sebenarnya pendua. Bau wangi,” balas En Samad.

“Kau tahukan kita dah buat pendinding rumah ni? Saya dah pesan, apa pun terjadi jangan keluar,” balas Haji Awang.

En Samad tunduk. Akur dengan kejadian. Rasa bersalah kerana melanggar arahan yang mudah.

“Haji Awang, En Samad, kamu tunggu di sini. Biar aku keluar semula bantu Haji Mail,” balas Tokwan.

Aku masih kaku bersandar. Bingung.

“Doktor, kamu OK tak ni?” tanya Haji Awang.

HASAN / 211
Aku dengar segala perbualan itu. Tapi minda aku tetap tidak mahu aku bersuara. Aku masih senyap. Senyap kerana memikirkan apa yang ada di belakangku tadi. Aku rindu bau itu. Aku kenal bau itu. Bau badan Tok Nek.

Aku masih tidak faham, Apa kaitan Tok Nek? Kenapa? Aku jauh beratus kilometer dari Tok Nek. Kenapa dia? Kenapa aku?

Tak lama selepas tu, Haji Mail dan Tokwan berlari masuk.

“Doktor, mengucap sekarang,” jerit Haji Mail.

Tersentak, aku bangun dari lamunan. Aku mengucap. Tokwan dan Haji Mail terduduk lega. Begitu juga En Samad dan Haji Awang.

“Doktor, saya nak tanya sedikit,” celahTokwan

“Selama ni, kamu ada bela pendamping, atau kamu memang tahu yang kamu ada pendamping?” tanya Tokwan.

Soalan yang bermain di benak fikiranku. Sesuai dengan soalan dari lontaran Tokwan.

“Sumpah tak ada. Dari kecil sampai sekarang, saya tak ada apa-apa pendamping. Tak pernah tahu pun,” balasku.

“Kenapa tanya macam tu?” balasku.

“Saya dapat rasakan, ada yang berdamping dengan kamu. Hairannya, dia adalah kelibat yang lain,” balas Haji Mail.

“Habis tu kenapa dia jadi pendua Haji Awang?” tanya En Samad.

“Seolah-olah, dia nak melindungi doktor. Mungkin dia dapat rasakan kedatangan iblis sangkar hitam ke rumah tu, sebab tu dia nak bawa doktor keluar dari rumah tu,” balas Haji Mail.

“Sebab tu saya tanya soalan ni,” jelas Haji Mail lagi.

Kini, jawapan yang aku cari selama ini telah pun terjawab namun tidak sepenuhnya. Persoalan yang sama. Adakah itu benar-benar Tok Nek? Tapi Tok Nek masih lagi hidup pada saat ini.

HASAN / 212
“Habis tu, tadi macam mana? Haji Mail dapat tangkap tak?” tanyaku.

“Dia berjaya menghilang. Liat betul,” balas Haji Mail.

Keesokkan harinya, seperti biasa, aku dibawa ke rumah En Samad. Lewat tengah hari. Aku dapat panggilan dari wad.

“Doktor, saja nak kasi tau. Hasan dah mula tenant. BP pun dah drop, tahap oksigen pun dah makin lemah,” balas misi.

“Saya tau doktor masih lagi cuti tanpa gaji, tapi saya saja beritahu. Pesakit kesayangan doktor tu kan?” kata misi tu lagi.

“Doktor on-call dah datang tengok?” tanyaku.

“Dah, doktor. Sedang rawatan ni,” balas misi dari wad lagi.

Aku tutup paggilan itu.

“En Samad, saya nak ke hospital kejap. Nak melawat Hasan. Dah tenat tu,” balasku.

“Baiklah. Ingat, balik sebelum senja,” balas En Samad.

Aku pun terus meluru ke hospital. Setibanya aku di sana, rakan doktorku yang lain sedang bertungkus lumus merawat Hasan.

“Lan, OK tak si Hasan ni?” tanyaku sambil menerpa Lan.

Lan menoleh, memandang ke arah aku.

“Eh, kau bukan patut cuti lagi ke? Minggu depan baru masuk, kan?” balas Lan.

“A’ah, Saje balik sini, pergi mancing la apa lagi,” balas aku tertawa.

“Susahlah bro nak cakap. Kau tahu kan Hasan punya condition. Kalau refer pun dah tak ada harapan. Macam nilah dia. Nyawa ada, tapi jasad semua dah tak mampu nak tampung hidup dia lagi,” balas Lan.

HASAN / 213
Aku hanya mampu melihat jasad Hasan yang terkulai layu menunggu masa yang bakal membawa dia pergi selamanya. Aku duduk di sebelah katil Hasan yang diliputi dengan pelbagai tiub air, tiub ubat, dan hanya bergantung kepada oxygen mask.

Tiba-tiba jari aku digenggam. Dalam keadaan Hasan yang separa sedar, tangan kirinya menunjukkan arah pada satu sudut itu. Bagaikan ada sesuatu untuk diberitahu dan kemudiannya melepaskan jari-jemariku.

“Hasan, sekiranya kau pergi hari ini, aku minta maaf dari hujung kaki hingga hujung nyawa. Aku harap dosa kau dibawa dengan hukuman paling ringan. Semoga kau ditempatkan dengan orang-orang yang beriman,” bisik aku pada Hasan.

Aku pun pulang ke rumah En Samad.

“Haji Mail, Haji Awang dengan Tokwan ada di mana?” tanya aku pada En Samad.

“Adal di markas tu. Katanya buat persediaan untuk tangkap iblis sangkar hitam tu. Nanti lewat malam mereka singgah ke sini,” balas En Samad.

Jam 11 malam. Kringgg! Kringggg! Satu panggilan yang datang dari hospital.

“Doktor! Hasan dah tak sedar. Doktor Lan sedang CPR!” ujar misi pada aku.

“En Samad. Saya kena ke hospital sekarang. Hasan dah tak sedar, Dah collapse, dorang tengah CPR tu,” balasku.

Aku terus bangun bergegas. Dari raut wajah En Samad bagaikan mahu menghalang

“Tapi, doktor. Dah lewat malam ni. Haji Mail pesan, bahaya,” balas En Samad.

“En Samad, mungkin ini hari terakhir dia. Saya kena pergi tengok juga,” balasku.

Aku terus meluru ke arah kereta dan memandu deras ke hospital. Setibanya aku di sana, satu suara dari tepi membisik, “Hasan ada tinggalkan surat pesanan. 3 hari lepas. Katanya. sampaikan pada doktor bila dia sudah tiada lagi.”

Aku menoleh. Seorang misi berdiri di sebelah aku. Aku mengangguk.

“Mana suratnya?” tanyaku.

HASAN / 214
Dalam pada masa itu. Tiba-tiba Tettttttt! Bunyi mesin monitor jantung, nyaring menjerit dari jauh. Aku terus berlari ke arah katil Hasan. Doktor Lan yang sedang dalam posisi merangkak di atas katil, menoleh ke arah aku sambil berpeluh-peluh, menggelengkkan kepalanya.

Aku berdiri kaku, Tunduk. Bukan lagi dalam kuasa aku. Masanya telah tiba. Aku hanya mampu terdiam, Menunduk ke bawah. Berlinangan air mata.

Hasan— seorang sahabat pendengar yang setia. Seorang pesakit yang menceriakan hari hari aku dan juga seorang teman di waktu kerja malamku. Kini telah pergi selamanya. Hanya tinggal nama.

Apa Pendapat Anda?

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.