HASAN PART 25

BAB 25
KURUNGAN

Tergamam. Aku menoleh sekeliling. Perasaan aku sahaja, atau benar-benar berlaku. Aku meraba-raba leher belakang kepalaku.

“Doktor, mari masuk minum dulu. Lepas tu tidur. Esok pagi-pagi nak bangun subuh,” jerit Haji Mail.

Terpinga-pinga, aku berjalan masuk. Rasa bagaikan sesuatu yang sangat hampir. Aku berjalan masuk. Aku duduk bersama Haji Mail dan Tokwan. Sekejap-sekejap aku melihat Haji Mail mengintai aku.

“Kenapa Haji Mail?” tanyaku.

“Mari sini sekejap. Cuba toleh kepala,” balas Haji Mail.

Aku pun mengenjak dekat ke Haji Mail. Aku menoleh. Haji Mail memegang tengkukku sambil mendengus, “Hmmmm.”

“Kenapa, Haji Mail?” tanyaku.

“Ada calar nipis di belakang tengkuk. Nampak macam masih baru,” balas Haji Mail.

“Hah? Walaupun kita di sini, masih ada yang ikut ke?” tanya aku sambil menoleh sekeliling

“Saya nak cakap pun susah. Macam ya, tapi saya tak dapat rasa apa-apa,” kata Haji Mail.

Aku menunduk, pasrah, risau.

“Tak apalah, InsyAllah kita akan dapat jawapannya nanti,” balas Haji Mail sambil menepuk bahuku.

Malam tu kami pun tidur. Tak berbekalkan bantal atau selimut. Aku merenung wajah En Samad.

HASAN / 199
“Maaf En Samad. Tak pasal-pasal En Samad terlibat sekali. Sampai jadi macam ni,” bisik hati sayu melihat En Samad yang sedang terbaring longlai.

Malam kian larut. Suasana rumah itu tak dapat aku gambarkan. Rumah yang serba-serbi kosong. Agak using, namun seperti dijaga rapi. Bersih.

Aku tak dapat lelapkan mata. Aku hanya memandang ke atas. Tokwan dan Haji Mail terbaring senyap. Kasihan. Mereka ini semua di sini kerana hanya ingin membantu aku. Tak pernah mereka ungkapkan bayaran atau apa-apa ganjaran.

Aneh. Mungkin mereka memang minat dalam jenis rawatan yang sebegini. Mereka mahukan lebih pengalaman. Mungkin.

Namun pada aku, ini semua hanyalah mencari jawapan. Aku tidak suka untuk mengatakan bahawa aku sedang berubat. Berubat apa? Aku bukan sakit apa pun. Lagi pun ia hanyalah gangguan semata mata.

Pada sejenak itu, fikiranku masih lagi terngiang-ngiang. Apakah benar wajah Tok. Wajah seakan-akan wajah Tok Nek. Tok Nek masih hidup. Tapi kenapa Tok Nek? Apa kaitan Tok Nek? Dan paling utama, kenapa iblis itu mahu menjelma seakan-akan wajah Tok Nek? Kenapa bukan Tok Nek Ja? Kenapa bukan yang lain?

Sedang aku leka merenung bumbung, tiba-tiba— Krekk! —perlahan-lahan pintu hadapan rumah itu terbuka sedikit demi sedikit. Mata kecilku tadi, kini mengembang besar. Aku meneliti setiap pergerakan pintu itu. Akhirnya pintu itu terbuka luas. Aku menguis peha Tokwan.

“Tokwan. Tokwan,” bisik aku.

“Pintu tu,” bisik aku lagi.

Tokwan menepuk tangan aku tanda dia sedar apa yang sedang berlaku.

“Pusing, pandang arah saya,” balas Tokwan.

Aku pun, mengiring. Pusing ke arah Tokwan. Aku hanya melihat Tokwan yang sedang merenung pintu itu. Aku mula menggigil ketakutan. Aku tak sanggup lagi. Aku menggenggam peha sekuat hati. Cuba mengalih perhatian.

“Tokwan, OK ke?” tanyaku.

HASAN / 200
“Kamu kekalkan posisi ini. Biar saya yang perhatikan. Belum ada tanda-tanda ancaman,” bisik Tokwan.

“Saya rasa tak sedaplah, Tokwan,” bisikku.

“Tak apa. Kamu tidur. Jangan risau, saya ada. Saya takkan tidur lagi,” balas Tokwan.

“Oklah,” balasku cuba menutup mata untuk tidur.

Itulah kali terakhir yang aku ingat. Hanya itulah ayat yang terakhir aku ungkapkan sebelum aku dikejutkan.

Dalam keadaan terikat dengan kain di tangan dan kaki. Aku buka mata. Rasa badan tak selesa. Bagaikan susah untuk bergerak. Hari kian cerah. Aku melihat En Samad, Haji Mail dan Tokwan sedang duduk mengelilingi aku.

“Arghhhh arghhhh,” aku menjerit.

Rasa ketat. Kedua-dua belah tanganku diikat rapat bersama badan. Kedua belah lutut juga diikat. Aku meronta-ronta.

“Kenapa ni? kenapa ikat aku?” jeritku lagi.

“Buka! Buka!” jerit aku.

Tokwan dalam kelam kabut bangun pergi ke arah aku.

“Mengucap!” terik Tokwan.

“Kenapa? Kenapa?” jeritku.

“Kamu mengucap dulu,” jerit Tokwan.

Aku pun mengucap. Tokwan bangun dan melepaskan ikatan aku. Aku lihat pergelangan tanganku. Lebam kebiru-biruan. Aku duduk. Aku melihat mereka semua.

“Kenapa ikat saya?” tanyaku.

Tokwan memandang ke arah Haji Mail

HASAN / 201
“Kamu dirasuk semalam,” balas Haji Mail.

“Tapi, tak apa. Kami dah berjaya tangkap kamu. Jika tidak, kamu sudah lari,” balas Haji
Mail.

“Nasib baik sempat, kalau tak,” jelas En Samad.

“Kalau tak, apa?” tanyaku.

“Kalau tak, kamu sudah naik ke atas bumbung tu,” balas Tokwan.

“Hah? Bumbung? Apa ni? Saya tak faham!” balasku.

“Kamu tengok kuku tangan kamu,” balas Tokwan.

Terkejut. Kuku tanganku juga biru-kebiruan. Ada jari yang luka. Barulah aku merasakan sakit itu datang semula. Pedih. Aku mengusap kedua-dua belah tangan.

“Saya tak faham. Yang masuk pada kamu. Bukanlah iblis sangkar hitam, tapi saya tak pasti iblis keturunan mana,” balas Tokwan.

“Saya cuba berkomunikasi tapi benda tu tak mahu menjawab. Senyap,” balas Haji Mail.

“Tapi yang pasti, dia mahu berlari keluar dengan jasad kamu,” balas Haji Mail.

“Pernah panjat dinding sebelum ni, ya?” gelak En Samad.

“Amboi, mentang-mentang dia dah OK, sempat lagi bahan saya eh?” balasku.

“Dah dah. Macam ni, tadi Haji Awang ada telefon. Bas akan sampai lebih kurang lepas isyak. Biar saya dan Tokwan pergi ke sana dahulu. Jika bernasib baik, kita dapat kurung semua. Jadi kamu tak perlu jadi umpan lagi malam ni,” kata Haji Mail.

Terbeliak. Aku rasa amat lega. Detik dan saat yang amat aku tunggu-tunggukan. Aku bakal mendapat hidupku semula, Tanpa gangguan. Tanpa rasa sesuatu di kiri dan kanan.

Aku tak sabar.

“Habis tu saya tunggu sini?” balasku.

HASAN / 202
“Ya, kamu tunggu di sini dengan En Samad. Nanti Haji Awang akan singgah bekalkan makanan. Jangan risau. Dis ini selamat. Aku dah pagar sekali lagi,” balas Haji Mail.

Gembira. Aku tak perlu jadi umpan lagi. Aku harap semuanya berjalan lancar.

Esok, aku bakal hidup dengan sempurna kembali. Dah lama tak pergi mancing. Rindu sangat.

Selepas solat maghrib malam tu, kami semua membuat doa selamat diketuai oleh Haji
Mail.

Tok tok tok! Ketukan dari pintu hadapan. Tokwan bingkas bangun membuka pintu.

“Assalamualikum Awang! Sihat?” balas Tokwan.

Haji Awang masuk dengan bungkusan makanan di tangannya.

“Sihat, alhamdulillah. Semua ada di sini ya?” balas Haji Awang.

“Kuat benar iblis ni. Sampai nak bawak bas ya,” gelak Haji Mail sambil memandang ke arah aku.

“Itulah Haji Awang, saya pun tak tahan dah ni, Terima kasih sangat. Nanti saya bayar upah bas ya,” balasku.

“Boleh. Upah bas kerja malam RM500. Satu tiket bas RM50,” balas Haji Awang sambil senyum sinis memandang ke arah aku.

“Amboi mahalnya tiket bas,” tanyaku pelik.

“Eh iiyalah, kalau bawa manusia tak apa. Perangai boleh dikawal lagi. Ini bawa iblis tau! Macam-macam perangai ada dalam tu,” gelak Haji Awang.

“Itu kalau seekor iblis, kalau yang kena tangkap nanti berates-ratus iblis, mahal tu,” balas Haji Mail sambil gelak perlahan.

“Alamak, betul juga tu,” aku tunduk. Risau tak mampu bayar.

“Tengok. Muka dah muncung dah tu,” balas Haji Mail.

HASAN / 203
“Alah. saya gurau jelah, Mana ada macam tu. Lagi pun bas ni semua dah berbayar. Ada hamba Allah yang wakafkan bas ni. Jangan risaulah,” balas Haji Awang sambil tertawa.

Sekali lagi aku menarik nafas lega. Fuh, syukur,

“Terima kasih banyak-banyak kepada insan yang wakafkan tu. Sampaikan salam saya pada dia ya,” balasku.

“Haji, saya nak tanya sikit. Bas ni, bas istimewa atau apa-apa bas pun boleh?” tanyaku.

“Alah, bas apa-apa pun boleh. Bas ni kalau tak guna untuk tujuan ini, kita guna seperti biasalah ambil penumpang,” balas Haji Awang tenang.

“Aik, tak seram ke bas kurung iblis, lepas tu ambil penumpang biasa pula,” tanyaku lagi.

“Alah apa nak seram. Kita kongsi dunia ni dengan jin dan iblis. Betul, kan?” tanya Haji Awang lagi.

“Betul juga tu. Tapi… ish, seramlah,” balasku.

“Saya guraulah. Sebelum upacara menangkap iblis-iblis ni, pastinya Haji Mail akan mulakan upacara dalam bas ni dahulu. Ada lagi ayat-ayat al-Quran yang dibacakan. Pendinding dan macam-macam lagi. Tak usah risau. Haji Mail kamu dah pusing satu Malaysia dah bantu orang dengan kerja ni. Memang itu kepakaran dia,” balas Haji Awang.

“Oh fahamlah. Terima kasih Haji Mail dan semua sebab sanggup bantu saya,” balas aku tunduk.

“Kalau tak. sampai bila-bilalah saya kena ganggu ni,” tambah aku lagi.

“Dalam dunia ni, setiap insan yang ditakdirkan untuk kita jumpa, pasti ada hikmahnya. Setiap manusia pasti ada kelebihan dan minat masing-masing. Kalau doktor tak ada, siapa nak rawat penduduk di Mering ni? Samalah macam kami. Jadi kita saling memerlukan,” balas Haji Mail senyum menepuk bahu aku.

Lega.

Betul juga apa yang dikatakan oleh Haji Mail. Banyak perkara yang aku belajar dari mereka. Setiap insan yang kita jumpa dalam hidup ini, pasti ada hikmahnya. Yang pasti mereka
HASAN / 204
ada kelebihan masing-masing untuk bantu satu sama lain. Hingga sekarang aku masih ingat lagi pesanan ini.

“Doktor kena janji dengan saya satu perkara,” balas Haji Mail.

“Apa dia, haji?” tanyaku.

“Berbuat baiklah sesama manusia. Bantu seberapa ramai yang mungkin, Seberapa yang kamu terdaya, Kalau tak wang ringgit, guna kudrat yang ada. Jika kudrat tak mampu, Bantulah dengan kata-kata semangat. Kata-kata yang baik, Yang dapat memberi inspirasi serta doa-doa yang terpuji kepada manusia lain, walaupun kita di bawah, mahupun di atas. Janganlah kita lupa di mana kita berada. Tak kira seberapa tinggi pangkat yang kita ada, ingatlah, pada mata yang Esa, kita hanya sekecil-kecil hambaNya. Ingat pesan saya yang panjang lebar ni ya,” balas Haji Mail.

Jam 9 malam.

“Mari kita ke sana,” ajak Haji Awang.

“Marilah kita,” balas Tokwan.

“Kamu duduk dengan En Samad ya. Jangan keluar sehingga dapat panggilan dari kami,” balas Haji Mail.

“Baiklah. Saya faham. Saya akan tunggu dengan En Samad,” sambil aku memandang En Samad yang juga turut mengangguk tanda setuju.

Aku hanya melihat, Tokwan, Haji Mail, Haji Awang berlalu pergi. Aku memandang En Samad.

“En Samad. Tinggal kita berdua je ni,” balasku.

“Ha itulah. Tak apa, jangan risau. Semalam, lepas Haji Mail tangkap awak. Dia dah buat pendinding sekali lagi,” balas En Samad.

“Yelah, harap semuanya selamat. Kalaulah—” balasku.

“Apa yang kalaulah?” tanya En Samad.

“Kalaulah En Samad ni awek, saya dah peluk dah,” balas aku tertawa sinis.
HASAN / 205

“Ahhh sudah. Ni kena sampuk lagi ke ni?” tanya En Samad serius dengan mukanya yang hampir pucat.

“Ha ha ha, saya guraulah. Tak seleralah nak peluk En Samad,” berdekah aku ketawa bila melihat muka pucat En Samad.

“Hish, bergurau pula. Saya serius ni,” balas En Samad

Saat berganti minit. Minit berganti jam. Waktu amat perlahan sekali. Setiap gerakkan jarum saat amat mendebarkan. Aku menanti penuh harapan. Aku tak sabar menanti kepulangan mereka nanti.

“Jomlah kita makan!” ajak En Samad.

“Tak seleralah. En Samad makan dulu. Saya ni, rasa nak terkencing tapi kencing tak keluar apa-apa., Nak terberak tapi hanya kentut sahaja. Semua benda tak kena. Selagi tak dapat panggilan dari Haji Mail,” balasku.

Jam 12 malam.

“En Samad, Dah nak hampir 3 jam ni. Tak ada dapat panggilan ke? Cuba tengok telefon tu,” tanya aku kurang sabar.

“Belum lagilah. Bateri pun dah tinggal satu bar je ni. Daripada semalam tak cas telefon,” balas En Samad.

“Alamak, susah la macam ni. Haji Mail ada nombor telefon saya, tak? Bateri saya ada suku lagi ni,” balasku.

“Saya tak pastilah,” balas En Samad.

“Tak apa saya telefon Haji Mail sekejap,” balas En Samad

En Samad pun mula mendail, namun telefon Haji Mail tidak berangkat.

“Haji Mail tak angkatlah, Sibuk agaknya tu,” balas En Samad.

“Cuba fikirkan cara lain,” balasku.

HASAN / 206
“OK, macam ni. Sekarang saya SMS Haji Mail nombor telefon awak. Kalau kalau bateri telefon saya habis. Sekurang-kurangnya Haji Mail boleh telefon awak,” balas En Samad.

“Bijak tu! Bijak En Samad. Jangan lupa SMS Haji Mail ya,” balas aku

Jam 1 pagi.

Masih belum mendapat apa-apa panggilan.

Aku masih membelek telefon bimbitku, sama seperti En Samad. Kami hanya bersandar, keletihan menantikan khabar indah yang menjadi harapan. Satu jam. Terasa bagaikan setahun. Kaku. Dengan degupan jantung yang laju, amat memenatkan.

Sekejap-sekejap aku lihat En Samad. Matanyanya mula layu. Tersengguk sengguk kepalanya ke hadapan dan kemudian beranjak ke belakang semula. Kasihan. Tiba-tiba—Tok tok tok! —ketukan di pintu. Aku tersentak sambil menggoyangkan bahu En Samad.

“Dorang dah balik tu,” ujarku.

En Samad bangun. memandang ke arah aku. Tok tok tok! Ketukan yang lebih deras. En Samad terus berjalan meluru ke arah pintu. En Samad membuka pintu.

“Hah! Macam mana? mana yang lain?” tanya En Samad

Rupanya Haji Awang yang sedang berada dihadapan pintu.

“Doktor mana?” tanya Haji Awang.

“Itu, ada di dalam tu,” balas En Samad.

“Panggil dia keluar. Ada sesuatu aku mahu tunjukkan,” balas Haji Awang.

“Doktor! Mari sini. Haji Awang panggil ni,” jerit En Samad.

Aku pun bangun. Bangun dengan seribu pertanyaan, meluru ke pintu hadapan.

“Kenapa Haji Awang?” tanyaku tak menyempat.

“Mari sini ikut saya. Ada sesuatu saya nak tunjukkan,” balas Haji Awang.

HASAN / 207
Kringgg! Kringgg! Tona nada deringan En Samad bergema. Kringgg! Kringgg! Kringgg! sekali lagi telefon En Samad berdering.

“Haji Mail telefon!” balas En Samad.

En Samad pun menjawab telefon.

“Hello Mail. Hello hello,” jerit En Samad.

“Hello, dengar tak? Dengar tak?” tanya En Samad lagi.

Teeeetttt!—

“Alamak panggilan terputus. Bateri telefon saya ada lagi ni. Mungkin line tak berapa elok,” balas En Samad.

“Oh, OKlah. Tak apa, kalau bateri dah habis pun, En Samad tadi dah SMS nombor saya, kan? Nanti Haji Mail telefon sayalah tu kejap lagi,” balasku.

“Iyalah, nanti saya cuba telefon Haji Mail sekali lagi,” balas En Samad.

“Eh, Marilah. kita ke sana sekejap. Ada sesuatu nak tunjuk pada doktor,” balas Haji Awang.

“Eh kenapa kamu pulang seorang? Tokwan dan Haji Mail tak pulang lagi?” tanya En Samad.

Persoalan En Samad tidak dijawab. Aku yang sedang melangkahkan kaki keluar dari rumah itu. Terdetik di hati, mungkin Haji Awang tak dengar dengan jelas persoalan dari En Samad. Aku pun melangkah keluar. Kini aku berada lebih kurang 100meter dari pintu rumah.

Aku terus berjalan menyusuri gelap malam, di belakang Haji Awang.

“Haji Awang, kita nak ke mana ni?” tanyaku.

“Doktor! Doktor!” jeritan yang datangnya dari En Samad.

Telefonku berdering. Aku pegun seketika. Perjalanan terhenti

HASAN / 208
Jeritan dari En Samad dan juga nada deringan telefon aku yang sedang rancak berdering dalam masa yang sama.

Aku menoleh memandang En Samad, Sambil mengangkat tangan, Memberi riak tanda ‘sebentar’ kepada En Samad. Aku menyeluk poket dan mengeluarkan telefon bimbitku. Panggilan dari nombor yang tak dikenali. Pastinya Dari Haji Mail. Aku menjawab panggilan itu.

“Haji Mail ke ni? Macam mana tadi? Semua dah selesai?” tanyaku, tidak sabar.

“Doktor, tadi saya dah telefon En Samad. Saya dah tahu semuanya,” balas Haji Awang.

“Kamu dengar arahan saya baik-baik. Sekarang ni kamu di luar kan?” tanya Haji Mail.

“A’ah saya dengan Haji Awang,” balasku.

“Baik. Dengar sini baik-baik. Dengan perlahan, kamu pusing, terus berlari ke arah rumah itu sekarang! Saya dalam perjalanan ke sana. Sekejap sahaja lagi nak sampai,” balas Haji Mail.

“Tapi kenapa?” tanyaku.

“Saya tak tahu kamu bersama siapa. Haji Awang ada bersama saya. Iblis sangkar hitam terlepas,” balas Haji Mail.

Darah berderau naik ke kepala. Jantung berdegup makin kencang. Perasaan lega melihat Haji Awang kini sudah berubah dengan ancaman. Aku terketar-ketar. Dalam keadaan yang serba-serbi gelap, aku diluar bersama kelibat yang sedang menjadi pendua.

“Kamu tunggu di situ sehingga saya, Tokwan dan Haji Awang sampai!” balas Haji Mail.

“Sepantas kilat, kamu pusing dan lari masuk ke dalam rumah itu sekarang!” jerit Haji
Mail.

Perlahan, aku menutup telefon bimbit aku. Aku menoleh ke belakang semula ke arah rumah usang itu, bersedia untuk berlari. Langkah seribu sudahku atur. Apa nak jadi, jadilah. Aku hanya mampu berusaha dan berserah. Sambil toleh, aku mengintai.

Kelibat yang sedang berdiri di situ senyum melihat ke arah aku bersama satu usapan dari belakang. Usapan di leher belakangku. Jawapan yang aku cari selama ini semakin hampir. Jawapan yang sudah pun ada di depan mata.

Advertisements

Apa Pendapat Anda?

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.