HASAN PART 23

BAB 23
PENGHALANG

“Jangan pandang!” jerit Tokwan sambil menggenggam keras mukaku.

Atas halangan itu, aku tak dapat menoleh walaupun desak hati ingin tahu. Kenapa aku tetap mahu menoleh? Mudah, itulah yang dinamakan desakan.

Desakan yang akan membuatkan manusia membatasi fikiran telap separa tanpa memilih pilihan kedua. Sanggup mengambil segala risiko. Bersedia dengan cabaran yang akan datang walaupun di benak fikiran yang belum tentu mampu mentafsirkan kemampuan seseorang itu untuk menempuhinya.

Gangguan yang sering kali datangnya bertubi-tubi membuatkan desakan aku untuk berhadapan dengannya. Namun, Tokwan lebih memahami, Tokwan lebih Arif. Aku pasrah. Aku memandang ke hadapan dengan rasa yang serba-serbi tak kena.

“Tokwan kita nak buat apa sekarang?” balas En Samad

Bam! Satu bunyi hentakan dari atas bumbung kereta. Tersentak lagi aku melihat keliling, Nun di hujung sana Haji Mail masih lagi dengan tari silatnya. Bamm Bamm! Bunyi yang datang sekali lagi dari atas bumbung kereta.

“Dengan namamu Ya Allah aku berlindung. Dengan kuasa mu ya Allah aku berjuang melawan iblis laknatullah!!” jerit Tokwan disusuli dengan bacaan ayat suci dari Tokwan.

Bunyi itu tiada lagi.

Aku melopong melihat keliling, Aku menoleh ke belakang. En Samad terdiam kaku. Tokwan masih terkumat-kamit dengan bacaannya. Suasana sunyi sepi, di tepi pantai diiringi cahaya bulan mengambang penuh lantas menerangi pantai.

“Tenang. Kamu semua OK?” tanya Tokwan.

“Ya Tokwan. Saya OK tapi macam nak terkencing ni,” balasku.

“En Samad, kamu OK?” tanya Tokwan.
HASAN / 184

Senyap. Aku toleh ke belakang, melihat En Samad yang sedang tunduk ke bawah.

“Mad! Mad! Kau OK tak ni?” tanya Tokwan lagi.

En Samad masih lagi senyap. Tokwan menyapa bahu En Samad beberapa kali.

“Mad! Mad! Kenapa kau ni?” jerit Tokwan.

Aku yang sedang duduk di bahagian hadapan, masih mengekalkan posisi, merenung kepada En Samad. Perlahan-lahan En Samad mendongak.

“Allahuakbar!” jerit Tokwan.

“Ha ha ha ha!” gelak tawa garau.

Dengan pantas, Tokwan terus menggenggam leher En Samad, ibu jarinya di bawah telinga. Jari yang lain mencengkam leher belakang En Samad.

“Keluar kau iblis!” jerit Tokwan.

Aku yang sedang duduk di hadapan itu juga dengan pantas terkencing dalam seluar tanpa berfikir panjang. Tiada arah tujuan, Tiada jalan keluar. Hanya aku, Tokwan dan iblis yang bersemadi bersama En Samad. Terketar satu badan.

“Apa kau nak iblis?” jerit Tokwan.

“Hisss hiss hisss!” dengusan En Samad.

“Kamu manusia durjana! Seluruh anak cicit kamu, aku tak akan maafkan! Aku akan hancurkan segalanya!” jerit En Samad.

“Kau lupa iblis! Kau lupa siapa yang yang lebih berkuasa! Kau laknat. Kau harus bertaubat!” jerit Tokwan.

Buat pertama kalinya dalam hidup aku, mendengar satu perbualan yang selama ini yang telah termaktub dalam kitab suci.

HASAN / 185
“Sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu (Adam), lalu Kami bentuk tubuhmu, kemudian Kami katakan kepada para malaikat: “Bersujudlah kamu kepada Adam”; maka mereka pun bersujud kecuali iblis. Dia tidak termasuk mereka yang bersujud. (7:11)”

Kerana angkuhnya iblis itu, Yang menidakkan suruhan tuhan.

Iblis berkata: “Ya Tuhanku, oleh sebab Engkau telah memutuskan bahwa aku sesat pasti aku akan menjadikan mereka memandang baik (perbuatan maksiat) di muka bumi, dan pasti aku akan menyesatkan mereka semuanya, (15:39)”

Sehingga kini, aku jelas. Jelas apa yang dikatakan oleh tubuh En Samad yang telah dirasuk itu. Terang lagi bersuluh. Apakah kau tidak percaya lagi? Pada saat itu, aku percaya. Aku yakin Allah maha pelindung.

“Apa kau mahukan dari dia?” tanya Tokwan.

“Hisss hisss hisss!” dengusan dari En Samad

“Ha ha ha ha!” suara tawa yang lebih garau dari biasa.

En Samad, menganjakkan badannya ke hadapan, Merapatkan dirinya pada aku sambil tangan Tokwan Masih mencengkam lehernya.

“Ya! Aku mahu dia kerana dia mengancam aku! Hoi budak! Kau hebat?” jerit En Samad.

Aku terpinga dalam ketakutan. Terngiang-ngiang di fikiran.

“Aku? Aku mengancam dia?” bisik hati.

“Tak tak tak. Aku tak hebat. Apa salah aku? Apa kau nak?” balas aku sambil menggigil satu badan.

“Ha ha ha!” berdekah dekah tawa garau En Samad.

“Kau gagal! Kau lihat apa jadi pada Hasan! Kenapa kau tak selamatkan dia? Sejak Hasan di sini. Kenapa dia tak pulih?” jerit En Samad.

“Ermmm apa kaitan dengan Hasan?” tanya aku sambil aku menjauhkan diri dari En Samad.

HASAN / 186
“Hasan, jasad aku! Hamba aku! Kau manusia yang ingkar dengan tanggungjawab! Kau harus terima balasan!” jerit En Samad.

“Macam mana aku nak terangkan pada si iblis ni. Iblis ni bodoh ke apa? Takkan aku nak sekolahkan dia pasal HIV pula?” bisik hati yang sedang memikirkan jawapan yang sepatutnya

“Tapi, Hasan bukan sakit biasa. Dia kena sumpahan,” balasku.

“Ishh kenapa pula aku cakap sumpahan. Aku mana tau bab-bab sumpahan ni. Aduh terlepas cakap,” bisik hati lagi.

“Cukuplah kau berdusta. Tiada sumpahan yang tidak dapat aku elakkan!” jerit En Samad.

“Erm ermm. sumpahan dari yang Maha Esa. Balasan dunia untuk dia!” balasku.

“Sumpahan yang tiada penawarnya. Sumpahan yang lebih kecil dari zarah tapi amat berkuasa. Itulah sumpahan Allah! Balasan dunia kepada manusia yang langgar perintahnya!” balasku.

“Kerana kau iblis! Kerana kau, sumpahan itu ada!” balas aku yang mula rasa marah.

“Ha ha ha,” tawa En Samad lagi.

“Jadi apa lagi kau mahu?” jerit Tokwan.

“Mudah. Aku mahu hamba yang baru. Aku mahu kau! Tapi, sentiasa ada yang menjadi PENGHALANG!” balas En Samad sambil merenung aku.

“Jangan pandang En Samad. Jangan pandang! Toleh ke depan!” jerit Tokwan kepada
aku.

Aku terus menoleh ke hadapan. Kaki, badan, susuk tulang menggeletar.

“NAHAS KAU!” jerit Tokwan yang kemudiannya terus membaca surah suci yang tak dapat aku fahami.

Kali terakhir, yang dapat aku ingat.

“Kembali kau pada alam kau! Sesungguhnya kau tidak layak di dunia ini,” jerit Tokwan

HASAN / 187
En Samad rebah ke depan. Mukanya terhentak di hadapan tempat duduk. Tubuhnya longlai sambil dipapah oleh Tokwan, yang mengembalikan semula posisi En Samad dalam keadaan duduk menyandar pada cermin kereta.

“Kau OK? Mengucap sekarang,” kata Tokwan

“Ya, saya OK!” sambil aku mengucap berkali-kali.

Tiba-tiba, dari jauh, Aku nampak Haji Mail berlari ke arah kami.

“Tokwan! Tu tu tu! Haji Mail dekat pagar tu berlari ke sini,” jerit aku.

Tokwan menoleh. Haji Mail terus masuk ke dalam kereta, duduk di hadapan, di bahagian pemandu. Tercungap-cungap Haji Mail, “Aduh huh huh huh,” bagaikan meminta nyawa.

“Ya Rabbi, Tokwan. Mereka terlalu kuat. Mereka banyak. Tapi yang aku sedang berentap tadi. Kasar iblis tu,” balas Haji Mail.

“Habis tu, macam mana sekarang ni, haji? tanyaku.

“Kita lari dulu. Jom kita keluar dari tempat ni. Seluar saya pun dah basah ni,” balas aku tergesa gesa yang dah tak tahan lagi dengan situasi itu.

“Jangan, Tak boleh! aku kena pastikan yang satu ni dulu tumpas. Hebat kudrat dia. Sangkar Hitam,” balas Haji Mail

Tersentak, Aku bagaikan. teringat semula apa yang diceritakan oleh Haji Awang dulu tentang sangkar hitam.

“Haji Awang pernah cerita dulu. Kenapa dengan sangkar hitam?” tanyaku.

“Mereka adalah puak yang digelarkan oleh guru aku. Lain guru, lain gelarannya, tapi menuju kepada satu puak iblis yang sama,” balas Haji Mail.

“Puak sangkar hitam ni, ada di mana-mana saja ke atau di sini je?” tanyaku.

“Ya, mereka ada di mana-mana saja. Kita sahaja yang tak tahu. Termasuk ini, kali ke lima aku berdepan dengan mereka,” balas Haji Mail.

“Hanya ada satu jalan penyelesaian buat masa ini,” balas Haji Mail.
HASAN / 188

“Kita tangkap dan ikat dulu. Kita takkan mampu menghancurkan dia,” balas Haji
Mail.

“Kemudian kita akan buang mereka di tempat yang terpencil seperti hutan rimba, tasik yang tak berpenghuni,” jelas HajiMail.

“Macam mana, haji? Boleh ke ni? Kata ada banyak lagi yang lain,” tanya aku lagi.

“Ya, tapi yang penting, yang satu ni, kita kena ikat dia dulu. Selebihnya kita uruskan nanti,” balas Haji Mail.

“Kalau macam tu, maknanya kita kena pakai baslah?” tiba-tiba suara yang datang dari Tokwan.

“Ya betul, esok kamu uruskan, tapi sekarang kamu kena bantu aku dulu,” balas Haji Mail pada Tokwan.

“Dia masih di situ. di belakang bilik mayat. Tokwan, kamu ikut aku. Kamu tahu apa kamu perli buat kan?” tanya Haji Mail.

“Ya, aku tahu. 3 serangkai, kemudian tutup,” lebih kurang inilah yang dibalas oleh Tokwan. Sehingga kini aku tak dapat menterjemahkannya kerana aku tidak faham satu maksud pun tentang ayat dari Tokwan itu.

“Tapi, Mail. Bukan satu, tapi dua,” balas Tokwan.

“Ya, aku tahu. Aku nampak semuanya. Yang bersama kamu itu sudah pergi, tapi kita kena bersedia. Dia pasti akan kembali,” balas Haji Mail.

“Mari kita mulakan sekarang,” ajak Haji Mail.

“Baiklah. Mari! Lekas!” balas Tokwan.

“Yang lain tunggu di sini,” Haji Mail terus keluar dari kereta.

“Kamu tunggu di sini. Aku keluar bersama Haji Mail,” balas Tokwan.

“Ingat, jangan lari ke mana-mana! Tunggu sini, jaga En Samad kamu faham?” jerit Tokwan.
HASAN / 189

“Bbbaiklah, saya tunggu sini,” balasku.

Berpeluh peluh. Aircond kereta pun tak pasang. Tingkap terbuka sedikit. Lencun basah satu badan.

“En Samad. ooo En Samad. Awak OK ke?” tanyaku.

En Samad masih lagi terbaring. Senyap. Setiap detik amat bermakna. Seminit bagaikan setahun. Terseksa, menantikan sesuatu yang tidak pasti dan lebih parah, terseksa kerana tak dapat dijangka bahana baru yang bakal tiba.

Aku melihat Tokwan dan Haji Mail berlalu pergi. Aku hanya mampu terduduk sahaja, dengan ilmu yang tak setimpal mana, melihatkan En Samad yang sedang terbaring di belakang, tersandar di cermin kelemahan.

Ini telah meletakkan aku pada satu sudut, tiada ruang, tiada jalan keluar. Tadi Tokwan berada di sisi. Kini aku sendiri—

“Ha ha ha ha!” tawa garau En Samad dari belakang berdekah-dekah.

—berhadapan dengan iblis laknatullah. dan Tiba-tiba aku tersentak lebih kuat apabila kelibat lain muncul ditingkap kereta bahagian depan. Kelibat yang amat aku kenali. Aku menangis.

“Tok!” jerit aku sekuat hati.

Advertisements

Apa Pendapat Anda?

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.