HASAN PART 20

BAB 20
SENGKETA

“Ini MAK nak. Tunggu dulu,” suara garau yang datangnya dari Hasan.

Tersentak aku di dalam kekeruan malam. Hasan yang lebih garau suaranya kini memerhati aku.

“Ha Ha Ha Ha,” gelak Hasan.

“Ha ha ha ha,” lebih kuat mengilai.

Apa aku nak buat ni? Kalau ikut perubatan moden, nampak macam halusinasi— penyakit mental. Pegun aku tak keruan, namun di saat Hasan yang sedang mengilai itu tiba-tiba senyap, aku pandang sekeliling. Hasan kembali terbaring kaku. Tak lama selepas itu, Kemudian Hasan bangun. Toleh ke arah kiri tingkap…

“Pergi kau dari sini! Aku mahukan dia!” jerit Hasan.

Aku di situ terkebil-kebil. Si Hasan ni cakap dengan siapa pula? Aku toleh ke kiri bahu aku. Tiada apa-apa. Hanya tingkap sahaja. Malam yang sangat suram. Hanya aku dan Hasan.

“Arghhhh arghhhh sial, kau sial!”

Hasan kini meronta. Jeritannya lebih kuat. Aku rasa serba-serbi bersalah. Aku harus buat sesuatu atau tinggalkan dia?

“Sial sial sial! jerit Hasan lagi.

“Misi! Kak, oi kak!” jerit aku.

“PREPARE IM Midazolum(ubat suntikan pelali),” jerit aku. namun tak ada respon. Aku di situ tercegat ke seorang yang sedang cuba bertarung demi Hasan.

“Hoi Hasan! Mengucap! Kau marah siapa?” jerit aku.

HASAN / 161
Aku terus berlari, menerpa ke arah Hasan. Aku genggam kedua-dua bahunya rapat ke atas tilam.

“San! Ngucap San,” balas ujarku.

Hasan kemudian terhenti, dan menoleh ke arah aku.

“Kau pilih aku, kan?” Hasan senyum kemudian tertawa.

“Hiiii… hiiii…hii” sambil mendengus, “Hurhhh hurhhhhh”

Tersentak, aku jarakkan diri aku ke belakang.

“Apa pilih? Pilih apa?” balas aku tegas.

Tamm! Semua lampu tertutup di bilik itu.

“Arhhhhhh arhhhh!” Hasan menjerit.

“Arhhhhh aarhhhh, sial!” jerit Hasan lagi. Lebih kuat lebih garau.

Masa tu, aku memang panik habis. Tak tahu nak buat apa Aku berlari mencari suis tak jumpa. Aku berlari keluar. Namun larian aku dihalang. Berat rasa kaki cuba melangkah.

Hasan bangun dari katilnya. Buat pertama kalinya aku melihat Hasan berdiri. Tegak Hasan berdiri merenung aku. Sunyi. Tapak kaki Hasan kedengaran. Perlahan dia berjalan ke arah aku. Menggigil aku tak tahu nak buat apa lagi. Kaki dah berat. Aku pejamkan mata.

Tak tak tak! bunyi dari belakang aku. Bagaikan bunyi hentakan kayu yang makin lama makin hampir. Aku tak mampu menoleh. Aku berdiri kaku. Langkah Hasan terhenti seketika.

“Apa kau mahukan? Dia milik aku!” jerit Hasan tapi memandang ke arah belakang aku.

Aku terpinga di situ.

“Dah dah! Aku tak mahu siapa-siapa!” jerit aku.

Hasan merenung kembali. Hasan senyum, namun dalam sepantas kilat, bagai ada satukuasa lain yang menolak Hasan rapat ke dinding. Hasan meronta.
HASAN / 162
“Sial kau, sial! Dia aku punya!”

Bammm! Tiba-tiba Hasan jatuh dari dinding itu, rebah jatuh ke bawah. Pada waktu itu bagaikan ada satu tangan dari belakang yang mengusap rambut belakangku, dan kemudian bagaikan mencakar belakang leherku. Kemudian aku bebas.

Aku mula merasa segala sensori kaki aku. Aku berlari ke arah Hasan. Aku papah Hasan naik ke katil. Tercabut semua line IV drip pada tangan dan kaki Hasan.

“Misi! Oi tolong!” jerit aku.

Aku usung Hasan dan baringkan di katilnya. Aku berlari terus ke kaunter. Sampai sahaja di kaunter misi, aku mengeluh “Hah hah hah, aduh,” berpeluh muka dan tubuh badan.

“Tolong, tolong kak. Hasan jatuh katil,” balas ujarku.

“Eh bila pula jatuh ni? Eh doktor dari bilik Hasan ke?” tanya misi.

“Iyalah! Dari bilik Hasan. Eh saya jerit tadi, tak dengar ke?” tanyaku.

“Kenapa doktor ni? Saya tak faham Hasan jatuh macam mana?” tanya misi.

“Tak dengar apa-apa pun!” balas misi.

“Tadi bilik Hasan tiba-tiba black out!” balasku.

“Black out?” tanya misi.

“Eh dah-dah, cepat prepare semua branula, jarum semua. Saya nak pasang line balik pada Hasan.”

Misi bangun dari kaunter, intai ke kanan, ke belakang.

“Mana ada black out! Tu ada je lampu,” balas misi.

Aku pun toleh sama. Benar, lampu bilik Hasan menyala. Terang seperti sediakala.

“Betul! Tadi Hasan macam kena rasuk, black out lagi!” aku cuba terangkan dalam posisi
aku.

HASAN / 163
“Tak ada apa pun? Saya duduk sini dari tadi. Tenang je, aman je,” balas misi.

Aku menggaru kepala.

“Jom kita pergi tengok kalau tak percaya,” balasku.

Kami berdua berjalan terus ke bilik Hasan. Semuanya seperti sediakala, bagai tidak ada apa yang berlaku. Aku tercengang. Aneh. Misi tadi memandang ke arah aku.

“Doktor ni OK ke tak?” tanya misi.

“Aku OK. Aku OK. Aku taulah apa aku nampak,” balas aku mengeluh.

“Dahlah tu doktor, baliklah rumah. Balik berehat, OK? balas misi sambil kami berdua berjalan kembali ke kaunter.

“Bingung. Apa ni? Pelik betul,” bisik aku.

“Doktor, thanks tadi tolong belikan makan eh,” balas misi tadi.

“Beli makan? Makan apa?” tanyaku.

“Lah, baru je 10 minit tadi doktor kata nak pergi beli makan. Saya pesanlah. Baru je tadi doktor hantar saya makanan. Ada tu dekat hujung tu dalam bungkusan,” terang misi sambil menunjuk arah plastik bungkusan makanan.

“Tu yang saya pelik macam mana doktor dari bilik Hasan,” terang misi lagi.

“Bila pula aku keluar beli makan ni?” bisik hati.

“OK OK, dahlah tu. Saya nak balik dulu, penat,” balasku.

Bercelaru. Aku ada dalam bilik Hasan, bila masa aku keluar beli makan? Kejadian tadi, aku amat yakin, memang benar aku lalui. Bukan bayangan. Bukan mimpi. Ianya bagaikan persengketaan antara dua makhluk yang bukannya dari dunia yang nyata.

Aku rasakan bagai ada kelibat yang lain di belakang aku. Adakah si dia selama ini cuba melindungi aku? Siapakah dia? Apa yang mereka mahukan dari aku? Adakah bunyi tongkat itu nenek yang selama ini aku jumpa? Kenapa tiada siapa yang mendengar walaupun misi yang sedang duduk pun tidak mendengar apa-apa yang berlaku.
HASAN / 164

Namun, di kala tiada siapa yang dapat melihat, dikala semuanya tidak bersaksi. Hijab yang tertutup rapat untuk mereka. Aku mula melangkah keluar.

“Doktor!” panggil misi lagi.

Aku menoleh. Langkahku terhenti

“Kenapa leher belakang tu? Merah, bercalar!” tanya misi tadi.

Aku toleh pandang ke arah misi, sambil meraba tengkuk. Bagaikan ada beberapa kesan calar di leher. Aku pun berjalan keluar. Aku masuk ke dalam kereta. Minda makin bingung. Aku pulaskunci kereta. Aku mula memandu pulang. Sebaik sahaja aku kelur dari hospital, Tiba-tiba aku teringat!

“Ada tu makanan dekat hujung tu.”

Aku tak keluar pun pergi beli makan. Misi kata aku yang pergi, kemudian aku letak makanan itu di kaunter. Terngiang-ngiang dalam hati.

“Oh my god!”

“Alamak!” barulah aku sedar.

Aku memandu pusing semula ke arah hospital. Aku memecut laju. “Cepat! Cepat!” bisik hati. Aku masuk dalam perkarangan hospital semula. Aku parkir betul-betul di hadapan wad. Bergegas aku keluar kereta. Aku berlari sepenuh hati ke arah Wad 6.

Sambil aku menjerit “Kak! Nanti, jangan makan dulu!”

“JANGAN MAKAN DULU!”

Apa Pendapat Anda?

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.