HASAN PART 2

BAB 2
RASUK WAD 3

Waktu itu aku on-call, (atas panggilan), kebiasaanya MO on-call akan standby di Jabatan Kecemasan. Jadi kalau tak ada kes tu, macam biasa aku dan geng dressar yang lain akan lepak di bilik ambulan untuk tengok Astro sambil layan kopi-O cicah biskut kering.

Tepat jam 2 pagi, dengan mood yang kelam dan mendung aku terima satu panggilan “Doc! Urgent Wad 3 (wad perempuan) ada patient mengamuk, histeria!”

‘Ahhh!’ dalam hati. Aku pun balas, “OK, saya datang sekarang!”

Adui, 2 pagi ni nak menapak jalan kaki sampai Wad 3 nun jauh di belakang sana, angin mendung lagi. Ni aku pun terpaksa teruskan sambil baca apa yang terlintas. Bulu dah meremang, jiwa dah goyang, sebab aku dah boleh agak kenapa Ward 3. Wad yang paling banyak sejarah di Hospital Mering dan paling dekat dengan ‘POHON BESAR’ itu.

Masa dalam perjalanan ke sana dalam malam yang gelap gelita, lampu jalan pun suam suam, aku nampak seorang pakcik yang berkopiah, berjanggut putih sedang menolak kerusi roda ke arah bilik mayat, aku hanya nampak dari sudut sisi tepi dan belakang.

‘Siapa pulak pakcik PPK (pembantu perubatan) ada janggut ni tak penah nampak. Kenapa pula nak tolak wheelchair pergi bilik mayat 2 pagi’ bisik hati aku curiga.

Tapi aku pun tak adalah nak syak apa sangat, mungkin ada staf yang aku tak pernah nampak. Tapi aku rasa aku kenal semua orang.

‘Hmm, abaikan je lah. Nantilah aku fikir’ getusku untuk menenangkan hati.

Sampai sahaja di wad, Masyallah kakak-kakak misi dah berkumpul di satu sudut dengan muka pucat dan tak mahu toleh ke belakang. Pesakit lain pula semuanya selubung dengan selimut masing-masing. Tinggal aku sahaja di pintu depan untuk melangkah masuk. Bulu roma aku pun dah tak larat nak meremang lagi.

Sayup-sayup suara Al-Quran kedengaran dari telefon bimbit kakak misi. Tiba-tiba berdentum bunyi pintu belakang wad 3. Angin makin kuat, ini serius macam dalam movie. Saling tak tumpah seperti adegan movie EXORCISM. Hah macam tu lah!
HASAN / 12

Nun jauh di sana, Subahanallah, rasa macam nak terkencing dalam seluar pun ada, pertama kali aku lihat dalam hidup aku.

Si DIA!

Advertisements

Apa Pendapat Anda?

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.