HASAN PART 19

BAB 19
PENGABDIAN

Bab kali ini, aku meletakkan diri aku pada Hasan setelah akhirnya terungkai siapakah
Hasan.

Aku (Hasan) yang kini terdampar di dalam sebuah pondok usang yang hanya menanti maut bakal menimpa. Mak dan adik-beradikku dah lama mereka tinggalkan aku bersendirian. Bukan salah mereka, tapi salah aku sendiri yang hanyut dalam keseronokan dunia. Malah aku juga turut ditinggalkan oleh kawan-kawan.

Aku kini bersendirian di dalam pondok usang yang serba-serbi kosong. Atap yang reput, kayu-kayan yang di makan dek anai-anai. Pondok ini adalah pondok sementara yang ditinggalkan oleh pekerja indonesia yang menjaga ladang ini.

Terbengkalai di dalam pelusuk jantung kebun sawit, hanya aku seorang penghuni setia pondok ini. Di saat aku merintih dengan kehidupan, berjuang untuk meraih nasib dan simpati demi meneruskan nyawa, datanglah satu kelibat yang akhirnya memberi aku harapan semula.

Kelibat itu adalah mak aku sendiri. Dalam kegoyahan jiwa raga, rohani yang kosong, tak kala mental aku tak mampu lagi menanggung sengsara ketagihan. Dia datang membawa sinar. Dialah pelindung. Dialah penawar.

Sejak aku ditemani Mak setiap malam, hidup aku lebih baik. Namun, ianya bukanlah bersahaja. Aku harus mengabdikan diriku padanya.

“Siapa aku?” tanya Mak.

Kaulah pelindung, kaulah yang Maha Berkuasa.

“Hasan, ini adalah nyawa mu yang baru. Titiskan darah kau padanya, kemudian kau tanam,” balas mak aku sambil menyuakan janin yang gugur daripada wanita yang aku ragut semalam.

“Baiklah, Mak. Hasan akan turut segala perintah.”

Aku pun mengambil kaca tajam di ruang hujung di bawah pondok. Aku kelar tanganku. Tumpahan darah itu aku alirkan pada daging janin tersebut.
HASAN / 156

“Hasan, kau harus mengabdikan dirimu pada aku. Kau harus berjanji. Janji pada aku, selagi janin yang ditanam ini tidak tumbuh pucuknya, selagi itu kau milik aku. Kau hamba aku,” arah Mak.

“Kaulah pelindungku, kaulah yang Maha Berkuasa. Segalah perintahmu aku akur dan perjanjian ini termaktub selamanya,” balasku.

“Kau tanam janin itu di sana. Dari sini kau melangkah hingga pokok yang ke-9, kau tanam di sebelah pokok itu. Tumpahkan darahmu di dalam lianglahad itu,” arah Mak lagi.

Aku pun menurut segala perintah Mak walaupun aneh. Mungkin ia balasan untuk aku. Dalam keadaan kesakitan mental yang aku sedang alami, kewarasan bukan nombor satu. Yang penting, aku ada pelindung untuk meneruskan hidup.

Aku bawa janin itu, seperti yang diarahkan. Aku tiba di pokok ke -9. Dengan kaca yang aku bawa dari pondok, aku menggali sehinggalah cukup untuk ruang janin itu. Aku meletakkan janin itu ke dalam sambil aku alirkan darah dari luka tanganku.

“Aku hambaMu. Aku setia. Kaulah pelindung, kaulah Maha Berkuasa.”

Aku kambus semula. Kelibat Mak tadi hilang…

“Mak! Mak. Hasan dan buat semuanya,” jerit aku yang tercari-cari kelibat Mak.

Aku kembali ke pondok itu. Hujan turun dengan lebat malam tu. Guruh silih berganti. Di hujung sudut pondok, kelihatan kelibat yang rambut mengurai menutupi muka. Dengan tangannya yang hitam terbakar, kuku yang tajam mencengkam lantai, ia merangkak ke arah aku.

“Ingat janji kau pada aku, Hasan.”

Kemudiannya mendengus. Hissss… hissss! Itulah dengusan nafasnya. Itulah dengusan nafas Syaitan! Kemudiannya ia terbang ke atas sambil memandang ke bawah, ke arah aku dan kemudian hilang.

Masa tu, baru aku sedar, dengan kewarasan separa yang tak stabil, itu bukan Mak. Itu hanyalaha jelmaan Mak. Namun segalanya adalah ikatan janji. Aku telah mengabdikan diriku pada musuh umat manusia nombor satu.

Syaitanirojim.
HASAN / 157

Betapa hebatnya godaan syaitan. Betapa kejinya dendam kesumat pada umat manusia.

“Aku telah berjanji, sisa hidupku, aku hanya akan menyesatkan manusia yang hanya berasal dari tanah. Mereka makhluk yang tak setanding denganku. Aku pastikan segala susuk ruang neraka adalah milik mereka.”

Keesokan harinya.

Aku bangun dari tidur, segalanya rasa lain. Betapa hebatnya pelindung aku. Aku mula rasa bertenaga. Aku mula rasa aku punyai nyawa semula. Aku rasakan yang aku telah dilahirkan semula.

Aku meneruskan hidup aku. Aku keluar dari pondok. Aku berjalan kaki ke bandar. Aku tumpang lori dan akhirnya aku tiba di bandar. Aku pergi ke kedai lama yang pernah aku kerja dulu. Mereka terkejut melihat aku.

“Hasan! Wah nampak gagahlah. Berseri-seri muka!” kata salah seorang pekerja di situ.

Aku pun mencari cermin di dalam kedai itu. Aku tampak segak, bukan seperti aku yang berasal dari pondok itu.

“Cheng, ada kerja kosong tak? Aku nak sambung kerja,” tanya aku kepada tokey di situ.

“Ada, gaji tak tinggilah, tapi you banyak jual, I kasi you banyak komisyen,” balas Cheng

“Tapi Cheng, aku tak ada tempat tinggal. Keluarga aku dah buang aku. Kami ada gaduh sikit,” balas aku sendu.

“Tak apalah, Kamu tidur dalam kedai ni saja. Itu belakang stor kamu kasi kemas. Nanti saya bawa kamu tilam, bantal, sama kipas angin. Boleh?” balas Cheng.

“Boleh boleh! Terima kasih, Cheng,” balasku.

Mula dari hari tu, aku kerja semula di kedai itu. Aneh. Aku tidak lagi ketagih macam dulu. Aku bekerja tak mengira masa. Betapa indahnya dunia dapat hidup semula. Setiap hari, kedai Cheng penuh! Ramai orang datang ke sini. Cheng pun hairan kenapa kedainya itu tiba-tiba diserbu orang ramai.

“Hasan, saya suka kau. Kamu bawa banyak luck!” ujar Cheng.
HASAN / 158

Aku senyum gembira. Kedai aku terletak di dalam bandar. Hari berganti hari, aku dapat rasakan bagaikan ada seorang anak kecil lingkungan umur 4-5 tahun, yang sentiasa berdiri di seberang jalan, memerhatikan aku.

Selain itu, setiap kali azan, badan aku rasa panas, berpeluh. Mata hitamku gelap.

Panasnya bagaikankulit aku di panggang hidup-hidup. Jadi setiap kali waktu azan, aku akan beritahu Cheng untuk solat tetapi sebenarnya aku menyorok di dalam bilik sambil tekup bantal di kepala. Kesihatan yang aku nikmati selama ini, bukanlah mudah, Bukanlah indah seperti yang aku bayangkan. Hidup aku lebih tersiksa. Sejak aku nampak kelibat anak kecil itu, setiap malam dia akan ada di dalam bilik aku. Duduk di hujung katil menemani aku.

Mulanya pasti aku takut, namun hari demi hari, dia menjadi teman walaupun hanya cukup dengan kehadiran jasadnya di sebelah, tanpa berkata-kata. Ternyata Kuasa Sang Hitam, tak mampu melawankuasa Maha Pencipta.

Sehinggalah pada satu masa, badanku tidak lagikuat seperti biasa. Badanku makin lemah. Aku kembali ke pondok lamaku. Mengharap nyawa semula. Malam tu aku menyeru.

“Kaulah pelindung, kaulah Maha Berkuasa.”

Di dalam pondok, di sudut hujung itu si dia muncul semula.

“Tolong aku. Tolong. Aku tak tahan lagi. Tolonglah hambaMu ini,” jerit aku pada tuanku.

Kelibat itu merangkak perlahan hingga tepat ke hadapan muka aku.

“Hasan, roh itu milik aku, jasad itu milik kamu.”

Kelibat itu hilang dalam kegelapan malam, dan itulah kali terakhir yang aku ingat. Kemudian aku terus pengsan tak sedarkan diri. Terlantarlah aku keseorangan yang menjadi mangsa nafsu syaitan.

Namun, kuasa Allah lebih hebat.

Keesokkan harinya, entah bagaimana, tuan tanah datang bersama bakal pembeli tanah itu datang melawat. Mereka telah menjumpai aku yang terbaring di pondok tu, separuh nyawa. Ambulans datang mengambil aku.
HASAN / 159

Pada saat itulah aku diletakkan di dalam Wad 6, hospital. Pada saat itu, aku disahkan positif HIV. Aku hampa. Aku hanya menunggu masa untuk pergi. Segala jasad aku diratah, dimamahkuman HIV. Aku sekali lagi bangkai bernyawa. Makin lama, badanku makin lumpuh.

Aku hanya mampu terbaring, tak mampu berbuat apa. Jasadku yang usang. Apa yang aku ada? Aku hanya ada seorang peneman. Anak kecil itu, yang sentiasa duduk di atas kerusi di sebelah aku. Setiap kali misi atau doktor alihkan, dia akan seret kerusi itu kembali dan duduk di sebelah aku.

Dia teman yang setia, namun aku tahu dia bukanlah manusia biasa. Pernah satu masa, aku diambil oleh pakcik aku untuk menjaga aku, kerana pihak hospital tidak mampu lagi menyimpan aku di situ. Disebabkan gangguan yang dahsyat kerana kewujudan aku, akhirnya keluarga pakcik aku tak mahu lagi menjaga aku, lalu menghantar aku semula ke hospital.

Pada saat itu, aku dirawat oleh Doktor Yazeed. Hidup amat tersiksa. Lama kelamaan, aku sudah menjadi penghuni setia di Wad 6 itu. Roh yang hanya masih terperangkap dalam jasad yang rapuh. Aku sering didatangi oleh kelibat itu dalam pelbagai bentuk. Tuan yang sentiasa dahagakan mantra sembahan aku.

“Kaulah pelindung, kaulah yang Maha Berkuasa.”

Pada suatu malam, jasad aku di ratah, dilapah. Aku berdarah semuanya. Darah yang mengalir dari duburku membanjiri seluruh kakiku, menjadi makanan utama kelibat itu. Tapi kali ini bukan hanya satu, tapi bagaikan satu batalion askar mengelilingiku. Sehingglah Dr. Yazeed datang dan merawat aku, kemudian aku dihantar ke Johor Bahru akibat tubuhku kehilangan darah yang banyak dan “Jasadmu tidak berguna lagi. Aku sudah temui jasadku yang baru,” bisik kelibat itu pada telingaku pada saat itu.

Sambil kelibat itu memandang doktor yang sedang berdiri di sebelah aku.

Apa Pendapat Anda?

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.