HASAN PART 18

BAB 18
SERUAN

Dalam pergelutan itu, dengusan yang makin lama makin jelas dan menghampiri.

Aku kini terperangkap. Aku sedar. Aku masih waras. Ini bukan mimpi. Badan yang tadi rasa berat, kini aku mampu bergerak semula. Aku menjerit sekuat hati.

“PERGI! Jangan kacau aku lagi!” kata aku lalu beranjak menghampiri dinding di belakang katil, menutup muka, berselubung selimut.

Kreekkkk… krekkkkkkk! Semakin luas pintu almari dibuka. Rambut yang panjang mengurai terseret di atas lantai sambil kepalanya terus tunduk, merangkak perlahan ke arah aku. Bunyi sentuhan lantai kayu, seolah-olah memberitahu pergerakkannya semakin hampir kepada aku.

Hisssss hisssssssss… hissss!

Dalam kegelapan malam itu, aku tak mampu berbuat apa-apa. Aku hanyalah insan yang terperangkap di satu sudut ruangan segiempat yang bakal dimurka. Bamm! Bunyi hentakan pintu dibuka luas.

“Doktor!”

Sedikit cahaya dari luar menerangi bilik itu, dan pada masa itu, semuanya kembali normal. Kelibat yang tadi hilang. Sejurus sebelum pintu bilik dibuka, aku merasakan kepala aku diusap dan kemudian pintu almari pun tertutup. Aku lihat gerangan dipintu sambil aku merabaraba belakang kepala aku. En Samad yang melulu masuk.

“Kenapa ni? Kenapa ni?” jerit En Samad yang sedang melihat aku masih khusyuk meraba-raba kepalaku.

“Doktor, panas badan awak ni. Basah berpeluh baju ni. Menggigil,” kata En Samad.

Waktu tu, entah kenapa aku rasa lemah sangat, mata pun berpinar.

HASAN / 149
“Sakit kepala ni En Samad. Berpinar mata, rasa macam nak pitam pun ada ni,” balasku.

En Samad baringkan aku semula di atas katil. En Samad bergegas keluar, dan kembali membawa sebiji botol berisi air.

“Doktor, minum air ni. Tadi saya ke Pahang melawat Haji Awang. Tokwan dah pulih. Tokwan berikan air yang dibaca surah ayat suci. Doktor minum air ni,” balas En Samad.

“Bismillah,” aku pun meneguk air itu bagaikan terdampar di padang pasir, kehausan.

“Tokwan dah sihat? En Samad jumpa Tokwan semalam?” tanyaku.

“Taklah, saya jumpa Haji Awang je. Haji Awang yang pesan air ni,” balas En Samad…

“Tokwan mana?” aku bertanya lagi.

“Tokwan ada tu, tapi Haji Awang kata Tokwan masih perlukan beberapa masa. Buat masa ni Tokwan menyendiri dulu,” balas En Samad.

“Doktor tidur la dulu, ya. Badan lemah ni,” balas En Samad.

Aku pun sambung tidur semula.

“En Samad, jangan tutup pintu, biar lampu terbuka, ya,” balasku.

Pagi tu aku bangun, aku keluar dari bilik. En Samad sedang duduk di meja bersarapan.

“Eh marilah, doktor. Minum sekali. Badan dah OK?” tanya En Samad.

“Rasa segar sikit pagi ni. Lapar ni,” balasku.

“En Samad, malam tadi benda tu datang kacau dari dalam almari,” terang aku pada En Samad sambil aku bersarapan. Terpinga En Samad.

“Tak mungkinlah. Haji Awang hari tu ada buat pendinding di sini. Macam mana boleh lepas ni?” kata En Samad.

“Saya pun macam perasan sesuatu di belakang doktor semalam. Kelibat yang saya pernah nampak di rumah doktor tu.“

HASAN / 150
“Saya nak balik KLlah, nak ambil cuti tanpa gaji. Serabutlah saya di sini,” balasku.

“Bagus juga cadangan tu doktor. Baliklah ke KL, rehat puas puas. Nanti apa-apa telefon saya, ya,” balas En Samad.

Hari tu, aku duduk di bangsal. Aneh sekali rasanya. Bagaikan aku dapat rasakan panas cahaya matahari. Sensori badanku mula menjiwai hukum alam. Seronok rasa angin kampung. Aku rasa bagai dilahirkan semula.

Aku berjalan kehadapan rumah En Samad. Aku toleh memandang sekitar rumah En Samad. Nampak lebih ceria. Selama ini segala penglihatanku semuanya suram, mendung, sunyi dan sepi.

Keesokkan harinya, aku hantar surat cuti tanpa gaji dan aku pulang ke KL. Aneh! Tiada apa-apa berlaku pada aku sepanjang aku di KL. Kerja aku masa tu, hari-hari pergi tengok kereta di kedai used car. Sengaja aku mengisi masa lapang untuk elakkan terfikir kisah di Mering.

Bila menjelang malam, walaupun tak diganggu, ianya amat menyeksakan. Aku paranoid dengan keadaan sekeliling. Selepas satu bulan aku di KL, aku dapat satu panggilan dari hospital.

“Hello, doktor! Dari Wad 6 ni. Hasan dah sampai di Hospital Mering. Mereka dah hantar balik pagi tadi. Nampak Hasan macam lebih baik dari sebelum ini. Masih kurus, bezanya kali ini Hasan nampak lebih segar,” kata misi dari Wad 6.

“Bila doktor nak balik ke Mering”? kata misi tadi.

Bila aku dengar sahaja perkataan Mering, aku terus meremang satu badan. Fobia! Trauma! Semua ada! Namun bila Hasan sudah pulang, aku sangat teruja. Aku tak sabar untuk pulang ke Mering.

2 hari selepas itu, aku pulang ke Mering. Setibanya aku di Mering aku terus melulu ke Wad 6. Waktu itu lebih kurang jam 9 malam. Sampai di hospital, aku berlari masuk… teruja tak terkata.

“Hasan! Pulang juga kau akhirnya!” tegur aku.

Hasan toleh. Matanya yangkuyu memandang ke arah aku dan senyum. Aku duduk di sisi katil Hasan. Aku pegang tangan Hasan… lalu meniti denyutan nadi tangannya.

“Panjang betul umur kau eh, Hasan,” balasku.
HASAN / 151

“Itulah, Tuhan belum sayangkan saya lagi kot,” balas Hasan tersenyum bergurau.

“Hasan, aku nak tanya ni. Apa yang dia bisik sebenarnya tempoh hari?” tanya aku serius.

Hasan mula menelan air liur berkali-kali. Terbeliak matanya memandang ke arah aku.

“Hasan, kau kena cerita semuanya pada aku. Masa kau tak ada, macam-macam aku kena kacau,” ujarku.

Hasan senyap membisu. Matanya memandang ke arah lain, cuba mengelak.

“Hasan, kau kena cerita dekat aku! Kau macam sembunyi rahsia dari aku. Kalau tak ada kaitan dengan aku, tak apalah. Ni aku pun yang kena kacau tau!” balas aku lagi.

Hasan mula menoleh ke arah aku.

“Doktor kena kacau? Sejak bila?” tanya Hasan dengan lemah lunak suara.

“Masa kau masuk wad sini. Sejak tu macammacam benda pelik. Bukan aku je, ada orang lain pun kena benda yang sama. Lebih teruk masa kau pendarahan lepas kau ke JB. Masa tu kau ada cakap pada aku, benda tu bisik sesuatu,” terang aku lagi.

Air mata Hasan mula mengalir. Aku tersentak.

“Sebenarnya dulu, saya ni penagih dadah. Saya sanggup lakukan apa saja untuk ketagihan saya. Termasuklah mencuri. merompak. Masa tu, kawan-kawan semua lari. Keluarga semua tinggalkan saya. Saya keseorangan doktor. TinggAllah saya diteratak usang di dalam kebun kelapa sawit.”

“Pada satu hari tu, saya sakit teruk. Orang kampung jumpa. Saya dibawa ke hospital dan disahkan penyakit HIV. Saya makin tertekan. Saya tak ada duit. Makin ketagih. Malam tu, masih saya ingat. Hujan lebat. saya dengan keadaan ketagih yang amat sangat, kelaparan, badan lemah, bagai bangkai bernyawa…

“Masa saya terbaring di pondok usang tu, saya dah pasrah dengan kehidupan. Saya salahkan maha pencipta. ‘Ya Allah, kau kejam, kau bukan penyayang seperti yang disangka. kau zalim”saya ulang tu banyak kali kerana kejahilan diri saya sendiri.

HASAN / 152
“Dan pada saat itu, dalam kelihatan yang samar samar deruman hujan lebat. Satu kelibat yang muncul di hadapan mata saya dalam keadaan saya terbaring bagai bangkai bernyawa. Guruh sabung menyabung. Suasana biru suram.

“Kelibat yang muncul dibalik hujan yang lebat itu makin menghampiri. Rambutnya yang panjang mengurai, berkain putih, tampil di depan saya. Dia dongak ke arah saya. Saya menggigil ketakutan. Sambil memeluk tubuh yang tak seberapa, saya pejamkan mata, namun dalam masa itu, saya mengintai.

“Wajah yang saya kenal, wajah yang saya rindui. Wajah mak saya. ‘Makk!! maafkan Hasan. tolong Hasan” saya jerit. Mak berdiri pegun dan senyum. ‘Cuba lihat diri kau Hasan, cuba kau lihat. Kau tak ubah seperti bangkai. Kau sedar tak?” kata Mak.

“Saya menangis teresak-esak. Saya kesal atas perbuatan saya. ‘Hasan mintak maaf, Mak. Hasan tak sengaja tikam adik’ rayu saya pada Mak,” cerita Hasan.

“Tikam adik? Kau tikam adik kau, Hasan?” aku mencelah.

“Ya, doktor. Masa tu saya bergelut dengan mak. Saya nakkan duit Mak, namun masa pergelutan tu, adik saya cuba menyelamatkan Mak dan tolak saya. Masa tu saya dalam keadaan mental yang tak stabil. Saya ambil pisau dan tikam dia berkali-kali, tapi tak lama lepas tu saya dapat tahu, adik saya selamat. Hanya luka tikaman sahaja. Saya bersyukur dia tak terbunuh,” balas Hasan.

“Saya merayu pada mak saya masa dipondok tu. ‘Mak tolong maafkan Hasan, Hasan sanggup buat apa sahaja… Hasan janji…Hasan sanggup sembah mak’ saya merayu.

‘Baiklah, kau sanggup buat apa sahaja kan? Aku nak kau sembah aku… dan sebagai balasan, aku akan menjagamu. tapi kau harus tetap tinggal di sini, kau tak boleh pulang ke rumah’ balas Mak.

“Sejak dari hari itu, ‘Kaulah tuhanku, kaulah penyelamatku.’ Setiap hari saya sembah Mak. Saya dah berjanji yang saya sanggup berbuat apa saja. Setiap malam, Mak akan datang ke pondok saya. Beri saya makan dan minum. Sejak dari hari tu, saya rasa lebih bermaya. Namun ketagihan semakin kuat…

“Saya pernah merompak seorang wanita di tepi jalan. Saya bergelut dan campak wanita itu ke dalam longkang di sebelah kebun kelapa sawit. Saya ambil semua wangnya dan lari. Ketagihan saya selama ini akhirnya terubat. Saya dapat beli dadah, saya terus menagih. Namun ianya tahan buat sementara sahaja. Saya menjadi ketagih semula,” sambung Hasan.
HASAN / 153

“Apa jadi pada wanita tu, Hasan?” tanya aku sesekali lagi mencelah.

“Rupa-rupanya wanita itu, wanita indonesia. Pekerja ladang sebelah. Semasa pergelutan saya tak tahu sebenarnya dia mengandung. Saya tolak dia ke dalam semak, kemudian yang saya ingat kakinya semua berdarah. Saya panik.

“Tak lama lepas tu, dia menjerit bagai menahan sesuatu. Kemudian saya hanya nampak ada seketul daging keluar dari kain dia. Saya jadi lagi panik dan saya terus lari. Saya tak tahu apa kesudahannya. Saya kejam, lebih hina dari haiwan,” balas Hasan sambil mengalir airmata.

“Habis tu polis tak cari kau ke?” balasku.

“Tak pula, saya rasa mungkin dia tak ada permit, jadi tak ada yang report kepada polis,” balas Hasan.

Aku menunduk. Tak sanggup nak dengar lagi.

“Hasan, kau yakin yang datang setiap malam itu mak kau? Kau ni biar betul, Hasan,” entah-entah—” belum sempat aku habiskan ayat itu, bunyi yang datang dari belakang.

Kreeeeekkkkk!

Bunyi seperti seretan kerusi. Ngilu. Aku memandang ke arah Hasan.

Krekkkkkkk!

Mata Hasan terbeliak, tepat merenung di hujung sudut kanan di mana terletaknya kerusi itu. Kemudian matanya sekali lagi bergerak pandang ke kiri. Hasan tersentak ke belakang. Uraturat tangannya yang berselirat, menggenggam cadar dan kemudian matanya mendongak pandang ke langit…

“Hissssss hissssss!” Hasan mendengus ke arah pandangan kiri.

Badannya yang terketar-ketar bagaikan sawan. Aku terpinga pinga dalam keadaan tu. Masa tu, ilmu medikal tiba-tiba hilang dari ingatan. Ya Rabbi, nak buat apa ni? Mulut berbuih meleleh di tepi pipi. Aku harus beranikan diri.

“Hasan! Hoi Hasan! Hoi hoi, pandang aku. Kenapa kau ni?”

HASAN / 154
“Ini macam nak start seizure,” bisik hati. Apa nak buat ni? Aku pun mula bangun dari katil Hasan dan terus pegang kepalanya agar toleh ke kiri untuk memastikan ruang kerongkongya mendapat udara yang cukup.

“Misi! Misi! Tolong!!” aku jerit.

Tiada sahutan.

Aku bangun, terus memulakan langkah untuk berlari ke arah bilik rawatan untuk mengambil segala peralatan namun dalam langkahku itu terhenti apabila datang suara dari belakang. Aku tersentak. Aku pegun dalam langkah. Mata aku mengintai kiri dan kanan.

Nun di hujung kanan sana, kerusi tadi yang menghala ke depan telah betukar posisi menghala ke arah kami. Bukan suara Hasan. Suara yang lebih garau.

“INI MAK, nak. Tunggu dulu.”

Apa Pendapat Anda?

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.