HASAN PART 17

BAB 17
PETUNJUK

Setelah aku keluar dari ICU, aku pun meneruskan perjalanan pulang ke Mering. Jam 7.45 malam, aku memandu perlahan bersama onak benak kepala yang runsing dengan kekeliruan. Aku berharap agar Hasan dapat bertahan sekali lagi. Aku dapat rasakan dia ada menyelindungkan sesuatu yang besar.

Jalan menyusur makin gelap. Aku sudah pun melepasi Kota Tinggi, dan kini memasuki Jalan Jemaluang. Bagi yang belum pernah melalui jalan ini, aanya jalan yang sunyi. Lampu jalan jarang sekali, hanya nampak apabila ada simpang simpang yang tertentu.

Jam hampir 9 malam.

“Aduh tak solat maghrib lagi.”

“Jamak siap-siaplah. Nanti sampai rumah En Samad, boleh mandi dan tidur terus,” bisik
hati.

Jalan Jemaluang, yang orang kata memang keras, mestilah keras. Ia diperbuat dari batu. Perlahan aku menyusuri Jalan Jemaluang. Nak pandu laju, bahaya. Banyak kes langgar babi hutan, tapir, lembu dan sebagainya. Perlu sepenuh perhatian.

Di sebelah kanan, aku nampak surau kecil di atas bukit. Sering kali aku lalu jalan ni, selalu nampak, tak pernah singgah. Aku pun singgah ke sana. Mungkin para jemaah isyak sudah pulang, yang ada seorang bilal tua yang sedang mengemas.

“Tumpang solat kejap, ya,” balasku.

“Silakan, ini rumah Allah. Bila bila pun boleh,” senyum bilal tadi.

Aku pun ambil wuduk, kemudian solat. Dalam aku sedang aku berdiri, selepas takbir…

“Bau apa wangi sangat ni?” bisik hati. Hilang khusyuk. Aku batalkan solat. Sekali lagi aku mengangkat takbir.

“Hmmm wangi ni. Macam ada sebelah aku sahaja,” hilang lagi khusyuk.

HASAN / 143
Mataku meliar ke kiri dan kanan. Tiada orang. Aku rukuk. Aku intai ke belakang. Dalam keadaan itu, pastinya tiada lagi khusyuk buat aku. Tak ada apa-apa. Mungkin bau dari luar agaknya. Aku teruskan.

Tahiyat akhir, aku memberi salam.

“Assala-” toleh ke kanan.

“Assala-” toleh ke kiri.

Aku tersentak. Terpegun seketika. Macam ada ramai orang berbaju putih di belakang. Lama aku terkial dalam posisi tahiyat akhir. Peluh mula menitik. Aku habiskan.

“Amin,” aku bisik perlahan agar telinga dapat mendengar.

Disusuli dengan…

“AAAAAAMiiinnnnnnnnnnn,” riuh satu surau.

Pada saat ketika itu, ia bagaikan sekumpulan manusia yang riuh di belakang aku. Panas, aku berpeluh. Aku pernah dengar cerita sebegini masa di asrama dulu. Itu yang membuatkan aku lebih gerun.

Aku harus tinggalkan tempat ini. Panik, kelam kabut aku bangun, terus toleh ke belakang. Kosong. Tiada siapa. Aku terus melulu lari keluar. Walaupun di dalam surau, hati tetap goyang. Iyalah, siapa tak takut, kan?

Terkapai kapai hujung kaki aku cuba mencari kasut lalu terus berlari ke kereta. Terkapai aku membuka pintu kereta secara manual. Ini kah jin islam yang dimaksudkan, atau itu hanya suara paranoid aku sahaja? Sehingga sekarang masih menjadi tanda tanya. Bila kau paranoid, bukan saja penglihatan, malah deria pendengaran pun dapat memberi impak yang besar dalam kehidupan kau.

Aku pulas kunci kereta. Terkinja kinja mahu cepat.

Cit cit cit cit! Tak mahu start!

Cuba lagi.

Tak mahu start.
HASAN / 144

Ah sudah!

Aku cuba mengintai. Bilal tadi dah pulang agaknya.

Gigil seluruh badan. Aku buka pintu kereta semula, dan menyusur perlahan ke depan kereta. Aku pun buka hood depan dan cuba menyuluh apa masalah yang sebenarnya.

Kecak! Kecak! Bunyi tapak kaki yang datang dari belakang. Makin menggigil. Gelap ni tak nampak apa. Lampu jalan pun jauh, yang ada lampu luar surau sahaja. Aku toleh ke belakang. Tiada apa-apa. Aku cuba tenangkan perasaan.

Tap! Sentuhan di bahu. Tersentak, mata terbeliak.

“Pulak dah! siapa pula ni?” bisik hati.

Pejam mata, peluh menitik satu demi satu. Aku melompat bangun dari posisi bongkok. Mendengus hembusan nafas berkali-kali.

“Lah, bilal rupanya. Buat terperanjat sajalah!” balasku. Lega.

“Pakcik bukan bilal. Pakcik hanya pembantu sahaja. Penjaga,” balas pakcik tadi.

“Tak boleh startlah. Jauh perjalanan lagi ni,” kata aku.

Pakcik tadi senyum sambil dia menjenguk ke dalam bahagian enjin. Mulutnya terkumatkamit. “Amin! Cuba kamu start,” ujar pakcik tadi.

Pelik, tak buat apa pun. Aku pun cuba start sambil memandang pakcik tadi.

“Wah! Boleh!” teriak aku gembira.

Dah lama aku main kereta. Faham juga aku selok kereta, tapi belum pernah lagi aku tengokalian baiki kereta dengan hanya mulat terkumat-kamit. Aneh tetapi amat membantu aku pada ketika itu. Tak fikir panjang lagi, aku harus beredar.

“Terima kasih banyak, pakcik!” jerit aku sambil toleh ke belakang, namun, pakcik itu tiada lagi di situ. Pegun. Hanya jeritan cengkerik di sekelilingku. Itulah sejarah paling seram yang pernah aku rasakan. Tak tahu kenapa.

HASAN / 145
Aku teruskan pemanduan. Lagi 1 jam setengah untuk sampai ke rumah En Samad. Aku terus memandu dalam kegelapan suram Jalan Jemaluang. Hati rasa tak sedap. Pelik. Aneh. Siapa tadi sebenarnya? Jika dia makhluk yang sama, kenapa baik? Kenapa bantu aku? Mungkin kebetulan.

Aku teruskan perjalanan. Berharap semuanya akan selamat di setiap suluhan lampu keretaku menerangi penghujung jalan. Tak lama selepas itu, aku melepasi simpang ke Tanjung Leman, simpang Risda Sungai Ambat, dan akhirnya hub TNB di sebelah kiri.

“Fuh lega, tak jauh dah ni,” bisik hati.

Kali ini, di sudut satu selekoh di sana, sebelum hub TNB, bagaikan ada sesuatu yang berdiri di tepian jalan.

“Alamak, benda putih. Apa pula yang berdiri di situ?”

Rasa tak sedap. Makin lama makin hampir dengan kelibat berwarna putih di penghujung selekoh jalan. Kini aku hanya 200meter dari kelibat itu. Semakin hampir, aku melepasi kelibat itu perlahan.

Rupa rupanya nenek berambut panjang dan bertongkat yang sering muncul di dalam mimpi aku. Dia menoleh dan memandang ke arah aku, lalu aku pun memecut.

“Ya Allah! Dah la tu!”

Menggigil aku genggam stereng kereta. Aku betulkan cermin pandang belakang. Aku pandang cermin belakang untuk melihat berapa jauh telahku tinggalkan kelibat tadi. Dalam pada aku memandang cermin belakang itu, pada saat kaki aku menekan pedal minyak laju, muncul satu pasang mata di cermin belakang.

Mata putih semuanya, berkulit kedut hitam. Lebih seram dari apa yang berlaku tadi. Aku panik, di dalam selekoh tajam itu. Sambil kereta aku sedang memecut, atas refleks yang tak semena, aku terpijak brek secara tidak sengaja, lantas membuatkan kereta aku mula terseret.

Sreetttttt! Kereta aku mula terbabas masuk ke semak tepian jalan arah bertentangan. Aku cuba kawal, namun semuanya dah terlambat apabila tayar kereta aku sudah mula mencecah rumput, dan menyukarkan lagi kawalan.

“Allah! Arghhhhhh!”

HASAN / 146
Aku berpusing berkali-kali. Sekejap nampak jalan, sekejap nampak hutan sawit. Aku pejamkan mata.

“Adakah aku akan mati hari ini?” bisik hati.

Aku laungkan, “Allahuakbar!”

Bammm!

Kereta aku berhenti, di dalam semak. Hanya 1 kaki sahaja jaraknya dari curam untuk masuk ke kebun kelapa sawit. Hanya bunyian enjin kereta yang masih hidup. Aku buka mata, aku raba muka, raba badan, kaki dan tangan. Tak ada apa yang berlaku. Syukur! Syukur ya amat. Di ambang kematian, aku bernasib baik. Enjin masih menyala, lampu masih menyala. Tercungap cungap, berpeluh.

“Syukur ya Allah, syukur ya Allah,” ucapku berkali-kali.

Namun, dalam pada ketika itu, aku seperti mengenali suasana ini. Sangat-sangat aku kenal. Macam dah terbiasa. Macam pernahku lihat keadaan ini. Malam suram yang mengambang, kabus di belakang.

“Ya Allah!! Ya ya ya!” baru aku teringat.

Aku pandang sekeliling. Seperti yang aku jangkakan, seperti dalam mimpi. Sebiji! Saling tak tumpah. Aku masih ingat. Nenek tadi di seberang jalan dengan tongkatnya, berdiri sedang memandang ke arah aku. Rupa rupanya, inilah yang aku nampak dalam mimpi aku tempoh hari. Di sinilah tempatnya.

Apa yang cuba dia sampaikan?

Apa kaitan dengan ladang sawit di sekeliling ini?

Apa maksud semua ini?

Aku toleh ke kanan. Betul-betul tersentak sekali lagi apabila nenek tadi di dalam celahan kelapa sawit dan kemudiannya dia berjalan perlahan lurus ke dalam lalu menghilang. Tercungapcungap bukan kepalang. Dalam ketakutan itu, aku bagaikan sudah dapat menangkap sesuatu. Sesuatu yang cuba disampaikan.

“Hasan, bangunlah! Kuatkan semangatmu, Hasan. Aku mahu jawapan.”
HASAN / 147

Dalam keadaan penuh gemuruh, aku masuk gear! Kereta aku boleh berjalan semula. Terus aku pecut sehinggalah sampai ke rumah En Samad. Setibanya aku di sana, aku dapati tiada orang. Hanya nota yang diselit di tepi tingkap.

“Kunci bawah pasu. Saya ke Endau sebentar, melawat kawan,” tulis En Samad pada nota berkenaan. Aku pun ambilkunci, masuk ke dalam rumah. Penat, berpeluh seharian. Aku pun mandi, masuk bilik untuk tidur.

Aku cuba menghubungi En Samad.

“Nombor yang anda dail, tiada dalam perkhidmatan.”

Tak dapat pula. Tak apalah, aku tidur dulu. Mungkin En Samad ada kunci pendua. Kalau dia tak ada kunci pun, nanti dia telefonlah aku,” Aku pun tidur seperti biasa. Tak lama selepas tu…

Krekkkkkk… Kreeeeeeeekkkkkk!

Aku terjaga. Aku toleh ke pintu bilik. Ianya terbuka sedikit. Aku cuba bangun untuk tutup, diselangi dengan anginkuat malam itu namun segala jasad badan aku tak mampu gerakkan. Aku kaku di atas katil dengan posisi tengkuk memandang ke arah pintu bilik dan almari di sebelahnya.

Aku tak mampu berbuat apa-apa. Berat rasanya nafas ini. Aku dihimpit. Mata aku disiksa dengan penglihatan yang aku tak mampu kawal.

Krekkkkkkkk!

Kali ini pintu almari terbuka perlahan. Aku cuba menjerit tetpi tidak berdaya. Sedikit demi sedikit, pintu almari bergerak terbuka. Luas bukaanya. Kemudian…

Hissssss… hisssssss… hisssssss! Bunyi dengusan panjang yang sampai hari ini masih kekal di ingatan, takkan aku lupa.

Apa Pendapat Anda?

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.