HASAN PART 16

BAB 16
KELIBAT DUA

“CPR! CPR!”

Misi dan doktor on-call datang secepat mungkin. Mereka memulakan CPR.

CPR atau cardiopulmonary resuscitation adalah prosedur tekan dada apabila dengupan jantung terhenti.

Langsir di tutup. Aku keluar membiarkan pasukan rawatan melakukan kerja mereka. Walaupun aku doktor, aku tak boleh sesuka hati membantu mereka kerana ianya bukanlah tempat kerja aku.

Menanti dengan sabar.

Aku tak sanggup menunggu di belakang langsir… aku keluar.

Pucat. Aku harapkan yang terbaik buat Hasan.

Makin menjadi tanda tanya. Yang bisik masih lagi misteri. Tudingan jari Hasan malah lebih mencurigakan.

Yang peliknya, rekod jantung dah nampak garisan halus, namun Hasan masih mampu mengangkat tangan dan menuding jari. Sepatutnya dalam keadaan itu Hasan sudah pun dalam keadaan tidak sedar.

Aku bawa kereta, pandu ke Stulang Laut. Serabut!

Aku perlukan ketenangan.

Haruskah aku tunggu, atau pulang?

Aku buntu.

Namun setelah beberapa jam, aku mengambil keputusan untuk kembali ke hospital. Setibanya aku di wad, katil Hasan mulai kosong.
HASAN / 137

Ya Rabbi, katil kosong tu ada dua kemungkinan. Satu, mungkin Hasan sudah di pindahkan ke ICU. Dua, mungkin Hasan telah dipindahkan ke rumah mayat.

“Misi, mana Hasan? Selamat tak?” tanyaku.

“A’ah, lepas cardiovert tadi, nadi datang balik. Dah intubate semula, hantar ke ICU,” kata misi tadi.

Lega. Kuat kau Hasan. Nyawa panjang. Syukur. Jadi aku pun tak nak kacau dia buat sementara waktu. Aku pun keluar untuk cari hotel, bermalam sehari. Esok aku nak melawat si Hasan ni lagi.

Aku pun segera memandu pusing bandar Johor Bahru dan akhirnya aku menetap di hotel di sebelah hospital. Masa tu dah lebih kurang 5 petang ketika aku check in hotel.

“Kak, saya nak seaview, OK!” dengan harapan mahukan ketenangan.

Aku pun check in, siap mandi solat semua, baring dan berlabuh di atas katil empuk. Sedang aku tidur dengan keadaan yang paranoid, aku terdengar bunyi bagaikan ada yang mandi di dalam tandas.

Aku terjaga dari lena! Pasang telinga!

“Tak ada apa-apalah, aku je lebih lebih ni,” bisik hati.

Aku pejamkan mata semula. Bunyi percikan air dari tandas lebih jelas. Sakitnya hati! Aku bangun, terus ke tandas menjenguk. Oh, air ditutup tak rapat rupanya. Aku pun tutup pili itu. Aku baring semula.

Bunyi lagi yang sama buat kali kedua.

“Aduhai! Penat la macam ni. Bocor ke apa hotel ni?” rungut aku.

Aku sebenarnya agak tak selesa bila ada bunyi bunyi yang menggangu. Kalau sedang memandu pun, aku jenis tak suka kalau ada bunyi-bunyi yang keluar dari mana-mana celah. Aku akan cari sampai dapat.

HASAN / 138
Aku bangun, jenguk semula. Pili tertutup. Ttup tup tup! Bunyi air di bath tub. Aku undur, aku jengukkan kepala disebalik langsir tandas. Tak ada pula. Aku pasti, aku yang paranoid ni. Aku kembali ke katil tidur semula.

Tup tup tup tuptuptuptup! Makin laju bunyi nya.

Dalam keadaan marah bercampur penat, aku bangun dengan baran! Aku masuk ke dalam tandas, selak langsir tadi, dan aku lihat sekeliling.

“Hoi! Tak ada bunyi airlah otak!” marah aku pada mindaku sendiri.

Kenapa tajam sangat deria pendengaran ni?

Tap!

Lampu bilik air terpadam. Pintu dari belakang perlahan tertutup. Bukan lagi meremang, bukan lagi seram, bukan jua gigil, bukan lagi panik, tapi bagaikah mahu ditarik nyawa! Menggelayah aku mencari suis untuk dibuka. Ternyata suis itu dari luar.

Aku buka pintu, cahaya lampu dari luar mula menerangi sebiji kerusi yang patutnya ada di sebelah TV, kini di hadapan pintu tandas, menghala ke arah aku.

Tap! Lampu terbuka semula. Dengan keadaan kelam kabut, aku langkah kerusi tadi dan cuba lari ke pintu utama. Dalam larian itu, tap! semua lampu tertutup semula. Gelap gelita dalam bilik.

Aku tak tahu jam berapa, yang pasti sudah gelap. Meraba-raba aku mencari.”Sretttt,” kerusi di belakang bagaikan ada yang seret merubah posisinya ke arah pintu masuk. Aku tak tahu nak buat apa lagi, masih terkapai, rambang tangan mencari arah.

Aku bersandar di dinding, namun sekilas bias cahaya, dapat memberi raut wajah yang sedang duduk di kerusi tadi. Apa yang ternyata jelas, tongkat yang sedang dipegang dalam posisi duduk. Bias cahaya yang menerangi sedikit. Urai mengurai rambutnya, namun mukanya gelap sekali, tanpa raut wajah.

Bam! Satu cahaya terang, bebola cahaya besar datang dari kerusi tadi, dan kemudiannya
hilang.

HASAN / 139
Itulah kali terakhir yang aku ingat. Selepas itu, aku sedar aku sedang terlangkup tidur di atas karpet hotel. Cahaya matahari yang masuk dari tingkap kaca membuatkan aku terjaga. Peta air liur basi terukir di atas katpet berwanakuning lembut.

“Aduh sakitnya kepala!”

Tergamam bila aku bangun. Penat! Bila nak berakhir? Nenek tua bertongkat yang selama ini wujud di alam lena, mula wujud di antara dua alam. Adakah sebenarnya aku bermimpi atau ianya memang betul betul terjadi? Adakah aku sleep walking, atau sebenarnya dah sakit mental?

Aku tak sabar semuanya cepat berakhir. Aku rasakunci penyebabnya pada Hasan, atau pada pohon yang ditebang itu. Tapi yang pasti, walau apa pun, tiada kaitnnya dengan aku!

Aku pun mandi bersiap dan terus bergegas keluar. Petang tu, aku kembali ke hospital. Lebih kurang6.45 petang, aku naik ke ICU. Misi yang sama ada di sana.

“Hasan katil hujung, tempat sama ke?” tanyaku.

“Taklah, Hasan belah kanan, hujung sana, belakang diding kaca tu,” kata misi tadi.

“Baru je extubate, dah kena intubate balik. Pakar kata, dia akan monitor beberapa hari saja. Mungkin kena extubate awal. Kita nak pakai bed lagi ni. Lagipun memandangkan keadaan dia yang macam ni, family member pun tak ada. kita boleh bantu setakat ni sahaja,” kata misi lagi.

“Tak apalah, nanti kalau nak extubate, refer saya baliklah. Saya monitor di Mering je. Lagipun tak banyak boleh bantu. Multiorgan failure lagi. OKlah saya ke sana kejap, ya,” balas aku pasrah.

Aku selak langsir. Hasan tak sedar. Masih dengan bantuan pernafasan. Denyutan jantung nampak cantik. Tekanan darah masih sama, rendah.

“Hasan, kalau katakan tak boleh buat apa lagi, aku bawa kau pulang Mering, ya? Jangan risau, aku ada,” sambil memegang erat tangan Hasan.

Aku pun duduk di kerusi seketika sambil memikirkan apa lagi yang boleh aku bantu.

“Duduk kejap, pukul 8 nanti aku geraklah balik Mering,” bisik hati. Layu mata melihat Hasan. Aku dibuai angin sejuk, mata makin melayu.

HASAN / 140
Srettt… bunyi langsir dibuka perlahan. Aku celikkan mata, mengintai ke kanan. Langsir memang terbuka. Sekali lagi, semuanya berubah menjadi kelam. Katil berkarat, bersawang. Corak langsir bertompok petaan darah. Lantai merekah seribu. Lampu makin malap. Bunyi loceng bergema.

Cing! Cing! Cing!

Semakin laju.

Kcing! Kcing!

Hasan tiada di katil. Hanya aku seorang.

“Doktor tolong aku!”

Bingkas aku bangun mencari. Aku ke bilik sebelah. Hasan terbaring di situ. Muka pucat, bibir biru, mata terbuka.

“Tolong aku. Tolong,” jerit Hasan. Aku masuk, dalam pergerakan itu aku tersentak.

“Doktor, tolong aku,” datang suara dari sebelah.

Pegun, aku terpinga. Mana satu? Aku undur ke belakang. Bergerak sisi ke kanan. Hasan di sebelah. Posisi duduk dan senyum. Aku pusing ke belakang, menghala ke dinding kaca. Pada saat itu, nenek rambut mengurai dan bertongkat muncul di bayangan di belakang aku, di hadapan Hasan.

“Arrghh!” aku menjerit sekuat hati, dan lari.

“Doktor, doktor! Bangun!” tepis misi tadi.

“Kenapa ni? Teruk mengigau,” kata misi.

Terkejut! Aku bangun terus berdiri.

“Fuh mimpi lagi,” bisik hati. Tercungap aku mengambil nafas nyawa;

“Doktor balik dulu. Penat sangat ni,” kata misi.

HASAN / 141
“Tulah, penat sangat ni agaknya. Saya nak pulang ke Mering ni. Nantilah saya datang lagi,” balasku.

Dalam pada aku mula melangkah keluar…

“Puan, tolong lap sini. Kotorlah,” kata misi dari belakang aku yang sedang memanggil cleaner hospital.

Terdetik dalam hati apa yang kotor? Aku patah balik semula.

“Apa yang kotor, saya buat kotor ke?” tanya aku kepada misi tadi.

“Takde apalah. Cuma tapak kaki berlumpur je ni. Tak apa nanti kakak tu lap kan,” kata
misi.

Aku intai kasut aku. Bersih. Aku pandang ke bawah. Bagaikan dua tapak kaki yang berlumpur hitam, bersaiz dewasa, di hadapan katil Hasan menghala ke arah dinding kaca. Dua lagi tapak kaki berlumpur hitam di tepi katil Hasan, menghala ke katilnya. Aku pandang misi. Misi pandang aku semula. Senyum.

“Dah la tu, jangan risau. Nanti kakak cleaner uruskan. Doktor baliklah dulu. Jauh lagi nak sampai Mering,” kata misi.

“Mana ada orang lain selain aku. Masa aku datang tak perasan apa-apa pun,” bisik hati.

Bukan tapak kasut, tapi tapak kaki yang tak beralas. Dari saat itu, aku sedar ianya bukan hanya ada satu dan masing-masing mahukan sesuatu dari aku dan Hasan.

Ianya Antara Dua Kelibat.

Advertisements

Apa Pendapat Anda?

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.