HASAN PART 14

BAB 14
BISIK HASAN

En Samad menghantar aku pulang ke rumah sejurus selepas makan malam. Sakit kepala yang sangat menusuk membuatkan aku tak mampu lagi mendengar penjelasan En Samad.

Setibanya kami di rumah, aku pun buka pintu, kami masuk dan rehat sebentar.

“Doktor, saya pergi ke dapur ambil air untuk awak. Tu ada lagi lebihan ubat tahan sakit tu. Doktor makan dulu. Sekejap ya saya ambil air,” kata En Samad.

Aku pun melabuhkan diri di sofa, sambil memicit kepala.

“En Samad! Ohhh En Samad,” memanggilku namun tiada jawapan.

“En Samad, peti ais di tepi lorong tu. Jumpa tak? Maaflah lampu malap dapur tu. Tak tukar lampu lagi,” sapaku sekali lagi.

Sunyi

Sambil memicit kepala dan keadaan yang tiba-tiba senyap membuatkan aku lebih runsing.

“En Samad!” jeritku lebih kuat.

“Iya!” balas En Samad sayup dari dapur.

“Buat apa tu lama sangat?” tanyaku.

“Hi hi hi!” satu tawa yang aneh.

“Dah kenapa En Samad ni?” kata hati.

Aku mula runsing. Tak pelik ke? Peti ais sebesar tu, takkan tak jumpa.

Aku bangun berjalan ke dapur.

HASAN / 113
“Ish mana pula En Samad ni?” bisik hati.

Aku mula menular ke tandas. Tiada orang. Aku masuk ke bilik tidur aku, namun masih tiada orang. Aku ke bilik tamu pula. Masih lagi meninggalkan tanda tanya. Aku berjalan perlahan-lahan ke bilik stor belakang.

Aku buka pintu, tiada orang, namun— gedegang! Bunyi seperti hempasan pintu di garaj kereta. Tap! Aku rasa sesuatu di bahu. Pantas aku toleh.

“Doktor!”

En Samad rupanya.

“En Samad pergi mana ni? Lama sangat ambil air,” tanyaku.

Hairanya muka En Samad tercungap-cungap. “Saya ke garaj tadi, dengar macam ada sesuatu dalam garaj. Macam orang sedang ambil atau usik barang,” ujar En Samad.

“Dekat garaj doktorkan banyak barang sparepart kereta, takut budak-budak penagih datang curi,” kata En Samad lagi.

“Habis tu, betul ke ada pencuri? tanyaku lagi.

“Rupa-rupanya kucinglah!” balas En Samad.

“Lega rasa. Ingatkan apalah tadi,” balasku.

“Sebelum ni pun saya ada dengar sesuatu di sana. Ingatkan pencuri, tapi rupanya kucing juga. Memang ada kucing di sini. Saya selalu kasi dia makan, tapi tak kasi masuk rumahlah. Saya alergik bulu kucing. Abaikanlah kucing tu,” kataku lagi.

En Samad senyum dan tunduk.

Kami berjalan semula ke ruang tamu, tiba-tiba…

“Doktor tidur rumah saya sajalah. Lagi pun isteri saya kerja malam. Boleh kita bersembang minum kopi dulu. Tapi doktor makan ubat tahan sakit dulu, ya?” pelawa En Samad.

“Eh, dah kenapa En Samad? Takutlah tu balik rumah,” sakatku.

HASAN / 114
“Bukan apa, doktor ni macam tak sihat. Lagi pun esok cuti. Sekurang-kurangya boleh juga saya tengokkan. Nanti pagi, orang rumah saya balik dari kerja, kita boleh sarapan samasama,” kata En Samad.

“Bernas juga tu! Saya pun boring juga sorang-sorang. Esok pagi En Samad kaitkan buah kelapa muda. Tiba-tiba tekak rasa nak minum air kelapa,” ujarku.

En Samad senyum, dan memandu kereta aku ke rumahnya. Kami pun melalu jalan pantai Tenggu Laut. Bulan mengambang penuh, cerah. Bayangan air laut, hempasan ombak, sinaran cahaya bulan. Memang sangat cantik sepanjang perjalanan.

Aku rasa agak nyaman dengan pemandangan malam yang sangat indah. Mungkin satu hari nanti aku akan buat rumah dan tinggal di Tenggu Laut. Orang yang tak pernah sampai sahaja yang tak tahu cantiknya jalan pantai ni.

Akhirnya kami tiba di rumah En Samad. Aku pun masuk, mandi dan bersiap solat isyak bersama En Samad. Aku duduk di sofa. En Samad masuk ke dapur.

“Doktor, langkah kanan kita,” sapa En Samad.

“Nah kopi kampung! Ada mi goreng lagi ni. Bolehlah buat makan ringan-ringan” kata En Samad.

“Wah, rajin orang rumah masak sebelum pergi kerja, ya. OK, jom makan En Samad,” balasku.

“Wah! Sedapnya! Cukup rasa! Memang lain macamlah rasa kalau masak dengan kasih sayang ni,” ujarku.

Biasalah, orang bujang biasa makan di luar, kali ni dapat rasa masakan air tangan makmak, memang best. Walaupun aku dah melantak Nasi Goreng Astro, tapi sedap juga mi goreng ni. Aku dan En Samad saling tambah-menambah hingglah licin.

“Alamak dah habislah, tak tinggal orang rumah ke?” tanyaku pada En Samad.

“Alah, esok saya minta orang rumah saya goreng lagi. Kecik punya hal,” senyum En Samad.

Kami pun berboraklah sambil layan kopi kampung. Aku rasa memang seronok sangat ada teman berborak sambil hirup kopi kampung lagi berkain pelekat.
HASAN / 115

Memang bangga jadi anak Melayu.

Akhirnya lebih kurang jam 1 pagi, kami masuk tidur. Aku tidur di bilik sebelah En Samad.

lebih kurang jam 3 pagi, aku terjaga untuk buang air kecil. Aku pun berjalan ke tandas, melaksanakan tugas yang sepatutnya. Aku keluar tandas dan terus menuju ke bilik.

Ketang! Ketang! Bunyi dari dapur.

“Eh, En Samad tak tidur lagi ke malam buta ni?” tanyaku.

Tak berbalas. Mungkin tak dengar. Aku pun berjalan ke arah dapur.

“Eh pelik! Siapa pula ni berselubung putih?”

“Assalamualaikum,” aku menyapa.

“Bangun kencing, ya doktor?” suara dari dapur.

Aku berjalan perlahan menyusuri lorong ke dapur. Terkesima aku tersentak!

“Puan Ainilah ini.”

Tarik nafas lega. Ingatkan apa tadi.

“Doktor ingat saya tak? Saya orang rumah En Samad. Sebelum ni pernah terserempak dekat pasar Mering tu. Ingat tak?” kata Puan Aini.

“Oh ya, saya ingat! Waktu tu saya dengan orang tua saya pun ada. Dia orang datang ke Mering melawat, saja nak rasa udang dan ikan segar,” balasku ramah.

“Bukan kerja malam ke?” tanyaku.

“Oh saya balik sekejap, lupa ambil barang. Tu yang alang-alang singgah buat kopi sekali. Saya pergi kerja dulu. Ya,” balas Puan Aini.

“Dah makan mi goreng tadi? Maaflah, masakan biasa saja, nak cepat.”

HASAN / 116
“Dah! Habis licin kami kerjakan,” aku senyum.

Puan Aini senyum, lalu beredar keluar. Aku pun masuk tidur semula. Pagi tu En Samad kejutkan aku, kami solat subuh bersama-sama.

“Dah lama tinggal sini? Aman tenang saja tempat ni, kan? Belakang sawah bendang. Depan ada laut. Segar betul udara,” sapaku.

“Lama dah doktor, dekat 20 tahun dah. Dulu saya dapat tawaran pindah Kuala Lumpur pun saya tolak. Sayang nak tinggalkan rumah ni,” balas En Samad.

“Oh ya, nanti cerah sikit, saya pergi kaitkan buah kelapa muda,” kata En Samad.

“Fuh syoknye En Samad! Lama tak minum kelapa muda fresh. Selalu beli tepi jalan tak sedap. Manis je lebih. Rasa air gula. Air kelapanya tak rasa apa lansung,” balasku.

Kami terus berborak sehinggalah cerah pagi. En Samad pun pergi mengait kelapa. Dari jauh kelibat orang rumah En Samad pun pulang.

“Doktor, duduk kejap ya. Saya mandi bersiap dulu. Saya buat sarapan istimewa. Kita sarapan sama, ya?” balas Puan Aini.

Selepas itu kami pun bersarapan bersama, air kelapa muda yang segar, air teh panas.

“Wah lempeng kelapa, sambal ikan bilis,” aku sangat teruja. Seronok bukan kepalang.

Biasalah, selalu sarapan seorang diri. Sedih, tak habis-habis roti canai, tak pun nasi lemak bungkus. Lempeng kelapa panas-panas, sambal ikan bilis panas, dia punya aroma sahaja dah buat perut tak keruan. Belum lagi nikmat mengunyah dan merasa.

“Bila doktor sampai?” tanya Puan Aini.

Sambil lempeng yang masih ada di dalam mulut lahap ni, aku terlopong sebesar mungkin.

“Semalam, saya ajak doktor tidur rumah. Doktor tak berapa sihat sangat, saya kasihan. Jadi saya jemputlah doktor, bolehlah tengokkan sekali. Dahlah tinggal sorang-sorang,” sampuk En Samad sambil menghirup teh panas.

Namun disebalik ketenangan En Samad, aku tersentak, rasa nak tercekik lempeng tadi.
HASAN / 117

“Bukan ke Puan Aini dah tahu aku dari semalam dah ada rumah? Lupa kot?” bisikku cuba tenang.

“Tak mungkinlah, takkanlah boleh jadi di rumah En Samad pula,” sambil aku terlopong.

Aku tak mahu keruhkan keadaan. Puan Aini pun tak tahu yang En Samad dan Haji Awang sedang tolong aku. Aku senyapkan.

“Puan Aini! Mi goreng semalam punyalah sedap, licin kami kerjakan,” balasku cuba mengubah topik.

En Samad pun senyum mengangguk, mengiyakan. “Lain macam rasa mi goreng awak semalam, kami belasah licin. Nanti petang awak goreng lagi, ya. Kali ni tambahlah udang.”

“Kejap lagi kita ke jeti Teluk Buih. Kita cari udang, lepas tu kit cari jenahak segar. Jenahak tu kita buat kari, campur sayur bendi sikit. Lama tak makan kari ikan ni,” balas En Samad.

“Wah! Sedap tu, tak sabar betul. Syok betul cuti macam ni,” balasku.

Tiba-tiba aku lihat muka Puan Aini lain macam. Mukanya berkerut, mata pandang ke atas kiri kanan seolah-olah sedang memikirkan sesuatu.

“Mi goreng apa? Saya tak masak apa-apalah semalam,” kata Puann Aini pada En Samad. “Awak kata awak balik lewat malam, jadi saya tak masaklah. Saya pun makan di tempat kerja je. Saya dah kemas dapur semalam.”

Tersembur teh panas dari mulut aku. Aku pandang En Samad. En Samad pandang aku semula. Aku perasan ada titisan air peluh yang jatuh dari tepi pipi En Samad.

“Oh lupa itu mi goreng saya bungkus, ha ha ha,” aku tertawa demi merahsiakan perkara sebenar dari Puan Aini agar tak mahu timbulkan banyak persoalan.

Mula mual rasa tekak. Kalau ikut hati rasa nak muntah. Aku lihat En Samad macam terkebil kebil tak mengiyakan, tak membantah.

Aku perati En Samad, di mula mahu membuka mulutnya. Namun aku dah boleh agak apa En Samad ni cuba nak kata. Aku tendang perlahan lutut En Samad. Terbeliak matanya
HASAN / 118
memandang aku. Aku senyum, En Samad pun turut senyum lalu mengambil cawan teh untuk dihirup.

“Eh doktor! Dah, jom kita ke pasar,” celah En Samad.

Kami pun bersiap. En Samad pandu ke pasar. Kami senyap sepanjang perjalanan. Macam pelik, tapi benar. Bergolak fikiran En Samad dan aku. Semak dalam kepala, bagai menjunjung masalah negara.

“Doktor,” En Samad cuba memulakan perbualan.

“Apa kata kita jangan bincangkan dulu. Kepala sakitlah En Samad. Lagi pun tiba-tiba rasa mual sangat tekak ni,” pintasku.

Kau tahu, aku pun tahu…

Di hadapan tu ada jambatan, jambatan Sungai Tenggu. Tempat orang memancing. Apa yang menarik perhatian aku adalah tompokan darah yang masih merah. Bersepah retakan cover set motor di atas jalan.

“Macam ada accident. Warna darah nampak macam baru lagi accident ni,” kata aku pada En Samad.

Namun kepekatan darah tadi membuatkan aku lebih mual. Bukan kerana aku tak biasa tengok darah. Tak pasti kenapa, selama aku bekerja dengan darah ni tak pernah ada masalah.

“En Samad, saya rasa betul-betul mual. Nak termuntah ni,” aku meraba-raba tekak.

En Samad pun memberhentikan kereta selepas melintas Sungai Tenggu.

Aku dan En Samad spontan keluar. Aku tersengguk muntah, bagaikan pancuran air dari pili bomba yang mencurah. Sambil aku dalam posisi tunduk rukuk, aku pandang ke sebelah. En Samad pun sama juga rupanya.

Terbelahak segala lempeng yang ada, dan juga darah.

“En Samad! En Samad OK tak ni!b Bingkas aku bangun dan jalan ke arah En Samad sambil lap lelehan muntah dipipiku.

HASAN / 119
Aku menepuk dan menggosok belakang rangka dada En Samad. En Samad pandang ke arah aku.

“Saya OK doktor. Baru rasa lega sedikit. Saya pun dah tak tahan mual. Saya nak beritahu doktor tadi, tapi doktor mencelah kata tak nak bincangkan,” kata En Samad.

“Eh berdarahlah!” kata En Samad.

“Mari sini saya tengokkan. Buka mulut!” ujarku.

En Samad pun membuka mulutnya. Aku suluh lampu dari telefon.

“Mak oi, busuk betul. Dah macam bau bangkai,” bisik hati.

Biasalah tu. Bau muntah. Jus asid perut campur makanan.

“Mmmm mi goreng,” bisik hati, namun aku cuba lupakan memori itu.

“Kalau ikut kan, tak ada apa ni, tak ada luka apa. Mungkin En Samad muntah kuat, tekanan muntah laju sangat hingga melukakan salur makanan.”

Kalau dalam bahasa perubatan dipanggil Mallory-Weiss Tear, iaitu bila mana esophagus sedikit terkoyak disebabkan tekanan yang tinggi semasa muntah keluar. Aku tak boleh katakan ianya diagnosis selagi tak melakukan prosedur teropong kamera.

“Jangan risaulah, mungkin luka kecil salur makanan je tu. Saya monitor dulu, ya. Kalau muntah berdarah lagi, saya periksa lagi di hospital nanti” aku cuba tenangkan En Samad.

“Dahlah, jom kita sambung balik perjalanan. Nanti singgah hospital ambil ubat tahan muntah, ya,” aku balas lagi.

En Samad kembali ke bahagian pemandu kereta, aku berjalan ke bahagian penumpang. Waktu aku berjalan tadi ke arah pintu kereta, aku bagaikan tertumpu pada sisa muntah aku. Aku tak pasti sama ada ianya benar, atau pun hanyalah kebetulan, tapi kelihatan dua batang paku karat dan gelap terselindung disebalik sisa muntahku.

Mungkin kebetulan paku itu memang ada di situ, atau hanya fikiran aku saja yang lebih lebih. Aku menjenguk pula ke sisa muntahan En Samad. Tiada apa-apa.

Kami sambung semula perjalanan.
HASAN / 120

Kelat masam betul rasa mulut. Tak selesa. Di hadapan kami, lebih kurang 10 meter dari Sungai Tenggu terletaknya perkuburan Melayu, di sebelah sungai dan dihadapan laut.

Dari satu sudut, aku perhatikan seorang lelaki tua, yang lebih kurang umurnya 70-an sedang berjalan melalui celah perkuburan itu. Daa berbaju serba putih, berserban putih, dan selendang merah di bahu.

Kami perlahan melintasikubur tadi, lelaki tua tadi, berdiri pegun. memandang ke arah aku, sambil En Samad memandu pandang kehadapan terus memerhatikan jalan.

Aku dapat rasakan renungan matanya itu tepat ke mataku Tiada reaksi muka, hanya gelombang pancaindera.

Aku cuba mengintai dari cermin sisi. Tangan aku tersentak memegang sisi pintu kereta, badan aku menganjak ke belakang, terkejut dengan apa yang aku lihat. Sekali lagi ianya mungkin benar. atau sekadar kebetulan.

Lelaki tua tadi sedang berdiri di tempat kami muntah tadi, kemudian tunduk ke bawah bagaikan mengambil sesuatu.

“Doktor, awak dah kenapa terkejut beruk tiba-tiba,” ujar En Samad memecah kesunyian.

“Tttttaaadiiiii saya nampak lelaki tua dekat kubur tu. Tapi lepas tu tiba-tiba dia ada di belakang, dekat sungai kita muntah,” balasku tergagap-gagap.

“Alah jangan risaulah. Itu pak lebai yang biasa jaga kawasa nkubur ni. Dia pun rajin mancing dekat Sungai Tenggu tu. Mungkin dia dalam perjalanan nak pergi mancinglah tu,” kata En Samad.

Mungkin aku terlebih fikir, mungkin aku dah jadi lebih paranoid. Aku jadi lebih berjagajaga dan bersangka lebih. Syak tak tentu pasal.

“Tapi seingat aku, tadi aku perasan air sungai surut. Nak mancing apa air surut,” bisik
hati.

Paranoid lagi. (Paranoid atau paranoia dalam bahasa Melayu bermaksud gangguan mental yang menyebabkan
HASAN / 121
seseorang sering mengalami perasaan terlalu curiga atau takut dalam konteks berlebihan-lebihan disebabkan perkara yang tertentu, tapi ianya bukanlah semestinya seseorang itu pesakit mental)

“En Samad, apa cerita Tokwan? Mana Haji Awang? Kita jumpa mereka nak petang ni?” aku buka cerita baru.

En Samad senyap seketika, bagaikan sedang memikirkan jawapan.

“Haji Awang sedang uruskan, nanti saya cuba hubungi Haji Awang,” kata En Samad.

“En Samad tak habis cerita lagi. Apa jadi sebenarnya malam tempoh hari. Saya pun masih banyak benda tak faham,” kataku.

“Macam nilah doktor. Saya nak cerita lebih-lebih saya pun sendiri takut salah cerita. Nanti pemahaman jadi lain. Petang ni saya cuba hubungi Haji awang. Biar Haji Awang jelaskan boleh?” ujar En Samad berkerut kerut sambil memberi senyuman palsu.

Senyuman palsu En Samad ni kadang-kadang buat aku geram. Macam ikhlas tak ikhlas tu boleh nampak jelas sangat. Tak pandai berlakon betul. Rasa macam nak kasi penampar pun ada.

Tapi tak bolehlah, En Samad ni bagaikan dah tahap bapa atau pakcik angkat aku. Aku gurau je tadi.

Kami pun akhirnya sampai ke pasar. Aku dan En Samad pun belilah apa yang patut. Kami singgah di hospital untuk ambil ubat tahan muntah, dan ubat sakit kepala. Sementara tunggu En Samad. Aku pun keluar kereta, mencari minuman di pantri. aAku pun berjalan ke unit farmasi.

“Lama lagi ke En Samad?” tanyaku.

“Budak farmasi tengah makan. Saya tunggu sekejap. Kasi peluang dia orang makan dulu. Doktor duduklah dulu” kata En Samad.

“OKlah, saya pergi duduk depan bilik pesakit luar. Di situ ada kerusi duduk, nak rehat di situ. Teduh sedikit. Dekat sini panas. Cahaya matahari terik masuk dalam ni,” balasku.

Aku pun berjalan ke kawasan menunggu pesakit luar, di hadapan bilik X-ray.

Hari cuti, lengang. Tak ada pesakit. Kecemasan pun lengang. Mungkin awal lagi atau pesakit biasanya pergi ke klinik luar.
HASAN / 122

Kalau hari kerja, kawasan inilah paling riuh. Riuh dengan makcik-makcik yang suka tipu aku kalau aku tanya dia orang makan ubat ke tak semasa temujanji rawatan susulan. Bila dah kantoi, masing-masing senyum sebiji macam En Samad. ”senyuman palsu”

Memang membuatkan aku rasa nak sangat rotan dia orang ni, namun sedang aku duduk di situ, tiba-tiba aku perasan bagaikan ada seorang lelaki yang mencangkung di hadapan pintu Xray.

Dia memandang ke bawah, berbaju t-shirt gelap dan seluar jeans hitam.

“Staf X-ray ke ni? Budak baru ke ni? Tak kenal pun. PPK staf X-ray baru? Tapi tak pakai uniform pun. Oh ya, mungkin hari cuti mereka pakai pakaian bebas,” bisik hati.

“Ah sudahlah, aku ni paranoid lebih. Curiga tak pasal-pasal,” bisik hati.

Aku cuba abaikan, namun aku degil. Aku pandang dia semula. Dia dongak, renung arah aku, tenung tajam kemudian ke pandang bawah semula, masih dengan mencangkung.

Aku pun toleh bawah semula.

“Kerusi punya banyak, mencangkung buat apa? Buasir kot?” gelakku dalam hati.

Kalau orang buasir, memang tak boleh duduk biasa, kena mencangkung atau mencari posisi lebih selesa. Maklumlah selama ni aku hanya duduk di dalam bilik rawatan. Jarang aku lihat gelagat pesakit yang sedang menunggu di luar.

“Rupa-rupanya macam inilah kot pesakit buasir kalau datang hospital. Hi hi hi,” gelakku lagi dalam hati, cuba mengembalikan mood ceria.

Aku hanya melihat dari jauh sahaja. Tak ada mood nak bertegur-sapa. Aku sendiri tengah pening. Masih mual lagi. Sejenak, aku pun terlelap…

Tak lama lepas tu, tiba-tiba aku rasakan bagai ada sesuatu di hadapan aku walaupun dalam keadaan mata tertutup.

Perasaan yang tak dapat aku tuliskan. Mungkin refleksi, sixth sense(pancaindera keenam), atau cas elektron?

Tak faham? Tak apa. Aku pun tak faham. Mungkin ianya naluri semulajadi.
HASAN / 123

Aku buka mata!

Ada seseorang yang sedang duduk di kerusi, di hadapan aku. Rambut pendek ikal, leher bagaikan kerak merekah, tiang IV drip di tepi.

Aku tersentak, bagai guruh menghentam dada.

Tiba-tiba, dalam kekeliruan benak fikiran., datang satu lembut suara dari kelibat yang di hadapan itu.

“ENAK, KAN?” Dia toleh perlahan.

Aku meraba-raba, menggosok anak tekak. Badan kejang ke belakang. Mukanya kurang jelas dalam kegelapan suram kawasan menunggu. Melihatkan mata putih tanpa anak mata hitam, menyereng pandang.

Bagaikan mirip seseorang yang amatku kenal.

Mirip HASAN!

Bluwarkkkkkkkkk!!!

Ketulan muntah darah merah pekat bercampur hitam memenuhi lantai hospital.

“Doktor, Bangun!”

Aku buka mata, berpeluh satu badan.

“En Samad!” teriakku.

“Mimpi apa sampai macam ni?” balas En Samad.

“Saya terlelap tadi, muncul kelibat Hasan. Itu yang terkejut,” balasku.

“Tadi awal-awal tu saya nampak seorang budak duduk di depan pintu bilik X-ray mencangkung. Mana budak tu?” tanyaku.

“Budak mana? Tak ada budak mana-mana, last pesakit pagi tadi. Jam 4 pagi. budak MA kecemasan beritahu. Accident, meninggal katanya,” kata En Samad.
HASAN / 124

“Accident? Dekat mana?” tanyaku.

“Ha! betul-betul dekat Sungai Tenggu, tempat kita muntah tadi. Budak tu nak pergi kerja, pagi-pagi buta dia keluar dari rumah. Dengar cerita kerja di Singapura. Tak pasti langgar apa, atau cuba elak apa. Mungkin tompok darah yang kita nampak tadi kot,” balas En Samad.

“Sekejap! Aaya nak ke kecemasan,” aku pun berjalan ke Jabatan Kecemasan.

Aku buka logbook.

“Eh betullah. Pagi tadi ada masuk kes kemalangan,” aku cuba mencari fail itu.

Aku terjumpa fotokopi kad pengenalan pesakit tadi.

Wajahnya hampir sama, saling tak tumpah macam lelaki yang mencangkung tadi.

“Tadi saya nampak dia nilah depan bilik X-ray kalau tak salah” ujarku.

En Samad diam terpinga-pinga. Keliru, apa kaitan lelaki tadi.

“Ish, dah la tu. Jom balik!”

Kami pun pulang ke rumah En Samad.

“En Samad, esok saya ingat nak ke Johor Bahru, nak lihat perkembangan Hasan. Hari lainlah kita jumpa Haji Awang, ya?” balasku.

“Doktor OK ke ni?” tanya En Samad.

“Tak apa, dah makan ubat tadi. Saya ok je ni.”

Malam tu kami masuk tidur macam biasa. Sedang aku nyenyak tidur, sekali lagi bagaikan ada yang baring di sebelah. Rasa kurang selesa. Aku intai di cermin solek. Tak jelas. Aku toleh ke belakang.

Aku seolah-olah terpukau. Pegun tak mampu berkata apa-apa. Kejang satu badan bagaikan tiada kudrat nyawa.

“Terima aku, dalam jasadmu”
HASAN / 125

Bisikan halus. Nyata lebih jelas. Aku kenal rupa itu seyakin-yakinnya. Sekali lagi… HASAN.

“Celaka! Apa kau nak dari AKU!” jerit hati.

Tok! Tok! Tok!— Ketukan dari pintu bilik.

“Doktor, bangun. Subuh dah ni,” suara En Samad.

Bagaikan jasad aku dikembalikan semula. Rebah lemah tertiarap. Biasan cahaya datangnya dari pintu. Aku lihat En Samad sedang berdiri di depan.

“Doktor, jom kita solat dulu,” ajak En Samad.

Selepas selesai solat subuh.

“Nak sambung tidur atau nak minum air panas dulu?” ajak Puan Aini.

“Kita minum dululah. Haus rasa tekak ni,” balasku.

Sementara menunggu Puan Aini menyiapkan minuman.

“Semalam ada accident di Jambatan Tenggu, dengar cerita tak?”

“Eh budak tu, anak Pak Jusoh seberang. Saya ada dengar. Kasihan. Masa perjalanan nak pergi kerja di Singapura. Sebelum dia balik sana, dia ada singgah rumah ni semalam, tinggalkan kelapa parut. Saya yang pesan pada mak dia. Mak dia ada jual kelapa parut. Kebetulan dia nak balik sana tulah dia tinggalkan kelapa parut dekat belakang tu. Tak sangka, Tuhan lebih sayangkan dia. Meninggal pula kemalangan di Sungai Tenggu tu,” jelas Puan Aini.

“Tak pasti dia singgah jam berapa, tapi pagi tadi saya balik rumah kelapa parut tu dah ada di belakang,” tambah Puan Aini lagi…

Aku pandang En Samad.

“En Samad tak cam ke saya tunjuk salinan IC budak yang meninggal tu tadi? tanyaku.

“Saya tak kenal sangat, selalu yang beli kelapa Makcik Aini kau ni. Budak tu pun sekalisekala je balik kampung,” kat En Samad.
HASAN / 126

“Pelik. Macam mana boleh kemalangan dekat Sungai Tenggu tu,” pintas Puan Aini.

“Mungkin dah sampai ajal. Kita sedekahkan doa untuk dia,” balas En Samad sambil mengerut muka dan pandang ke arah aku.

“Celaka kau, Hasan,” bisik hati aku.

Advertisements

Apa Pendapat Anda?

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.