HASAN PART 13

BAB 13
HASAN

Aku mengenali Hasan selama 8 bulan, sejak mula Hasan ada di Wad . Masa itu keadaan aman dan damai.

Hasan berumur dalam linkungan 30-an, ternyata Hasan sama dengan remaja yang lain dahulu yang mungkin bergaul dengan kawan-kawan yang salah.

Hasan berasal dari salah satu felda berdekatan dengan Mering. Hanya cukup lepasan SPM, Hasan mula bekerja sebagai salah seorang pembantu di kedai. Hasan mula rasa lebih selesa makan gaji, niat untuk meneruskan pelajaran, semakin lama semakin pudar.

Hasan penggemar motosikal, duit gaji bulanan memang habis dia belanjakan untuk motosikal. Hasan mula bergaul dengan mat rempit handalan. Lumba haram itu sudah pasti.

Mat rempit ni sangat subjektif, bukan semua orang yang bawa motosikal ni mat rempit dan berperangai tak elok, ada juga mat rempit yang hanya nakal sahaja, ada juga yang cenderung kepada jenayah dan hanya yang menggunakan motosikal sebagai kenderaan.

Tapi buat Hasan, dia lebih cenderung untuk melibatkan diri dengan golongan mat rempit yang lebih agresif, lumba haram, curi, samun, semua ada.

Sehinggalah pada satu hari, masa tu Hasan dalam linkungan umur 20-an, Hasan mula berjinak dengan dadah, bermula dengan hisap gam dan seterusnya terjebak dengan dadah jenis suntikan.

Hasan menjadi lebih agresif, ahli keluarganya tak dipeduli, dikasari, jika tak diberi apa yang dimahu. Hasan pernah sekali memukul mak kandungnya sendiri. Hasan merupakan anak yatim, Bapanya meninggal semasa umur Hasan lebih kurang 12 tahun. Hanya ada kakak dan adik lelaki seorang, bersama seorang mak tunggal.

Sejak itu Hasan dihalau keluar, semua ahli keluarganya, tak mahu menerima Hasan lagi.

Hasan meneruskan sisa baki hidupnya tumpang dirumah kawan-kawan. Hasan tidak lagi bekerja, motosikal kesayangan telah ditarik, kerana Hasan tidak mampu bayar bulanan.Segala apa yang ada Hasan jualkan untuk dadah.

HASAN / 96
Hidup Hasan antara di rumah kawan atau hidup di dalam pondok kecil di celahan ladang kelapa sawit. Duit simpanannya habis begitu sahaja. Habis dengan najis dadah.

Bila datang gian, Hasan terpaksa mencuri, merompak, menyamun, apa sahaja yang boleh mendatangkan wang ringgit.

Hidup Hasan masa tu bagaikan bangkai bernyawa, tidak terurus, busuk, menunggu masa untuk jasadnya di telan masa.

Hasan mula kena jangkitan yang pelik-pelik. Jangkitan yang orang biasa tak kena, ini menandakan Hasan telah menghidap HIV. HIV ni memang tiada penawarnya. Antibodi seluruh badan menjadi lumpuh, sebab itu jangkitan yang biasa pun boleh jadi lebih teruk.

Pada satu hari orang kampung jumpa Hasan lembik bagai bangkai bernyawa di pondok usang celahan ladang sawit. Pihak ambulan terus datang ambil Hasan dan dia dibawa ke Jabatan Kecemasan. Aaktu itu aku on-call di Jabatan Kecemasan. Itulah detik pertama aku jumpa Hasan.

Hasan diletakkan di Wad 6, segala ujian saringan HIV menunjukkan positif. kes Hasan di serahkan pada pakar untuk rawatan selanjutnya. Hasan duduk di Wad 6 selama lebih 2 bulan oleh kerana jangkitan yang amat sukar dirawati.

Kemudian Hasan juga telah mendapat bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat. Ahli keluarga Hasan, tiada seorang pun yang datang. Puas aku telefon berkali-kali dan akhirnya ada ahli saudara Hasan yang jauh sanggup terima. Hasan pulang ke rumah saudaranya.

Tapi oleh kerana kedaaan Hasan yang begitu, dia kerap keluar masuk ke wad. Sehinggalah ahli saudaranya yang lain tak mampu lagi menanggung Hasan.

Akhirnya Hasan menjadi penghuni tetap Wad 6.

Aku dah macam berkawan dengan Hasan ni. Iyalah dia kalau masuk wad memang lama, hari-hari jumpa. Macam-macamlah cerita yang Hasan kongsikan, antara yang selalu Hasan katakana,

“Kalaulah saya dapat undurkan masa, saya tak mahu kekayaan, tak mahu kebendaa. Saya sanggup hidup susah, janji saya dapat hidup macam orang biasa, orang yang diberi kesihatan normal, saya rindukan keluarga saya doktor!

HASAN / 97
“Saya memang rasa bersalah. Kalau saya ada kudrat, saya dah lari pulang ke rumah cium kaki mak saya, adik-beradik saya. Saya bagaikan seorang dalam dunia, harta tak ada, yang ada hanya jasad yang rosak, yang tunggu masa nak mereput ni doktor”

Hasan ni memang potong stim betul, tengah rancak berborak, mesti nak selitkan kisah sedih dia. Bukan apa, aku tak suka layankan sangat cerita sedih dia tu, aku nak layan dia seperti dia manusia biasa, sama macam yang lain. Aku cuba latih Hasan berfikiran positif.

Tapi iiyalah, manusia kan, kadang-kadang memang lagi kita cuba, lagi kita kalah. Samalah macam Hasan.

Walau apapun, cerita sedih Hasan mmg buat aku bersyukur. Betul kata Hasan, nikmat kesihatan yang Tuhan pinjamkan, tak boleh dibanding langsung dengan wang ringgit. Namun begitu, mentaliti masyarakat sekarang tak sama, mereka sanggup berhabis duit ribuan ringgit untuk harta benda,

Tapi, bila mintak beli ubat mahal sikit, yang berkualiti RM100-200, mengadu mahal, harga Yahudi, harga tak masuk akal.

Sedarkah kalian? Apabila nikmat sihat tubuh bila dah ditarik semula, duit jutaan ringgit hanyalah tinggalan di dalam bank akaun yang bakal di nikmati oleh orang lain. Apa yang ada pada waktu itu hanyalah kesihatan mental.

Itu pun, setelah kesihatan fizikal dah hancur, semakin lama gangguan emosi akan menyebabkan kesihatan mental menjadi lebih teruk, sehinggalah akhirnya menjadi bangkai bernyawa dan menunggu masa mereput, seperti Hasan.

Semakin lama aku semakin akrab dengan Hasan.

Hasan ni sebenarnya baik orangnya, tinggi, kurus kering. Hasan orang yang jenis mudah berkawan. Iyalah, mungkin dah tiada siapa-siapa, takkan nak menyombong pula, kan?

Pernah tengok tak orang kena jangkitan HIV? Otot kecut, tinggal tulang, mata layu, kulit kering.

Pada satu ketika, misi pernah tanya satu soalan pada aku, lebih kurang seminggu sebelum kisah aku bermula.

“Doktor, Hasan ni sebenarnya sakit apa?” tanya salah seorang misi Wad 6

HASAN / 98
“Hasan ni pakej macam-macam ada, semua pun ada. HIV kan? Tahukan maksud dia?” aku balas semula.

“Ya saya faham. Doktor rasa dia ada masalah mental sekali tak?” tanya misi lagi.

Aku toleh. “Masalah mental macam mana? Yang aku nampak depressi, kata ilmu perubatan barat depression, gangguan stress emosi disebabkan faktor dalaman dan luaran,” leter aku.

“Hasan ni kan, siang dia OK, asyik sengih je nampak gigi rongak dia tu. Macam happygo-lucky,” tapi bila malam, dia mesti baring toleh ke kanan, cakap sorang-sorang. Nampak macam ada gaya pergerakan tangan masa dia bercakap,” kata misi

“Bila malam saya nak ambil tekanan darah ke apa, bila dia nampak saya datang, dia toleh ke kanan sambil cakap, ‘Sekejap eh!’ tapi pandang tempat lain. Saya pun jadi pelik, saya tengok sekeliling buakan ada siapa-siapa. Itu yang saya anggap Hasan ni ada masalah mental. Jadi, saya nak confirm dengan doktor, apa masalah Hasan,” kata misi lagi.

“Rumitlah saya nak cakap pun. Mungkin dia halusinasi. Biasalah tu, kadang-kadang orang depressi ni memang cakap seorag sendiri. Masalah mental ni rumit. Saya pun tak pandai nak cakap. Nanti saya cuba refer kepada pakar psikiatri. Mana tahu boleh tolongkan.”

“Tapi ada lagi, doktor.”

“Sepanjang saya kerja, kami tukar lampin Hasan, Hasan ni memang dah bed ridden, kan? Terlantar kan? dia boleh jalan ke?” tanya misi lagi…

“Eh awak ni! Kan awak yang jaga dia, takkan la tak tahu. Hasan mana boleh jalan lagi, dengan tiub kencing, makan minum pakai tiub. Lemah badan dia. Tu cuba tengok isi peha, isi betis, tinggal tulang je, kan? Mana ada muscle nak bergerak. Nasib baiklah badan dia ada tenaga nak gerak-gerak sikit.”

Si misi buat muka berkerut. Confuse betul dia ni.

“Apa yang bingung sangat?” tanyaku.

“Bukan apa doktor, saya pelik. Bila malam je, saya hairan, saya pernah letak kerusi sebelah katil dia tu di sudut hujung, iyalah sebab kadang-kadang kita nak buat kerja, kerusi tu ganggu. Saya nak adjust IV drip, kena anjak kaki sikit. Jadi saya letaklah nun di hujung sana. Lagipun pelawat Hasan bukannya ada. Tak guna pun ada kerusi tu tepi katil dia.
HASAN / 99

“Tapi yang saya pelik lagi, setiap malam kerusi tu ada di sebelah katil Hasan. Hasan mesti cakap seorang diri, sambil pandang kerusi tu. Itu yang saya pelik, Hasan boleh bangun jalan ke?” Kalau ikutkan, nampak terdampar dah atas katil,” Jelas misi tu lagi.

“Macam mana kerusi tu boleh ada sebelah Hasan,” tanya misi itu pula.

“Alah, itu awak tak perasan cleaner atau staf sajian makanan letak kerusi tu balik.”

Masa tu aku belum kena gangguan lagi. Pada aku, soalan itu remeh. Sepanjang aku kerja di Mering, OK sahaja. Tak ada apa pun jadi.

Pada aku waktu itu, aku buat tak endah. Malas layan benda karut macam ni. Aku dari kecil memang tak percaya pun benda benda ghaib mistik ni. Aku pun berlalu pergi, sehingga beberapa hari selepas tu.

Pada suatu malam, aku on-call, aku terima panggilan telefon dari wad lebih kurang jam 1
pagi.

“Doktor, si Hasan ni demam la. Temperature naik 39! Risau pula!” kata misi.

Aku pun bergegas ke wad. Aku pergi ke sebelah Hasan…

“Ish kacau la kerusi ni, nak check pun susah,” aku membebel.

Misi tadi ambil dan alih kerusi plastic warna coklat ke hujung. Dibelakang kerusi itu ada kesan cat warna kuning.

“Hasan, kau OK tak ni? Buka mata!” aku jerit.

“Doktor, bilik saya ni usanglah, buruk sangat,” Kata Hasan sambil tersengih mata layu.

“Ah kau jangan macam-macam, Hasan. Ni bukan hospital private nak cantic-cantik,” aku balas semula.

Hasan senyum kelemahan.

Aku pun periksa Hasan seperti biasa. Risau ya amat sangat. Suhu naik tinggi mencanak. Rupa-rupanya belakang Hasan dah luka jangkitan kuman akibat baring terlalu lama. Mula ada tompokan putih berbau.
HASAN / 100

“Eh misi awak tak perasan ke Hasan ada bed sore ni?” aku tanya lagi.

“Selalu saya tukar diapers dia, mmg ada, kecil, tapi makin lama makin besar pula,” kata
misi.

“Hmm, nasib baik kecil lagi, tapi dah berjangkit kumanlah ni. Esok panggil fisioterapi pusing-pusing Hasan. Kena ubah posisi dia 2 -3 jam sekali supaya lancar darah jalan,” aku membebel. Macam tak biasakan pula misi-misi ni handle pesakit macam ni.

“nanti saya call pakar start antibiotik sesuai… sbb Hasan ni dah la ada HIV, lepas tu Allergi ubat antibiotik pun banyak. Pening kepala.

Aku pun ambil fail, bawa ke kaunter misi di hadapan untuk telefon pakar. Aku nak refer kes Hasan untuk mendapatkan nasihat rawatan yang terbaik untuk Hasan.

Masa tu aku berpangkat Medical Officer(MO), di hospital ni tak ada pakar. MO kena buat keputusan sendiri, tapi kes-kes yang istimewa mesti mendapat perhatian pakar dari Johor Bahru untuk memastikan rawatan terbaik untuk pesakit. Lebih-lebih lagi kes Hasan. Muda lagi tapi… kasihan.

Aku pun sibuk menelefon pakar untuk khidmat nasihat. Masa tu misi di wad hadapan, sedang periksa pesakit lain. Hanya Hasan seorang yang diletakkan di belakang. Bukan apa, bukannya diskriminasi kerana Hasan ada HIV.

Dia ditempatkan seorang diri di belakang untuk mengelakkan jangkitan lain dari pesakit di bilik hadapan. Lebih kurang macam kuarantin. Sebab semua orang tahu kan, Hasan mudah kena jangkitan.

“Misi! Cuba masuk bilik rawatan sekejap. Cuba tengok ada dressing set tak? Saya plan esok pagi saya nak buat dressing dia special sikit,” aku jerit.

Tunggu punya tunggu, tak muncul-muncul. Nak tunggu misi periksa dressing set lambat sangat. Aku pun bangun sendiri. Aku masuk ke bilik rawatan.

Aku nampak kerusi coklat yang di belakangnya ada tompokkan cat kuning berada di tengah-tengah bilik persediaan rawatan.

“Eh apa kejadah kerusi ni ada dalam ni. Ini bukan kerusi dalam bilik Hasan ke?” aku bisik hairan.
HASAN / 101

Tapi aku memang tak terfikir apa pun, aku biarkan. Aku keluar semula, pergi ke kaunter.

“Untuk malam ni awak basuh dengan saline dressing dulu,” aku laung pada misi yang sedang sibuk di hadapan.

Misi tadi dari hujung hadapan sana menjeling mata.

“Iyalah, sekejap lagi saya buat!” balas misi merenung tajam.

Aku senyum je. Iyalahkan jam 2 pagi mintak misi buat dressing pada Hasan. Mana tak
marah.

Aku sedang menulis pelan rawatan di dalam fail Hasan. Katil Hasan berada di hujung belakang, di sebelahnya ada bilik rawatan, disusuli dengan kaunter tempat aku duduk. Depan aku ada lagi satu wad.

“Dapat pahala banyak kak!” aku jerit.

Aku saja kacau misi tu. Aku tersengih seorang diri sambil menulis pelan rawatan untuk Hasan di dalam failnya, sambil tu aku toleh intai ke hadapan. Nampak bayangan misi di wad depan sedang mengemas sesuatu.

Aku pandang semula ke bawah, menulis pelan rawatan di dalam fail Hasan. Tiba-tiba…

“Iyalah tu doktor!”

Suara yang datang dari dalam bilik rawatan.

“Bila pula misi ni melintas depan aku masuk bilik rawatan? Tak perasan pun.”

Aku bangun, toleh intai ke depan. Lampu wad depan dah ditutup, hanya ada sedikit cahaya suram yang datang dari kaunter. Kelihatan bayangan misi di depan tadi sedang berjalan ke arah aku.

“Siapa pula yang sahut dalam bilik rawatan?” aku berbisik.

Dalam beberapa saat selepas tu, muncul misi tadi dari pintu masuk yang betul-betul terletak di depan kaunter yang aku sedang duduk tu.

HASAN / 102
“Dah refer kes dekat pakar ke, doktor? Saya pegi wad sebelah kejap tadi, ambil IV drip. Kita punya stok dah habis,” kata misi tadi

“Eh bila pergi sebelah?” aku tanya

“Tadi, lepas tengok Hasan, saya nampak IV drip dia nak habis. Lepas doktor periksa Hasan tu., saya teruslah ke sebelah ambil IV drip,” jelas misi tadi.

Lutut aku bergoyang-goyang atas ke bawah waktu itu. Pelik bercampur sedikit ketakutan dan syak wasangka. Tadi baru je sepantas kilat aku nampak misi di bilik depan wad sedang berjalan, tapi bila masa pula dia muncul dekat pintu utama.

Adakah aku yang mengantuk sangat sehinga tak perasan semua ini?

Apa yang jelas,jika misi itu betul di hadapan, siapa yang sahut dari dalam bilik rawatan, dan jika betul misi tadi pergi ke wad sebelah ambil IV drip, kerusi itu siapa yang alihkan?

Aku mula rasa pelik, tapi aku belum percaya apa-apa sehinggalah misi yang berdiri di pintu utama tadi toleh ke kanan, pandang ke arah katil Hasan di belakang dan jerit.

“Ya Allah, doktor! Cuba tengok belakang sana!”

Apa Pendapat Anda?

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.