HASAN PART 12( SEBELUM RASUK BAB 2)

BAB 12
PENUNGGU HASAN
(SEBELUM RASUK BAB 2)

“Ya Allah Doktor! Cuba tengok belakang sana!” jerit misi tadi.

Aku cepat-cepat bangun dari kerusi, toleh ke kanan.

“Apa benda yang awak terjerit-jerit ni?” tanyaku.

“Tadi saya nampak Hasan berdiri di sudut hujung sana! Doktor bangun je, hilang!” jawab misi sambil muka terkebil-kebil.

“Alah mengarutlah, tu bayang-bayang dari lampu luar je,” balasku.

“Tapi, memang…,” ragu misi.

“Ah sudah, sudah. Jangan nak perasaan lebih-lebih. Pergi dressing luka Hasan tu,” aku balas semula.

“Dressing apa? Esokkan boleh?” jawab misi.

“Eh tadikan saya minta awak dressing saline,” aku jawab.

“Bila masa pula doktor cakap? Tadi lepas round, kan saya terus keluar,” kata misi tu.

Jadi, selama ni aku berkomunikasi dengan siapa sebenarnya? Aku mula meremang. Aku pandang keliling. Aku pandang misi atas bawah…

“Doktor oo, doktor? Tengok apa?” sapa misi tiba-tiba.

“Eh tak ada apalah, saya cuma teringatkan balik order dari pakar tadi,” balasku.

“Temanlah saya doktor, tiba-tiba rasa seram,” kata misi tadi.

Dalam masa yang sama, aku pun bingung. Mana pergi kelibat misi yang aku nampak di depan? Bayang-bayang jugak agaknya.
HASAN / 104

Aku diamkan. Nanti aku cerita, lagi dia takut. Satu kerja pun tak boleh siap. Aku pun masuk ke dalam bilik rawatan bersama misi, tapi hairanya… kerusi tadi hilang.

“Awak ada alihkan kerusi tak? Tadi ada dalam bilik ni,” aku tanya dalam bingung.

“Alih apanya doktor? Saya baru balik dari wad sebelah,” kata misi tu.

Aduh, lupa pula. Ya tak ya, kan? Dia mana ada tadi. Siapa pula yang alih? Ah malaslah nak serabut. Aku masih lagi nak mengekalkan mood biasa, tak mahu percaya karut-karut ni.

“Dah, jom saya teman pergi dressing luka Hasan,” balasku.

Kami pun pergi ke katil Hasan. Waktu itu Hasan sedang lemah tidur.

“Tak apalah, biar saya buat. Awak pegang badan dia supaya posisi mengiring, ya,” kataku.

Dalam gelap malam tu, kami berdua gigih dressing luka Hasan. Sambil aku mencuci luka di belakang Hasan, aku pandang ke arah bertentangan. Misi yang sedang pegang badan Hasan tiba-tiba berkata, “Doktor!”

Aku pandang ke arahnya, kelihatan matanya tertutup rapat.

“Eh awak ni kenapa?” tanyaku.

“Kita sambung esoklah. Saya tak sanggup lagi ni,” kata misi tu samil mata terkatup rapat secara paksa.

“Dah nak habislah. Sekejap je lagi. Peliklah kau ni,” marahku.

Aku teruskan juga sambil si misi tadi memegang Hasan sambil mata tertutup. Akhirnya selesai. Aku dan misi tadi beredar dari katil Hasan. Semasa perjalanan keluar, aku perasan sesuatu. Kerusi tadi, berada di hujung bilik Hasan, di sebelah tingkap.

Langsir terbang melambai-lambai, seirama gema malam. Masa tu aku mula rasa betulbetul meremang. Aku terus jalan ke kaunter.

“Awak ni OK ke? Senyap je?” tanyaku.

HASAN / 105
“Saya nak cerita pun susah. Doktor bukan percaya,” kata misi.

“Lah, ceritalah. Apa yang percaya tak percaya?” balasku.

“Macam ni. Tadi, masa doktor cuci luka, sayakan menghadap cermin belakang doktor. Masa saya sedang pegang Hasan, tiba-tiba saya nampak bayang-bayang berjalan dari luar tingkap. Mana ada orang lalu situ. Itukan longkang…

“Dia jalan terus, sampailah di tengah-tengah wad. Dia pusing melihat ke arah saya. Saya tak nampak rupa, tapi bayang-bayang hitam. Waktu tu, saya rasa memang nak jerit. Nak saja saya lepaskan badan Hasan dan lari…

“…tapi kerja punya pasal saya tahankan. Nanti doktor kata apa pula saya lepaskan macam tu je…

“Erm, lagi satu. Saya rasa macam tak tahanlah. Saya nak balik. Tak sedap badan,” kata misi. Panjang bebelnya.

Sebenarnya aku pun dah mula rasa seram, tapi aku kena tunjuk beranilah juga. Lelaki,
kan?

“Ah tu perasaan je tu, awak jangan macam-macam. Awak balik siapa nak jaga ni? Dah dah. Jangan risau, saya stay wad sini. Patutnya saya tak on-call tau. Esok nak on-call lagi,” balasku.

Dalam kesibukan malam kami sedang mengemas fail— Sretttttt… sretttt! Sayup-sayup bunyi seretan dari bilik Hasan. Aku pandang misi, dia pandang aku balik sambil dia geleng kepala.

Aku bingkas bangun, perlahan kepala toleh ke belakang wad.

Di lorong yang gelap itu, aku tak dapat pastikan apa-apa. Aku perlu jalan ke hadapan sedikit untuk nampak Hasan kerana katilnya terlindung dengan dinding bilik rawatan.

Aku bangun. Perlahan-lahan aku berjalan seperti ketam sambil meninjau ke lorong menuju ke belakang itu. Tak nampak apa-apa yang mencurigakan. Aku toleh semula ke kaunter misi. Kelihatan misi tadi sedang berdiri memandang ke arah aku dengan muka resah.

HASAN / 106
Aku lihat semula ke belakang wad dan maju beberapa tapak ke hadapan. Aku dapat intai bilik Hasan. Masih jelas di ingatan ketika aku pandang jam dinding tepi bilik rawatan. Masa tu lebih kurang hampir 5 pagi.

“Tak ada apa-apa pun. Bunyi apa terseret-seret ni?” bisik hati.

Aku cuba cari alasan positif tapi tak jumpa. Tak ada sesiapa dalam tu. Kalau aku seorang sahaja dengar, kenapa misi pun pandang muka aku seolah-olah dia pun meneka bunyi yang sama?

Kerusi itu masih di sudut hujung berhampiran tingkap.

Aku pusing semula, patah balik jalan ke kaunter. Sedang aku berjalan beberapa langkah menuju ke arah misi yang sedang memandang ke arah aku — Srettttttttt… srettttttt!

Kali ini bunyi itu lebih panjang dan nyaring. Aku pegun. Pegun bersama langkah yang tergantung. Aku pandang misi di hadapan aku. Tegak dia berdiri, matanya yang terbeliak.

Terpacak segala bulu roma yang ada.

Ngilu aku dengar seretan tu.

Aku pasti itu seretan kerusi plastik tadi. Takkan katil Hasan pula?

Aku toleh ke belakang, namun tiada apa. Hanya bayangan bilik Hasan yang suram. Lama aku cuba perhatikan dalam posisi aku yang berjalan tergantung tu.

“Lain macam ni,” bisik hati.

Aku pandang hadapan semula. Misi tadi tegak berdiri. Pandang ke arah aku. Senyap. Aku tak mahu ke belakang lagi. Cepat-cepat aku teruskan berjalan ke kaunter.

Aku duduk di kerusi kaunter. Misi tadi pun ikut duduk di sebelah. Kami senyap seketika. Aku buat sibuk, aku ambil fail kononnya nak alihkan perhatian. Aku buat-buat baca fail pesakit. Aku pandang dia, sambil dia membalas renungan. Tajam dia merenung aku, lalu dia tersenyum.

“Hoi! Awak senyum apa? Ingat lawak ke?” ujarku.

HASAN / 107
“Dahlah tu. Jangan risau. Buat tak tahu je. Esok pagi jelah kita tengok. Awak pergi tengok pesakit wad depan. Dah sampai masa periksa tekanan darah,” kataku cuba tenangkan keadaan.

Misi tadi berdiri, senyap, lalu berlalu pergi mengikut arahan.

“Betul-betul mental trauma kot misi ni,” kata hati aku.

Aku pun hampir nak gila ni. Aku duduk termenung di kaunter, di dalam hati berkobarkobar nak intai bilik Hasan, tapi… ishh!

Tak apalah, sikit lagi nak siang. Tunggulah lepas subuh. Aku pun baringkan muka di atas tangan yang ditekap ke atas meja kaunter. Aku tertidur…

“Mengantuk, ya?” sapa satu suara di mukaku.

Aku celikkan mata. Misi tadi tersenyum di hadapanku. Terkejut beruk, dengan kadar refleksi pantas, aku bangun, terpelanting kerusi aku ke belakang,

“Awak ni buat terkejut! Jangan buat macam tu lagi boleh, tak?” marahku.

Masih gelap di luar. Misi tadi senyap berjalan masuk ke bilik rawatan. Aku sambung tidur semula. Tak lama lepas tu —gedegang!

Terperanjat lagi! Aku bangun. Pintu utama di sebelah kaunter tertutup kedua-duanya. Aku toleh kiri kanan. Tiada pula angina ribut.

“Kak ooo kak! Ada di mana?” jerit aku, mencari teman.

“Saya dalam bilik rawatan!” jawab misi.

Lega rasa hati. Mungkin aku tak perasan tadi angin ribut. Depan laut biasalah. Kadangkadang damai, kadang-kadang angin kencang.

Aku masih lagi menatap meja kaunter. Aku dapat merasakan sesuatu di hadapan. Gaun prosedur yang tergantung di dinding mencuri sepenuh perhatianku.

“Melambai-lambai pula hujung tangan gaun ni. Angin kipas ke?” bisik hati.

Mamaikah aku? Aku gosok mata.
HASAN / 108

Hujung pergelangan tangan gaun tadi kini dengan perlahan melambai lebih tinggi hingga tegak tuju ke arah aku. Bagaikan nak gugur jantung malam tu.

Pantas aku bangun terus lari ke pintu utama. Aku buka pintu utama tadi. Nauzubillah, apa ni? Sebuah kerusi roda yang betul-betul ada di hadapan pintu. Perasaan yang serba-serbi gundah, bagaikan kau terperangkap di dalam perigi gelap nan usang.

Allahuakbar! Aku terus mengelak kerusi roda tadi dan buka langkah seribu larian. Ya macam biasa, larian yang amat menyiksakan. Larian tanpa jeritan.

Buat pertama kalinya aku berlari meninggalkan tanggungjawab, lari meninggalkan nyawa yang meronta. Lintang pukang, dengan lantai yang licin, aku terpaksa meninggalkan Wad 6 yang masih di diami oleh pesakit.

Aku teruskan larian umpama diserang babi hutan, pintas Wad 5.

Sejenak aku terfikir aku tertinggalkan misi tadi seorang diri. Alamak! Kasihan pula. Kata minda nak lari, kata hati, kasihan. Tak sanggup pula nak tinggalkan kaum hawa yang lemah berseorangan.

Larianku terhenti.

Awan masih mendung dan gelap. Aku lihat keliling. Suram lampu jalan yang malap semakin seram menusuk tulang, namun aku cekalkan jiwa. Aku toleh ke belakang. Aku rasa aku bertanggung jawab untuk pusing semula pergi ke Wad 6. Kasihan pula misi tadi. Memang tak sampai hati

Aku pun berjalan perlahan dalam keadaan hati tak rela, melintas Wad 5 semula ke arah Wad 6. Aku intai ke arah pintu masuk Wad 6. Kerusi roda itu tiada lagi di situ. Aku garu kepala…

“Betul ke mimpi ni? Nak teruskan ke tak? Nak ke tak?” bisik hati.

Tiba-tiba, sayup bisik ditelinga, “Nakk…”

Bagaikan tumpas kerajaan babilonkuno. Menggelabah aku toleh kiri kanan sambil tercungap cungap berpeluh. Berderau pelusuk salur darah. Dalam suram malam itu, bayangan sesuatu yang duduk di hadapan kerusi taman sekali lagi menangkap perhatian mata hitamku.

HASAN / 109
“Siapa pula duduk kat taman ni?”

Keadaan masih gelap, namun remang cahaya lampu dari wad menerangi kelibat yang sedang duduk di kerusi taman. Kelihatan seperti Hasan yang sedang duduk bersama tiang gantungan IV drip. Kepalanya tertunduk ke bawah dan kemudiannya mendongak perlahan-lahan ke arah aku.

Berbekalkan azimat jantung yang tak seberapa lantang berdegup. Lutut goyangkan rebah. Kepalanya tegak lantas perlahan disengetkan paras bahu. Kelibat Hasan tadi senyum ke arah aku.

Bagaikan onar kerdil terpegun dalam kepekatan malam Sang garhayu lintas tusuk tubuh. Dalam keheningan malam itu— krekkkkkkk!

Sekali lagi, taktala deruan angin laut yang deras lalu di kelopak telinga, aku terdengar bunyi pintu kayu utama Wad 5 dibuka perlahan-lahan. Gigil. Mata sambil cuba intai ke belakang. Suara yang aku kenal, pintas digegendang telinga.

“Doktor!” suara lembut datang dari belakang.

“Aduhai siapa pula ni?” bisik hati lagi.

Aku toleh semula ke belakang.

“Doktor lari kenapa?”

Gugur jantung aku masa tu, Tachypnic nafas bagaikan tak cukup udara. Longlai kudrat badan. Misi tadi yang dari Wad 6, kini di hadapan pintu utama wad 5 sambil kepalanya keluar sedikit dari pintu untuk menyapa.

Lega.

“Aik, bila masa pula awak ada kat sini? Bukan dalam bilik rawatan?” tanyaku tercungap cungap

“Maaf doktor, tadi waktu doktor pergi intai bilik Hasan, sebelum doktor toleh kepala pandang bilik Hasan tu sebenarnya…,” kata misi tak habis. Tergantung. Aku faham definisi geram cerita tergantung, tapi nasib kalianlah.

“Sebenarnya apa?” tanyaku sambil aku jalan semula ke arahnya.

HASAN / 110
“Sebenarnya masa doktor pandang saya awal-awal tu. Saya nampak Hasan berdiri sekali lagi. Bila doktor toleh balik tengok ke bilik Hasan, saya tak tahan, saya terus lari ke sini,” kata misi tadi yang berketap gigil.

“SAMPAI HATI KAU TINGGALKAN AKU!” ujarku.

Punyalah aku nak patah balik, kasihan pada dia. Rupanya awal lagi dia tinggalkan aku.

“Maaf doktor. Lepas tu, saya intai dari tingkap Wad 5,” sambung misi lagi.

“Lepas tu apa? Awak nampak apa dari Wad 5?” tanyaku lagi sambil meremang. Maklumlah pertama kali aku rasa hampir nak pengsan.

“Lepas tu, saya nampak ada PPK tolak kerusi roda tu. BERKOPIAH PUTIH, berjanggut, sedang sorong seorang MISI perempuan ikut lorong tu terus ke pintu utama. Kemudian PPK tu masuk pintu utama Wad 6. Masuk bersama MISI tadi. Dia tutup pintu dari dalam tinggalkan kerusi roda tu diluar.

“Tiba-tiba saja tak lama lepas tu saya nampak doktor buka pintu utama dan terus lari keluar. Tu yang saya cepat-cepat tegur doktor waktu doktor lari depan Wad 5,” jelas misi tu yang membuatkan aku goyah jiwa raga.

“Siapa PPK tu? Doktor pernah nampak ke? Sepanjang saya kerja sini, tak pernah nampak pun,” tanya misi yang sedang bingung apatah lagi aku yang keliru tanpa peta.

“Nak kata Encik Bob, tak juga. Tak sama, kan? Yang lagi sorang tu mmg ada yang suka pakai kopiah, tak berjanggut pula. Pasti ke ni? Ish tak apalah,” balasku.

“Tapi yang saya pelik, PPK yang tolak misi atas kerusi roda tu mukanya saling tak tumpah macam muka saya,” jelas misi tu terketar satu badan.

Telinga aku bingit waktu tu. Bagaikan ada frekuensi dahsyat yang menjolok telinga.

“Macam muka awak? Betul ke? Yakin tak ni? Awak jangan macam-macamlah. Saya tak pandai bab-bab ni.”

“Macam ni. Awak rahsiakan benda ni. Jangan cerita siapa-siapa. Nanti tak ada siapa nak kerja. Habis siapa nak jaga pesakit? Awak faham maksud saya, kan? Sekejap lagi, pasang surah sampai pagi, OK? Nak cerah dah ni. Awak stay sini dulu,” kataku cuba tenangkan keadaan.

HASAN / 111
Misi tadi yang terketar-ketar kini mula tenang. Aku pandang ke pintu Wad 6. Perlahanlahan pintu tadi kedua-duanya tertutup semula. Kerusi taman tadi kosong.

Azan subuh berkumandang…

Bermulalah sejarah aku yang aku sangkakan setakat itu sahaja.

Adakah ini jawapan kepada terjadinya kisah permulaan Bab 1.

Apakah Hasan sebenarnya punca utama?

Kenapa Hasan, atau Hasan sebenarnya ada rahsiakan sesuatu dari aku?

Aku harus mencari rahsia itu.

Advertisements

Apa Pendapat Anda?

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.