HASAN PART 11

BAB 11
SANGKAR HITAM

“ARGHHHHH!!”

Jeritan memecah suasana malam yang dingin, dan mengganggu para jiran tetangga.

“Sial kau!! Kau nak apa? KAU SIAL!”

“AKU HINA KAU LAGI! KAU DENGAR NI!”

“KAU MAKHLUK HINA! KAU SIAL! KAU BUKAN DARI TANAH SUCI!

Sambil aku membelakangkan badan, menganjak kaki mencari ruang untuk menjarakkan diri. Sementara itu, tangan aku meraba-raba, tidak tahu mencari apa. Mataku meliar mencari pintu keluar.

Aku nampak bayangan pintu di sebelah almari. Kini aku sudah tahu ke mana hala tuju aku. Aku bangun dan bersedia membuka langkah seribu, tiba-tiba…

Krekkk…kek kek kek kekkkk!

Pintu almari terbuka secara perlahan. Bunyi pintu almari kayu yang sudah lama, geseran engsel yang berkarat menerjah ke dalam telingaku.

“Teruk aku kalua begini, betul-betul kau mainkan aku.”

Dalam bayangan gelap tadi, baju-baju yang tergantung di dalam almari itu mula bergoyang, berayun-ayun. Aku merentap selimut, lilit di badan dan menutup muka dengannya.

Kelibat Dr. Maslan di atas katil kini sudah hilang. Aku merenung tajam ke dalam almari. Takku sangka, satu tangan yang gelap, mula menyelak helaian baju tadi untuk membuka ruang.

Menyesal aku maki dia! Dalam keadaan yang terperangkap begini, memang hilang segala surah walaupun aku sudah berlatih banyk kali untuk membaca surah jika tiba-tiba ada gangguan. Aku makin menganjak ke belakang, cuba mencari jarak lebih jauh.

Hesssss hessssss!
HASAN / 74

Kedengaran dengusan dari dalam almari. Aku makin menganjak kebelakang. hinggalah

Bammmm! Gedegang!

Kepalaku terhantuk di sudut dinding. Aduh sakitnya belakang kepala, rasa nak pecah rasa! Di belakangku tingkap. Tingkap yang asalnya memang tebuka sedikit. Aku masih menutupi muka dengan selimut, aku intai sekali-sekala.

Dengusan hesssss hesssss! kini makin hampir. Aku intai semula. Bayangan kelibat yang membongkok, mengesot perlahan menuju ke arah aku.

“Arghhhhh! Pergi la woi!”

Aku tak pasti dengan jelas tubuh badannya. Cuma hanya bayangan hitam yang sedang mengesot bergerak ke arah aku. Bayangan yang lebih gelap dari bayangan objek lain.Aku sembunyi semula dalam selimut sambil menampar muka aku, dengan harapan ini hanya mimpi. Sakit rasa pipi ni. Ini masih nyata.

DAMMMMM! Pintu almari tertutup.

Hesssss… hesssssss!

Dia makin hamper, lebih kurang jarak 4 kaki sahaja. Aku tak tau berbuat apa. Masih kaku di hujung sudut bilik.

“PERGI!! Kau sial… Apa kau nakk!” Aku jerit semula. Aku tak mahu berputus asa.

Hesssss hessssss hesssss!

Dengusan itu kini lebih jelas. Aku nak buat apa ni? Aku masih memikirkan solusi. Aku pula yang terasa makin kerdil. Tiba-tiba satu bisikan yang datang dari tepi telinga.

“Darah kau…”

Cepat-cepat aku tekap telinga, tidak mahu mendengar lagi. Terbeliak biji mata sambil tahan nafas. Mata mengintai kiri dan kanan. Gugur jantung skali lagi apabila…

Krekkkkkk!

HASAN / 75
… kedengaran bunyi yang datang dari atas kepalaku. Bunyi bukaan tingkap. Aku selak selimut dan intai ke atas. Tingkap yang tadi terbuka sedikit, kini terbuka LUAS.

Aku intai di hadapan, bayangan hitam tadi tiba-tiba hilang. Sudah tiada lagi di situ dan tiba-tiba kedengaran bisikan ke telingaku sekali lagi.

“HANYA ITU SAHAJA JALAN KELUAR MU!” kata bisikan yang sekali lagi memecah degupan jantungku.

Ternyata skali, dia mahu aku keluar mengikut bukaan tingkap. Aku belum gila untuk keluar dari tingkap. Itu adalah jalan MATI! Jalan ke arah kematian yang pasti. Bagaikan dia mahu aku keluar terjun dari tingkap.

Aku bangun, aku terus lari ke arah pintu. Tiba-tiba suara menyakat menyahut di kala aku melangkahkan kaki.

“PULANG SEMULA!” ujar dia.

Aku namun aku terus buka pintu bilik lari terus ke arah pintu utama. Menggigil aku cuba tombol pintu itu. “Aduh berkunci pula! Sial betul!” aku jerit sambil hentakkan kaki.

“Alamak, semua kunci ada dalam bilik tu.”

Aku toleh kebelakang sambil memandang pintu yang terbuka itu. Memang teruk aku dipermainkan.

Aku langkah sekuat hati, masuk semula ke bilik, ambil segala kunci yang ada, dan lari keluar semula terus ke pintu utama. Sedang aku gigih fokus untuk buka pintu utama, tiba-tiba sekali lagi kedengaran bunyi di belakangku.

ZRETTTTTT!!!

Bunyi seretan kerusi dari ruang tamu yang berpusing menghala kepada aku yang sedang cuba membuka pintu hadapan dengan tangan yang gigil tak jumpa lubang di tombol.

Makin gelabah!

Klik! Akhirnya Berjaya aku buka pintu. Aku pusing semula ke belakang untuk tutup pintu itu. Jasad hitam tadi sedang duduk di situ sambil senyum ke arah aku.

HASAN / 76
SIAL!

Aku kunci pintu semula dan bawa kunci tu bersamaku. Aku lari terus masuk ke dalam kereta, dan menuju ke Jabatan Kecemasan hospital yang lebih kurang 5 minit dari hostel tu untuk berjumpa Dr. Maslan yang masih dirawat akibat kecederaan semasa bermain bola.

Aku jumpa dr Maslan di Jabatan X-ray. Aku gegas serahkan kunci kepadanya. Masa itu lebih kurang jam 3.30 pagi.

“Bro, aku urgent kena cau, sorry for ur injury. Ni kunci rumah kau. Nanti ada masa aku ceritakan. Aku kena gerak ni!” kataku dalam kelam kabut kepada Maslan yang ditinggalkan dengan muka pelik dan bingung sambil menggaru kepala.

Kalian tahukan macam mana muka Maslan kalau sedang bingung? Pandai-pandailah bayangkan.

Kali ni aku tak memandu ke Mering. Aku singgah di kedai mamak. Aku beli sekotak rokok. Sebatang demi sebatang aku hisap dengan bekalan air kegemaran. Teh Tarik kurang manis.

Bingung. Makin lama makin hampir. Berapa kelibat yang ada sebenarnya? Adakah satu, atau ramai? Yang paling penting, makhluk ni semua nak apa dari aku?

Bukan aku yang tebang pokok tu, BODOH!

Setelah lebih kurang jam 430 pagi aku mula beredar dari Johor Bahru pulang ke Mering. Nanti bila dah masuk jalan kampung, masa tu dah subuh. Aku lega. Syukur perjalanan itu selamat. Aku tiba di salah sebuah surau di Mering. Agak lambat tetapi En Samad dan Haji Awang ada di situ sedang menanti.

“Maaf En Samad, maaf Haji Awang. Lambat sikit,” aku memulakan teguran.

“Tak apalah, biar lambat asal selamat hehehe…,” kata En Samad sambil berdekah bagaikan gaya seorang ahli politik yang sedang berkempen.

Tuan Haji Awang pula senyum sahaja sambil merenung ke arah aku.

“Penat badan ya,” kata Haji Awang.

HASAN / 77
Aku pelik, apa pula tiba-tiba buka topik penat badan ni? aku senyum sahaja, angguk tanda setuju.

Kami semua masuk ke surau. Aku ceritakan semuanya kepada Haji Awang sambil En Samad yang peka mendengar dan sekali sekala mengerut muka tanda pelik? Seram? Ingin lebih tahu?

“Tadi dia ada di belakang awak tu. Masa di luar surau,” Kata Haji Awang selamba.

Fuh masa tu, tak dapat aku bayangkan selama in dia memang dah berpaut. Celaka betul!

“Sebab itulah saya ajak jumpa di dalam surau. Rumah suci, kan?” kata Haji Awang.

“Dari apa yang awak cerita tu, itu adalah mantera merah. Mantera yang selalu digunakan untuk meraih sahabat baru,” kata Haji Awang lagi.

Aku menelan air liur, mata terbeliak.

“Mereka ini semua datang dari ‘SANGKAR’ iaitu istilah untuk asal-usul puak-puak yang berbeza. Banyak jenis sangkar. Sangkar ini diibaratkan lebih kurang macam puak mereka yang mempunyai sifat tersendiri. Kalau saya perhatikan tadi sifatnya bagaikan bangsa dari Sangkar Hitam,” jelas Haji Awang lagi.

Bingung aku cuba fahamkan tentang sangkar. Mungkin ianya kata perbandingan untuk sesuatu tempat berkumpul, puak atau masyarakat.

“…dan sangkar hitam ini bukanlah antara puak yang hebat, tapi puak ini amat agresif. Lebih bahaya lagi jika Mantera Hitam dibacakan. Orang dulu-dulu panggil mantera ni mantera serong.”

“Kalau dalam ilmuan Islam, sebahagian dari makhluk yang derhaka kepada pencipta adalah iblis syaitan,” jelas Haji Awang lagi.

“Eh apa pula mantera hitam tu?” aku bertanya lagi.

“Mantera hitam disebutkan apabila dia bukan sahaja mahu bersahabat, malah si dia juga mahukan jasad tuan baru. Jasad sahaja. Ya, oleh itu dia akan cuba pengaruh kamu untuk buang roh kamu dan tinggalkan jasad kamu kepadanya. Itu bermakna dia mahu kamu mati meninggalkan dunia nyata dalam godaannya,” jelas Haji Awang lagi.

HASAN / 78
“Haji! macam mana mantera hitam serong tu? Apa yang selalunya dia akan cakap,” soal aku lebih peka.

“Mantera hitam ni, tak ada bahasa yang spesifik tetapi dia akan ungkapkan ciri-ciri darah dan jiwa. Contohnya mungkin begini ‘AKU MAHU DARAH MU, Setialah padaku bersama JIWAmu!’

“Ada mangsa yang saya jumpa, mereka ceritakan ungkapan sebegini. Saya tak pasti jika ada ungkapan lain. Ini contoh saja ya. Mungkin dia akan ungkap atau sampaikan dalam pelbagai cara,” jelas Haji Awang lagi.

Menggigil aku dengar penjelasan tu.

“Tak apa, malam ni kamu ke markas saya. Aaya ada jemput kawan saya yang istimewa. Saya mahu kamu berjumpa dengan dia. Kawan saya ini lebih arif,” ujar Haji Awang.

“Saya bacakan doa dulu, buat pendinding sementara. Kamu ambillah cuti. Pulang dan rehat,” kata Haji Awang lagi.

“Jangan lupa, jumpa malam nanti. Awak ikut En Samad. Nanti dia akan bawa terus ke markas saya. Assalamualaikum!” Haji Awang menghabiskan ceritanya.

Aku masih lagi terkebil-kebil, masih lagi belum boleh terima apa yang dikatakan oleh Haji Awang. Aku berharap malam ini semuanya akan selesai.

Aku cuba hubungi Chaku. Nada deringan ada, tapi tidak berangkat. Puas berkali-kali cuba masih gagal. Aku mengambil cuti sehari lagi, aku pulang ke rumah. Pengsan, tidur mati! Betapa letihnya badan waktu itu.

Anehnya, aku rasa lebih aman dan nyaman di rumah kuarters ni. Mungkin terlalu penat atau doa pendinding yang dibacakan oleh Haji Awang.

Seperti yang dijanjika, aku jumpa En Samad di bandar. Kami memandu terus masuk ke pelusuk kampung yang aku sendiri belum pernah sampai.

Gelap, sangat aneh. Selama aku tinggal di Mering, banyak jalan-jalan yang aku pernah lalu dan teroka, tapi belum pernah lagi aku jumpa simpang ke jalan ni.

HASAN / 79
“En Samad, ni lorong mana ni? Tak pernah lalu pun. Saya, kalau jalan Mering ni saya hafal. Tak pernah jumpa jalan ni,” kataku dengan riak ingin tahu sambil meilhat wajah En Samad yang sedang memandu kereta aku.

“Alah, memanglah doktor tak pernah masuk, bukan ada apa pun kawasan sini. Kalau tak cari memang tak nampaklah,” senyum En Samad.

Laluannya begitu kecil, hanya cukup satu kereta. Jalan tar berubah ke jalan tanah merah. Kabus kiri dan kanan membuatkan aku tak senang duduk. Mata terbeliak sepanjang perjalanan.

“Pelik betul jalan ni eh, En Samad. Apa nama kampung ni ya?”

Aku rasa macam tak biasa.

“Kampung ni, emmm saya nak cakap pun tak pasti. Saya pun jarang datang ke mari. Haji Awang yang selalu tunjuk,” kata En Samad.

Krokk krekk krokk krekkkk!

Bunyi dalaman pacuan 4 roda suzuki vitara buruk aku, bergegar terhuyung-hayang berjalan seakan-akan tak stabil melalui permukaan tanah merah. Masuk jauh ke pelusuk hutan tanpa rumah, tanpa lampu jalan di kiri mahupun kanan.

“Doktor pandang saya!” tiba-tiba kata En Samad.

Aku pun terkejut. Dah kenapa En Samad ni? Sawan ke? Aku toleh pandang ke arah En Samad.

“Kenapa ni, bang? Tiba-tiba terjerit-jerit. Pandang En Samad buat apa?” tanyaku.

“Oh, saja je, nak ajak borak, kita senyap-senyap ni saya rasa pelik,” balas En Samad.

Aku pelik betul, nak ajak borak tak perlulah nak jerit.

Aku toleh ke keluar. Terangkat badan aku menganjak menghampiri En Samad yang sedang memandu. Ya rabbi, aku mimpi ke apa. Sambil gosok mata berkali-kali

Tak terkira ramainya.

HASAN / 80
MATA bersinar pada kelibat hitam yang sedang berdiri di celah-celah pokok bagaikan penuh seluruh rimbunan hutan. Aku mula berpeluh, aku terus tenungkan, semakin lama semakin ramai.

Aku pandang En Samad semula.

“Ha tulah! Saya dah kata, pandang saya!” balas En Samad lagi sambil memandu kereta fokus pandang ke hadapan.

“Apa benda tu En Samad? Kancil? Pelanduk? Tapi tinggi sangat kedudukan mata tu!” tanya aku mencelah, duduk rapat memghampiri En Samad.

“En Samad yakin ke jalan ni? Saya rasa tak sedap hatilah. Rasa nak terkencing lagi ni. Tak tahan. Boleh berhenti tepi tak? Bila nak sampai?”

Aduh kenapa la masa ni kau buat hal, pundi kencing.

“Saya tak pasti, selagi tak jumpa simpang. Kali terakhir saya ikut Haji Awang dua tahun lepas,” balas En Samad.

Aku toleh keluar semula. Sunyi kembali. Bayangan tadi tiada.

Memang betul-betul rasa tak sedap hati. Rasanya tak sanggup nak teruskan. Nak terkencing lagi ni. Aku mengintai En Samad. Senyap sahaja. Selalunya, En Samad ni riuh berborak. Kali ni dia serius.

“Betul ke En Samad ni? Aduh…,” bisik hati sambil memerhati tingkah laku En Samad.

Dahlah masuk tempat macam ni. Aduh, betul ke tindakan aku ni? Aku makin gelisah.

“En Samad, saya rasa nak baliklah. Semakin lama rasa semakin tak sedap hati ni. Saya betul-betul nak terkencing pula.”

“Eh, takkan nak balik jauh dah masuk. Sekejap lagi sebatang dua rokok sampailah ni. Saya berhenti tepi dahulu, awak pergi buang air kecil,” balas En Samad sambil memandu pandang ke hadapan.

Tak lama selepas tu, En Samad pun berhenti di tepi. Perlahan-lahan aku keluar melihat persekitaran hutan rimba nan sunyi. Aku berjalan beberapa kaki ke dalam. Takkan nak buang air
HASAN / 81
kecil sebelah En Samad. Macam tak senonoh sangat. Walaupun dalam keadaan jiwa yang goyah, aku teruskan juga. Tak tahan sangat ni.

“Ya Allah, sesungguhnya aku tumpang buang air kecil di tanah mu…”

Semasa aku sedang membuang air kecil. Aku toleh ke belakang melihat ke arah kereta. Bayangan En Samad di kerusi pemandu hilang.

“Eh mana En Samad ni? Tak ada pula dalam kereta! Dah la aku sorang kat luar ni! Aduhai, aku memang nak baliklah”

Cepat-cepat aku habiskan urusan tu. Aku toleh ke depan semula. Lebih kurang10 kaki dari jarak aku, kelihatan s.esuatu

“Eh, kabus ke apa tu?”

Aku mengecilkan mata memandang tajam ke arah bayangan tu. Bayangan putih bersusuk tubuh wanita yang kali ini hanya berdiri pegun berseorangan. Perlahan-lahan ianya maju ke depan.

Masa tu aku rasa, kalaulah aku boleh pura-pura pengsan, aku mesti dah buat, tapi aku takut tak jadi pula taktik tu.

Aku toleh ke tepi, tutup mata ketat sambil tangan meraba cuba tutup zip. Dalam masa yang sama takut juga kalau terkepit. Aku sedang bersedia untuk lari, tapi takkanlah aku nak lari, tak zip seluar.

Bersepah aku tutup zip dengan berjaya, kelam kabut aku toleh ke belakang dan mula lari. Tiba-tiba… Babbb! Babb!! Aku terlanggar sesuatu. Rupanya aku terlanggar En Samad.

“Aduh! En Samad!! Buat apa ni? Tiba-tiba ada belakang saya! Aduh buat terkejut saja!”

“Saya duduk dalam kereta tadi. Saya nampak doktor berjalan ke celahan pokok. Tiba-tiba saya toleh kembali, doktor dah tak ada. Saya pun paniklah!

“Saya keluar kereta lari nak cari doktor, tiba-tiba entah macam mana doktor ada depan saya. Tu yang tiba-tiba berlaga!” jelas En Samad.

“Oh OK, saya ada je ni. Jom, jom cepat! Kita bergerak semula,” aku tergesa-gesa nak masuk kereta.
HASAN / 82

“Aku ada je di sini, bila pula aku hilang.?” bisik aku dalam hati.

Aku pandang En Samad semula. En Samad memandang ke arah aku dan senyum.

“Saya risaulah, takut doktor masuk hutan dalam sangat, hilang nanti susah nak jumpa,” tiba-tiba suar En Samad memecah suasana…

“haih, kenapa cara En Samad ni bercakap. lain benar lenggok bahasa…”

makin lama makin gelisah

“En Samad. saya tak kira. Saya nak balik. Kita pusing semula. Esok-esoklah, ya,” aku memang dah tak tahan lagi.

Tiba-tiba…

“Ha! Jumpa dah depan tu simpangnya,” kata En Samad.

“Dah nnak sampai dah, jangan risau. Haji Awang dah tunggu kita,” kat En Samad.

Aku terpaksa akur.

Dari simpang itu kelihatan cahaya lampu kecil yang keluar dari sebuah rumah kecil. Akhirnya kami tiba di sebuah rumah usang, markas Haji Awang. Jauh betul masuk ke dalam. Rumahnya agak usang, rumah kayu lama, beratap zink besi. Tingkap kayu yang berlangsir compang-camping. Lampu malap dari celahan tingkap.

Keadan rumah itu membuatkan aku rasa tak nak masuk.

“Betul ke rumah ni En Samad? Markas apa macam ni rupa?” aku bising lagi.

“Ha, tu dia Haji Awang dah tunggu di pintu tu!”

“Maaflah, jauh sikit markas saya ni. Jemput masuk,” kata Haji Awang.

Kami masuk ke dalam rumah disambut oleh Haji Awang dan dia perkenalkan sahabatnya itu sebagai TOK WAN.

HASAN / 83
Tokwan kelihata berumur awal 70-an, bermisai putih lebat, tinggi dan tegap walaupun dah berumur, berbaju melayu putih dan berkopiah.

“Assalamualaikum, Tokwan. Saya Yazeed. Mesti Haji Awang dah cerita semuanya.”

Tokwan angguk, balas salam, menjenguk tajam ke arah kereta. Senyap tanpa sebarang kata lalu membawa kami naik ke atas. Sambil itu aku menoleh ke arah kereta. Tak nampak apa pun.

“Tokwan pandang apa?” bisik hati.

Aku dan En Samad duduk, mataku liar melihat suasana rumah Haji Awang. Rumah kayu, sedikit usang, suram, malap, masih beratap zink besi yang bocor sana sini, dan kosong.

Aku pun mula memperkenalkan diri dan terus cerita semula apa yang terjadi dari awal hingga hari ini kepada Tokwan. Takut Haji Awang tertinggal babak-babak cerita aku.

“Semalam saya diganggu. Saya hanya dengar darah. Selepas tu saya tutup telinga. Saya tak sempat dengar apa yang dibisikkan sepenuhnya,” kataku pada Tokwan. Berharap boleh menjadi sedikit jawapan penting.

“Berat sikit ni. Tak apa, saya lihat dulu,” kata Tokwan dengan muka yang serius merenung aku.

Aku memandang En Samad. En Samad duduk pegun, sambil bersimpuh dan hanya senyum ke arah aku. Pelik betul En Samad malam itu.

“Baiklah. kita mulakan!” kata Tokwan, lalu…

Tokwan mengambil tangan aku. Dia pegang nadi tangan kananku sambil menyentuh tapak tangan kirinya pada dahiku. Tokwan pejamkan mata.

“OK, awak pejam mata sekarang, jangan buka, kalau saya arahkan buka, baru kamu buka faham,” kata Tokwan.

Aku pejam mata, tapi aku degil, aku buka sedikit mengintai Tokwan. Aku nampak Tokwan bagaikan sedang mula membuka mulut untuk memulakan bacaan akan tetapi!

Banggg!!! Brangg! Bangggg!! Banggg!!

HASAN / 84
Suatu suara hetaman yang dahsyat memecah suasana sunyi.

Semuanya terkedu. Aku terkejut lalu aku buka mataku. Aku lihat suasana sekeliling. Semuanya pegun memandang ke atas. Aku melanggar arahan Tokwan. Aku pun pandang ke atas, bunyinya datang dari atas

Bunyi dentuman yang kuat! Bertalu-talu…

Bagaikan ada sesuatu yang jatuh ke atas bumbung zink itu dan kemudian bagaikan bunyi zink besi yang cuba dikopakkan. Hanya Tokwan sahaja yang pegun memegang nadi tanganku dan sebelah tangan lagi yang masih memegang dahiku meneruskan bacaan.

Tiba-tiba sekali lagi— DAMM! Dammm dammm! Bunyi hentakan lantai kayu dari ruang
dapur.

Aku memang rasa nak balik dah masa tu. Memang aku rasa nak lari lintang-pukang pergi mana-mana sahaja. Tak kesahlah pergi mana pun, janji aku dalam keadaan lari. Aku memang tak tahu nak buat apa lagi.

Aku memggenggam tangan sekuat hati. Aku memerlukan sesuatu untuk dilakukan.

Sekali lagi!

Damm! Dammm! Dammm!

Kedengaran hentakan pada lantai kayu dapur. kini lebih kuat! Secara spontan atas dasar tindakan refleksi, kami semua sekali lagi memandang ke arah dapur.

Langsir usang melayang-layang bagai ditolak angin. Tapi yang peliknya, tak rasa pun angin. Tiada tiupan angin langsung! Masakan bergoyang beralun langsir-langsir usang ni.

Biasanya kita tahu kewujudan angina, memang tak boleh Nampak, tapi boleh rasa kehadirannya. Tapi kali ini memang tak ada rasa angin lansung. Langsir berayun-ayun bagaikan ribut. Aneh betul.

Aku pejam mata semula.

Makin meremang bulu roma, bagaikan ada satu AURA yang aneh yang dapat aku rasakan pada waktu itu, tetapi tak mampu aku tuliskan perasaan itu.

HASAN / 85
Tiba-tiba, datangnya suara dari Tokwan yang sedang memejam mata, pegun pandang ke bawah.

“JANGAN PANDANG! Pejam mata kamu semua. JANGAN BUKA MATA!”

“Saya kata JANGAN tu JANGAN!”

Aku degil. Entah kenapa perasaan sebagai seorang manusia serba ingin tahu, lagi ditegah lagi aku nak buat. Aku, melanggar arahan sekali lagi. Aku buka mata.

MasyAllah! Ya Rabbi!

Tiada siapa disekelilingku kecuali hanya AKU SEORANG.

Advertisements

Apa Pendapat Anda?

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.