HAJAT

HAJAT

“ Doktor , Hari sabtu ni .. Jangan lupa tau .. Datang rumah makan tengah hari …” Balas Mak Jah sambil tersenyum

“ Insyallah , Sabtu ni rasanya tak oncall , Boleh kot .. Saya singgah …” Balas Aku sambil memegang tangan Wak Kamin

“ Hari ni Wak dah boleh balik , Jangan lupa tau makan ubat2 tu , Kena jaga jaga , Catu Air tu .. Jantung wak kan bengkak … Nanti paru paru bengkak air lagi … Nanti sesak nafas lagi … Macam tempoh hari ..” Balas Aku sambil memandang ke arah Wak Kamin yang sedang tersenyum , Mengangguk berkali kali

Wak Kamin ni , Pesakit aku masa di hospital Daerah mersing dulu . Rindunya dekat Wak Kamin.

Masa aku mula 2 bertugas di hospital ni , Wak Kamin ni memang dah dah ada masalah jantung bengkak .

Tapi satu masalah wak kamin ni , Dia tak boleh catu air dia .. Doktor dah selalu pesan , Wak Kamin tak boleh minum air lebih dari 500 ML sehari … bermakna , Termasuk lah apa apa jenis cecair , Minuman atau pun makanan seperti makanan berkuah atau pun sup .

Tapi Wak Kamin ni memang degil betul , Kadang2 je dia ikut , Selainnya , Selalu langgar pantang

Begitulah kehidupan wak kamin.

Ulang alik hospital ambil ubat , Bila langgar pantang , kena masuk wad sebab paru paru dah mula bengkak air ( Pulmonary Edema )

Tugas aku ? Seperti biasa tugas aku adalah keluarkan air dari paru paru wak kamin . Menggunakan ubat ubatan dan juga “ Drainage “ , “ Pleural tap “ … Iaitu memasukkan jarum yang disambungkan pada tiub dalam Lapisan paru paru agar air berlebihan dalam paru paru dapat di keluarkan “ Drain Out “

Entah lah , Bila bekerja di hospital daerah ni , Sebenarnya , Aku hampir kenal semua pesakit , Tak lah semuq , Tapi kebanyakkan pesakit yang kronik , Pesakit yang sering keluar masuk wad .

Bandar yang kecil , Penduduk tak ramai . kenal satu sama lain.

Wak kamin seperti pesakit yang lain juga , mereka bukan sahaja pesakit malah , aku anggap bagaikan Sahabat , keluarga , Mak Dan Ayah aku .

Aku di sana seorang diri . Mereka lah semua , Keluarga aku .

Hantar makanan , Hantar Buah , Hantar ikan kepada aku , Itu semua perkara biasa .

Berbeza dengan wak kamin , dia seorang yang peramah , Rasa macam dah kenal lama …. Banyak cerita yang Wak Kamin selalu berkongsi dengan aku , Realiti kehidupan , Apa yang dilalui oleh wak kamin , Bagaimana mereka mampu hidup serba kekurangan tapi tetap bahagia .

Aku hargai cerita2 itu . Membuatkan aku dan pesakit2 yang ada di dalam wad menjadi semakin rapat . Lebih lebih lagi dengan wak kamin yang sering berjenaka . Membuatkan kerja aku di wad setiap hari , Ceria , Riuh rendah , dan meriah macam pasar .

Aku rindukan saat itu .

Sehari sebelum aku dapat panggilan dari Mak Jah ,

“ Doktor , Jangan lupa datang esok tau , Kita makan dirumah saya , Wak Kamin .. Tak sabar tunggu doktor datang rumah nak makan sekali ..” Balas Mak jah

“ Baik lah mak jah , Insyallah esok saya datang ya … jika tak ada apa ap halangan ..” Balas Aku

Hari sabtu , Seperti yang dijanjikan , Telah tiba . Tapi malangnya , Rakan sekerja aku ada hal mustahak yang perlu di selesaikan . Dia harus pulang ke kampung , Kerana masalah keluarga . Jadi aku harus mengambil alih oncall hari tu .

Lebih malang lagi , Oncall aku lebih sibuk dari hari yang lain . Kes kecemasan masuk bertalu talu , Sehinggakan aku tak ada masa . Bahkan aku dah terlupa tentang jemputan Makan tengah hari di rumah Wak kamin .

Sehinggalah menjelang malam , Keadaan di jabatan kecemasan semakin redha …Aku rasakan bagai ada sesuatu yang tak kena … Namun dengan kepenatan yang tak terkata …Aku Rebah diatas sofa bilik oncall …

Jam 6 Pagi , Panggilan dari wad bersalin

Pesakit aku mengalami pendarahan dan perlu dihantar ke Hospital besar johor bahru .

Aku terpaksa mengiringi pesakit itu ke johor bahru . Menaiki ambulan yang mengambil masa hampir 2 jam untuk tiba disana .

Bila aku di sana , Bermakna Doktor oncall pada hari ahad mula ganti tempat aku seawal 6 pagi .

Aku tiba semula di hospital mersing jam 11 pagi . Sejenak aku turun dari ambulans .. Dari jauh aku dah nampak , Ramai orang berkumpul dihadapan bilik mayat .

“ Kes apa tu ?” Tanya aku pada Dr Alin ..

“ Pagi tadi , Lepas kau hantar patient ke johor bahru , Kes ni masuk … sampai jabatan kecemasan je , Patient dah meninggal … “ Balas Dr Alin

“ Ohh … Kesian kau , jonah betul , Baru start oncall dah ada kes BID ( Brought in dead ) ..” Sengaja aku mengacau dr alin

“ apa cause of death ?” Tanya aku pada dr alin

“ Cardiac arrest , Lagipun patient ni kan … Memang dah ada history Chronic Hypertrophy Cardiomyopathy ..( Jantung bengkak )..” Balas Dr Alin

“ Ohhh … Ok la …. aku balik dulu, Mengantuk gila ni … anyway good luck on your oncall ..” Balas Aku

Aku mula berjalan perlahan kearah kereta .. Sambil aku menoleh ke arah bilik mayat nun dihujung sana …

Langkah aku terhenti ….

Badan aku masa tu dah mula seram sejuk , Seluruh kelopak kulit mula meremang

Aku terus berlari ke arah rumah mayat ..

Tercungap cungap aku cuba memecut

Aku tiba dihadapan rumah mayat ..

Perlahan aku berjalan menghampiri pintu masuk …

Jenazah dah mula di usung kedalam van jenazah .

Aku masih terpaku disitu …

Melihatkan Mak Jah yang sedang berdiri berhampiran van jenazah yang sedang mengalirkan air matanya .. Sambil dipeluk oleh anak perempuannya itu

Perlahan aku berjalan ke arah Mak Jah .

Aku masih lagi tercengang dan terpaku melihat mak jah …

Mak Jah , Menoleh kearah aku …

“ Doktor …. “ Ujar mak jah perlahan .. Sayu dan merintih

Aku terus menghampiri mak jah , Mengusap bahunya …

“ Wak Kamin … Dah tak ada doktor ..” Balas Mak jah lagi sambil menangis …

“ Innalillah … ..” Balas aku tak mampu berkata apa apa ….

Van Jenazah mula bergerak keluar dari perkarangan hospital …

“ Mak Jah , Saya mintak maaf mak jah , Saya tak dapat datang semalam , Saya kena ganti kawan , Semalam jabatan kecemasan sesak dan sibuk sampai saya terlupa …” Balas Aku

“ Tak apa lah doktor … Itu kan tugas kamu , Jaga kami semua disini ….” Balas Mak Jah .. Sayu

“ Semalam wak kamin sihat ? “ Tanya aku

“ Semalam dia sihat , Bersemangat ! Wak kamin kamu tu la.., Segak dia semalam , Tak pernah mak jah lihat sebelum ni … Siap dengan baju kemeja , berSeluar hitam , digosok rapi , Bersongkok macam orang nak pergi pejabat … dia punya teruja nak tunggu doktor datang … pagi pagi dah ke pasar beli ikan udang semua … sampai ke petang dia duduk di veranda tu … tunggu doktor …Memang dah lama dia berhajat nak doktor datang rumah kami “ Balas Mak Jah

“ Allahuakbar …” Aku tak mampu berkata apa apa …

Pada saat itu, Aku rasa bersalah , Pada wak kamin . Aku tak diberi pilihan . aku perlu kerja hari semalam .

Kenapa wak kamin pergi terlalu cepat .Sedangkan dia sihat pada saat aku membenarkan dia pulang

Aku tak tahu kenapa aku tulis cerita ni

Tapi ….

Mesej yang aku pelajari dan apa yang aku cuba sampaikan …

Setiap benda yang kecil , jangan ambik sambil lewa , Kerana Jika kita ambil peduli . Pastinya kita akan melihat sesuatu yang berharga dari sudut berbeza

“ Sesuatu perkara yang tidak penting , Akan menjadi penting apabila kita melihat ianya sebagai sesuatu yang penting “

“ Nothing is Important , Will become important , If only you make it matters “

Kalau lah aku dapat tunaikan Hajat Wak Kamin tempoh hari . Alangkah baiknya .

Namun pasti ada hikmah , Kenapa Tuhan mahukan aku bekerja pada hari itu

Wallahualam

Alfatihah Wak Kamin

Saya rindu Wak …

Advertisements

Apa Pendapat Anda?

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.