DOKTOR MENGANDUNG KINI TERDEDAH DENGAN PESAKIT POSITIF COVID 19 .- Doakan untuk Dr Erna

DUGAAN BUKAN MAINAN

– By Dr Erna

Covid 19 bukanlah perkara main main.

Saya kini berstatus PUI.
Patient under investigation.
Sedang mengandung di trimester ketiga.
Berkerja di kecemasan.
Sebagai frontliner.

Isnin lepas, saya menerima pesakit yang datang dengan simptom upper respiratory tract infection.

Harini dia sah positive Covid-19.

Hancur luluh hati bila dapat tahu result dia.

Anak saya masih kecil.
Anak dalam rahim masih belum melihat dunia lagi.

Malam ni saya dan staf staf perlu buat saringan.
Dan termasuklah anak saya juga.
Tapi yang sedihnya adalah kami ( saya, suami dan anak) datang berasingan😢

Bayangkan dua minggu tak boleh dekat dengan suami & anak. Perlu kuarantin.

Anak saya sudahlah tidak sihat sebab acute tonsilitis sejak seminggu lepas.

Inilah risiko yang perlu kami, petugas kesihatan, hadapi.

Tak boleh lari.
Pesakit datang saja perlu lihat & rawat.

Moga moga keputusan kami sekeluarga & se hospital negatif.
Amin ya Rabbal ‘alamin.

Ya Allah ya Mujib.
Peliharalah kami semua.
Hapuskanlah virus ini dari diri kami & seluruhnya dunia.

Saya pohon doa semua 🥺
Doakan kami sekeluarga negatif dari Covid 19 ini. Amin amin amin ya Rabbal alamin.

Jadi, pada mereka yang masih ingkar dengan perintah kawalan pergerakan, tolonglah akur. Kerana yang menanggung nanti, bukanlah anda sahaja tapi kami dan keluarga kami juga. Makin ramai staf kesihatan yang perlu di kuarantin dan positive akibat daripada sikap bodoh sombong atau pentingkan diri sesetengah manusia.

‘Ya Allah, Tuhan manusia, lenyapkanlah segala pentakit, sembuhkanlah,Engkau Tuhan yang menyembuhkan, tiada kesembuhan kecuali dengan kesembuhanMu, iaitu kesembuhan yang tidak meninggalkan satu penyakitpun.’
(HR. Bukhari dan Muslim)

Dr. Erna Nadia
Moga segalanya kembali sembuh dan sihat seperti sedia kala☹️

Advertisements

Apa Pendapat Anda?

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.