DITIDAS BANGSA SENDIRI

Di TINDAS Bangsa Sendiri

Aku nak kongsikan sikit pengalaman yang tak seberapa ni , Sejak mula berkecimpung dalam perniagaan servis klinik swasta .

Ini lah gambar klinik pertama aku . Masa tu dengan bermodal kan duit simpanan sedikit dan Loan bank yang hanya dapat sekitar Rm 30K , Aku memulakan klinik pertama aku dengan tiada ilmu .

Tapi apa yang aku tahu masa tu , You never try , You never know .

Adik aku memerangkap Co Founder Medissa , Pernah tanya aku satu soalan ..

“ Kalau klinik kita ni gagal macam mana ? Bankrap ?”

Aku jawap “ Kalau bankrap , Kita kerja balik dengan orang lain .. Apa susah ? Tapi peluang ni dah ada , Insyallah rezeki allah tu luas … Yang penting kita cuba dulu …”

Maka bermulalah pembinaan klinik medissa . Niat Aku mahu lahirkan brand klinik anak melayu yang setanding dengan brand bangsa lain .

Tapi biasalah , Awal2 memang tak cukup fund . Orang pun tak percaya dengan kita , Apatah lagi Bank …

Aku nak lahirkan klinik , Bukan sahaja servis yang baik , harga berpatutan , Malah aku angan angan kan klinik yang cantik dengan design yang selesa . Nampak Mahal Tapi berpatutan …

Aku nak “ Compete “ , Bersaing dengan brand Cina dan India dengan cara yang positif .

Aku nak , Ada satu brand melayu yang betul2 boleh di ketengahkan sehingga nationwide .

Ramai anak anak melayu kita sendiri tidak punya pekerjaan . Kalau boleh aku nak buka lebih banyak peluang pekerjaan kepada anak bangsa aku sendiri supaya mereka boleh bantu dan beri makan minum , Isi rumah kepada keluarga mereka . Itu sahaja yang aku mahukan .

Kalau di tanya berapa juta duit aku nak ? Aku tak ada jawapan itu , Kerana itu bukan lah fokus utama aku .

Dengan duit modal tak seberapa , Aku pulak kena buat part time locum hari2 , Untuk dapatkan duit tambahan yang dibayar untuk renovasi secara berperingkat .

Dapat duit sikit , Beli batu bata , Dapat duit locum lagi , Beli wiring , Kumpul duit lagi sampai lah siap seadanya .

Lantai klinik aku pasang sendiri . Sebab nak jimat kos upah pasang . Dari tak pandai , Terus jadi pandai pasang lantai .

Jadi penjimatan kos tu aku boleh beli 3 biji komputer Used untuk digunakan di kaunter dan dalam bilik rawatan .

Kaunter aku tu , Separuh plaster , separuh nampak batu bata . Orang kata macam stylo , Tapi Kalau ikut cerita asal , Sebenarnya tak cukup simen . Jadi aku mintak kontraktor layarkan cantik2 supaya nampak macam ber-seni .

Banyak yang boleh jimat , Aku pun tak tahu lah masa tu , Tuhan permudahkan semuanya , Sehinggalah terhasilnya klinik pertama aku . Klinik Medissa Medical & Dental .

Aku doktor perubatan , Bilik aku hanya ada meja , Langsir , Kerusi , Dan katil pemerikasaan pesakit . Semuanya barang terpakai .

Adik aku doktor gigi . Kena beli barnag barh . Barang dental ni mahal . Untuk barang dental kita buat leasing . Bayar bulanan . Nasi baik lepas . Kalau tak , Terbengkalai lagi projek kami .

Jadi kitaorg share satu shop lot , tapi ada dua servis .

Semua orang ingat buka klinik tu untung , Seminggu pertama , Tak ada pesakit , jadi .. Aku lah yang sakit masa tu ..Tercongok depan pintu , Kalau ada yang lalu , Dah excited , Tapi yang lalu pun tak masuk .. Hampa lagi …

Sakit .. Tak ada sale
Nak bayar rental , Nak bayar pekerja .
memang sakit .

Sampai aku kena locum dekat klinik lain selepas waktu klinik aku tutup . Untuk cari income lagi . Sebab duit yang ada cukup bayar seorang pekerja sewa leasing dan sewa kedai …

Malas lah nak cerita pasal kesusahan aku lagi masa tu , Kalau nak cerita panjang berjela . Sampaikan kena tipu , Dah nak bankrup . Aku jual kereta kesayangan aku , Yang dah habis loan untuk tampung kerugian dan baiki cashflow masa tu .

Aku beli kancil 660 . Kehulu kehilir aku dengan wife balik kampung dengan kereta tu . Tapi aku happy je . Dulu pakai kereta turbo .. Sekarang tidak lagi ..

Kalau lori potong , Rasa nak terbalik kancil tu .. Tapi aku tetap happy… This is Life man !

Aku tak pernah menyesal sebab berhenti kerjaaan . Ye lah dulu dah selesa , Gaji dah tetap , Boleh balik 5-6k sebulan .

Tapi duit bukan impian aku , Aku cuma nak tengok .. Boleh ke aku beridiri atas kaki sendiri dan berapa jauh aku boleh pergi ?

Sekuat mana aku boleh berdiri atas kaki sendiri ?

Selepas setahun lebih …
Baru lah berhasil , Dah mula ramai pesakit datang ke klinik ..
Baru lah dapat merasa duit gaji … tapi masa tu balik dengan gaji rm 3500 sebulan .

Tetap happy !

Genap 2 tahun , Baru lah nampak untung sikit … Tapi tak lah seberapa..

Tapi orang ingat aku dah kaya masa tu . Suruh beli mercedes , Beli ferrari , Beli lambogini . Tapi hakikatnya .. Hutang je bersepah .. Aku angguk kan saja ..
Apa pun tak mampu sebenarnya 😂

Syukur , Selepas tahun ke tiga , Pesakit semakin ramai , Ada untung skit .. Lahir lah klinik ke dua .. Medissa dental shah alam ..

Sebab ramai pesakit yang sanggup datang dari klang , shah alam dan subang , Jadi untuk memudahkan perjalanan mereka , Aku buka cawangan ke dua di shah alam . Alhamdulillah sambutan baik .

Tapi mula pada tu , Orang dah kenal brand medissa yang tak seberapa ni .

Nama medissa semakin dikenal bila ramai artis tempatan yang datang untuk mendapatkan servis kami . Kalau nak list kan , Memang panjang . Setakat ni lebih dari 40 selebriti tempatan yang dah dirawat dibawah brand medissa . Yang terbaru Hairi ( Mk Clique ) Dan nabila huda .

Dan pada saat ini lah , aku mula menyaksikan Impak dengki , Khianat dah dendam mula datang bertubi ke arah aku

Kehadiran aku dalam industri ini untuk bersaing secara positif , Tetapi ada brand brand diluar sana yang mula nak menjatuhkan aku .

Aku cuma kenal pesaing aku , Tapi aku tak pernah kisah pun pasal dorang , Yang penting kau buat yang terbaik  untuk diri sendiri .. Sudah mencukupi ..

Kau nak tamak macam
mana lagi ?

Percayalah , Rezeki tuhan tu luas bang aji .. Tak cukup kau nak sauk semuanya ..

Hari demi hari .. Ada je khianat yang datang ..

Bila diselidik , Rupanya datang dari brand bangsa sendiri..

Doktor melayu , Tak kira muda dan tua .. Semua nya cuba jatuhkan aku

Tak perlu lah aku detail sangat ..
Kita tak nak aibkan siapa siapa

Aku nak bersaing dengan brand bangsa lain … Tapi tak sangka ditindas oleh bangsa sendiri

Bangsa lain tak ada masalah untuk bersaing dengan akh ..

Mereka pun faham tentang market share

. Untuk brand Bangsa cina dan india , Mereka ada market mereka sendiri . Kebanyakkan pesakit cina dan india lebih suka memilih doktor berbangsa cina dan india , Kerana pada mereka lebih mudah untuk bertutur .

Aku faham tu , Dan pada aku itu bukan lah isu rasis . Kerana servis ini perlukan keselesaan dan kebebasan berkomunikasi . Baru lah senang untuk dirawat .

Brand aku , Memang 70% aku khususkan untuk melayu dan bumiputra walaupun ramai je bangsa lain yang datang .

Ada yang buat report itu ini . Fitnah sana sini . Gunakan social media untuk pengaruh orang lain cuba jatuhkan aku .

Ada yang sanggup buat fake account untuk berikan bad feedback dan rungutan . Tapi pada aku , Tak apa lah ..

Learning curve ..

Kita masih lagi sedaya upaya cuba untuk pertingkatkan lagi kualiti dan servis ..

Sebab tak kira lah berapa tahun pun kau berniaga … Aku pasti kau akan sentiasa belajar benda baru … Pengalaman tu yang berharga sebenarnya .. Tak ada tulis dalam buku…

Pelbagai tomahan yang datang bertalu talu …
Betul lah apa orang kata , Bila kau baru mula nak memanjat , Ramai yang dibawah cuba tarikkan …

Aku dah rasakan sendiri …

Tapi , Aku hanya diamkan ,
Bodohkan diri .. Teruskan apa yang aku idamkan ..

Ada yang tak suka bila aku beri rawatan percuma anti rongak untuk kanak2 . Ada yang tak suka aku beri harga diskaun untuk special occasion .

Ada yang report dekat kementerian . Canang itu ini .

Aku buat bodoh lagi .
Tapi aku tak sangka ,
Kenapa aku ditindas oleh bangsa sendiri , Bukan dari bangsa lain .

Padahal aku nak bersaing dengan bangsa Lain .. Tapi lain pula jadinya ..

Alhamdulillah , Kini hasil dari fitnah , Dengki dan khianat …

Medissa kini dah bertapak lebih dari 10 cawangan … Insyallah akan mencecah 13 cawangan sebelum akhir tahun ni …

Seramai 78 orang staff yang telah diberi peluang pekerjaan dan latihan

Kesimpulannya , Jangan terkejut kalau ditindas bangsa sendiri … Kerana aku dah melaluinya ..

Bukan setakat khianat , Fitnah , Tapi ada yang tak jujur dan cuba ambil kesempatan .

Apa yang kau harus lakukan , Terus bergerak ke depan , Jangan jadikan khianat itu sebagai sebab untuk kau berhenti dan gagal .

Kawan2 kata Aku kaya .. Kau amin kan je .. Sebab yang ternyata .. Hanya kita sahaja yang tahu … Hutang keliling pinggang …

Aku akan terus bergerak .
No one can stop me .

Aku akan pastikan Medissa Akan jadi Brand Anak melayu yang akan ada setiap pelusuk negara .

Bukan susah pun , Kalau taknak bersaing secara positif dengan aku , Join lah aku .

Be my friend …

Sekian … dan akan terus berjuang menaikkan jenama anak melayu .

This brand is not for me , Its for everyone .

Apa Pendapat Anda?

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.