DARI RM 0

DARI RM 0

Jutaan ringgit Dari Rm 0 ?
Iyee !! Boleh !!
Aku tak tipu!

Tapi 2 Je syarat dia …
1 ) Korban kudrat tenaga dan Masa

  1. Tebalkan Muka

Ini dua benda wajib …
Macam mana nak bisnes duit takdak ?

Nak jual makanan pun , Nak pakai modai ye dak ?

Bisnes ni ada dua basiknya ..
Sama ada Servis atau Retail ( Jual produk)

Salah satu cara yang paling mudah dan cepat adalah Servis .

Servis ni bermakna , Kita bersedia untuk guna kudrat tenaga fizikal atau mental kita untuk selesaikan masalah orang lain ..

Apa masalah Orang Lain ?
1 ) Tak ada masa . Sibuk bekerja

  1. Malas

Kenapa Masa jadi punca utama masalah setiap orang ?

Pagi dah keluar pergi kerja .. Malam kang nanti baru balik .
Hujung minggu pulak nak tidur puas puas , Dah bangun lewat ..

Kereta pun tak sempat basuh
Kereta tak sempat servis
Rumah pun tak ada masa nak cuci
Tingkap , Halaman luar , Dinding .. Macam macam lagi …

Jadi kan bagus kalau ada orang boleh tolong settlekan ..

Aku nak ingatkan ..
Fokus kepada untuk membantu !
Bukan duit !

Set kan minda , Untuk bantu orang lain selesaikan masalah dia ..

Kereta kotor , Halaman tak terurus , Rumput dah panjang , Tingkap berabuk , Tandas pun dah berkulat .

Rumah kau ada penyapu ? Ada kain kotor ? Ada sabun lebihan ? Ada baldi ?

Semua benda tu dah tersedia ada …
Kan Free tu ….

Pakai mulut pun boleh ada jutaan ringgit ..
Contoh Cikgu tusyen .. Guna mulut dan kudrat mental … Pun boleh buat duit

macam macam cara lagi lah !

ada skru , Ada spanar ?
Boleh repair motor , Basikal atau kereta dari rumah ke rumah ..

Itu adalah aset .
Tapi sebenarnya aset terbesar adalah diri kau sendiri ..

Yes, Itu adalah senjata untuk bantu kau bekerja .. Tapi hasil kerja tu bergantung kepada diri kau ..

Kalau kau ikhlas dengan kerja tu , Aku jamin Hasil kerja tu orang akan suka dan panggil kau lagi ..

Mulakan dengan harga yang berpatutan ..
Biar semua mampu ambil servis kau ..

Satu rumah kau cas Rm100 ,
Sehari kau buat 3 biji rumah .. Dah boleh dapat 300 sehari .
Kemudian kau tambah bilangan cuci rumah …. Mungkin 4-5 rumah sehari..

Sebulan boleh dapat Rm5000-Rm9000

Kau ambik lah rm 2000 gaji , Baki kau simpan untuk modal
pusingan barang seperti sabun dan lain lain .. Kalau rezeki bagus , Permintaan ramai kau tambah lah perkerja ..

Tapi apa yang paling penting..

Kau cuci rumah tu berkilat …cantik bersih
Anggap lah macam kau cuci rumah sendiri….

Pelanggan pun happy .
Nanti pelanggan akan suruh kau basuh kereta pulak , Motor , Basikal dan lain lain .

Kau kasi lagi harga pakej menarik .
Pelanggin jadi makin happy

Dia akan mintak kau datang buat 2 minggu sekali ..
Masa tu kau dah ada pelanggan tetap …

“ Encik , Tadi saya ada kemaskan stor skali .. Tapi saya buat Ikhlas .. Free of charge …

Atau

“ Encik tadi saya ada letak baja dekat pokok bunga ni semua .. Tapi jangan risau .. Saya belanja .. Free of Charge “

Ini nama dia “ Added Value “ Satu nilai yang kau beri .. Kos tak seberapa sangat .. Tapi untuk pelanggan …
Itu adalah bonus yang besar !!!

Jadi Bila pelanggan kau dah happy .. Dia akan war war kan … Dia akan hebohkan .. Pada semua kawan kawan dia ..

Dari situ lah kau akan makin membesar …
Bermula dari seorang …
Kau akan ada ramai lagi pekerja ..

Jangan kedekut untuk tambah pekerja .. Kerana ianya akan menambahkan lagi kapasiti servis kau dan secara automatiknya akan melambungkan lagi jualan harian kau …
Tapi kau kena agaklah demand kau macam mana masa tu

Bermula dari seorang .. Kau akan ada banyak pekerja , Masa tu kau tubuhkan syarikat . Kau cari seorang manager yang boleh percaya untuk handle .. Kau buat team … Cover banyak area ….

Tapi zaman skang ni aku tengok , Bisnes tak jalan lagi , Syarikat dah ada …
Kat situ je dah bazir kos …

Bak kata Joe Flizzow ..

“ Tony selalu kata “takyah bawak satu kampung”
Jalan perlahan perlahan tak payah nak kanchong”

Slow slow jalan …
Lama lama banyak lah cawangan kau …

Masa tu , Baru kau tahu ,
Dari Rm 0 boleh jadi Rm 1 Juta dan even lebih dari itu ..

Tapi ramai orang tak berjaya kerana cepat putus asa ditengah jalan .

Malu nak ketuk pintu rumah untuk tawarkan servis .

Belum lagi campur penat dan malas …

Tapi kalau kau betul2 komited , Mungkin 2 tahun pertama je kau tersiksa ..
Silap silap , Setahun pertama je kau dah berjaya …

Lepas tu , Kau tak payah cuci lagi , Ramai orang akan tolong kau cuci ..

Kau cuma kena jaga dan urus syarikat kau baik baik saja …

Pergi sambung belajar , Belajar pengurusan akaun , Admin , Marketing dan sebagainya ..

Aku dulu start bisnes klinik bermodalkan kudrat dari Duit lokum yang aku kumpul selama 3 tahun Dan hasil jual barang barang kesayangan …

Apa modal yang ada , Aku renovate je dulu , Kebetulan ada kawan yang baik hati Shaiful Adnan tolong aku renovate dengan harga murah dan bayar ansuran ..

Bayaran ansuran !! Wow !!

Masa tengah renovate tu pun duit tak cukup, Aku masih lagi locum untuk cari duit sampingan , Plus personal loan dapat lah dalam 36k

Yang penting … Kena mula dulu …
Kena jalan terus ..

Jangan patah balik ..

Nanti bila korang dah jadi jutawan …
Bila korang pikir balik macam mana korang naik … Masa tu kau akan percaya ..

Kudrat yang allah beri tu adalah Aset paling mahal daam perniagaan kau ..

lagi satu aku nak pesan

Kalau dah jadi jutawan nanti , Jangan nak tergedik gedik terkinja buat marketing murahan ..

Ada kau tengok Tony Fernandes , Warran buffet atau Jack Ma dan Tommy shelby tergedik gedik ?

Tak ada kan !

Aku doakan korang capai cita cita korang satu hari nanti …

“ Kalau aku mula jalan hari ini , Hari esok aku pasti lebih jauh dari hari semalam …

Dr Tommy Yazeed Shelby

Apa Pendapat Anda?

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.