Darah Kotor

DARAH KOTOR

Kisah benar ini dikongsikan dan terjadi lebih kurang 8 Tahun yang lepas …

DiSalah sebuah hospital di Kuala Lumpur …

Pesakit ini PM aku semula dan mengingatkan aku kembali kepada kisah yang beliau pernah ceritakan 8 tahun yang lepas

Waktu itu , Aku masih lagi doktor pelatih , Masa tu aku berada di salah sebuah hospital di kuala lumpur untuk berkursus ..

8 Tahun yang lepas …

semasa aku sedang memilih roti ..

Tiba tiba datangnya satu teguran disebelah semasa aku sedang membeli roti di Hospimart .

“ Salam , Doktor ! Ingat saya lagi tak ? Saya Puan Rosmah …Saya pernah jumpa doktor di klinik Johor bahru beberapa bulan yang lepas .., masa tu saya mengandung .. tapi malangnya masa tu kami suami isteri kemalangan , saya jatuh motor , saya datang untuk rawatan susulan dengan suami .. “

aku buat muka terpinga2 ..

“ ala ..Masa dalam klinik tu yang saya bertengkar dengan suami depan doktor .. Ingat tak ? “

“ wsalam , oh ya ! saya ingat lagi …!! Awak marahkan dia bawak motor .. bila nak sama macam orang lain pakai kereta kan ? Apa khabar sekarang ? Buat apa disini ..

“ Saya baru pindah KL , Dah 2 bulan lepas saya lahirkan anak … Anak saya ni masuk ward disini …dah dua hari .. Kurang darah katanya .. “ “

“ oh tak apalah , biar admit wad dulu , biar periksa betul 2..Masa puan lahirkan tu ok tak ? ada masalah apa apa ? “ aku bertanya lagi

“ masa lahir tu .. biasa je doktor … tapi saya kena operation , masa tu air ketuban pecah awal … bacaan graf degupan jantung anak tak bagus , tapi lepas tu ok saja … Cuma …. Masa lepas bedah tu yang tak ok ..

“Jahitan saya terkoyak “

“ eh macam mana boleh terkoyak … jatuh ke ? aku rasa ingin lebih tahu …

“ panjang cerita dia , seram sikit … jom kita pergi ke tepi tu sikit saya ceritakan….” kata puan rosmah …

Cerita ini bermula selepas Puan Rosmah ( bukan nama sebenar ) selesai melahirkan anak melalui proses bedah C – section ….

———Kira kira 8 tahun yang lepas ——

Aku menceritakan semula bagi pihak Puan Rosmah

Aku ( Puan Rosmah ) … rasa terharu … bila akhirnya anak yang aku kandungkan keluar pada hari tu … Tangisan pertamanya menyebabkan aku menangis .. mengalir air mata … bukan kerana sedih .. kerana kegembiraan yang tiada bandingan … melihat seorang anak yang cukup sifatnya, riak tangisannya .. dan betapa indahnya rasa sayang semasa anak aku itu memulakan penyusuan badan buat pertama kali nya di atas badan ku …

Walau ketika itu aku belum dapat lagi memeluk erat … disebabkan tiub tiub drip yang melekat pada tangan ku …

dan akhirnya aku tertidur sendiri ….

pada waktu itu , anak aku telah dibawa untuk diperiksa oleh doktor …

aku diusung semula balik ke wad … lebih kurang lewat malam

“ Puan .. kita dah sampai di wad ya , Puan angkat sedikit kepala , kami bantu puan .. untuk alih kan puan ke atas katil ya …Barangan puan saya letakkan di dalam laci … oh ya lagi satu .. suami puan pesan dia akan datang esok pagi untuk mengemas barang barang.. puan rehat lah dulu ya ….” Kata jururawat yang sedang sibuk menggantung IV drip …

aku tersedar … aku diangkat naik ke atas katil .. aku melihat keadaan setempat

Lampu pun suram je , mungkin mereka buka cahaya sedikit di tengah , agar para para ibu dapat berehat selepas keletihan melahirkan anak ..

Katil ku berada di hujung skali , nombor dua dari hujung … katil paling hujung di belah kiri .. tidak berpenghuni .. disebelah kanan tu .. ada pesakit lain yang sedang baring dah tidur mengereng sisi …

Masa tu aku tak rasa sakit pun , mungkin ubat bius tu masih berkesan .. Badan rasa sangat lemah … penat bagaikan marathon 21 KM …. aku sambung tidur semula …

Tiba tiba pada malam tu lebih kurang jam 2 pagi , aku terjaga .. aku rasa bagaikan ada yang tak selesa keluar dari bawah … Aku rasa celehan peha aku mula melekit …

Aku pun selak kain , sambil tangan meraba ke bawah mencari Pad penyerap tersebut … Rupa rupanya banyak darah beku bercampur cair .. Hitam kemerahan terkumpul di Pad itu … Aku pun ambil dan terus buang kedalam tong sampah di bawah katil …

Patutlah celahan peha ni rasa melekit .. Tak selesa betul ..

Aku cuba menyahut jururawat yang sedang berkumpul dikaunter tengah nun jauh dihujung … untuk meminta gantian pad … tapi tak kesampaian ..

Aku terlalu letih dan tak berdaya lagi …

Aku buka laci , aku ambil telefon dan letakkan di tepi bantal … 2:10 Am .. aku sambung tidur sambil kepala menoleh kiri kearah katil yang hujung sekali …

Tak beberapa lama lepas tu .. tiba tiba …

“ SRETTTTTT … srettttt”

Aku terjaga semula …. aku melihat .. langsir di katil hujung bagaikan ada orang yang tarik .. menutupi katil itu …

“ mungkin ada pesakit baru sampai , mahukan privasi kot … “

aku sambung tidur semula ….

“” heheemmm he he hemmmmm”

Sayu kedengaran .. Alunan suara lembut nan merdu dari kati sebelah tadi … Bagaikan sedang menyanyi perlahan … Bagaikan nyanyian suara yang berasal dari alunan muzik melayu klasik…

aku terjaga .. aku lihat menerusi langsir itu … bayangan jasad manusia yang sedang duduk ….

“ pelik lah .. ada ke lepas beranak ni gembira nyanyi lagi … eh seronok pula kau ya lepas bersalin” …pelik kata hati .. aku biarkan ….

aku cuba sambung tidur semula …

“” krapp krappp , slurppppp slurppppp “

Bagaikan suara yang menjilat berkali kali …

Bunyi tu betul2 berada di sebelah aku …

“ bunyi apa ni pelik sangat … macam ada org selongkar tong sampah …” pelik

aku buka mata .. pandang sekeliling .. tak ada pula misi atau “ cleaner “ …

Aku mengesot ke kiri sedikit , supaya aku dapat menoleh pandang intai ke bawah …

Sejurus saja tolehan aku ke bawah …

Ya rabbi …

Bagaikan satu lembaga , berambut hitam panjang … memakai pakaian uniform pesakit hospital …dalam keadaan mencangkung dan membongkok , sedang memasukkan kepalanya di dalam tong sampah itu …

Mengeluarkan bunyi … “ shlupppp shluppprppp”

aku toleh semula ke atas ..

berdebar rasa jantung … mengigil satu badan aku …

Aku tenung sahaja kipas siling yang sedang berusinh perlahan ..

Aku kaku bagai tidak percaya .. akhirnya ..

aku toleh ke kanan menjerit ..

tidak kedengaran …
atau

tidak diendahkan oleh para jururawat di meja tengah kaunter itu …

Atau memang sengaja pada waktu itu suara aku memang tidak didengari oleh siapa siapa

Aku meronta .. bagai nak gila .. tiada siapa yang sedar .. aku menangis ketakutan .. sambil tangan ku menggenggam … bucu bantal …

aku cuba membaca apa sahaja surah yang ada ada ..

tiba tiba bunyi jilatan tadi hilang ,

Badan ku rasa lebih berat … aku menoleh ke kanan , aku melihat sekumpulan jururawat tadi mula mengendong fail .. dan mereka masuk ke dalam satu bilik …..

Pesakit lain tidur nyenyak .. tiada siapa yang terjaga ..terutama sekali pesakit di sebelah katil ku .. mengereng memandang arah lain …

Aku cuba tajam kan telinga .. ya bunyi jilatan tadi dah hilang …

Suara nyanyian alunan melayu klasik itu mula berlagu semula dari katil hujung tadi ..

“ he he hemmmmm he he hemmmmm”

Aku pun mengintai ke arah katil hujung ..

tiba tiba ..

kali ini banyangan itu duduk tegak , bagaikan sedang memandang ke arah aku … sambil aku nampak kaki hitam nya dibawah langsir dengan keadaan tergantung …

Kaki itu di goyangkan keduaduanya , bagaikan menaiki buaian …

sambil suara nyanyian datang kembali .. seiring dengan buaian kaki ..

ya rabbi .. aku rasa nak pitam .. berpeluh2 satu badan

Aku menjadi lebih tak keruan , nak lari mana pun tak larat , badan tak boleh diangkat … mula rasa sakit di bawah pusat …. aku masih menjerit .. tiada siapa pun yang sedar …. aku pejamkan mata sekuat hati …

Aku meraba telefon yang ada di bawah bantal … Dengan hajat aku nak cuba telefon suami ku ..

Dalam tak semena mena , sedang aku cuba mendail….

suara tadi hilang .. aku toleh .. bayangan pun hilang …

aku teruskan mendail , dan pada masa itu lah , dalam masa yang sama aku mengintai dihujung kaki ku …

Kelibat yang sama tadi .. yg aku nampak di bawah katil .. kini sedang berada hujung bucu katil … sambil memandang ke arahku ..

aku terkejut , hingga tercampak telefon aku ke bawah lantai …

Aku menjerit sekuat hati .. aku menangis lagii .. kali ini ditambah lagi ,bila aku mula dapat rasakan sakit itu di bawah pusat .. mungkit ubat bius sudah berkurang … Bekas luka bedah rasa amat perit dah pedih …

Mata putih kelibat tersebut … tanpa anak mata hitam merenung tajam ke arah aku …

Perlahan kelibat tadi … mula memanjat dari hujung katil .. merangkak ke arah aku …

Dengan berlumurah darah pada jubah usang putihnya….

aku meronta ronta ketakutan dan kesakitan …

Kelibat tadi mula menyelak kain aku…. menyeluk kepalanya masuk kedalam kain dalam keadaan merangkak terus ke arah rahim ku ..

aku tak boleh tahan lagi , aku paksa diri aku bangun … aku cuba bangun untuk turun dari katil , sambil tangan kanan ku aku labuhkan kebawah ….

Aku pusing kan badan ke kanan sekuat hati .. sehinggalah aku jatuh dari katil itu …

Ya rabbi .. peritnya … sakitnya .. pedihnya luka pembedahan tadi mebuatkan aku menangis teresak esak kesorangan .. Tulang belakangku sakit bukan kepalang ….

tiada siapa yang membantu .. aku terbayang kan muka sisuami dgh harapan dia ada disisiku .. tapi semuanya hanyalah harapan .. hanya aku seorang sahaja yang menanggung derita dan berhadapan dengan dugaan ini …

aku jatuh terduduk , aku cuba tunduk .. ke arah bawah katil .. cuba melihat telefon ku yang jatuh tadi … , aku nampak telefon itu ditengah bawah katil ..aku cuba menunduk masuk ke bawah katil … sambil meraba telefon ku tadi …

Dalam masa yang sama semasa aku dibawah katil … aku terdengar bunyi tong sampah diselongkar dari arah bertentangan ..

Kelibat yang sama berambut panjang , dengan kepalanya berada didalam tong sampah sedang menjilat susuatu dari dalam … Berlumuran darah hanyir pada jubah putih yang usang itu ..

Aku menjadi pegun melihat kelibat itu … aku menangis ketakutan dalam hati … siksanya dugaan ini …

Perlahan lahan aku mengesot kebelakang keluar dari bawah katil ..

Kelibat tadi mengeluarkan kepalanya .. tunduk ke bawah .. merenung dengan wajah bengis dan kemudiannya merangkak ke arah aku dengan mukanya yang pucat berkedut … mata putih … rambut panjang mengurai … membuka mulutnya ke arah aku …

Aku mengesot keluar dari bawah katil sambil kepala ku sempat terhantuk di rangka katil , telefon bimbit tadi tak sempat aku capai , aku panjat semula katil dah berdiri mahu cuba lari .. tapi kaki ku terasa berat sekali , tambahan lagi pedihnya luka di bawah pusat , aku mengalah .. aku rebahkan diri semula di katil …

Berpeluh , tercungap cungap .. bagaikan hampir ditarik nyawa
aku mengereng ke kanan …

tiba tiba pesakit yg tadi sedang tidur mengereng , pusing ke arah ku ..

wajah manusia biasa yang sedang tidur ..

Aku cubat sahut … “ tolong saya … tolong… tolong ….”

Pesakit tadi , membuka matanya …

wajah nya berubah kedut …

Mata yang serba putih , tiada anak mata … kelibat tadi rupanya …

Aku menjerit , menangis sekuat hati … akhirnya aku tumpas .. perlahan mata ku kabur .. pandangan ku gelap dan hitam … aku pengsan …..

Tak lama selepas tu , aku tersedar … disebabkan riuh kecoh suara disekeliling ku ….

“ Tekan luka tu .. tekan .., telefon doktor sekarang “”!!!

Aku buka mata dan tekejut .. beberapa jururawat berada disekelilingku , ada yang sedang menekan luka itu , ada yang cuba menenangkan ku …

“ puan jangan banyak bergerak ya … kami bantu puan …. luka bedah puan dah koyak , banyak darah mengalir keluar , basah satu selimut dan cadar … puan bersabar .. doktor akan datang segera … “

aku pengsan semula .. aku tak sedarkan apa apa .. sehinggakan .. aku dikejutkan lewat jam 9 pagi …

“ sayang … yang..! …. awak ok ke … sayang…”

Rupanya sahutan dari suamiku .. aku lega … aku pegang erat tangan suamiku …

melihat riak wajah suamiku… aku dapat merasakan Betapa leganya hati .. betapa tenangnya perasaan ini …

aku mula teringat akan kata kata kasar ku semasa aku mengandung ..
aku selalu menyalahkan dia bila kewangan kami tidak cukup walaupun aku tahu aku seorang yang boros …
aku marah kan suami aku jika dia tidak menuruti perintah ku…
aku maki dia bila dia tak boleh sediakan makanan yang aku ngidamkan …
aku salahkan hormon aku ..
aku salahkan kandunganku yang menyebabkan aku tidak mampu mengawal emosi …
yang paling aku sedih ..
aku pernah MENJERIT , HERDIK & TENGKING suamiku walaupun aku tahu itu adalah perbuatan derhaka ..
Aku benci bila dia hanya mampu menunggang motosikal sahaja
Aku benci bila pakaian dan bag tangan ku tiada jenama seperti kawan yang lain
Aku rasa terhina bila kami hanya mampu sambut anniversary di restoran yang murah sahaja
Aku benci bila hadiah hari jadiku bawah rm 100 …
Aku benci tentang semuanya !

Dan pernah skali

aku menghalau dia tidur diluar , kerana aku tidak tahan dengan bau badannya …
aku gunakan alasan mengandung untuk terus menghalalkan kepuasan aku untuk makin hamun si dia walaupun aku sedar yang dia berkorban masa dan tenaga bekerja siang malam bertungkus lumus demi mencari wang untuk persediaan membeli barang keperluan bayi dan lain lain lagi untuk menyambut ahli baru dalam keluarga kami …

tapi aku lupa

Sekurang2 nya aku ada tempat tinggal sendiri ..

aku lupa aku ada suami sebagai imamku

aku lupa yang aku tak pernah dahaga atau pun lapar …

Aku lupa , pakaian ku elok belaka , tiada yang terkoyak atau usang

aku lupa aku masih lagi disambut semasa hari lahir dan hati ulang tahun perkahwinan

aku lupa aku masih lagi dibawa berjalan jalan ketika musim cuti

aku lupa … aku ada suami yang baik dan rajin

aku lupa .. aku alpa .. aku angkuh …

aku lupa siapa diri aku

aku lupa yang aku pernah bersumpah menjadi isteri solehah

dan …

aku lupa bahawa syurga dibawah tapak kaki suamiku …

Aku rasa menyesal dan bersalah ..

Dan pada ketika itu , aku rasa kan bahawa suamiku itulah yang terbaik , yang tak dapat dicari ganti lagi … yang aku sentiasa mahukan dia disisiku ..

aku rasa sungguh berdosa…

aku pegang erat tangannya.. sambil memandang kearah dia yang berpakaian compang camping , ber tshirt biasa lusuh tak berjenama , sambil kunci motosikal tergantung di pinggang … berselipar buruk … dengan muka nya yang letih dan layu tidak cukup tidur .. bekerja syif siang malam …

aku mengalirkan air mata keinsafan ..

“ abang .. saya minta maaf jika sepanjang sayang mengandung ni … saya selalu marah , maki hamun abang .. semua tak kena .. saya menyesal .. saya sayang abang … kalau boleh saya nak cium tapak kaki abang “ sambil tangisan mengalir …

“ eh kenapa tiba tiba ni .. tak apa lah awak , saya faham awak mengandung anak kita .. kesian awak dengan kandungan perut besar dan letih lagi selama 9 bulan …tak apa sekarang ni , janji awak dah selamat , doktor dah jahit semula .. anak kita pun selamat … jangan risau walau apa pun terjadi .. abang akan tetap jaga awak dan anak sebaik mungkin .. abang akan kerja lebih keras lagi untuk beri yang terbaik untuk sayang dan anak kita ni ….”

“ anak kita comel tau .. ikut muka saya … “ si suami cuba bergurau ..

kata suami lagi ..
“ saya pun mengalir air mata masa mula mula saya dapat pandang wajah anak kita tadi .. comel sangat ..alhamdulilah cukup sifat dia sayang .. Abang tak sabar nak peluk dia ….. “ kata si suami dengan lembut dan tenang sambil memujuk dan mengusap kepala si isteri ..

“ maaf puan .. puan ok ke ? …

Tiba tiba ada yang mencelah dalam sesi perbualan romentik tu …

“saya nak ambil tekanan darah sebentar… oh ya .. pagi tadi saya terdengar bunyi deringan telefon dibawah katil … saya dah tolong ambilkan .. saya dah letak di dalam laci … lepas ni kami bawak anak puan ke mari …untuk menyusu badan ya .. puan rehat dulu .. jangan banyak bergerak ya …”. Sapaan jururawat yang tiba tiba muncul …

aku lihat katil disebelah kiri kosong , langsir terbuka , katil disebelah kanan yang ada pesakit malam tadi pun kosong …

aku pelik…

“ Misi .. saya nak tanya sedikit .. mana pesakit disebelah kanan saya ya ? aku bertanya ..

“ pesakit mana ya puan , kalau ikut kan katil dua dua kiri dan kanan ni tak ada penghuni dari semalam , sebab hub tiub gas pembekal oksigen di katil kiri dan kanan ni dah lama tak berfungsi , dah lama tersumbat , belum repair lagi ..
.. cuma katil puan sedang duduk ni sahaja yang berfungsi … kecuali katil katil lain dihujung depan kaunter sana semua nya ok … “ jawab misi tu tadi

“ okay lah, jika ada apa apa nanti panggil saya ya …,” kata misi yang penuh jerawat di muka .. tapi masih kelihatan ayu …

Misi tadi berlalu pergi …

sambil tangisan dipipiku diusap oleh jari lembut si suami … aku menggenggam erat tanganya .. memandang semula katil di sebelah kanan ku ini … baru aku sedar…

Dengan Hati dan Jiwa ku yang kotor … disebabkan emosi dan kelakuan derhaka ku kepada suami .. dan juga DARAH KOTORku selepas melahirkan anak …

Membuatkan Sang kelibat itu dari awalnya sudah menunggu ku dikatil itu ..

Dengan DARAH & JIWA yang kotorku ini ., rupa rupanya telah menjadikan diri ku sebagai Umpan yang telah menyeru Si Dia untuk berdamping rapat dengan diri ku seolah olah aku adalah habuan kaum mereka..

Betapa hitamnya jiwa .. Kotornya hitam darah .. itu adalah semestinya
Sifat Mereka ..

Sifat sang Iblis yang sentiasa dahaga kan rohani hitam manusia .

“ Aku berjanji akan menyesatkan semua umat mu “ Kata iblis angkuh

Pengalaman yang paling menyeramkan buat hidup ku .. tapi aku sangat bersyukur kerana pengalaman itu juga yang telah memberi aku satu pengajaran yang amat berharga …

Aku bersihkan jiwa …

Kini aku menghitung setiap hari , waktu dan detik untuk menjadi yang lebih baik , Taat , Setia , Patuh dan Mulia di sisi Suami .. dan lebih penting .. Mulia di Sisi Pencipta ku …

* Dalam ajaran islam menyarankan agar pad yang berdarah kotor itu harus dibasuh bersih sebelum dibuang . ( untuk elakkan kemungkinan seruan iblis dan syaitan , selain itu juga demi menjaga kebersihan .. tahukah anda darah kotor itu juga amat disukai oleh kuman dan bakteria , yang akan menyebabkan sumber jangkitan/infeksi pada persekitaran )
* Ingatlah . walaubagaimana dugaan yang datang , ingatlah kamu para isteri .. dimana kedudukan kamu disisi suami mu .

Hasan pesan ….

Apa lagi , pergi sambut tangan suamimu tu , buang segala ego …pohon kemaafan … dan cium erat erat .

Till Jannah

Saya nak ucapkan terima kasih kepada Puan Rosmah ( bukan nama sebenar ) yang dulunya pesakit saya dan kini telah menjadi salah sorang dari followers saya.

Aku berharap kisah benar ini dapat di jadikan tauladan dan pengajaran buat aku dan semua .

Advertisements

Apa Pendapat Anda?

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.