Darah Daging

Kisah Paling Seram
DARAH DAGING .

“ Puan perlu pulangkan semula esok “

Nama aku Puan Salma …
Anak pertama Kami , Alif , Umurnya sudah menjangkau 3 tahun .

Dari kecil tapak tangan sampai lah boleh bercakap dan melompat . Macam macam kenangan ,

Bagai menatang minyak yang penuh . Sayang , Manja .

Alif mempunyai sifat yang sangat Manja , Asik nak berkepit sahaja , kemana aku pergi , mesti dia nak kejar . Kadang kadang timbul rasa Rimas…

Namun … Bila alif Tidur … Comel sangat .. Geram rasa nak cubit cubit.. Itulah perkara yang paling indah , Tak kira penat mana , Tak kira lah stress kerja macam mana … Alif adalah penawarnya

Masa dia bangun , Dia punya nakal , dia punya merengek cukup menguji kesabaran .

Kadang kadang nak buat kerja pun susah ..

Pada satu hari , disebabkan kenakalan Alif , Entah macam mana , Televisyen aku jatuh dan pecah .. Aku hilang sabar.,.

“ Dah cakap banyak kali kan jangan main dekat situ !!! “ Kuat jeritan aku..

“ Haih bertuah punya budak ! , Aku hantar rumah Atok Nenek baru tahu. !”

“ Mama taknak jaga lagi lah ! Kalau perangai macam ni …”

Jerit aku hilang sabar , Bagai berderau darah dan api naik ke kepala ..

Tak disangka , seruan itu seolah olah menjadi Doa …

tak lama selepas tu

Tiba tiba , satu hari …

Aku menerima satu panggilan ..

“ Salam puan , dah lama kami cuba cari puan , Puan dah tukar no telefon ya ..? Sebenarnya kami dari pihak hospital , Boleh datang ke hospital tak , Pengarah hospital ada perkara penting nak dibincangkan …

“ Perkara penting apa tu ? aku tanya

“ Perkara ni , Pengarah sahaja boleh cakap , puan datang esok pagi ya .. esok Pengarah tunggu “..

Berdebar rasa hati ..

“ salam puan Salma, Saya Dr Aizat , pengarah hospital , dukacita saya nak beritahu sesuatu …

“ Sebenarnya selepas anak puan lahir , Anak puan ditempatkan di dalam bilik bayi untuk penyusuan .. Namun pada ketika itu berlaku kesilapan , anak puan sebenarnya ditempat kan pada Katil yang salah , begitu juga dengan Tag pada tangan . Kami telah meneliti CCTV sebulan selepas itu ,apabila ada salah seorang pegawai pengawal rakaman mendapati sesuatu kesilapan.. “

Kami cuba hubungi puan .. tapi .. Puan sudah tukar no telefon .. Dan berpindah ke tempat lain bukan ?

Kami mengaku ini ada lah salah kami , Puan boleh hubungi Peguam untuk berjumpa dengan peguam kami …

Saya dah aturkan perjumpaan Pihak keluarga puan , dengan pihak keluarga anak sebenar puan …

Pengarah tadi itu keluar …

Aku masih duduk disitu , berharap agar semuanya adalah mimpi ,

Bagaikan penghujung dunia , Bagaikan Hari kiamat yang halus..

Pada saat itulah , tergambar segala kenangan bersama Alif dari kecil hingga sekarang ..

Paling menyiksakan …

Aku tak dapat lupakan memori dengan Alif …

Walaupun sedikit …

“ Atas arahan mahkamah , Puan perlu bawa Alif ke sini esok pagi , Untuk proses penyerahan .. “ Kata pengarah hospital sebelum meninggalkan pejabatnya .

Malam ni malam terakhir bersama Alif …

Aku bagaikan nak pitam disitu .. Tak sanggup pulang ke rumah .. Berhadapan dengan alif .

Aku mula menangis teresak esak ,

Linangan air mata darah skali pun takkan merubah apa apa ..

Namun hakikatnya .. aku harus terima ..

Alif bukan lah darah daging yang aku sangkakan …

Kini .. Aku perlu memulakan segalanya semula ,

Hubungan dengan Anak sebenarku …

Darah Daging ku …

“ ingatlah , setiap kata kata itu Adalah Doa .. “

tak kira lah niat atau tanpa niat

Apa selalu ayat marah yang korang selalu jeritkan ?

Advertisements

Apa Pendapat Anda?

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.