CAIRO , Egypt

Memiliki salah satu arca sebagai 7 keajaiban dunia yang telah membuatkan aku sangat teruja untuk melihatnya dihadapan mata sendiri .

Perjalanan dari Malaysia mengambil masa hampir 11 jam dari Klia airport ke Istanbul , Kemudian penerbangan seterusnya mengambil masa 2 jam untuk sampai dibumi Cairo , Egypt ini .

i dont expect much on this country

Dari atas kapal , Kelihatan bandar cairo hanya diliputi bagunan lama yang unicolor ( Satu warna sahaja) berhabuk dan berdebu halus keperangan

Sampai sahaja di airport Cairo , Seawal jam 9 pagi . Airport nya agak lusuh dan lama jika dibandingkan dengan Airport Klia yang ternyata lebih canggih , Besar dan selesa .

Aku dijemput oleh Salah seorang penuntut master syariah di cairo, Ustaz Hasan yang telah menetap lebih dari 14 tahun disini yang menyediakan perkhidmatan tour bandar cairo .

Perjalanan kami dimulakan dengan menghala ke hotel yang telah aku tempah dari Booking.com . Hotel Hilton World Trade Centre . Suit atas dengan pemandangan sungai nil , 3 bilik berharga Rm 1500 satu malam . Gambar dari booking.com sangat mengujakan . Bagaikan hiasan hotel 5 bintang .

Namun , Sepanjang perjalanan .. Aku agak terkejut melihatkan bandar Cairo yang Agung selama beberapa ribu tahun … Terkenal dengan piramid dan sungai nil . Malangnya bandar ini dipenuhi jutaan sampah sarap yang bersepah

Bukan itu sahaja , Jalan raya sesak dengan kenderaan lama , Yang tidak mengikut peraturan . Mereka memandu terlalu rapat dengan kenderaan yang lain dan bunyian Hon bergema setiap masa . Potong memotong tanpa signal , Sekejap sekejap pemandu terpaksa brek kecemasan kerana ada pemandu lain yang memotong masuk sesuka hati …..Pening kepala !

Akhirnya selepas 1 Jam , aku tiba di hotel hilton world trade centre yang terletak betul2 dihadapan sungai Nil .

Kawasan sekeliling bagaikan selepas perang dunia , Jalan retak sana sini , Penuh debuan dan sampah disekeliling Hotel Hilton ni . Kiri dan kanannya bangunan terbiar yang telah lama terbengkalai .. Seram jugak bila sampai sini

Aku pun mula check in … Nak tunggu check in … Sampai lah siap dapat kunci .. Selepas satu jam . Segalanya manual …. Ok tak apa , Aku bersabar ….. Akhirnya aku dapat check in ke bilik .. Tak sabar rasanya …

“ Klik “ Aku membuka pinth bilik … Aku bukakan perlahan … Aku menantikan satu kejutan .. Yang akhirnya bertukar menjadi hampa ….

saja lah share gambar malam , nampak lah elok sikit

Bilik yang agak usang, Perabot yang lama , Karpet lantai yang kusam dan berbau masam , Tilam yang sudah hilang keanjalannya … Aku baring .. Boleh tenggelam masuk kedalam tilam … sigh…

Jam 12 , Hasan sudah pun tiba dibawah hotel , Aku dibawa melawat ke muzium nasional egypt .

Egypt National Museum

Tiket berharga 150 pound egypt . Mungkin kerana hasan seorang pelajar , Aku dapat Harga pelajar juga ! Satu tiket untuk muzium satu lagi tiket untuk bilik mumification ( Awet Mayat )

Rata rata ceritanya tentang firaun zaman dahulu . Dari yang pertama sehinggalah terakhir . Bagaimana mereka mengawetkan Mayat raja raja mereka . Mereka percaya , kehidupan selepas kematian . Hanya golongan diraja sahaja akan diawet selepas kematian .

Nampak tak macam kepala binatang tu ? Itu adalah pendeta yang akan melakukan Proses Awet . Kesemua organ dikeluarkan dan di isi didalam 4 bekas yang berlainan . Hanya jantung sahaja yang dibiarkan tinggal didalam jasad
Mayat Salah seorang firaun yang diawet , Masih kekal sehingga hari ini .

Banyak yang aku pelajari disini , Kalau nak tulis .. Takkan sempat habis . Lets go Next !

Piramid Giza

Aku meneruskan perjalanan seterusnya ke Piramid Giza yang terletak 40 minit dari muzium cairo .

Dari jauh … Kecil sahaja piramid tu ….

Akhirnya , Satu Arca Gah yang selama ini hanya mampu didengar didalam buku dan internet .. Kali ini .. Ianya ada didepan Mata …

This is superbly amazing !!! Yes .. Amazing !!! Macam tak percaya dapat lihat depan mata …. Memang Gah !

Tiket berharga 160 Egyptian Pound .

Bila dah sampai depan mata , Terkejut , Bila aku melihat batu asas paling bawah , Sebiji batu blok hampir mencecah ketinggian bahu aku . Bayang kan satu blok batu sahaja dah sebesar itu .

Satu batu blok seberat 1.6 Tan , Sebuah piramid memerlukan 6-7 juta baru blok untuk disiapkan . Lebih dari 110ribu pekerja binaan yang diperlukan untuk menyiap kan sebuah piramid . Dekat sini ada 9 Piramid yang berbeza … mengambil masa mencecah 30 tahun untuk disiapkan .

Kata mereka batu blok itu bukanlah berasal dari situ .. Ianya telah dibawa oleh dari beberapa daerah melalui sungai Nil

Melihatkan , Betapa besar dan tingginya piramid ini , Amat susah untuk aku percaya ianya buatan manusia .. Ada yang mengatakan ianya datang dari Azimat atau kuasa luar biasa oleh orang dulu dulu , Ada juga yang mengatakan tentang hasil buatan Dari Alien ? Wallahualam …

How they do ? Ini telah membuktikan bahawa Masyarakat egypt telah lama bertamadun … Dari segi Ilmuan agama mahupun Ilmu sains .

Hasil binaan Piramid ini sahaja boleh merungkai betapa hebatnya seni binaan dan kejuruteraan mereka sejak berkurun lamanya . Mereka sudah pun lebih advance dari awal …

Cruise Sungai Nil

Cruise sungai nil mempersembahkan hampir keseluruhan pemandangan bandar sekitar sungai nil . Siap ada buffet .. Dan belly dance . Tapi malangnya .. Makanan buffet tak sedap pun . Layan je lah …

Bazar Khan El Khalili

Disini korang boleh jumpa segala bentuk karpet , Lukisan , Hiasan lampu mahupun pakaian yang unik . Aku tak beli apa pun , Cukup sekadar berjalan jalan disekitarnya .

Masjid Al Azhar

Sempat solat jamak disini . Masjid yang berumur 1100 tahun umurnya . Masih gah , Dan subahanallah .. Cantik !!!!

Restoran Abou El Sid

Antara restoran yang tertua di Cairo . Menghidangkan pelbagai makanan yang unik dari egypt . Restoran yang selesa dan cantik .

sumpah sedap nasi anak lembu

Apa yang aku belajar ?

Cukup setakat itu , Aku tidak lagi mampu bertahan di Bumi egypt Ini ..

Menyaksikan dihadapan mata aku sendiri yang baru berada disni selama dua malam , Tentang siapa kah mereka egyptian & Apa yang aku belajar dari mereka

Walaupun sejarah telah membuktikan bahawa mereka telah pun bertamadun dari awal … Kehebatan ilmu agama , Sains dan kejuruteraan binaan yang luar biasa … Tiada tandingan … Namun malangnya .. Apa yang aku belajar dari mereka selain kehebatan sejarah ilmu itu .. Aku menyaksikan sesuatu dalam tempoh masa yang singkat aku disini

Mereka penuh dengan Ego , dan Panas Baran . Aku menyaksikan pergaduhan diatas jalan itu adalah biasa .

Pengotor . Jutaan sampah dimerata tempat . Sumpah aku tak percaya tapi itulah realiti .

Tak friendly ! Lansung tak Friendly .. Secara majority nya .. Hang ingat aku nak sangat ka friendly dengan hang !

Bak kata Hasan lagi , Mereka Egyptian .. Tidak boleh diperintah melalui sistem demokrasi .. Setiap mereka ada pandangan sendiri .. Mereka sering berperang dengan pemerintah . Pemerintah terkini adalah pemimpin Autokrat . Berasaskan Militari . Siapa yang tidak bersetuju dengan kerajaan akan dihukum . Baru lah dapat menyelesaikan masalah rusuhan yang sering timbul setiap masa .

Its Time To Go Back

My morning view in cairo

Ini lah gambar kenangan sebelum aku melanjutkan perjalanan ke Istanbul . Salah satu bandar kegemaran aku . Mana lagi nak cari Bandar Muslim yang maju dan bertamadun kalau Bukan Turkey ?

Aku meninggalkan cairo dengan banyak persoalan .

Mereka telah lama bertamadun ..

tapi apa yang terjadi pada mereka hari ini ?

adakah kerana mereka tidak boleh ditadbir secara demokrasi ?

Korupsi ? Mana mana negara pun ada korupsi .. Apa teruk sangat ke korupsi mereka sampai tahap begini sekali ?

Mereka terkenal sebagai pusat pengajian islam yang tersohor didunia . Belajar agama disini adalah percuma kepada sesiapa sahaja ..

Tapi dimana Nilai nilai islam yang mereka pelajari ? Apakah sekadar belajar sahaja ?

Yang terang lagi nyata .

Islam adalah agama yang indah dan tegas

tapi kita sebagai muslim tidak mengamalkan hidup sebagai penganut agama islam dan mengamalkan suruhan islam itu sendiri .

Kebersihan adalah sebahagian Dari Iman kita .. Malangnya mereka tidak praktikkannya disana ..

Apa yang bakal dilihat oleh orang luar .. Negara yang terkenal dengan pengajian Islam , Kotor & Mundur

Aku bersyukur aku dilahirkan di Malaysia . Bukan di Cairo …

2 comments

  1. Pernah sampai ke sana 2009 tu pun sbb duk di kuwait klu x mmg x sampai lah …xmampu nak ambik hotel mahal kitaorg sewa bilik di “rmh kedah” dpt la 2 mlm kat sana terus g istanbul..bab piramid mmg teruja betul…mmg peel diorg pun kasar..mcm kurang ajar sgt..tp yg paling best jus diorg..mmg sedap xdanya cair mcm sini …pekat betul….

Apa Pendapat Anda?

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.