BURGER & STEAK LEVEL INTERNATIONAL

SAIAPA SANGKA, KELANTAN ADA BURGER & STEAK LEVEL INTERNATIONAL

Ini bukan food review , Tapi ini pengalaman aku

Dah lama aku peratikan Kedai Kbb burger & Steak ni dekat Fb dengan Instagram . Aku pulak mmg suka daging . Bila tengok gambar dia … Air liur dah mula mencurah curah

tak boleh tahan punya pasai …

Semalam aku fly jugak ke Kota Bahru semata mata nak try Kbb burger & Steak .

Aku dah lama perati kedai ni ramai sangat orang pi … Sampai kerabat sultan Kelantan pun makan dekat sini .

Aku hairan mulanya , Apa ke hei ada kedai steak famous dekat kelantan ?

Eh bukan ke kelantan ni famous Budu ?
lain macam pembawaan orang kelantan bila ada kedai steak yang famous ni …

Sejak bila orang kelantan pandai makan steak ?

Bila aku sampai je kedai ni , Mak oi .. Terkejut aku … Siap ada Dry Ager .. Ini betul betul specialist daging !!

Dry ager machine ni fungsinya untuk mengeringkanstruktur luar daging agar proses penyerapan jus daging ke dalam “ Fibre muscle “ ( Otot daging ) ….itu dapt dilakukan dengan sempurna .

daging itu akan diletakkan dalam mesen dry Ager untuk beberapa hari untuk proses pengeringan dan penyerapan optimum .

Bayang kan rasa daging dia !
Dah la daging wagyu … Penuh dengan serapan jus lagi

Aku letak video penyediaan steak Wagyu di bawah , Supaya korang boleh tengok … Betapa lembutnya daging tu di potong

Aku Cuba dua jenis daging , Wet Ages and Dry Ages … Ternyata berbeza .. Walaupun kedua duanya daging wagyu yang kita semua tahu kelembutan dia .. Tapi bila aku try Daging Dry Ages ni , Ya rabbi .. Rasa jus daging dia …

Menangis …

Tak rugi aku fly dari KL …
Susah nak cari kedai yang ada dry ages ni , Tambahan pula diyakini halal 100% ..

Pengusaha Restoran Ini Adni Hazimee Adnan cerita dekat aku bagai mana dorang mula berniaga dari tepi jalan sampai lah ada kedai sendiri .. Memang sangat memberi inspirasi !

Sebelum aku balik , Sempat aku Try Burger dia ..

Beef burger tu punya lah sedap , Patty daging tu , Chef buat sendiri .. Bukan beli dari luar ok !

Homemade beef burger ni .. Aku boleh gerenti sedap gila .. Tapi Tak logik

Tak logik sebab harga RM 10 …?
Biar betul ? Burger daging tebal sedap macam ni Rm 10 ..

Lepas belasah tu aku try Burger Wagyu ..
Burger dari daging wagyu ni berharga Rm 88 … Menangis dia punya lembut

Wagyu beef ni mmg terbaik !!!

Harga menu kedai ni ada yang mula dari Rm 10 Burger yang sedap tu sampai lah harga daging yang beratus nilainya ..

Tak boleh lupa lah rasa Dry Ages steak tu ..
Tengah dok tulis ni pun ayaq lioq meleleh ..

Dejei tui …

Advertisements

Apa Pendapat Anda?

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.