NEKCU
“ Cucu Bohsia Nekcu “
Kisah ini , Adalah kisah benar yang aku Lalui .
Aku “ Si Bohsia “ dan Nekcu .
Nama aku Juita .
Kali ini aku ingin berkongsi cerita tentang Nenek Aku .
Aku memanggil Nenek Dengan nama NekCu.. Mungkin nenek antara yang bongsu dalam 3 adik beradiknya .
Aku dibersarkan diSalah satu kampung di Felda . Kami tinggal berlima dalam rumah ni .
Rumah Nekcu , Memang asalnya dari pemberian Tokcu , Malangnya tokcu dah lama tinggalkan kami .
Didalam rumah kami , Ayah , Ibu , Abang sulung aku , Aku dan Nekcu .
Entah kenapa , Ibu dan ayah sering lebihkan Abang . Memanglah , Mungkin abang ni rajin dan bijak orangnya . Lebih dapat perhatian .
Aku pula ? Aku biasa biasa, Sekolah pun kurang bagus , Aku suka berkawan . Namun ibu dah ayah memang tak gemar dengan kawan kawan aku .
Aku suka berkawan dengan laki laki , Boleh katakan mereka semua ni menunggang motor , Jadi lah label “ Mat rempit felda” .Walaupun aku ni gemar berkawan dengan lelaki , Tapi aku tahu batas batasnya . Nekcu selalu pesan untuk jaga maruah diri .
Aku pun tak tahu , Kenapa aku lebih selesa bergaul dengan lelaki . Hanya Nekcu sahaja yang faham . Tambahan pula aku memang suka berambut pendek .
Sampaikan ada juga mulut orang kampung yang pernah labelkan aku Bohsia.
Disebabkan itu , Ibu Dan Ayah , hanya memandang aku sebelah mata . Nekcu sahaja kawan karib aku dirumah .
“ Nekcu , Malu tak bila orang kampung panggil juita Bohsia ?” Tanya aku
“ Kamu Juita , Nekcu yang beri makan , Nekcu yang jaga , Nekcu kenal kamu , Biarlah apa orang nak caci , Kami lah satu satu nya Juita untuk Nekcu ..” Balas nekcu
Jika aku pulang lewat , Nekcu awal2 lagi sudah asingkan lauk untuk aku . Kalau nak harap Ibu Ayah dan abang, Mereka memang tak pedulikan aku .
Hari ini , Aku pulang ke kampung .
Esok dah nak Raya .
Tak sabar nak ke bilik Nekcu !
Aku disambut Oleh Ayah , Ibu dan Abang yang pulang lebih awal .
Untuk pengetahuan korang semua ,
Aku KINI , seorang Peguam di Kuala lumpur . Peguam korporat . Boleh dikatakan sudah berjaya , Aku memiliki sebuah rumah ekslusif dan memandu kereta Mercedes Idaman .
Jadi semakin lama , Semakin baik hubungan aku dengan Ayah , Ibu dan Abang . Mereka seakan akan , mula menunjukkan rasa bangga mereka terhadap aku .
Orang kampung mula memandang tinggi kepada aku . Ada yang terbeliak mata bila aku memandu pulang ke kampung .Yang dulunya dituduh Bohsia , Kini sudah menjadi Peguam . Siapa tahu kan rezeki manusia .
Masa aku sampai tu , Ada lah beberapa kawan lama aku yang lalu , Menyapa aku seketika…
“ Ha ha ! Tak sangka kau Bohsia sekarang dah maju ..” Gurau Atan ..
Aku hanya ketawa berdekah , Kerana aku memang sudah biasa dengan gurauan kasar mereka sejak dari kecil .
Disebabkan perkataan “ Bohsia” itu , Membuatkan aku terkenang pada Nekcu
Aku berjalan masuk ke rumah , Aku terus pergi ke bilik NekCu …
Dulu , Masa kecil , aku teringat , Aku pernah pecahkan cawan masa ibu hidangkan minuman Kepada tetamu masa hari Raya .. Ayah terus menjerkah aku dihadapan tetamu . Masa tu aku berumur 13 tahun . Aku punya perasaan dan harga diri . Ramai tetamu yang terdiam , Ada juga yang nakal mengejekku , mentertawakanku
“ Tak biasa buat kerja rumah la tu!”
Aku mula mengalirkan air mata ,
Lantas Nekcu terus menggengam tangan aku , Nekcu terus menyeret aku masuk ke dalam bilik .
Aneh! Nekcu tak pernah segarang itu !
Kenapa semua orang benci aku !!
Nekcu tutup pintu biliknya dengan kuat .
Bamm !!!
Aku terkejut , Aku menangis dengan lebih kuat . Aku tak sangka yang Nekcu pun sanggup melayan aku sebegini rupa .
“ Lain kali jangan buat lagi !! Malu dekat orang semua !!!” Nekcu menjerit sekuat hati …
Aku tersentak ketakutan ..
Namun pada saat itu ..
Nekcu terus tersenyum , Sambil meletakkan anak jarinya pada bibir , Menujukkan tanda “ Senyap “”
“ Shhhhh “ …. Kata Nekcu
Pelik juga , Kenapa tadi Marah tapi sekarang senyum pula ..
Nekcu , Menggenggam tangan aku , Nekcu merapatkan aku pada tubuhnya ,
Nekcu memeluk aku sambil airmatanya jatuh di pipi …
“ Sayang sangat, Nekcu dekat Juita , Tak ada siapa yang kenal Juita , Selain Nekcu ..” Balas nekcu sambil memeluk erat tubuhku
“ Tadi Nekcu sengaja jerit2 … Biar semua ingat Nekcu marah kamu … Nanti ada lah yang mengata , Cucu dah buat salah pun nak selindung , Dan Nekcu tak suka bila ayah marah kamu depan orang ramai ….” Balas nekcu sambil mencuit pipi aku
Aku tersenyum semula , Aku peluk erat Nekcu . Betapa rindunya aku pada Nekcu .
Sweet kan Nekcu ?
Sejak dari hari itu , Setiap kali aku buat salah , Sebelum ayah dan ibu menengking aku , Nekcu cepat cepat bawa aku masuk ke dalam bilik , Dengan Lakonan Marah nya itu . Padahal kami hanya tersenyum didalam bilik itu. Kemudian aku akan berpura pura keluar menangis .
Nekcu sentiasa menjadi pelindung aku dirumah .
Sehinggalah aku besar .
Segala duit simpanan Nekcu , digunakan untuk Yuran tuisyen aku , Buku buku baru . Segala alatan belajar , Nekcu beri yang terbaik .
Disebabkan Nekcu , Aku ingin berjaya . Semangat aku berkobar , Aku nak bawak Nekcu tinggal dirumah yang selesa satu hari nanti . Hanya aku dan nekcu .
Keputusan Spm aku, Tidak disangka sangka cemerlang . Aku melanjutkan pelajaran di matrikulasi . Kemudian aku dapat tawaran untuk jurusan undang undang di australia .
Malangnya …
Nekcu sudah pun pergi , 4tahun yang lepas , Masa tu aku sedang menduduki peperiksaan “ Final “ . Aku tidak dapat pulang pada hari pemergian Nekcu … Sehingga hari ini
Aku rasa , Aku sering rasa sunyi , bagaikan tiada harapan
Nekcu adalah segalanya buat ku , Kawan karib dan bagaikan seorang Ibu walaupun nekcu berpangkat nenek .
Namun , Kata kata terakhir Nekcu yang telah berjaya membuatkan aku kuat sehingga sekarang . Kata kata yang dipesan oleh Nekcu , Sebelum aku berangkat naik pesawat ke Australia.
“ Juita , Hanya dengan ilmu lah , Yang akan membuatkan kamu akan dipandang tinggi , Maruah dan darjat kamu terletak pada hati yang suci . Nekcu mahu kamu jadi orang yang dihormati satu hari nanti ..”.
Aku menangis teresak esak ,
Kerana , Kini aku sedang berada didalam bilik Nekcu ,duduk diatas katil Arwah … Sambil aku memeluk erat , dan mencium berkali kali Baju kurung lama peninggalan arwah Nekcu….
Kenangan Bersama Nekcu , Kenangan yang paling indah dalam hidupku . Semangat dan Jiwa Nekcu kini masih mengalir didalam setiap pembuluh jantungku .
Setiap kali hari raya , Semuanya tentang Nekcu . Tak ramai yang faham . Cukuplah hanya aku dan Nekcu .
Alfatihah Nekcu .
Juita akan jumpa Nekcu di syurga suatu hari nanti .
P/S , Korang yang balik kampung tu … Yang masih ada Atuk dan Nenek . Jangan lah menghadap sangat Smart Phone tu..
Peluklah Nenek & Atuk tu jika mereka masih ada . Ucapkan yang korang sayang sangat dengan mereka . Peluk lah erat erat .
Sementara mereka masih ada ,
Hargailah mereka .
Di kesempatan ini , Aku Nak ucapkan Selamat Hari Raya , Maaf Zahir & Batin . Kalau ada terkasar bahasa , Atau terlepas cakap yang kurang menyenangkan , Aku minta maaf , Susun 10 Jari . Jangan potong . Sebab aku ikhlas
I love You All.
Dr Yazeed Hair Johari
al-fatihah. tok dengan tokwan kedua2 belah mak ayah dah takda 🙁