BLURB
Kisah aku sebagai doktor perubatan daerah, lebih kurang 7-8 tahun yang lepas, di suatu daerah di Johor Bahru. Aku tidak pernah percaya tentang kewujudan alam ghaib, sehinggalah aku diuji beberapa kali.
DI ANTARA DUA ILMU
Ilmu perubatan moden atau ilmu perubatan ghaib? Yang mana harus aku percaya? Setelah aku mengalaminya sendiri, kini aku mencari dimanakah titik pertemuan di antara dua ilmu ini.
“Kau yang seru makhluk makhluk ghaib itu, Kenapa kau panggil mereka? Kau yang wujudkan watak watak itu!” ujar Pakar Psikiatri, Dr. Hilmi.
“Makhluk-makhluk ini semuanya wujud. Golongan Jin, Syaitan dan Iblis, Mereka sentiasa ada untuk menyesatkan umat manusia,” jelas Tokwan.
“Saya nak tanya doktor, sebelum ni doktor pernah tahu tak jika ada sejarah keluarga yang pernah ada belaan makhluk ghaib atau SAKA?” tanya Haji Mail.
“Saya tahu. Malam tu, kelibat yang teman saya, yang duduk di sebelah katil saya, sebenarnya bukan doktor, kan?” ujar HASAN .
“Macam mana kamu tahu?” tanyaku.
“Kerana, kelibat yang menyerupai doktor itu ada bisik sesuatu pada saya,” jelas HASAN sambil tersenyum.
Apabila cahaya itu hilang dari prisma mata
Yang tinggal hanya gelap gelita
Itulah detik kelemahan kita manusia
Jiwa goyah, yang diuji di neraka dunia.
KHAS UNTUK SEMUA FOLLOWERS AKU DI FACEBOOK KEMENTERIAN SAKA MALAYSIA