KISSER 31- BILIK ONCALL

BILIK ONCALL

“ Ya allah !!!!” Aku menjerit berkali , Sambil berlari lintang pukang melalui lorong kompleks bilik oncall yang suram , Sunyi dan sepi ..

“ Mana semua orang ??!” Bisik hati aku

Dengan nafas yang tercungap , Jantung berdegup kencang takikardia …

“ Siapa tadi tu !!” Bisik hati lagi , Masih kuat bermain difikiran … Mana mungkin bulan ramadhan macam ni pun ada !!!

Peluh mula menitik , Mengalir diseluruh muka ….

Aku berlari terus keluar dari hospital …

36 jam sebelum kejadian …..

Teringat kisah yang terjadi masa bulan ramadhan , beberapa tahun yang lepas .

Masa tu aku dah level medical officer di Jabatan Pembedahan Am di salah satu hospital besar di KL .

Seperti biasa , aku oncall hari tu .

Kes tak berhenti masuk ..kes pendarahan lah , Accident lah , Macam2 lagi .

Kerja aku dekat ward , Nak round pesakit lagi , Kalau ada pembedahan urgent , Kena masuk bilik pembedahan dengan pakar , kalau ada kes baru dekat jabatan kecemasan , Aku kena turun bawah tengok pesakit baru lagi .

Memang kelam kabut , Dekat jabatan kecemasan pula dah macam pasar .

Sedar tak sedar dah jam 5 pagi .

Aku hanya sempat kumam beberapa biji kurma dan seteguk air , Lalu terus imsak .

Tak sempat tidur lansung , Aku terus mandi di bilik oncal , tukar baju , Kemudian check out untuk kegunaan orang lain .

Seperti biasa , Aku sambung lagi kerja hingga 430 petang . Round petang pun dah settle . Keadaan ward terkawal .

Badan letih sangat , Makin lesu .

Jam baru 430 petang . Lapar perut mula berdendang , Tekak kering kehausan .

Mata dah layu tak mampu nak buka . Nak tunggu punch card jam 5 petang .

Jadi aku ambil keputusan untuk baring seketika .

Malangnya bilik oncall dalam ward dah di huni oleh doktor lain .

Jadi , pilihan yang ada hanyalah pergi ke kompleks bilik oncall di tingkat 2 .

Kompleks bilik oncall ni terletak atas bilik mayat . Dalam kompleks ni ada sekitar 20 lebih bilik oncall

Tapi yang pasti , Bilik oncall hujung sekali , Tak ada siapa yang mahu . Disebabkan sejarahnya .

Ramai juga yang beritahu aku sebelum ni , Sering diganggu bilik oncall bilik hujung tu ..

Tapi selama aku kerja ni , Aku belum pernah check in , Dapat bilik belakang tu

Tapi tak apa lah , Jam baru 430 petang … Semestinya bilik tu kosong . So aku pun turun ke tingkat 2 untuk berehat seketika didalam bilik tu .

Seperti yang dijangkakan , bilik tadi memang kosong , Of course lah , Siapa je nak check in bilik hujung ni kan.


Aku pun masuk ke dalam bilik tu , Tak berkunci .

Keadaan seperti sedia kala , ada katil , toilet , Dan sejadah dihujung katil

Tanpa berlengah lagi , Aku terus merebahkan diri diatas katil .

Tilam masih empuk dan tegang , Ye lah , Tilam yang jarang digunakan , Mesti lah masih padan dan empuk

Seronoknya , Bukan kepalang .

Sedap betul bila dapat baring atas katil

Segala kelesuan badan tadi mula hilang , Otot2 badan yang menguncup tegang tadi mula kembang dan rileks .


Aku set alarm jam 6 petang .

Plan aku , Kejap lagi punch card , Dan terus balik kerumah untuk berbuka .

Dengan sekelip mata , aku terus terlelap .

Aku terus dibuai mimpi , Dengan tubuh penat kelesuan .

Tiba tiba .. Dalam sayup kegelapan ..

“ Bangun …!!” Bisik satu suara pada telinga ku ..

Sambil bahu aku digoyang kan …

Aku dengan keadaai yang mamai separa sedar , Aku terus terbangun …

Bangun dalam kegelapan …

Sambil aku menggosok mata , Aku bangun mencari suis lampu dalam gelap gelita ..

“ Klik “ Aku mula menekan suis2 yang diraba tadi

Lampu terbuka …

“ Aduh .. Terlajak tidur !! , Patut lah dah gelap …” Bisik hati ..

Aku mula mencari telefon bimbit di bawah bantal …

“ Haih !!! Patut lah aku tak terjaga ! Sampai terlajak tidur .. Rupanya bateri phone dah mati !!” Bebel aku berseorangan

Aku lihat pada jam dinding ..

Jam menunjukkan 820 malam ..

Kebetulan dalam bag aku ada sebotol , Sempat lagi aku berbuka dengan meneguk air mineral tadi

Aku terus ambil air sembahyang …

Aku mula solat maghrib .. Takut terlepas ..

Sujud terakhir ….

Minda aku mula cerah … Aku bagaikan dapat ingat semula …

Solat aku tidak kusyu’ lagi

Aku mula mengimbas teguran tadi ..

“ Siapa kejut aku ? “ Bisik hati …

Dalam keadaan sujud ..

Hati aku mula resah , Jantung mula berdebar ….

Tak henti2 bermain difikiran ..

“ Siapa pula yang kejut aku tadi , Siapa yang bisik tadi .. siapa yang goyang kan bahu aku tadi ?” Persoalan minda ini sering memggangu aku berkali kali

Dalam masih keadaan sujud ..

Di saat jantung aku makin berdebar kencang …

Tiba tiba … Dalam jelingan aku semasa sujud

..Mata aku bagaikan terpukau pada sesuatu

Aku ternampak bayang2 seoalah olah pergerakan kaki yang sedang melintas di hadapan aku …

Sambil dengusan ..

“ Haaaaaa….” Di telingaku

Jiwa semakin goyah , Aku bentak terus bangun dari sujud … Bagai nak gila aku meraba mencari bag aku ,

Sambil tangan aku terus menggapai kasut

Aku buka pintu bilik oncall , Aku terus berlari keluar , Berkaki ayam tidak berkasut ….

Aku menjerit “ Ya allah berkali kali ..”

Tanpa menghiraukan orang lain , Aku masih berlari tak berkasut hingga ke lobby .

Semua orang yang sedang berkeliaran di lobi melihatkan gelagat aku , Bagaikan orang gila ..

Aku terus menuju ke kereta .

Aku start kunci kereta ..

Ya allah ..

Aku terkejut ..

Jam pada kereta aku menunjukkan ..

Jam Rupanya dah 2 Pagi ….

Menggigil satu badan …

Tak sangka , Aku terlajak sampai 2 pagi ..

rupanya jam didinding bilik oncall tu , Tipu belaka … Mungkin dah lama tak ditukarkan baterinya …

Betul lah kata sesetengah doktor ..

Patut lah ramai doktor yang tak nak tidur di bilik oncall hujung tu …

Tapi , sekarang kan bulam ramadhan , Syaitan dikurung .

Patutlah ramai orang yang pesan ..

Sebelum masuk ke sesuatu rumah mahupun bilik yang asing . Masuk lah dengan memberi salam , Dan baca lah ayat 3 Kul . Sebelum kita munggunakannya

Mungkin , Bilik yang sudah lama tidak didiami , Sudah mula ada penghuni ghaib

Penghuni ghaib yang tidak mahu berkongsi ..

Mungkin itulah caranya dia menghalau aku dari bilik itu …

Tambahan pula bilik tu atas bilik mayat , Bila terfikir balik .. Meremang bulu roma..

Sehingga sekarang , Aku tak tau siapa yang kejut aku , Dan siapa pula yang melintas ketika aku sedang sujud tadi …

Itulah kenangan bulan ramadhan yang aku pernah lalui ..

Tapi biasalah , Hospital ni bukan tempat bersih ..

Mereka yang ghaib ni ada dimana mana ..

Cuma kadang2 , Tak bernasib baik kita terserempak dengan mereka …

Sejak dari haritu , Aku dah tau ..

Aku akan pastikan , Aku takkan ambik bilik oncall hujung tu lagi ..

Never .. Never in my life

Apa Pendapat Anda?

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.