Berbaloike seminar bisnes ?

3 Tahun lepas ,
Masa tu aku baru mula nak berniaga …

Aku dah berhenti kerja , Duit pun tak ada .

jadi berkobar kobar lah aku nak memulakan bisnes klinik …

So aku pun pergi lah bisnes talk .
Kata orang , Belajar dulu kan ?

So aku pun follow lah nasihat ….

Masa aku sampai tu , Aku teruja ..
Bisnes talk tu percuma ..

Mamat speaker pun masuk ..
Dengan riang ria dia melompat dan kenalkan diri ..

Lepas tu dia suruh semua bangun , Joget senaman ringan ..

“ Arghhh what the fish is this ..” Bisik hati

Tapi aku layan kan je lah ..

Kesian aku tengok makcik sebelah terjoget sama ..

Speaker tu pun mulakan talk dia …

Mamat ni macam biasa la , Awal tu dia cerita pasal kejayaan dia .

Aku rasa impress … Kagum dah sebagainya ..

Lepas tu , Dia tunjuk lah hasil kekayaan dia dekat slide show tu ..

Rumah besar , Kereta segedebak segedebuk , Emas bini dia dan beberapa koleksi handbang berjenama .

Ingat kan dah settle ..

dia tunjuk lagi akaun bank dia pulak ..

Semua terjojol biji mata termaasuk aku…

ok lepas tu die mula cerita ..

Cara cara buat bisnes dan sebagainya ..

Tapi banyak cerita tentang motivasi ..

Kena bersedia untuk berniaga , Kena berani , Kena ada motivasi yang kuat …

Pom Pang , Pom Pang , Pom …

Jadi aku yang duduk disitu .. Aku rasa hairan ..
Memang la aku nak mula berniaga , Aku mmg dah ready , dan Berani …

Mana Isi isi cara buat bisnes ?

diA tak cerita pulak …

Last last sekali …

Dia tanya ..

“ Ok … Siapa nak saya bantu dia ?” Tanya speaker

Apa lagi , Semua org beriya angkat tangan .

“ Wah bagus , Korang semua akan jadi jutawan …” Balas Speaker

Semua orang dah mula timbul bintang di mata , Sempat lagi aku cuit bintang orang sebelah …

“ Jangan risau , Saya akan bantu korang semua !! Semua dalam dewan ni ..” Balas Speaker

Bukan lagi Bintang , Bunga pun dah mula tumbuh dalam hati … Siap ada lebah bertebangan … Indahnya …

“ Tuan tuan dan puan puan jangan risau … Murah saja , Pakej saya .. Kelas 1-1 … Rm 6000 .. Saya ajar semu rahsia … Korang pasti akan jadi jutawan ..” Balas Speaker ..

Semua terdiam …

“ Tapi !!! Tapi !!!! Jangan risau .. Hari ni saya kasi diskaun .. Rm 2000 Jer ! sah sehingga Hari ni je !!! .. Anda dah jimat Rm 4000 !!!” Balas Speaker …

Fuh … Ramai yang mula berkobar semula ..

Tiba tiba …

Ada seorang pakcik angkat tangan dan bangun ….

“ Speaker , Apa kata , U ajar kita semua berniaga …. Bila kami dah berjaya .. Kami bayar balik Rm 2000 tu … Tadi kita tengok duit akaun awak ada berjuta juta … Kalau awak invest dekat kami … Mungkin kami boleh bayar lebih dari Rm 2000 tu ..” Selamba pakcik tu tanya ..

Semua orang tercengang mendengarkan soalan itu ..

Mesti mereka terfikir benda yang sama ..
“ Eh betul jugak kan ?”

Speaker tu terdiam seketika

Mungkin ini first time dia dapat soalan macam tu ….

“ Awak kata nak bantu kan ? Kalau awak iklas bantu , Awak akan jadi lagi kaya …. “ Balas pakcik tu makin selamba

Aku tak boleh tahan masa tu ..

Aku tunduk bawah meja ..
Tersipu sipu ketawa berdekah dekah tanpa suara…

Siksa jugak nak ketawa macam tu ….

“ Maaf pakcik , Kami hanya buat kelas berbayar ..” Balas speaker tu

“ Hah , Kalau macam tu .. Jangan lah guna perkataan Bantu … “ Balas Pakcik tu tadi

“ Rm 2000 tu kalau saya ada , Saya dah mula meniaga dah hari esok … “ Balas Pakcik tu lagi ..

Aku memang kagum dengan keberanian pakcik tu ..

Aku ada ambik no telepon dia ..

Aku baru plan nak call tanya khabar , Apa perkembangan bisnes dia sekarang..

Malangnya … Nombor tu dekat phone lama ..

Kalau pakcik tu ada follow aku , Terbaca cerita ni ..

Pm Aku pliss!!!

Sebab pakcik tu , Memang SELAMBA !

Sampai la ni , Aku tak mau pi dah .
Aku dok belajaq kat youtube dan buku saja ..

Free dan lagi banyak input

Jadi kalau kau ada rm 2000 ,
Kau cari kawan yang dah mula berniaga , Pi belajar dengan dia .

duit tu hanh start beli barang modal jualan

toksah bazir dengan kelas yang mahai…

Dr Yazeed Tommy
Hujung Bulan belum Gaji .

Apa Pendapat Anda?

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.