BERBALOI KE INVEST HARTANAH ?

Invest Hartanah , Berbaloi ke sekarang ?

Aku share skit opinion aku tentang hartanah ni .. Aku bukan pakar pun . So aku share opinion aku sahaja .

Kalau tak setuju , Korang boleh teruskan hidup macam biasa . Kalau setuju .. Aku harap post ni dapat buka mata ..

Biasakan kita tengok , Ramai orang antaranya sifu sifu ni semua dok galakkan orang beli properties ?

Seperti Rumah kedai , Condo , Rumah teres , Banglo , Apartment Dan sebagainya .

Memang bagus , Ada banyak hartanah . Memang ramai yang kaya raya ada banyak hartanah .

Katanya Investment Untuk Jadi Aset !

Secara halusnya … benda ni seperti too good to be true untuk zaman sekarang

Tapi ramai yang tak terfikir .. Tempoh Perjalanan untuk Sesuatu properties itu untuk jadi Aset Makan masa yang lama … Bukannya kau beli terus jadi aset

Kena faham Konsep Aset .

Nilai Aset tu merupakan sesuatu benda yang kita ada , Bebas hutang , Dan boleh di cairkan dalam bentuk wang ringgit bila bila masa yang kita terdesak atau perlukan , Atau boleh di wariskan

Tapi kena faham , Tengok juga jenis Aset .

Aset yang senang dicairkan atau susah ?

Kalau terdesak kita boleh jual .

Rumah pun kalau kata dah habis bayar , Nak jual pun ambil masa yang lama , Kos guaman lagi .

Ada aset yang senang dicairkan .. Contohnya Emas , Proses jual beli lebih mudah . Tapi bergantung jugak pada value .

Kalau kau beli emas tu murah , Harga naik .. Kau jual .. Ada orang nak beli . Baru lah Laku

Sekarang ni aku tak nampak lagi Peluang Investment pada hartanah yang berbaloi

Zaman dulu lain lah , Harga rumah boleh dapat Sekitar Rm 50-250k , Tambahan lagi siap boleh dapat dekat hotspot area KL , Bangsar , Hartamas , Damansara , Shah Alam …

Bayangkan lah harga dia sekarang , Dulu beli 150k , Sekarang Rm 1 Juta !

Tapi kalau rumah tu laku la , Ada orang beli RM1 Juta . Then baru lah investment tu berbaloi

Sekarang ni , Harga rumah , Teres kecil pun dah cecah rm 350-700k .. Ikut lokasi dan add on value fasiliti seperi Mrt , Komuter , Lrt , Shopping Mall dan Lain lai lagi

Aku ada kawan yang beli rumah Harga 700k . Katanya investment . Estimate harga rumah tu boleh cecah 1.3 million .

Tapi sementara kau nak tunggu rumah tu jadi 1.3 million ? Bukannya free ..

Bayaran bulanan je cecah 3-5k ..

Nak sewa kan ? Siapa sanggup bayar 5k Untuk sewa rumah ?

Jadi kalau takdak sapa sewa .. Buat homestay ?


ok .. Rumah taman .. Homestay tak laku macam homestay yang terletak di tepi pantai atau sungai

Kalau dekat bandar ramai prefer duduk hotel .

Jadi sementara nak tunggu rumah tu jadi 1.3 million . Kau lah yang kena bayar .

Kena pulak zaman PKP macam ni ..

Ramai kena buang kerja

Meninggal nak bayar ansuran tu .. Last2 Lelong .. Below market price

Tak jugak jadi Aset..

Selama kau tanggung ni , Semua jadi beban ..

Boleh kau nak invest properties ! Boleh melainkan kau ada side income yang lain , Tak terusik .. Dan income tu kau tak guna ..

Income yang sedia ada boleh menampung kehidupan seharian

Sifu2 ni semua ajar hartanah , Lepastu stanby budak2 agen jual properties ..

Indirectly , Student yang beli properties tak beberapa nak laku tu

Korang cuba drive pergi rawang , Shah alam , Kota damansara ..

Banyk shoplot2 yang tak laku sekarang

Dah 5-6 tahun aku tengok kosong

Owner pastinya ada income lain untuk tampung

Tapi Kita ?

Kita ada side income lain untuk tampung bila hartanah kita tu tak laku ?

Jangan terus menggelabah bila tengok hartanah ni .. Permainan zaman sekarang tak sama macam dulu

Lebih baik kau menyewa , Simpan duit cash . Kalau siapa yang ada tanah dekat kampung , Baik kau bina rumah sendiri . Lagi berbaloi

Kalau tak ada tanah tu , Cuba cari apartment atau rumah lelong yang ikut bajet kita .


Tak perlu bebankan kehidupan dengan rumah ke dua yang kononnya untuk investment kalau income kita cukup makan dan tak tahu kestabilannya .

Aset yang tak laku tadi .. Sebenarnya Bukan Aset . Tapi Liabiliti sehinggalah kau habis bayar

Tapi Kalau Hartanah tu , boleh buat keuntungan , Dari sewa ataupun homestay , Baru lah layak dipanggil aset

Contoh kau beli rumah flat Harga 80k . Jumlah yang kau sewa lagi tinggi dari jumlah kena bayar bank . Baru lah jadi Aset walaupun kita tengah berhutang .

Tapi ingat , Itu kalau kau ada penyewa . Kalau kau takde penyewa . Jadi liabiliti beban balik pada kau semula

Tapi Kalau hartanah kau tu tak laku , Ianya tetap bukan Aset . Tapi liabiliti .

Tak caye , Tanya Abang robert K

Kena ingat juga faktor ekonomi . Rumah kau naik harga .

Tapi orang pula tak mampu ? Bank nak kasi loan pun susah ..

Rumah banyak yang tak laku

Perasan tak sekarang developer pun tengah sesak nak jual rumah

Tapi sifu sifu luar sana masih suruh kau invest beli hartanah …

Sebab tu aku tak berminat dengan hartanah yang rata rata harganya sangat tinggi

Melainkan kau dapat Hartanah yang sangat murah . Kau mampu tanggung bulanan just incase kau tak dapat penyewa atau homestay tak laku ..

So Becareful… Jangan gopoh

Jangan jadi mangsa hutang too good to be true …

Zaman sekarang ni , Tambah lagi Pkp

.. Siapa yang ada Cash reserve banyak , Advantage la untuk dia ..

Mereka boleh beli rumah yang dah jatuh harga

Tapi untuk kita yang cukup makan ni ..

Kena berjaga jaga …

Boleh nak invest .. Tapi ukur baju badan sendiri dulu

Atau lebih baik kau melabur pada bisnes dalam kepakaran sendiri yang boleh menjana pendapatan

Apa Pendapat Anda?

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.