Berapa Juta Duit ?

BERAPA JUTA DUIT KAU NAK ?

Ini hanya lah sedikit kisah perjalanan aku dalam bidang perniagaan .

Aku tak ada basik lansung . Semuanya aku pelajari dari pengalaman jatuh dan naik .Bukan lah dari family yang kaya raya , Kami hanya sederhana . Duit nak mula berniaga pun tak ada .

Ada juga , Yang kata , Untung Lah kaya .

Sejujurnya ,

Dulu aku buka Klinik Pertama Di Kota Damansara . Klinik Medissa Medical & Dental Kota Damansara. Klinik gabungan aku doktor Medikal dan adik aku doktor gigi . Klinik 2 in 1 katanya . Masa tu Duit pinjam bank personal loan dapat lah 60K je . Pinjam kawan sikit .Maka terhasil lah sebiji Klinik Yang betul betul basik .

Renovasi pun aku buat yang simple. sahaja , Aku pasang lantai klinik tu sendiri , Belajar daru bapak aku yang pandai serba serbi kerja DIY. Sebab upah pasang lantai rm 2000 , Kalau aku pasang sendiri dah jimat Rm2000 , Aku boleh beli 2 biji computer Terpakai / Secondhand . Ambil masa juga 3 hari , Aku pasang lantai tu terkebil kebil .

Masa tu bilik rawatan aku hanya ada , Meja , Katil , Langsir katil, Sebiji computer Second Hand , Dan sedikit ubat ubatan . Kalau ada pesakit yang minta ubat special , Aku hanya tulis pada kertas , Dan minta mereka beli ubat di farmasi .

Bukan apa , Ubat ubatan mahal , Lebih lebih lagi Vaksin . Beli dari supplier sahaja sudah rm130, Ambil untung injection rm 30 . Total Rm160 , Tapi jika ubat vaksin tu tak terjual , Luput tarikh , Maka rugi lah modal .

Supplier selalunya Jual dalam longgokan yang banyak baru dapat murah , Jika kau beli sikit sikit , Harga lebih Mahal , Tapi disebabkan aku tak mahu berhutang lebih , Dan masa tu tak mampu nak beli dalam jumlah yang banyak .. Terpaksa lah beli sikit demi sedikit …

Dan masa tu pula ,Belum mampu beli mesen darah , apatah lah lagi Mesen Ultrasound yang mahal .

Sama juga dengan bahagian pergigian , Cukup ada dental chair , Dan alatan basik untuk rawatan dan pembedahan .

Walaupun banyak tentangan , Duit tak cukup , Ditambah lagi dengan bisikkan pihak ke tiga ..

“ Bahaya tau berniaga sendiri , Kalau tak laku , Bankrupt macam mana ,? “

“ Kawan aku dah cuba , Tapi tak laku .. Last last kedai tutup “

“ kerja je lah kerajaan , Kan dah selesa dan terjamin “

Pasti ada pihak ke tiga yang akan cuba , Menjatuhkan kau .

Memang stress..

Kadang kadang , Hasutan pihak ketiga akan buat kau mula teragak agak dan takut .

Tapi .. Kau kena cekal , Kau kena tetap kan arah tuju tu .

Masa awal awal berniaga , Memang tak ada arah tuju . Yang aku tau .. Ada gaji .. Cukup lah . Janji kerja sendiri .

Adik aku ( Dentist ) Pernah tanya…

“ Kau rasa macam mana ? Ok ke ? Takut jugak bankrupt ..”

Aku pun sebenarnya tak tahu nak jawap apa , Nak janjikan bulan dan bintang tak sanggup .

satu je aku reply .

“ Rezeki tu Allah nak kasi , Kalau ada rezeki kita kat sini , Insyallah ada .. Kalau tak ada , Nasib tak baik kene tutup .. Atau tak laku , Kita kerja balik lah dengan orang , Kena kerja lebig masa nak bayar hutang pinjaman lagi ..” balas aku …

Namun yang penting , Apa yang aku cuba terapkan pada staff aku . Layan pesakit atau customer macam kawan kita sendiri .

Bayangkan kalau kita sendiri pergi ke satu kedai , Layanan macam mana yang kita nak , Macam tu lah kau kena beri .

MEMBERI …

Itu lah satu ayat keramat , Tak kisah lah dalam perniagaan ke , Atau dalam kehidupan .

Memberi itu indah .Beri Senyuman .

SENYUMAN . Antara yang paling penting . Itu lah sebenarnya punca rezeki , Ramai yang tak tahu .

Dengan senyuman , Kau mampu menjual apa sahaja .

3 bulan pertama , Amat menyakitkan .
Duit jualan hanya cukup2 bayar sewa , Gaji pekerja , Dan hutang supplier .Bila dah bayar semua tu . Ada lah lebihan sedikit untuk gaji aku .

Gaji aku dan adik aku . Rm2500 .setiap seorang
Sebelum ni gaji masa kerja kerajaan Rm6000 termasuk oncal , Lebih selesa .

Kenapa gaji dah ok di kerajaan , Tapi aku sanggup berlapar , Catu makanan dengan gaji rm 2500 ?

Itu semuanya kerana jalan yang dah ditentukan oleh yang maha esa . Aku pasti sesuatu yang baik akan datang jika terus berusaha .

Hutang kereta , Macam macam hutang tertunggak . Kami tetap bersabar . Tetap melayan pesakit sebaik mungkin.

. Kerja setiap hari tak ada cuti . Makan luar pun sebulan sekali .Kawan kawan ajak pergi travel , kami hanya mampu senyum dan lihat saja .

Alhamdulilah . Makin hari pesakit makin ramai , Mampu bayar hutang bank .Banyak pesakit yang suka , Yang rekemen kami , Bawak kawan kawan mereka .

Dan Pada saat itu , Aku tanya salah seorang pekerja ..

“ Gaji ok ? Ada masalah ?”

“ Alhamdulillah , Sebelum ni saya tak ada kerja , Kalau ada pun jauh dari rumah , Sekarang dah kerja disini dekat dengan rumah , Dapat bantu mak ayah tampung perbelanjaan rumah , Belanja sekolah adik adik. Itu pun dah cukup buat kami gembira.” Balas salah seorang pekerja aku

Masa tu , Baru aku sedar . Sebenarnya perjalanan aku ini bukan la untuk aku seorang .

Perjalanan ini harus dikongsi kan bersama yang lain .

Bila setiap kali Gaji , Dulu aku muram sebab tanggungan yang banyak .

Tapi kini , Bila gaji , Aku tak sabar nak bayar gaji pekerja .

Ada pekerja yang dah mampu beli kereta , Ada pekerja yang dah mampu bantu keluarga .

Aku rasa ini adalah kepuasan aku berniaga .

Bila dah ada keuntungan , Boleh bantu macam macam , hujung tahun , Bayar zakat , Rawatan percuma kepada anak yatim , Program kesedaran kesihatan gigi untuk anak anak kecil . Dan macam macam lagi .

Lepas tu ada untung , Kami buka cawangan Shah alam Medissa Dental Shah Alamsebab pesakit di Kota damansara dah terlalu ramai .

Lepas tu , , Klinik Medical & Dental di Senawang .Klinik Pergigian Medissa Senawang Klinik Medissa Senawang hasil kolaborasi dengan kawan baik aku . Dr Shahrill Effendy DR Diyana Razak , Dr Adri Surjana

Kami terima kunjungan dari ramai pesakit yang datang dari bangi , puchong , seri kembangan , putrajaya , Kesian mereka kena travel jauh . Jadi kami pun buka lah satu di Bangi , DENGAN @Dr Shazana Sukiman, Separuh dari duit keuntungan , Duit investor dan juga duit bank .

Hutang keliling pinggang .
Bila fikirkan balik , Nak tidur pun susah .

Tapi cita cita harus diteruskan juga.

Seterusnya kini sedang renovate di Johor Bahru .. Kenapa Johor Bahru . Syarikat dari Netherland maritime institute nak berkerja sama dengan brand kami . Untuk naikkan nama Medissa di Johor Bahru .

Walaupun ada yang kata ,
“ Untung lah kaya “

Tapi sebenarnya , Aku dikelilingi banyak hutang , Hutang bukan beribu , Ratus ribu , Tapi BERJUTA.

Tapi ! Hutang ni aku anggap kan hutang yang baik , kerana perniagaan itu mampu membayar balik hutang tu .

Aku hidup masih sama , sederhana seperti biasa . Duit keuntungan dari semua klinik , Aku invest balik untuk buka lebih cawangan .

Cuma kelebihannya aku bekerja sendiri , Aku boleh urus masa sendiri .

Cita cita aku kalau boleh untuk Menggaji seramai boleh pekerja , Agar mereka dapat membantu , mampu memberi makan minum kepada orang yang tersayang. Bukan itu sahaja , Dengan latihan cara kerja , Membolehkan seseorang itu mampu bekerja ditempat yang lain jika dia perlu berhenti dan berpindah ke tempat lain .

Kalau kau tanya aku ,

Berapa juta duit aku nak ?

JAWAPAN itu aku tak ada .

Yang aku tau ,

Aku nak buka seberapa banyak klinik yang boleh

Pekerja seramai yang mungkin .

Aku nak kongsikan satu perkara yang paling penting .

“ MEMBERI “ atau “ SEDEKAH”

Ramai peniaga melayu tidak sedar .

Kalau belum mampu beri wang ringgit . Beri lah kudrat , Atau lebih mudah .. Senyuman

MEMBERI SENYUMAN ITU PERCUMA .

dan itulah sebenarnya punca rezeki .

Dulu kononnya nak kaya , Duit berjuta juta .

Tapi cita cita tu dah tak ada lagi .

Bila apa yang aku lalui , Nilai kemanusiaan yang boleh kau kongsikan , Adalah lebih mahal dari jutaan wang ringgit .

Seperti mana aku kenal MANIAM 6 bulan yang lepas .

Siapa yang belum baca kisah kejayaan MANIAM .

Bila kita tengok bangsa lain yang berjaya, Jangan Cemburu . Contohi mereka , Berkawan dengan mereka .

Jika mereka boleh ? Kenapa kita tak ?

Jadi aku teringin nak ada klinik yang cantik , Kalau dekat luar negara boleh buat cantik dan selesa , Kenapa tak kita ?

Nilai tu dari keselesaan dan yang paling penting , Aku nak juga ada Satu Brand Anak tempatan yang sama standard dengan negara luar .

Melabur lebih sikit untuk keselesaan orang lain . Insyallah ada pahala disitu

Masa tu , Artis pertama kami HAZAMA , Kemudian sherry ibrahim , Dato zizie izette , Black , Achey ,.. Tak lama lepas tu FATTAH Amin , farahnabila , Zoey rahman , Ezlynn .. Dan lebih lagi sampai tak teringat . Seterusnya kini lebih kurang 30-40 Selebriti terkenal & Insta Famous dibawah khidmat Brand kami

Kini aku ada lebih kurang
40 Pekerja .

Syukur alhamdulilah , Aku masih mampu bayar gaji mereka .

Ingat – Jangan lupa MEMBERI .
Dan SENYUM .

Stay Hungry !

DR YAZEED HAIR JOHARI

Apa Pendapat Anda?

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.