BATUK MUNTAH
Kanak Kanak 0 – 5 Tahun .
Pelik kan Batuk Muntah ?
Selalunya sama ada Batuk Atau Muntah..
Tapi kali ini aku cerita tentang
Kombinasi Batuk Muntah …

Pertama sekali kita fahamkan ,
APAKAH ITU BATUK ?
Batuk ni sebenarnya adalah salah satu Simptom . Ianya tidak merbahaya .. Malah batuk itu sendiri adalah Sihat .Batuk ini adalah salah satu refleksi badan kita , Untuk mengeluarkan sesuatu dari salur pernafasan jika ianya didapati dapat memudaratkan .
Selain dari itu batuk ni jugak , Sebenarnya sebagai “ Protection” Untuk elakkan bendaasing dari terus masuk ke sistem paru paru …

JENIS BATUK
1- Barky cough ( Batuk Bising)
2- Whooping cough ( Batuk Pertussis)
3- Cough with fever ( Batuk + Demam)
4- Cough with Vomiting ( Batuk + Muntah)
Barky Cough
- Batuk bising ini selalunya disebabkan oleh mukosa ( salur pernafasan) “ croup” dari Larynx .. dan trachea, Yang bengkak . Seperti biasa macam jangkitan pada tekak .
Woophing Cough - Adalah sejenis batuk disebabkan jangkitan bakteria oleh Bordetella Pertussis.
Untuk hari ini aku nak ceritakan tentang
Batuk Muntah
Sekarang ni , Seperti diatas kita dah tahu kan , Jenis batuk .. banyak jenis lagi , Tapi jangan pening kan kepala …
Batuk Muntah ni biasa kita lihat untuk kanak kanak umur 2-4 tahun .
Asal batuk je , Mesti muntah .
Tak demam pun .. Selera makan ada .. Sihat dan aktif..

Jangan Risau !
Seperti biasa , Umur macam ni , Mereka lebih cenderung untuk bermain . Kadang 2 berpunca dari kebersihan tangan , Mainan yang dikutip dan sebagainya .
Kita sebagai ibu bapa ni pun , Tak larat lah kita nak kawal segalanya , Basuh tangan setiap 5-10 minit . Satu kerja apa pun tak jadi ..
Jangan Panik
Ini adalah biasa, Lebih lebih lagi untuk jangkitan virus .. Tekak akan kemerah merahan .. sedikit bengkak mungkin ada demam , Atau tidak …
Ini hanyalah refleksi sahaja..
Bila ada radang tekak , mukos ( Kahak)akan dirembes dengan lebih banyak .. Ini bertujuan untuk memerangkap bendasing , kuman , Bacteria dan sebagainya dari masuk ke salur pernafasan .
“ Gag reflex “ Iaitu refleks untuk meluahkan semula apa yang masuk ke dalam tekak..
Ianya refleksi yang baik ..
Tapi malangnya ,Dengan adanya lendir kahak yang banyak , Pada tekak kanak kanak , Ianya akan menyebabkan ketidak selesaan .
Bila tekak rasa berlendir, mula lah rasa tak selesa.. Nak ludah tak pandai lagi ..
Maka , mereka ni akan cuba jugak untuk meludah , sudahnya , Gag refleks akan menyebabkan “ Throw up “ Muntah..
Lendir yang banyak ini juga akan terkumpul pada salur makanan. yang akan menyebabkan “ Nausea” Mual .
Perut pun apa lagi , Refleks lah . Badan kita akan cuba buang apa sahaja yang akan menyebabkan kurang selesa .
PERLU UBAT ?
Ya!
- Jika demam
– Jika anak tak dapat tidur disebabkan batuk yang kuat
RAWATAN
- Ubat batuk Antitussive/ Anti sputum hanya diberi jika diperlukan sahaja
- Jika ada demam, Akan dirawat dengan Antibiotik jika jangkitan Bakteria sahaja.
- Jika viral fever , Pastikan hidrasi yang cukup
- Ubat batuk dilarang untuk anak bawah 2 tahun melainkan herba yang dibenarkan
- Jika batuk yang sedikit , pengambilan ubat tidak digalakkan .
- Berikan air yang secukupnya
- boleh berikan madu asli untuk melembabkan tekak anak
- sapu balm panas pada tekak dan dada
- Pastikan minum air kosong yang banyak selepas muntah
- elakkan minuman bersusu sebelum tidur .. Kerana ianya akan menghasilkan lebih banyak pengumpulan kahak .
- Pastikan anak tidur dengan bantal yang lebih tinggi , untuk memastikan posisi kepala lebih tinggi dari dada.
BILA PERLU BAWA KE HOSPITAL?
- Jika muntah berterusan / Berdarah dll
- Jika batuk berterusan ,
- Demam yang semakin tinggi
- jika anak anak menolak makan atau minum lebih dari 24 jam
- Anak menjadi tidak aktif
- Bernafas dengan lebih laju
- Bunyian wheezing yang bising
- bernafas secara tercungap cungap
- Sakit sendi dan kemerah merahan
Nota ini hanyalah tulisan untuk pemahaman yang ringkas . Pastikan anak anda diperiksa oleh doktor terlebih dahulu sebelum mengikut panduan diatas.
Early diagnosis is always important.
Sekian.
Harap memberi manfaat.