JANGAN BIARKAN BARISAN HADAPAN MAKIN LUMPUH

Pertama sekali kita kena faham , Kalau kita perhatikan kes dulu 22 sekarang sudah melonjak jadi 528 .

Dari 528 tak mustahil jadi 1000 .
Gandaan ini yang amat ditakutkan .

Macam di Italy , masa awal awal dulu , Tak banyak kes , Rakyat mereka tak pandang serius kes ni , Bila gandaan dah jadi x3 x4 .. Bila dah bertambah kes kematian , Baru nak gelabah .

Sebab apa ?

Sebab kita sendiri tak anggap perkara ni serius melainkan ianya terjadi pada diri sendiri atau keluarga rapat . Apakah itu yang kita mahukan ?

Dah kena lempang baru sedar ?

Tak nak kan ? Jadi cukuplah merungut .
Kalau kita tak faham , Jangan pertikaikan usaha yang Lain

Ingat kerajaan nak buat keputusan ni , Senang ke ? Sebab faktor ekonomi akan jatuh , Itu pun menyakitkan , Tapi lebih menakutkan bila ada korban nyawa . Mana lagi penting ? Korban nyawa atau korban ekonomi ?

Sebab tu kerajaan terpaksa juga laksanakan langkah ini .

Ekonomi boleh dicari , Tapi Nyawa takkan kembali .

Ucapkan syukur , kalau kau belum menjadi mangsa . Kau sangat bertuah .

Kenapa Kawalan Pergerakan dilaksanakan ?

1- Untuk mengurangkan jumlah kes berjangkit iaitu seperti kita sedia maklum , Jika kurang berkomunikasi secara fizikal , Maka risiko untuk dapat jangkitan adalah berkurangan

2- Untuk memastikan Barisan Hadapan Pekerja Kesihatan tidak lumpuh . Tahukah anda , KKM kini tidak mempunyai dana dan staff yang cukup untuk memerangi wabak ini ?
Jika ada kenaikan kes , Maka hari demi hari … Barisan hadapan kita akan makin keletihan dan akhirnya akan lumpuh .

Apa jadi jika barisan hadapan kesihatan lumpuh ?

Jadi macam Italy dan negara lain. Barisan hadapan kesihatan mereka sudah pun lumpuh disebabkan kenaikan kes jangkitan yang tak terkawal , Bukan sekadar Staff , Supporting equipment seperti Disposable item , Ubat ubatan , Ventilator , Bilik Icu yang tidak mencukupi .

Bayangkan , Dengan kes kes baru covid 19 ni lagi , Belum lagi pesakit yang sedang nazak dalam hospital tu , Pesakit yang perlu dibedah , Pesakit stroke , Pesakit jantung , Pesakit koma dalam ICU lagi .

Korang bayangkan macam mana punya HAVOC dalam hospital tu , NAK SELAMATKAN MANA SATU ?

Yang paling ditakuti adalah ,

Risiko pesakit yang berjangkit tidak dirawat dengan baik adalah tinggi . Manpower dan machinery tidak lagi mencukupi untuk menyelamatkan semua mangsa ni.

Sebab tu kerajaan perlukan bantuan dari korang semua untuk faham situasi sekarang ni . Kalau kita semua boleh bantu kerajaan dengan PROPER self quarantine ..Insyallah Malaysia mampu menangani wabak ini .

Dan kita pula boleh kembali bekerja seperti biasa .

Lagi cepat kita tangani masalah ni , Lagi cepat lah kita boleh kembali kepada kehidupan biasa .

Tolong lah support usaha kerajaan ini , Kalau bukan untuk diri sendiri …

INGATLAH BEBANAN ORANG LAIN .

INGATLAH BARISAN HADAPAN PASUKAN KESIHATAN KITA YANG SEDANG BERPERANG 200% MENANGANI WABAK INI

Mereka semua pun ada keluaga dan anak anak macam kita juga .

Bagaimana dengan keselamatan dan nyawa mereka . Ini ibarat pergi berperang , Kalau dulunya perang mati berdarah , Tapi kini perang dengan virus yang juga bakal tarik nyawa .

Untuk siapa mereka ni berjuang ?

Bukankah terang lagi bersuluh ?

Untuk bangsa dan negara , Nyawa mereka digadaikan untuk keselamatan kita dirumah , Agar kita masih boleh bersama dengan keluarga tercinta .

tapi mereka ?

Besar pengorbanan mereka ini. . Tak berbaloi dengan kita yang sambil lewa

BANTULAH BARISAN HADAPAN KITA INI

Terima kasih Barisan Hadapan Malaysia ! You are the unsung heroes !

Bacaan lanjut klik
http://www.dryazeedhairi.com

7 comments

  1. Terbaik lah. First line of defense klau lmpuh memang habis tapi ada satu nilai spiritiual Allah ajar kita guna mukjizat alquran plus kajian saintifik yg ada in sya Allah

  2. Sokong 101% Dok. Masyarakat kita ni jenis kena tegur selalu, kalau tidak mereka ambil mudah selagi tak kena batang hidung sendiri. Kerana dah selesa hidup, perkara2 yg penting mereka ambil enteng. Contoh, bahaya merokok. Tunjuklah gambar pesakit paru2, kanser yg mengerikan pada kotak rokok, mereka buat2 tak nampak buka kotak dan hisap. Bila dah kena, sibuklah merayu bantuan itu ini untuk perubatan. Rakyat patut simpati dan berasa terhutang budi pada para doktor, jururawat, pembantu2 perubatan, pegawai2 farmasi hospital dan staf sokongan yg terpaksa bertugas bertungkus lumus membantu pesakit2 dan terpaksa hadapi risiko jangkitan. Syabas dan diharap banyak bersabar dan anggap itu ibadah semoga dapat balasan setimpal oleh Allah. Diharapkan jua rakyat beri kerjasama melskukan yang terbaik untuk diri dan keluarga mereka dengan mematuhi arahan2 dan nasihat pihak berwajib.

  3. Jagalah kesihatan diri baik2, patuhi arahan arahan yg di berikan oleh kerajaan ,sentiasa jaga kebersihan diri dan juga sekeliling kita. Semoga Kita semua dapat menangani wabak covid19 bersama sama.

  4. Mohon faham dan dan berfikir matang sedikit. Perkara ini sedang berlaku dan serius serta bukan untuk main-main. Barisan hadapan yang menghadapi wabak ini MEMANG menghadapi masalah akibat rakyat Malaysia yang tidak ambil endah tentang penularan Covid-19. Nak saring pun kena call orang, kena kejar orang dan macam-macam lagi. Team KKM penat dan letih. It is a serious matter that can cause deaths.

  5. Sebelum ni kerajaan duk ulang2 kita ada kepakaran tangani wabak, staf n facilities mencukupi sampai muak dngr sbb tau negara ni camne kalau keadaan jd mcm China yg tgh blaku kenaikan mendadak kes masa tu. Negara kita bknnya ada tenaga n kepakaran yg ramai mcm China yg boleh buat hospital dlm tempoh 10hari kalo kes meningkat mendadak. Pastu pesan lak kat rakyat supaya jgn bimbang sedangkan ramai yg dh mula rasa risau bila kerajaan masih benarkan pelancong asing kluar masuk, masih benarkan rakyat Malaysia kluar melancong.

    Bila ada segelintir rakyat yg tak bimbang, maka kegiatan gi melancong atau phimpunan beramai2 masih diteruskan seperti biasa walaupun dah byk negara di luar China berlaku peningkatan kes yg mendadak. Ikut logik akal, jika ada 50 org yg dikesan positif pun dh huru hara dibuatnya pihak kkm nk kesan contact mereka dlm tempoh 2minggu aktiviti mereka sblum disahkan positif. Lepas tu nk kesan contact atas contact lagi. Tu baru 50. Bila dh 500 kes mana tak pitam barisan hadapan nk hadap. Now bila keadaan dh jadi mcm ni ckp byk pun xguna.

    Tu nk bawak balik pula rakyat kita dr itali n Iran, pastu nk suruh self kuarantin. Bleh percaya ke dorang x kluar mana2 masa kuarantin tu.
    Ni cuti 2minggu ramai balik kg, sebarkan pulak ke kg2 di seluruh pelusuk Malaysia. Xtau nk kata apa la. Tngok je la apa jd 2-3 minggu lagi berjaya ke tak perintah ni. Sbb nmpknya sama mcm yg blaku di wuhan n itali..time cuti beramai2 kluar dr kwsan wabak mnyebabkn lagi tersebar luas.

    Apa2 pun t. kasih barisan hadapan yg btungkus lumus bkerja mghadapi wabak ini. Mudah mudah2an Allah lindungi semua rakyat Malaysia dari wabak ni dan beri kesembuhan kpd mereka yg dah disahkan positif.

  6. Benar ape yg dikata. My unsung hero pon berada dibarisan hadapan. Masa kami sgt limited demi tanggungjwb dia pada pesakit. Tolonglah stay at home stay put where u are. Bantulah mereka dengan duduk dirumah. Kasihanilah mereka. Tolonglah patuhi arahan. Saya merayu. Bertanggujawablah. Sekejap saja bila keadaan kembali terkawal dptlah kita seperti dulu. Tolonglah jgn kemana2. Tolong duduk dirumah. Tolong #bersatukitatanganiwabak

Apa Pendapat Anda?

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.