BAHAYA PRODUK TIMBANG KILO

BAHAY PRODUK TIMBANG KILO

Apa masalah produk timbang kilo ?

Hari ni aku nak share kan skit tentang produk . Tapi tujuan aku tulis ni supaya hampa celik mata , Dan faham sebelum kita beli sesuatu produk tu .

Produk ni ada macam2 jenis .
sama ada ianya

1 – Per Oral – ubat biji , Pil , Kapsul

2- Local application – Sapuan pada kulit atau permukaan tertentu .
contoh – Krim voren ( Krim tahan sakit otot ) , Aquous cream – Water based krim pelembab , Gel sapuan mata , Ubat titis mata . ubat titis telinga dan lain lain lagi .

3- Intravenous – Ubat ubatan yang di masukkan melalui sistem darah . Iv antibiotic , Saline water dan sebagainya

So Aku nak ceritakan produk2 yang berkaitan Pil dan Krim ni

Pernah dulu , Aku ada seorang pesakit yang agak obesiti badannya .

Pesakit ni datang dengan Chronic Knee arthritis . Radang pada engsel lutut .
Bermakna tisu rawan pada lutut dah hancur . Jadi persakit tersiksa dengan kesakitan setiap kali berjalan bila “ Friction” Pada inferior femur bertemu superior part of tibia / fibula .

Disebebkan rawan yang dah mula haus , Pelincir yang dah berkurangan . Tulang bertemu tulang , Maka akan menyebabkan kesakitan yang amat.

Jadi pesakit aku ni pernah mengaku yang dia minum PAMO*A . Suprisingly , Kesakitan itu hilang selepas 2 jam .

Pamoga tu katanya supplement dari buah buahan . Kalau ada pun selalunya ekstrak vitamin . Vitamin ni merupakan co enzyme sahaja , yang tak boleh merawat kesakitan .

Tapi tak pelik ke bila kesakitan tu hilang lepas minum jus pamoga ? Ada dua je..
Sama ada kandungan steroid ataupun kandungan pain killer yang ada dalam tu .

Relieving acute pain bukan senang , perlu dos ubat yang tinggi . Bayangkan Pesakit ada arthritis boleh hilang sakit macam tu je . Tak boleh bayangkan berapa dos yang ada dalam tu

Bahaya oi !!!

Sebab tu aku nak cakap dekat sini

Bila ada sesuatu produk , Pil atau pun sapuan .. Benda ni sangat penting sebelum korang guna

Setiap unjuran badan kita ni ada sel hidup, Walaupun kuku mahupun rambut

Setiap sel ni akan ada absorption properties . Mereka boleh meresap !

Tak percaya ? hang letak inai dekat kuku .
Kuku tu punya keras pun boleh serap warna . Betul tak ?

So setiap pil yang korang makan atau sapu tu … Perlu ada kepentingannya
�vitamin tu , Kau belasah tanpa kira dos .. Jadi apa ?

Jadi Hypervitaminosis .. Jadi penyakit !
�sekarang korang dah faham kan yang sel hidup boleh menyerap !

Cuba korang tengok dekat farmasi

Ubat sapuan Aquous cream water based tu , Simple je ubat tu .. Ubat sapuan tu untuk pelembab . Tapi korang perasan tak ada kertas drug prescription facts .. yang menceritakan perihal produk tu ?

Bang aji .. Ubat tu simple je pun
tapi ada full research study .. untuk ceritakan bagaimana nak guna dengan selamat

Cuba tanya diri sendiri soalan ni

1- Setiap krim dan pil yang kita ambil , Mahupun Alat solek .. benda ni semua chemical .

Mercury ? Steroid ?

Jadi Apa reaction chemical yang akan berlaku dalam badan kita ?

2- Reaksi chemical tadi , Selamat ke tak ? Apa perubahan yang akan berlaku pda diri kita ?

3- Bahan chemical yang masuk tu , Takkan nak stay dalam badan ? Jadi .. Bagaiman ianya di buang keluar ?

4 – Berapa lama bahan chemical tu duduk dalam badan ? Bahaya ke tak ?

5- Sife effect- Semua orang faham kan ?
Kalau kau pakai product tertentu , Mereka akan tulis apa side effect yang bakal berlaku

Allergic reaction ? Nausea vomiting ? Dizzines ? Headache ? Diarhoea ?

Kenapa setiap produk yang ada reasearch study ni boleh kasi tau korang .. Apa yang bakal terjadi ?

Sebab dorang ada conduct research , Atau guna balik studies yang sedia ada berdasarkan jenis molekul kimia yang ada dalam produk dan pernah diuji

Sebab itu research studies penting

Pernah dengar tak , ada sesetengah ubat ditarik balik ?

Memang ada sesetengah ubat ditarik balik jika mereka dapati kesan jangka panjang yang muncul selepas menggunakan produk dalam jangka masa yang lama .

Produk2 tumbang kilo ni semua ada ke studies ni semua ?

6- Dosage – Ada dorang kasi tau korang dosage ? Banyak mana nak pakai
�paling kuat pun dorang main bantai

“ Kak , Krim ni sehari kau sapu 20 kali lagi bagus , pil ni akak telan je 10 biji …Lagi putih muka kau kak …”

Ye betul , Esok betul2 putih muka kakak tu masuk dalam keranda

7- Overdose

Katakan kau terpakai lebih , Apa nak buat ? Katakan anak kau termakan krim atau pil tu ? Apa kau nak buat

Tanda tanda reaksi macam mana yang korang boleh tengok

Ada owner produk cerita macam mana ?

Bukan aku nak jatuhkan perniagaan siapa siapa ..

Tapi kalau nak berniaga tu , Jangan lah membabi buta sampai boleh ancam nyawa orang lain

Kau untung disebabkan harapan yang orang letakkan pada kau

Tapi kau tak sedar , Kau dah rosakkan dan ancam nyawa orang lain dalam jangka masa panjang

Aku suggest korang invest skit , Hantar produk pada makmal . Buat research studies , Safety of product kena ada .

Benda tu memang mahal , Tapi itu adalah tanggung jawab

Dosage semua mesti nak kena kira .

Nak sapu berapa kali tu semua ada dos tertentu

Bukan sedap kau je arahkan cara guna tanpa fakta sains

Biar miskin janji tak jual harapan palsu .
Biar miskin janji tak hancurkan hidup orang lain
Biar miskin janji jangan menipu .
Biar miskin , janji rezeki yang sedikit itu berkat .

Kau nak sebut chemical punya nama pun terbelit lidah

ada hati nak yakin kan orang ramai yang produk kau selamat .

Bukan senang nak buat produk .
Invest lah produk yang boleh beri kesihatan pada orang lain , Bukan menjahanamkan

Kalau produk kau bagus , R&D pun ada , Safety pun ada . Orang pun akan support kau .

Orang tau yang niat kau nak buat produk tu untuk bantu selesaikan masalah mereka ..

Bukan sekadar kau nak kaya dengan jual produk harapan palsu yang merbahaya..

Share dan tag kawan kawan .
Biar semua celik mata

Tak kisah produk apa , Kau kaji dulu .. Ada ke tidak seperti apa yang aku tulis diatas .

Untuk bacaan lanjut klik

One comment

  1. Assalamualaikum doktor, saya nak tanya kalau sebagai pengguna ada ke website atau mana2 tempat yang kami boleh hantar untuk pastikan produk2 yang kami beli terjamin selamat dan sudah menjalani ujian makmal sebeljm dipasarkan?

Apa Pendapat Anda?

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.