ECG Serangan Jantung .
Ini adalah sampel ECG ( Electrocardiogram ) Yang direkod daripada pesakit yang sihat dan pesakit yang kena serangan jantung .
ECG ni merupakan satu mesen yang merekod aktiviti “ Current “ Elektrik dalam Jantung .
Dalam badan kita pun ada elektrik . Jangan nak terkejut .

Bacaan ECG akan berubah jika ada sekatan pada salur darah Jantung , Bila ada sekatan pada salah satu dari 3 Salur darah utama jantung tadi , Makanya proses pertukaran Oksigen tidak dapat berlaku dengan baik .
Oleh itu , Otot jantung akan mengalami “ Ischemia “ Iaitu keadaan dimana , Otot jantung itu sendiri mati disebabkan kekurangan oksigen .

Simptom utama
1- Sakit Dada sebelah kiri
2 Tangan kiri kebas dari atas ke bawah
3 – Dyspnoe – Sesak Nafas
4- Stroke ( Paralisis )
Dan macam macam lagi
Punca nya adalah disebabkan
1 – Sekatan Lemak kolestrol dalam salur darah
2- Sekatan thrombus darah beku pada salur darah dan macam macam lagi
Golongan wanita adalah lebih cenderung untuk heart attack kerana kurang aktif dan faktor pemakanan dan genetik
Lelaki lebih aktif , Terapi jika yang merokok risikonya lebih tinggi . Boleh jadi juga faktor genetik .
Jantung Merupakan “ Enjen “ Utama dalam badan manusia , Kau bayangkan Jantung pam darah 60-80 degupan seminit . dan Akan terus berdegup sepanjang hayat kau .
Average manusia sekarang hidup hingga 70 tahun . Kau bayang kan berapa banyak denyutan jantung selama kau hidup 70 tahun tu . Tak terkira banyaknya ..
hebat kan Enjin buatan Tuhan ni ..
Tapi kita semua lah yang mengjahanamkannya .
Bagaimana kita nak jantung sihat
1 Pemakanan Yang Baik
2 Elakkan minyak , garam yang berlebihan
3 Kalau nak shopping , Parking lah jauh jauh , Biar kita banyak berjalan
4 Pilih tangga daripada Lif
5 Senaman kardio 3 kali seminggu selama 15-30 minit .
6- Medical Checkup , Rajin rajin la pergi check up , Handbag boleh beli , Bikin kereta Boleh jadi idola , enjen dalam badan sendiri tak mau jaga .
Banyak lagi yang kau boleh google cara elak sakit jantung
Aku tulis ni hanya “ Surface “ Saja untuk bacaan awam .
Sekian