BAGAIMANA CORONA VIRUS ( SARS COV 2) MEMBUNUH MANGSA ?

Corona Virus , Dari Famili Coronaviridae , Adalah virus yang sering didapati dari “ Avian” ( Burung ) Dan juga Mamalia .

Jika dilihat pada struktur , Kedua dua virus yang menjangkiti burung dan Mamalia mempunya antigen yang lebih kurang sama .

Corona Virus , Adalah Virus ( Bukan Penyakit ) Covid 19 Adalah nama penyakit jika dijangkiti Coronavirus jenis baru ni .

Co ( Corona ) Vi ( Virus ) D disease , 19 ( 2019 )

Jadi , Untuk memudahkan lagi satu dunia faham tentang kewujudan Baru jenis corona virus ni , Mereka Nama kan Sementara iaitu dengan nama SARS COV 2. Mempunyai subgenus yang sama dengan SARS Sebelum ini . SARS – Severe Acute Respiratory Syndrome – Cov ( Corona Virus 2 )

Struktur

Jika kita lihat pada struktur , Ia berbentuk bulat Spherikal .

Diselaputi dengan Unjuran Glycoprotein sebagai Sarung / Jaket yang memberi bentuk Corona “ Crown” .. Kalau korang perasan bentuk takhta permaisuri tu . Macam tu lah bentuknya .

Corona virus ini Ada lah Single strand ( Positive Sense ) RNA .

Memang sudah kama terkenal , Coronavirus ini , Memang akan menyebabkan “ Upper respiratory tract infection “ Maknanya jangkitan salur pernafasan Atas .

Atas bermaksud Dari Hidung hingga la kerongkong dan diakhiri di Trachea . Tiub pernafasan sebelum masuk ke paru paru .

Jadi , Cara corona virus ini , Memandangkan virus ini ada glycoprotein sebagai perisai , Selain itu juga sebagai tempat melekat pada Lapisan Mukosa sel hidung hingga ke trachea .

Jadi lebih mudah untuk virus ini melekat pada sel kita .

Memang sel virus korona ni memang suka untuk musnahkan sel mukosa manusia . Seterusnya menghancurkan Cilia sel , Memudahkan lagi pergerakan virus ini untuk masuk ke dalam paru paru .

Sebab tu , Pertama kali kita dapat jangkitan ni , kita akan mula dapat selsema dan demam dahulu . Badan kita kalau dah tak boleh lawan , Makanya , cecair mukosa yang di panggil kahak mula terhasil , Dengan harapan untuk memerangkap sel sel virus ni dan diludah keluar supaya tak menjangkiti sel hidung dan tekak . Dengan ini kita akan mula BATUK

Dengan itu sekali gus akan menyebabkan airway obstruction , Iaitu sekatan pada salur pernafasan bila dah terlampau banyak kahak , Tambahan pula radang padar sel saliran pernafasan, Dan memudahkan lagi virus merebak . Apa jadi pada kita bila ada airway obstruction ni?

masa tu lah kita sesak nafas , Dan malangnya virus dah berjaya sampai ke paru paru

Sebab tu lah , Kajian mengatakan , Hari ke 4 ke atas , Selalunya mula timbul rasa sesak nafas tu .

Dan sesak nafas akan lebih teruk selepas hari ke 4 , Kerana sel sel virus ini sudah pun berjaya melekat pada sel sel paru paru , Yang mana akan merosakkan sel paru paru lalu menyebabkan fibrosis , Bila sel paru paru mula mengeras , Dan tak lembut macam dulu lagi

Bila sel paru paru dah mengeras , Maka lebih susah lah pertukaran oksigen dilakukan . Medium basah tidak ada lagi , Yang ada hanya sel keras yang tak berfungsi

Hari demi hari , Sel paru paru , Akan semakin mengeras , Dan gagal berfungsi sebagai organ pernafasan .

Dan pada saat itu , Ventilator di ICU pun tak dapat nak bantu , Ventilator dah masukkan Oksigen , Tetapi paru paru sendiri yang tak boleh nak serap …


habis tu macam mana badan kita nak dapat oksigen kan ?


jadi bila badan kita semua tak dapat oksigen , Maka , Otot diaphragma dan Otot interkostal yang berfungsi untuk mengengbang dan menguncup untuk memboleh kan kita bernafas , Akan mula keletihan , Dan akan mengalamai kegagalan


dan Pada saat itu lah ..

Kita ada akan di “ Announce “ kematian .

Selain dari itu , Virus ini boleh menjangkiti sel antibodi kita sendiri (, Neutrofil dan T killer cell ) Dengan mengelirukan antibodi kita untuk berperang dengan virus , Malah antibodi kita mula menyerang sel sel sihat yang lain .

Kemudian , Apabila Virus dah mula mendominasi dan melumpuhkan semua sel sel paru paru , Secara mudah , Bakteria mula masuk dan menyebabkan Pneumonia , Sistem badan yang lemah membuatkan virus dan bakteria ini mula memasuki seluruh sistem badan dengan laluan salur darah . Dan fenomena ini dinama kan Sepsis . Bila kuman dah merebak satu badan , Mula merembeskan toksik dan antigen durjana mereka .

Pada saat itu , Tamat lah riwayat kita sebagai seorang manusia

Tuan tuan , Virus ini amat dasyat , walaupun menyerupai virus corona seperti Sars Dan Mers Co v sebelum ini ,

Namun , Saintis masih mengkaji ,

Apa yang membuatkan , Jangkitan Covid Ini semakin laju merebak ( Contagious ) dan membunuh lebih cepat

Mutasi Virus ini amat hebat

Satu kekuatan virus baru yang bisa menggoncankan dunia

Saintis pun tengah garu kepala .Menggelabah sana sini cari penawarnya ..

Kita yang di rumah , Masih lagi tak sedar diri , Masih lagi nak terdedah dengan Virus Jenis Ini .

Ya allah ,Tolonglah tamatkan Peperangan virus ini .

Korang semua boleh amalkan Kebersihan . Basuh tangan , Jarakkan bila bertemu orang diluar .

Dan yang paling baik sekali , Kuarantin diri dan keluarga dalam rumah . Jangan terlalu yakin sangat dengan mask yang korang pakai tu . Bukan 100% selamat .

Yang paling selamat hanya lah satu , Kuarantin diri dirumah .

Sebab tu perdana menteri sampai merayu korang ni semua duduk rumah , Polis dikerah , Yang paling terbaru perlu bantuan askar .

Tak berbaloi lah nak pergi kedai tu bersesak sampai terdedah dengan Corona Virus ni

Sangat tak berbaloi .

Ubat ? Apa rawatan covid ni ?

Dekat hospital apa yang kita mampu buat adalah rawatan simptomatik saja .

Maknanya , Kita hanya mampu rawat simptom , Kalau sesak nafas kurang oksigen , Doktor akan supply oksigen , Sebaliknya bergantung kepada badan dan antibodi pesakit itu sendiri melawan virus covid .

Terhad kan ilmu manusia ?
yes … Sebab tu lah para saintis setiap tahun tak berhenti mengkaji fenomena wabak virus ni , Virus lama dah senyap , Virus baru pulak yang muncul .

Kita yang tak faham dirumah ni , Bukan aku suruh jadi saintis , Cuma praktikan kebersihan saja , Dan kalau boleh ikutlah Arahan KKM buat masa sekarang ni .

Tak Ada Antivirus atau Vaksin lagi !
Itulah yang ditakutkan satu dunia .
Sedar lah wahai kamu semua . kenali lah musuh mu !

Advertisements

One comment

  1. Bagaimana dengan fakta sebahagian besar mereka yang dijangkiti hanya akan mengalami simpton ringan dan pulih. Harap dapat diterangkan sekali.

Apa Pendapat Anda?

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.