Ayah , Aku & Belon

Ayah , Aku & Belon

Tadi aku bawak anak aku main kereta control dekat dataran .

Tiba tiba ada seorang budak datang .. Dia berdiri dan tengok je anak aku main

Aku katalah ..

“ Bagi abang tu pulak main ..”

Tak lama lepas tu bapak dia sampai ,
Sambil tersenyum ….
Dengan serumpun belon apung pelbagai bentuk dan jenis di tangan ….

Aku pun beli lah , belon tu …
Memandang kan anak aku dah terkinja nampak belon spiderman

Lelaki itu beredar bersama anaknya dengan ucapan salam …

Malam ini …

Dari jauh …

Aku dapat lihat salah satu permandangan yang paling indah dalam hidup aku …

Detik mereka bersama .. Ketika diuji ketika mereka dibawah

Dan Apabila hujung minggu itu , Tiada bezanya dengan hari yang biasa…

Di kala kita merungut serba serbi tidak cukup …

Ada yang masih berusaha tanpa mengira waktu….

He is one of the best entreprenuer in the world .

Mari kita doakan mereka bahagia dan berjaya

Harap anaknya itu nanti bisa membalas segala jasa ibu bapanya…

Amin

  • Orang yang pernah lalui sahaja akan faham situasi ni …

“ Siapa kah kita disaat kita susah , Dan bagaimana kita berdiri disaat kita senang ?”

Sementara ibu bapa kita yang masih ada ,

Hargai lah pengorbanan mereka ..

Kita mungkin terlupa saat saat ini …

One comment

  1. Sebak…terimbas pengalaman masa tolong abah meniaga roti canai.Sblm pegi sek mesti tolong abah.Hari cuti mmg takde canlah nak tido.Lepas subuh terus tolong abah.Saya anak sulong, dari umur 10 tahun abah dah ajar erti perit jerit carik rezeki.Pernah sekali tu kuah dal satu periuk besar tumpah sbb abah bawak guna motor.Saya dah nangis dah tapi abah balik dia masak kuah kari…syukur abah dapat sekolahkan kami semua sampai menara gading..Sekarang saya pulak ajar anak utk crik duit n jgn malu utk meniaga

Apa Pendapat Anda?

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.