AYAH AKAN PULANG

SIRI NYAWA
PART 7

AYAH AKAN PULANG

SEMALAM aku ada buat Poll … Jika kita sedang memandu , Tiba tiba ada yang melintas .. dengan mengejut …Langgar , Atau Elak ?

3.5K vote , 55% Kata Langgar ….

Lebih kurang 4 tahun yang lepas , Masa tu aku bertugas di jabatan pembedahan am di salah sebuah hospital Kuala lumpur .

Macam biasa , Aku memandu ke tempat kerja seawal pagi , Tak kira lah keluar awal macam mana sekali pun , Mesti sampai 730-745 .

Hari tu , Aku perlu keluar seawal mungkin , Kerana haritu aku dijadualkan di dewan bedah .

Jadi aku wajib sampai seawal mungkin , Untuk memeriksa pesakit sebelum pembedahan , Memastikan mereka semua “ Fit “ Untuk pembedahan dan yang paling penting adalah “ The right patient “ … Memastikan pesakit yang betul untuk dibedah .

Ini amat penting sekali , Bayangkan kau masuk ward sebab kencing sakit , Tapi aku bedah buang appendik kau ?

Kegilaan apakah itu ?

Ok sambung cerita …

Hari tu , Malang … Aku hampir sampai ke hospital. Tak jauh , Lebih kurang 3Km sahaja …

Barisan kenderaan yang panjang sebelum sampai di trafik light berdekatan hospital aku , lebih kurang 500 meter ..Aku jangkakan 5-10 minit waktu kesesakan .

Lebih malang , Ianya lebih lama dari itu .
Jam sudah menunjukkan 7:30 Pagi .Aku masih tersekat dalam kesesakkan itu …
Dari jauh terlihat ambulan yang datangnya dari hospital aku sendiri ..

Setelah pasrah menunggu , Baru lah trafik mula lancar . Ambulan tadi berlalu pergi ..Jam menunjukkan 7:55 pagi .

And what ?

Yes .. Im late ! Super late !

Nasib baik , Wujud nya golongan yang dinamakan “ Houseman” Untuk bantu aku dalam proses pemeriksaan “ Pre surgery “ ( Sebelum pembedahan )

Setibanya aku di perkarangan hospital , Macam biasa aku perlukan masa lebih lama untuk mencari kotak parkir . Aku tak mahu komplen tentang parkir hospital , Kalau aku mula komplen , Hari aku akan penuh dengan dosa makian .

Makin lewat …

Aku akhirnya menjumpai petak parking dicelah celah2 pokok .. setelah berjaya menyelak beberapa dahan pokok dikawasan hutan simpan …

Aku berjaya keluar …

Aku terus meluru masuk …

Aku melalui jalan belakang melalui jabatan kecemasan .

kebetulan , Aku mengenali salah seorang pembantu perubatan ( MA) di kecemasan yang sedang berjalan di lorong itu …

“ John, Tadi jem depan sana , Ambulan ambil kes apa ?” tanya aku

“ Kes accident bos , kes terbabas … Masuk red zone “ balas John

“ Terbabas motor kan , Tadi aku nampak macam motor , Ada kotak oren bersepah atas jalan ..” Balas aku …

“ Ya betul , Terbabas motor ..” Balas john

“ Mengantuk kot ek ? Pagi pagi ni ..” Balas aku lagi ..

“ Tak bos , Bukan mengantukk ..” Balas john

“ habis tu ? sebab apa ?” tanya aku

“ Sebab , Elak langgar Bangla yang tiba tiba melintas , Padahal ada jejantas tempat melintas , Tapi diorang ni memang suka lintas mengejut macam tu … Minggu lepas pun ada motor terbabas jugak .. sebab yang sama lah , Elak orang melintas ..” Balas john …

“ Hishhh … Tak pasal pasal .. aduh…terbabas macam mana eh ?” balas aku

“ Kalau ikut kata saksi , Posmen tu elak lelaki bangladesh tu , Terus terlanggar pembahagi jalan , Dia tercampak berguling guling , Helmet sampai tercabut … Badan teecampak dan kepalanya jatuh semula pada pembahagi jalan … Mungkin sebab tu jalan sesak , Tak ada orang yang berani alihkan mangsa .. sampai lah team kecemasan sampai ..” Balas john …

“ Patient ok tak ?” tanya aku

John menundukkan kepalanya kebawah ..
sambil menggeleng ..

“ A bad day to start a day bos “ .. balas john

“ Pesakit meninggal sebelum sampai , team dah CpR tak berjaya , mungkin Intracranial Bleed , ( Pendarahan dalam otak ) …Kepala penuh lumuran darah , serpihan otak , Rangka tulang kepala yang pecah , mata dia dah lebam bengkak hitam macam panda .. ada base cranial fracture jugak .. Tunggu forensik team ..” Jelas john panjang lebar

“ Innalillah … Pagi pagi buta dah case red zone kan … Pesakit tu siapa, dapat kenal pasti ke ? ?” tanya aku ..

“ Posmen bos … Orang lokal kita jugak … Tadi kita ada telefon keluarga dia .. Bini dia baru sahaja lepas bersalin 3 hari lepas .. Bayi pertama …. pulak tu , Bini dia tak dapat datang , Mungkin bapa mertua dia akan datang dari perak .. Itu lah ahli keluarga yang paling dekat … family pesakit pula dari kelantan … “ tunduk john pandang kebawah sambil menunjukkan riak kesal ..

Aku juga tertunduk kesal ..

Bukanlah kesal kerana takdir ..

Kesal itu kerana , Seorang suami yang keluar seawal pagi … Bekerja untuk menyara keluarga yang baru sahaja dibina ..

Dan si suami itu .. Kini tiada lagi ..

Tinggallah Seorang ibu yang baru sahaja selesai berjuang melahirkan zuriat yang baru lahir tanpa Suami dan juga seorang bayi yang baru lahir …Tanpa seorang ayah .

Kadang kadang , Kita selalu terlepas kata ,

Kata kata yang menyakitkan .. Kata kata yang tidak disengajakan … Bila timbulnya pertelingkahan .

Jangan jadikan Kata kata itu sebagai kekesalan hari terakhir .

Khalifah yang tuhan turunkan itu .. kepada setiap kaum hawa .. Tidak lah semuanya mentah , Tawar belaka . Khalifah khalifah ini lah yang sering berkorban untuk keluarganya ..

Apabila hilang seorang khalifah didalam keluarga itu .. Maka .. Bergoyanglah tiang masjid yang baru dibina ..

Di sebabkan Takdir ? Disebabkan ajal ?

Atau disebabkan “ Kecuaian “ Orang lain ?

Namun … Kita harus percaya pada qada dan qadar . Segalanya telah ditentukan ..

Lelaki bangladesh itu , Selamat dari segala kecelakaan , Mungkin ajalnya belum tiba …

Bagaimana pula dengan Lelaki Posmen itu tadi ?

Kerana kecuaian seorang lelaki bangladesh itu .. Si isteri dan anak yang baru lahir .. Yang menjadi mangsa .

Hari hari indah yang baru sahaja dirasai .. Kini hilang semuanya .

Langgar atau elak ?
Semua jawapan hanya pada Qada dan Qadar . Setiap yang terjadi ada hikmahnya .

Hanya kerana kecuaian insan lain , Ajal yang yang bikal tiba , tidak pernah kita duga .

*Aku amat memahami perasaan seorang ayah yang setiap kali tidak sabar untuk pulang , demi isteri dan bayi yang baru lahir itu .

Ayah akan pulang .
Tapi Bukan pulang ke rumah .
Ayah akan pergi seorang diri.
Ayah pulang ke syurga
Ayah tunggu kamu dan ibu ..
Kamu jaga ibu untuk ayah
Suatu hari nanti …
Kita jumpa Di sana ya ….

Wallahualam

Alfatihah .

Mulakan setiap hari dengan kemanisan .Kerana nyawa itu boleh hilang dalam sekelip mata .

Share dan Tag lah orang yang tersayang . Aku doakan kau selamat pergi dan pulang .

SIRI NYAWA

Dr Yazeed Hair Johari

Apa Pendapat Anda?

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.