Asrama

“ ASRAMA”

Cerita yang ditulis dan di kongsikan oleh salah seorang followers …

Assalamualaikum.

Kisah yang saya kongsikan ini berlaku sewaktu saya belajar dan bekerja.

Gangguan di asrama.
Isnin 15 Feb 20 tahun yang lalu.Hari pertama saya menjejakkan kaki di salah sebuah sekolah di Pasir Mas.Gangguan berlaku di malam pertama.Malam tu saya tidak dapat tidur. Jadi,mata pun melilau melihat dalam dorm yang sedikit cerah disimbah cahaya lampu pendaflour di koridor.

Sewaktu saya melihat suasana dorm,di kaki katil saya ada makhluk yang memerhati.Makhluk tu besar,memerhati dalam keadaan mencangkung,
hitam,berbulu lebat,dan bermata merah.

Bila nampak makhluk tu,saya terus taeik selimut tutup sampai kepala.Nak baca ayat al-Quran,memang tidak terbaca sebab terkejut.

Sejuk satu badan.Menangis saya tidur malam tu.Sewaktu prep malam pulak,saya kena lagi.Saya jenis tidur awal,bila masuk asrama selepas isyak ada prep sampai pukul 11.00,memang mengantuk la.

Nak dijadikan cerita,sewaktu saya tersengguk-sengguk di meja,tiba-tiba saya terkejut.Nak tahu kenapa?Ada tangan yang mengurut tengkuk dan menepuk bahu saya.Saya toleh tanya kawan,kawan cakap bukan dia.Jadi, tangan siapa?

Di dorm asrama,bila tidur malam,saya selalu terjaga dalam pukul 2.30 ke 3.00 pagi.Bila terjaga,saya akan pergi ke tandas seorang diri.Jarak dorm dengan tandas agak jauh.Bila saya keluar dari pintu dorm,saya dapat dengar derap tapak kaki di belakang saya.

Bila toleh belakang,sah memang tiada sesiapa kecuali saya.Benda tu akan ikut saya sampailah saya masuk balik dalam dorm.Gangguan berlaku sehingga saya tamat belajar di sekolah tersebut.

Gangguan di tempat kerja.
Satu pagi, saya sampai awal di pejabat,pukul 6.50 pagi.Selepas mengetik kad kedatangan,saya terus ke partition untuk letak beg pergi ke ladies.Jeng jeng jeng..saya masuk ladies untuk buang air kecil dan betulkan tudung.Selepas siap betulkan tudung,saya pun berjalan menuju ke pintu keluar.Oh lupa, saya masuk tandas yang paling hujung

.Sewaktu saya berjalan ke pintu keluar,tiba-tiba pintu tandas pertama berhampiran pintu keluar terbuka.

Spontan,saya menoleh.Terkejut macam nak bocor jantung.Tahu tak apa yang saya nampak?

Makhluk berambut panjang,muka pucat dipenuhi lubang kecil.Kat lubang tu keluar ulat.

Cuba teka apa yang makhluk tu tengah buat?Jilat darah, dengan lidah yang panjang.Lepas tengok benda tu,terus saya lari keluar pergi ke partition.

Nak sambung buat kerja, memang tak terbuat sebab dah sejuk satu badan. Keesokan hari,saya cuti sebab demam.

Masuk office balik,bos tanya kenapa cuti?Saya cakap demam.Bos tanya sambil tersenyum, demam terkejut sebab nampak benda tu ke?

Saya sedekahkan senyuman sambil jawab dalam hati,baik betul bos tanya macam tu.Tak kena kat bos,sedap la cakap.Kena kat bos,kita tengok sama-sama cukup tak lantai pejabat ni untuk bos masuk acara larian nanti.

Siapa pernah kena kacau dekat asrama .

Kredit – HALILAH .

Apa Pendapat Anda?

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.