APA KES DOKTOR CARUT BILA DAPAT PESAKIT JAM 3 PAGI ?

APA KES DOKTOR CARUT BILA DAPAT PESAKIT JAM 3 PAGI?

Aku perasan lama dah dalam group doktor , yang dah mula tersebar cerita ni .

Aku tulis ni bukan nak burukkan doktor yang terlibat tu .

Tapi aku nak ceritakan , Kenapa ada diantara kita sesama doktor sering bertekak bila refer case .

Setiap hospital pastinya ada department yang Berbeza . Jabatan tulang , Bedah , Kanak2 , O&g , Medikal dan lain lain

Setiap doktor di jabatan yang berlainan ni ada cara kerja mereka tersendiri .

Contohnya Aku bahagian Bedah , Aku tak tahu bagaiman nak manage pesakit Neuro . So aku kena lah refer to Bagai neurologi kan .. So basic dia macamtu

Sebab setiap jabatan ada kepakaran masing2 . Kalau doktor tu pakar bab otak .. Biar doktor bahagian otak uruskan

So lebih kurang macam tu

Tapi apa yang membuatkan doktor dari jabatan lain sering bertekak dengan doktor jabatan lain adalah disebabkan kes .

Contoh , Jam 3 pagi , Ada doktor refer aku Pesakit yang kena kencing manis .

So persoalannya ,

“ Emergency sangat ke nak refer jam 3 Pagi ? Esok kan boleh tunggu .. banyak lagi pesakit yang perlukan rawatan kecemasan , Berbanding pesakit kronik “

So ironinya ..

Kes tu tak silap aku , Doktor tu dapat rujukan kes 3 pagi , Pesakit Kanser otak .

Tapi aku tak pasti sama ada Kes referal tu atas sebab emergency atau tidak ?

Kalau emergency , selalunya dorang refer kalau ada pendarahan otak dan sebagainya yang perlukan rawatan segera

Kalau setakat , Referal untuk follow up pesakit kanser yang kronik .. Esok pagi pun boleh … Jika keadaan pesakit stabil dan bukan dalam kecemasan

Jadi bila dapat referal 3 pagi , Untuk kes yang stabil macam ni , Sapa tak marah ?

Korang tau tak banyak kes eksiden waktu malam , Sampai ke pagi

berapa banyak pembedahan emergency yang doktor bedah otak lakukan disebabkan kemalangan jalan raya jika ada pendarahan dalaman otak ..

Boleh kata setiap hari ada pembedahan emergency tu ..

So mungkin lah , bila sapat referal kes yang stabil jam 3 pagi , Dikala kita tengah kelam kabut uruskan pesakit kecemasan di dewan bedah atau pun di ward ..

Siapa yang tak exhausted , Sakit mental jadinya

Jadi dekat mana silapnya ?

Silapnya , Doktor tu boleh je reply ,

“ Kes ni kes stabil , So esok u hantar klinik kami , Ataupun kalau patient dekat ward , Team kami akan datang tengok pesakit esok ..”

Benda simple ..

Kalau marah pun , Pendam jelah sendiri ..

Tapi silapnya , Kita luahkan pada sosial media

Orang lain tak faham cara kerja kita

Kalau orang yang tak faham , Mesti lah akan kata

“ Kalau kau kerja nak maki2 macam ni baik tak payah jadi doktor !”

Sebenarnya doktor tu mengamuk dan carutkan doktor lain yang refer pada dia

Bukan pada pesakit

kau gila nak carut dekat pesakit ?

Benda yang aku cerita ni konsep pekerjaan doktor di hospital

bukan aku nak ulas lanjut kes tu

Sebab aku pun tak tau atas dasar apa dia dapat referal jam 3 pagi ?

Kalau betul emergency , Memang wajib lah kau respon jam 3 pagi tu ..

Tu dah tanggung jawab kita nak selamatkan pesakit

Kalau bukan emergency , Bersabar je lah ..
kadang2 team doktor lain ni ada yang tak boleh beza apa itu kes stabil dan kes emergency untuk sesuatu jabatan

Apa apa pun , Korang jangan main bedal je komen sebab korang pun tak faham apa keadaan yang berlaku

jadi bila aku cerita ni harapnya korang faham situasi kerja tu macam mana

Baru lah kita komen tu lebih berhemah skit

Aku bukan nak back up siapa siapa

Yang salah tetap salah

Ingat , Kalau ada kemarahan jangan kongsi di sosial media

Kalau tak puas hati , Luahkan pada ketua jabatan .

kes ni simple je , Berlaku hari hari

Cuma belum ada lagi lah doktor yang luahkan macam ni di sosial media sebegini rupa ….

Apa Pendapat Anda?

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.