APA BEZANYA KITA ?

Aku nak kongsikan sedikit , Tentang pengalaman aku yang menyedarkan aku kita semua adalah sama , Tak kira pangkat , Darjat Atau pun Harta .

Ditambah lagi dengan kes terbaru yang melibatkan seorang influencer yang lantang melebarkan kata kata kesat .

Sepanjang 8 Minit , 6 minit penuh dengan cacian , Makian dan hinaan . Kita yang tengok pun rasa penat , Apatah lagi nak lakukan

Hikmah yang aku dapat dari hari ini , Dengan hebatnya kuasa Tular atas keredaan dari Tuhan , Jelas sebagai peringatan bukan sekadar untuk aku , Tetapi untuk yang lain juga .

Tak perlu aku tuliskan siapa influencer tu , Cuma disini aku nak ceritakan sedikit pengalaman apabila kau ada sedikit pangkat dan berada di atas orang lain .

Masa tu aku Pegawai perubatan di Hospital daerah . Kami hanya ada 5 Orang , Selain dari pengarah .. Kami berlima ada lah bos besar dalam hospital

Kami lah yang buat keputusan , Dan tentukan apa yang terbaik untuk hospital .

Kami dilayan dengan baik oleh semua kakitangan .

Kalau lapar , Mintak je makanan dekat jabatan sajian .. Nanti ada orang hantar ..

Siap boleh request extra

Nak air .. Diorang hantar .. Siap gelas kaca .. Bukan gelas plastik

Senang kata , Kalau nak angkuh sangat .. Kau boleh suruh je siapa saja .. Nak beli air pun kau boleh suruh je budak2 ppk ni beli .. Tapi kalai dengan cara baik .. Diorang happy to help ..

Tapi kalau kau suruh dengan cara tak baik sekali pun , Diorang akan tetap akur dan tolong beli .

Bukan tu sahaja , Kalau aku nak pergi kursus , Siap ada driver jabatan , Siap hantar kau pergi kursus .. Siap driver tau !

Ini baru pangkat kecik , Secotet bagaikan taik lalat . Tapi kau dah mula rasa kewujudan kuasa tu ..

Kerana apa aku dilayan sebegitu rupa ? Dialayan bagaikan orang yang berkuasa …

Kerana Ilmu aku ?

Kerana jati diri aku ?

Kerana siapakah aku ?

No !! Bukan sama sekali

Aku dilayan baik kerana Pangkat yang sedang aku pikul

Posisi aku ..

Ya ! Setiap manusia akan dilayan seperti raja jika kau berada pada posisi yang diangkat ke atas ..

Dan apa bila pangkat dan posisi itu bukan milik kau lagi ..

Kau sama seperti biasa ..

Apabila tak ada siapa pun yang kenal kau .. Dan kau tak ada apa apa pangkat lagi .

Nak makan nak minum ? Pergi ambil sendiri .. Pergi cari sendiri

Nak Pergi kursus ? Sila drive sendiri

Nak itu nak ini ? Sila layan diri

Aku dapat rasakan bila aku berhenti dari kerajaan .. Aku jalan kan bisnes klinik sendiri

Hilang dah rasa kuasa dan keistimewaan itu

Sebelum ni aku di atas , Kali ini aku bermula dari bawah semula .

Ramai yang tak sedar , Dorang ingat bila followers ramai … Bila semua yang kau katakan orang akan ikut dan patuh ..

Bila kau kaya. kau rasa kau boleh jatuhkan orang sesuka hati .. Kau boleh maki siapa saja …

Senang cerita bila kau di atas. Kau dah mula riak dan bongkak .. Lupa asal usul kau sebenarnya sama je dengan manusia yang lain

Kita semuanya sama , Setiap posisi dan pangkat itu hanyalah pinjaman sementara sahaja …

Kau pengarah dekat syarikat , Tapi bila pergi kedai makan , Kau ingat kau pengarah di tempat tu ?

Semua kau nak arah ! Lupa diri

Kerana Kau ada harta ? Kerana kau femes ? Kerana kau artis ? Kerana kau influncer ?

Habis orang lain tu semua sampah ?

Yang lain tu hamba manusia ?

Yang lain tu tak ada perasaan ?

Yang lain tu miskin patut di hina ?

Harap tulisan aku kali ini , Dapat sedarkan ramai orang .. Lebih lebih lagi yang berpangkat …

Pangkat itu sementara sahaja ,

Covid 19 , Tuhan turun kan pengajaran satu dunia . Sekejap saja bisa melumpuhkan alam semesta

Ini kan , Pangkat kau yang tak seberapa tu

Dengan ini , Aku pun nak mohon maaaf jika post sebelum ni ada terkasar basar

Semoga allah perlihara aku dari kata kata kesat yang tak sepatutnya dilontarkan dan tidak menyakitkan perasaan orang lain

Ingatlah , Kita diangkat , Dijulang bukan kerana diri kita .. Kerana posisi sementara yang kita ada . Dan ingatlah .. Apabila suatu hari nanti bila ianya hilang dari genggaman kita .Dan pada waktu itu semuanya sudah terlambat selain mohon kemaafan dari yang maha esa . Kerana dia sahaja yang maha pengampun lagi maha penyayang

Semoga hari esok lebih baik dari hari ini

Kuasa viral bisa jadi pengaman , Dan jika di salah guna , Ianya membinasakan

Apa Pendapat Anda?

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.