ANGAU

ANGAU

Kenangan bulan puasa ….
Tiba tiba aku teringat dekat si Mat ni …

Masa tu tak silap aku ,
4 tahun yang lepas …
Aku dengan seorang kawan dengan panggilan nama Mat .

Kami bercadang nak ke kuantan . Masa tu Mat Bujang lagi .

Mat ada berkenalan dengan salah seorang perempuan dari Kuantan …

Mereka mula rapat dari Facebook ..
Entah apa gila sawan si Mat masa tu , Semangat betul dia nak pergi kuantan , Kononnya nak suprise ajak berbuka puasa skali …

“ Zeed , Teman aku , Kita gi kuantan .. Aku kenal awek ni nak masuk 5 bulan .. Tak jumpa lagi ..” Balas Mat

“ Kau tak boleh tunggu lepas raya ke ? Saiton… semua dah kena ikat bulan ramadan … Aku tak tau saiton mana dok hasut kau bulan ramadon ni ..” Balas aku

“ Alahaiii … aku ni , Dup dap dup dap jugak hari hari … 5 bulan tau kenal , Dah siap sayang sayang .. Tapi tak pernah jumpa lagi .. Aku risau jugak lah ni … tolong la plisss” Rayu Mat

“ Full sponsor , Aku on .. Pergi balik minyak tol makan dan juga Asam mangga skali ok ?” Tanya aku

“ Ok beres ! Esok kita pergi “ Balas mat .. Kegembiraan …

Aku memandu dari johor bahru , Ke kuantan . Selalunya memang aku yang pandu kereta .. Aku tak yakin betul tengok muka Mat ni …

Dia punya jarak , Memang jauh .. Ini kerja gila …

Buka puasa .. Lepas tu balik Jb Balik

Orang tengah Angau memang sanggup buat apa saja …

Masa tu dah jam 4 petang …

“ Zeed , Berenti stesen minyak mana mana… Jom kita JIMAK dulu ..” Tanya Mat selamba …

Aku tergamam , Badan aku dah mula menyenget ..

Aku mula pasang telinga ..

“ Camne tadi mat ? “ Tanya aku

“ Takkk .. Aku suruh kau berhenti mana mana stesen minyak atau surau ke , Kita JIMAK dulu ..” Balas Mat memandang ke arah aku ..

“ Mat , Kita boleh JIMAK ke ? Tanya aku lagi

“ Eh , Apa pulak tak boleh … Itu kan kelebihan kita …” Balas Mat

“ Habis tu , Sekarang ni KAU nak AKU JIMAK KAU …dekat surau ke atau belakang stesen minyak ?” Tanya aku

“ Hah ?? .. Apaaa.??“
Muka Mat berkerut …terpinga pinga

“ Aku tak paham .. Kita Jimak sama sama lah , Tak kesah lah kau nak berhenti surau je stesen minyak …..” Balas Mat

“ Aku Atas , Kau bawah .. Boleh ?” Tanya aku lagi

“ hahhh ?? , Ni apa pulak ni .. Atas bawah bagai ni .. ..” Tanya Mat dengan nada yang lebih serius

“ Ye lah . Kata nak JIMAK .. Aku ok je ..” Balas aku

“ Hadoi !! Aku tak paham betullah .. Apa masalah kau ni ?” Mat mula berang..

“ JIMAK ngan JAMAK , TAK SAMA tau saiton ? , Kau ni dah sasau ke gila bayang ke angau ???” …balas aku sambil aku hadiahkan lempang manja dibelakang kepalanya ..

“ Ehhh ehh .. Jamakk !” Balas mat sambil menggaru kepala ..

Aku dengan Mat ketawa terbahak bahak dalam kereta masa tu ..

“ Dekat surau ke stesen minyak ?””
Makin Berdekah dekah .. Bagai nak gila riuh dalam kereta tu

Sampai menangis ,

Buat pertama kali aku ketawa sampai

Keluar air mata mencurah curah ..

“ Mat .. Kau boleh bayangkan ke kalau kita betul betul berjimak macam kau cakap tadi tu .” Tanya aku sengaja aku kacau mat yang sedang angau itu

Mat tersentak .. Menoleh ke arah aku

“ @-/&/!/!-‘!! Aku nak turun kereta sekarang !!!!!” Pegi mati lah kau !!!

p/s Bercinta ni memang bahaya dia punya Angau .

*mat tak kasi share apa jadi masa kita pergi kuantan jumpa awek tu …

Dr Yazeed Hair Johari

Advertisements

Apa Pendapat Anda?

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.