Anak Alien

“ ANAK ALIEN “

Ini cerita aku … Cerita yang menghantui aku hingga membuatkan aku hampir tidak siuman …

Sebelum korang teruskan membaca , Bayangkan korang sedang berada ditempat aku .

Namun.. Kisah ini telah menghancurkan keluarga yang aku bina .. Aku hampir bunuh diri … Syukur .. Selepas bertahun tahun rawatan psikiatri .. Aku kini pulih …

Nama aku Farah , Aku bekas pesakit psikiatri , Dan aku juga merupakan ‘Survivor’ Buat masa kini .

, Aku berasal dari salah sebuah kampung pendalaman diSelangor …

Aku merupakan anak sulung dari 2 adik beradik , Boleh dikatakan memang dari kecil aku bertanggung jawab membantu ibu membesarkan adik dan menjaga keliarga .

Ayah aku pula bekas pekerja buruh di salah sebuah kilang berhampiran. Ibuku pula juga seorang pembantu operator dikilang yang sama tempat ayah bekerja .

Semasa umur aku 3 Tahun , Ayah tidak bekerja lagi selepas terlibat didalam satu kemalangan ngeri .. semasa melintas jalan dihadapan rumah kami .

Pendapatan kami sekeluarga , Memang tak cukup , serba kekurangan .
Rumah sewa sahaja , Hanya Motor kapcai buruk milik ayah , Itu Sahaja harta kami , Gaji ibu RM 900.

Tidak lah mewah , Tapi masih cukup makan dan cukup keperluan untuk kami adik beradik bersekolah , walaupun kasut sekolah hanya ditukar 2 tahun sekali , Makan pun bercatu …Baju baru ? tunggu hari raya lah jawapnya…

Bantuan dari badan kebajikan lebih kurang rm200 sebulan . Dapat lah juga menampunh sedikit sebanyak keperluan.

Kadang2 timbul rasa iri hati bila melihat kawan kawan lain dihantar oleh ibu bapa yang berkereta .. belanja sekolah yang lumayan , Boleh makan apa sahaja , Bukan setakat itu … Teringin juga aku pakai beg sekolah yang cantik , tulis guna pen yang berbulu … Namun .. Aku perlu sedar hakikat … Di mana taraf keluarga aku …

Aku faham bahawa gaji ibu tidak cukup , untuk menampung perbelanjaan kami ,adik beradik , Mana nak bayar sewa rumah lagi ,

Aku sangat bertekad untuk belajar bersungguh sungguh … untuk mengubah nasib kami sekeluarga ..

lebih Malang …

Ayah kini terlantar dirumah , Lumpuh separuh badan akibat kemalangan yang lepas …Makan minum guna tiub , buang air besar dari “ stoma “ ( beg najis diperut) , Tiub kencing … disisi …

Untuk pengetahuan semua , Yang tak pernah tahu tentang stoma beg … Selepas kemalangan bapa aku lumpuh separuh badan , menyebabkan fungsi pencernaan usus juga turut terganggu, Ayah tak mampu lagi mengawal air kecil dan air besar , Doktor telah menjalankan surgeri untuk keluarkan usus besar di bahagian abdomen .. Agar pencernaan lebih lancar , Disitulah Beg stoma ditampal untuk mengumpul sisa najis besar.

Belum lagi luka di belakangnya … Baunya yang amat busuk sekali ,Maaf sekiranya aku katakan bagaikan bau bangkai bernanah … sampai kan kadang kadang aku tak sanggup lagi untuk masuk ke bilik ayah ..

Aku terpaksa menutup hidung kerana tak tahan dengan bau bauan yang kurang enak itu …

Setiap malam , Aku dengar bunyi bunyian yang datangnya dari bilik ayah … Menangis , Ketawa, rintihan ….

Menyeramkan …

Aku Pernah tanya ibu ..Bunyi apa yang selalu mengilai setiap malam dari bilik ayah ..

Ibu senyapkan …

Pernah sekali aku terdengar … Lebih kurang jam 2-3 pagi …

Suara menangis , Raungan … rintihan silih berganti ….

Setiap malam aku dihantui bunyi bunyian itu …

Pernah aku cuba mengintai …

Tapi bila aku buka sahaja pintu bilik ayah ..

Bunyi itu senyap .. Sunyi …

Sangat memcurigakan ..

Bunyian tadi sering menggangu tidur ku …

Aku tak berani untuk masuk ke bilik ayah lagi pada waktu malam .

Setiap hari … aku perlu bangun seawal 5 pagi , Gosok pakaian sekolah adik , sediakan bekal makanan untuk adik , kemudian mandi dan tukar / Bersihkan beg stoma ayah . Aku juga perlu memastikan makan dan minum ayah cukup melalui tiub gastrik . Itulah rutin ku sebelum ke sekolah .

Penat !!! Malam tak boleh tidur … Bangun awak pagi !!!

Bayangkan seawal umur aku dari 5-15 tahun aku melalui semua ini ….

Ibu pula dah keluar rumah seawal 6 pagi , Memandu motor kapcai buruk milik ayah . Aku selalu risaukan ibu .. Takut jika apa apa kemalangan yang tak diingini pada ibu . Namun hidup harus diteruskan juga .. aku pasrah …

Setiap 2 minggu sekali aku dan ibu perlu bawa ayah ke klinik kesihatan , Untuk menukar tiub kencing , Beg stoma dan juga tiub makanan … Kos teksi lagi , kos alat alatan untuk menjaga ayah lagi ..Hidup kami makin sesak ..

Dari kecil sehinggalah aku tingkatan 3 , Yang akhirnya aku terpaksa mengambil keputusan untuk berniaga sambilan .Selepas aku pulang dari sekolah , Aku akan masak Donat dan beberapa cucur yang lain , untuk dijual dari rumah ke rumah ..

Makin lama , Pendapatanku bertambah .. dapat membantu ringankan beban ibu .

Namun semakin lama semakin letih … Aku tak sanggup lagi , Masakan nak belajar , nak berniaga lagi , Nak jaga adik beradik lagi . Aku hampir putus asa dgn hidup ini …

Pada satu hari , aku sekolah seperti biasa .. Aku terkejut , semasa aku pulang dari sekolah hari itu .. , Ayah sedang menanti di pintu pagar utama , Ayah yang duduk di atas kerusi roda , Tiub makanan keluar dari hidung , bag kencing di tepi kerusi roda … bersama ibu yang berdiri dibelakangnya .. melambaikan tangan pada aku dari jauh ..

Selepas kemalangan , wajah ayah cedera teruk , wajahnya bukan seperti biasa , Kulit mukanya herot berot , mulutnya compang camping separuh , Sebelah Matanya sebelah terbeliak keluar .. penuh bekas jahitan di muka …

Kawan kawan sekolah ku yang sedang berjalan keluar dari sekolah …Semuanya mengelak jauh dari ayah dan ibu , Mungkin kerana rupa ayah yang menyeramkan…

ada yang berlari ketakutan ,
Ada yang bisik mengejek ,
Ada yang gelakkan dan menuding jari ke arah ayah … manjadikan bahan jenaka..

Aku melihat semuanya dari jauh …

Aku kesal…

Ibu cuti pada hari itu , Kebetulan ayah minta ibu bawanya pergi ke sekolah , Katanya teringin sekali melihat aku pulang dari sekolah , seperti Ayah yang lain … Namun permintaan ayah itu .. membuatkan aku mengalami detik hitam dalam hidupku ..

Aku malu .. Malu teramat sangat … Terpaksa berjalan keluar diiringi Muka alien ayah ….

HABIS !, rahsia ku terbongkar , sebelum ini Kawan kawan aku ramai yang bertanya tentang ayah , kenapa ayah tak pernah hantar aku ke sekolah …, Namun aku sering katakan bahawa ayah seorang bisnesman yang sibuk , Sering bekerja di kuala lumpur , Oleh sebab itu ayah tak pernah hantar aku ke sekolah …

Namun kini, ianya sudah terbongkar , sejak dari hari itu , aku sering diejek di sekolah ,, Ada yang kata aku kaki penipu … Pelbagai tomahan dan ejekan ..

Namun yang paling membuatkan aku rasa Amat marah dan malu bila mereka semua .. gelarkan aku..

“ Anak Alien” …

Sebagai seorang perempuan , Aku juga ada ego dan maruah diri .. Namun ianya bagai dirobek .. Aku mula menjadi asing pada mata umum …

Kawan kawan rapat ku mula berenggang .. mereka juga takut jika dapat ejekkan “ Kawan Anak Alien “

Aku sentisa berseorangan …

Aku mula jadi murung , tekanan jiwa dan raga , Aku mula jadi takut untuk ke sekolah … takut dibuli dan tak sanggup lagi dengar segala ejekan dan tomahan .

Aku benci ayah aku , Dari saat itu , Semua tentang Ayah , Tidak ada apa yang boleh aku banggakan lagi , pada aku Ayah lah punca Beban yang berat pada Ibu dan adik .

Kerana dia ! Aku menjadi makhluk asing di sekolah .

Setiap hari aku lakukan tugasan aku dengan paksa , tanpa kerelaan hati … Ibu pun sedar … Ibu pernah menasihati aku .. berkali kali ibu meminta maaf atas kejadian tempoh hari , Termasuk ayah yang juga sering meminta maaf … Namun ianya sudah terjadi ,

Satu sekolah mengejek dan menjadikan aku bahan jenaka …

Pada hari itu , Ibu minta aku tukarkan beg stoma ayah , Bau busuk yang amat sangat .. Saat itulah .. Aku mula biadap pada ayah … Lama kelamaan aku makin biasa …

“ Kenapa lah aku kena buat kerja keja ni , Ayah !! Busuk tau bau najis ni ! Tak tahan lah macamni … ayah tak payah la makan minum lagi .. Sekejap2 terberak .. Penat lah macam ni “ jerit aku pada ayah ..

Namu ayah tak mampu berbuat apa apa , Hanya mampu senyum dan buat muka bersalah ..

“ menyusahkan orang je ! kalau dari dulu kemalangan mati terus kan senang !” aku hilang sabar ..

“ kenapa tak suruh saja syaitan malam tu yang jaga ..” aku terlepas kata ..

Ayah terpegun memandang ke arah aku ..

“ Apa pandang pandang .. Menyusahkan orang .. Psiko !” aku jerit pada ayah

Ya lah , Dari kecil sampai besar … Aku buat benda yang sama …

Aku tak sedar yang aku menderhaka pada ayah .. Tapi tak kisahlah .. Janji aku dapat lepaskan geram..

Kawan kawan aku seronok dapat keluar jalan jalan sana sini , menontot wayang lah , Fun fair lah .. tapi aku dapat apa ?

Dapat Taik ! Dapat kencing ! Dapat bau busuk , Jijik !!

Dah la tiap tiap malam … Selalu meracau .. mesti Bela syaitan lah tu …” bisik aku…

Aku tak mampu bertahan lagi … Aku memberontak .. Aku mula tak pergi ke sekolah , Aku abaikan adik.,,rutin aku kini .. ibu yang buat semuanya .. Pada aku , aku berhak dapat hidup macam kawan yang lain …..

Seawal umur 15 tahun , Aku lari keluar dari rumah .

Aku mula mencari kerja dibandar , sewa rumah dibandar dengan rakan sekerja …Aku hanya pulang 2 minggu sekali untuk menghantar sedikit duit belanja pada ibu …

Aku tak masuk pun bilik ayah , Cukup sekadar jenguk sahaja … kemudian aku berlalu pergi ….Dah la bilik busuk , Muka menakutkan … Serba serbi tentang ayah .. Semuanya jijik dan beban

“ Bila tah orang tua ni nak mati , Duit semua habis dekat dia je “ bisik hati

“ sebab ada setan tu lah dia susah mati “ bisik hati menjangka sesuatu yang pelik pada ayah …

kini Hidup ku dulu tak sama lagi , Ayah masih terlantar atas katil buruknya ..Tapi.. aku pula .. katil empuk dari hasil titik peluh sendiri ..

Hidupku dibandar kini lebih selesa … Aku menyara diri ku seorang , Aku tak pernah rasa bebas dan mewah sejak dari kecil , Aku boleh makan apa saja yang aku mahukan , Setiap bulan aku beli baju baru … ada juga aku belikan untuk ibu dan adik ..

tapi ..

Ayah ? Tak perlulah! Buang duit ! Buang masa!

“ dah terlantar macam tu , Kau pakai kain pelekat je sudah “ bisik hati …

Genap 4 tahun aku tinggal di bandar , Makin lama makin jarang aku pulang kerumah .. kini ..Aku hanya pulang sebulan sekali sahaja untuk hantar wang belanja buat ibu dan dik … Aku tak jenguk lansung ayah …

Tak hingin lansung… Alien !!!

Dan genap 4 tahun juga , Aku mengenali seorang lelaki , Selepas 6 bulan , kami pun berkahwin … Suamiku merupakan seorang jurutera .. Hidup ku lebih senang , Kami berkahwin senyap2 .. dithailand… kerana ini semua permintaan ku ..

Aku malu dengan keluarga ku ..Aku tak mahu suamiku lihat keadaan ayah yang memalukan…

Suamiku ikutkan sahaja , janji dapat mengahwini aku …

Kisah noktah hitam yang kini mula menghantuiku apabila pada suatu hari…aku dapat panggilan dari ibu .

“ Fafa , Balik cepat .. Ayah kamu dah tak ada lagi …” Kata ibu … menangis teresak esak..

Namun .. entah kenapa , Aku rasa bersyukur … Sedikit pun tak sedih …Syukurlah akhirnya ringan juga beban ibu … Demi menjaga hati ibu .. aku dan suami pulang ke kampung…

Selepas upacara pengebumian .. Aku pun pulang kerumah ibu …untuk tahlil ..

“ Ibu fafa pulang dulu ya , Semuanya dah selesai …” Aku menyapa ibu …

“ Nanti kejap fafa” balas ibu..

Malam tu .. Ibu panggil aku masuk kebilik lama ayah … Aku enggan masuk … Busuk … Masih ada lagi peninggalan cadar ayah yang kusam .. Tiub tiub kencing , Dan alat alatan perubatan ayah .. Jijik … yuck!!

Disebabkan itu , Ibu mengalah … Ibu keluar dari bilik ayah … Menyerahkan aku sebuh kotak kecil …

“ Fafa , ini wasiat ayah kepada kamu … Dia pesan pada ibu untuk beri wasiat ini bila dia dah tak ada .. Jadi ibu rasa sesuailah hari ini untuk ibu tunaikan permintaan ayah “ …. kat ibu …

“ alah apa pula ni , Ayah bukan ada harta nak wasiat wasiat ni … tak mau lah ! tak hingin .. Ibu tau tak ! Sebab ayah lah sampai sekarang kawan kawan lama Fafa masih gelarkan fafa anak “ Alien” . “ jerit aku …

“ Fafa… ayah kami baru je meninggal .. Jangan la hina dia sebegini rupa , Buka lah .. cuba tengok dahulu …” kata ibu ..

sekali lagi demi menjaga hati ibu … Aku buka kotak itu …

“ Gelang kaki … ? Ini gelang kaki loceng budak kecil lah .. Cuba ibu tengok saiz pun kecil ..” apa maksud ni ibu ? “ aku bertanya …

“ nah .. ambil Baju budak ni..” ini Hadiah dari ibu ..Gelang tu dari ayah …

“ ah peliklah ibu ni , Kasi baju budak kecil kenapa ? saya tak mengandung lagi la ibu “ kata aku

Perlahan …

Ibu mula mengalirkan air mata , Dari setitik , Kini basah seluruh mukanya … menahan sebak …

“ Fafa… Gelang emas ini … Gelang yang ayah beli waktu umur kamu 3 tahun … pada pagi sebelum hari kemalangan … “ jelas ibu ..teresak esak menahan sebak ..

“ fafa tak faham , Ibu … ibu … lepas tu ? “ tanya aku …

“ habis tu ..Baju budak ni apa ? “tanya aku lagi

Ayah amanahkan ibu untuk tak ceritakan cerita sebenar .. Ayah takut kalau kalau Fafa Rasa bersalah ..

“ Fafa tak faham lah ibu !!!” aku jerit tak sabar …

Begini … Hari kemalangan ayah .. itu adalah hari jadi kamu … Sejak kamu dilahirkan .. Ayah tak pernah beli pakaian murah , semuanya buat kamu adalah istimewa.. Ayah kerja siang malam untuk dapat duit lebihan …ayah pastikan untuk beri yang terbaik untuk kamu ..

Susu kamu …ayah beli paling mahal dan paling baik ..
Pakaian kamu berjenama , Ayah takkan beri kamu baju kain yang keras , Katanya kena pakai kain lembut baru lah kulit Fafa tak melecet…

Botol susu , Ubat ubatan .. Semua nya ayah tak berkira .. Semuanya yang mahal belaka … Yang penting ayah mahu semua yang terbaik … buat Puteri sulong nya..

“ Ayang , hari jadi fafa ke 3 ni , saya nak hadiahkan gelang kaki loceng tu lah untuk Fafa , Comel kan , Kalau dia lari lari .. saya boleh tahu dekat mana dia ada … Tak sabarlah “ kata ayah

Sempena menyambut hari lahir kamu yang ke tuga itulah .. , bulan tu ayah betul2 bekerja tungkus lumus , Untuk belikan kamu rantai emas loceng , Katanya tak sabar dia nak melihat kamu pakai gelang kaki berloceng tu ..

Aku mula mengalir air mata… namun masih menahan ego

“ apa jadi masa kemalangan tu ?” tanya aku

Waktu itu ayah baru turun dari bas …

Kamu ni memang manja sangat dengan ayah , setiap kali ayah pulang kerja , mesti kamu dah tunggu di pagar rumah sambil jerit nama ayah ..

hari kejadian tu .,

Ibu tak perasan , ibu sedang menyusu adik kamu yang pada masa tu umur 1 tahun . Rupanya ..pintu pagar rumah tak berkunci …Bila Kamu nampak ayah turun dari bas seberang jalan .. Belum sempat ibu berbuat apa apa , Kamu terus lari …keluar dari Pagar untuk menerpa Ayah …

kamu jerit ..

“ ayah !! ayah!!!….sambil kamu berlari menghampiri jalan besar dihadapan rumah ..

Ayah dari seberang jalan , Terus berlari ke arah kamu yang sedang berdiri diatas jalan raya … Kegembiraan menyambut ayah..

Waktu itu ada bas yang sedang laju , Menghampiri kamu yang sedang berlari ke arah ayah .

… Ayah lari terus kearah kamu …gengam baju kamu dan terus tolak kamu ke tepi jalan ..

Kamu terpelanting ke tepi jalan , Ibu turut berlari menyambut kamu ..Memang kamu menangis masa tu . Luka kaki tangan dan muka .

cuba Lihat belakang siku kanan kamu … Ada kesan jahitan kan…

Aku pun belek siku aku semula ..

Aku pasrah ….

Namun malangnya ..Pada ketika ayah menolak kamu ..

Ayah dilanggar kuat oleh bas itu ..

Muka nya terseret diatas jalan , Berguling berkali kali hingga tercampak di semak depan sana … Darah bertempiaran di atas jalan ..
Ibu tak mampu berbuat apa apa selain menjadi saksi kemalangan ayah …

Dan lagi satu ..,

Fafa …

Baju ini …
Baju yang kamu pakai pada hari kejadian itu …
pada hari kemalangan ayah ..
Pada Hari jadi kamu ..

Selepas kemalangan , Ayah merayu pada ibu untuk merahsiakan perkara ini ,

“ Mah , Kamu jangan beritahu cerita sebenar dekat fafa ya …. Aku tak mahu dia rasa bersalah jika setiap kali dia melihat keadaanku .. Aku tak mahu terdetik walau sedikit pun perasaan itu … Janji pada aku ya .. Aku dah lumpuh .. Aku dah tak boleh jaga dia , Tak boleh dukung dia , Tak boleh belai dia macam dulu lagi … Aku tak mampu untuk kerja lebih untuk beri yang terbaik lagi pada FaFa ,Kamu jaga dia baik baik ya .. Sayang sayangkan Fafa tu .. Macam kau sayang pada aku ya mah “ rayu ayah pada ibu …

Itulah pesanan ayah dari dulu , sehinggalah saat dia melepaskan nafas terakhirnya.,,

ibu tak patut ceritakan ini pada kamu , tapi .. ibu tak sanggup lagi setelah sekian lama ibu menahan sabar dan menangis bila kamu menghina ayah sepanjang hayatnya …

Kamu jijik dengan ayah .. Segalanya tentang ayah .. Adalah beban buat kamu .. segalanya tentang ayah .. Penghinaan buat kamu …

Sebelum ayah pergi …
Ayah pesan sekali lagi ..untuk sampaikan pada kamu

“ Ayah minta maaf , kerana ayah datang kesekolah untuk melihat kamu pulang , Ayah tak sangka perkara itu mebuatkan kamu Malu , Dan mula menyusahkan hidup kamu … Ayah sungguh menyesal .. Ayah minta maaf .. Ayah cuma rindu untuk menjadi Seorang Ayah seperti Ayah yang lain …Harap Fafa maafkan ayah ,”

dan

Ayah minta … halalkan makan minum dan apa saja dari kamu sepanjang hayatnya …

Ayah kecewa kerana tak dapat membesarkan kamu seperti mana yng kamu hendaki .. “ Kata ibu.

Lagi satu , Ingat tak bunyian dari bilik ayah .. menangis , rintihan , raungan ..

Itu bukan syaitan .. Itu adalah album foto kamu Fafa , Selalu ada ditepi bantalnya …

Tak pernah pun satu malam ayah tak buka foto album tu ..

Namun ayah juga manusia biasa , Jiwa nya rapuh dan penuh emosi .. Sebab itu kamu serinh dengar rintihan tu fafa …

Jelas ibu …

Aku jadi tak keruan …

Aku terus berlari , Bagaikan orang gila , Mencari kubur ayah …

dan Dalam masa yang sama .. sambil berlari ..

Aku meraung tangisan bagaikan orang tidak siuman lagi ..

“ Ayah !!!!ayah !!!!!!!… Fafa datang ni Ayah !!!

Aku tiba di tanah perkuburan yang tak jauh dari rumah kami …

…… Namun tangisan air mata darah sekali pun tidak akan merubah apa apa ..

“ Maafkan fafa , Fafa insan yang hina ….

Fafa tak kisah lah orang nak ejek lagi ..

Ayah … Bangun ayah !!!!

….Ayah ….Fafa Nak jadi Anak Alien …

“Anak Alien “ Ayah sampai bila bila ……

………

Tak lama lepas tu , Aku menjadi murung , Setiap langkahku ada lah dosa ..

Aku bercerai dgn suami , Kerana keadaan aku … aku ditinggalkan ..Aku pernah cuba bunuh diri namun tidak berjaya …

Alien yang ,
selama ini aku jijikan ,
yang aku hina ,
yang aku doakan agar dia cepat mati … yang buruk segalanya …

Adalah Alien yang sangat menyayangi ku ..hingga akhir hayatnya..

Alien yang sanggup buat apa saja untukku …

Alien yang sentiasa menyanjungku …walaupun dalam keadaan aku memaki hamun .. Jijik dengannya ..

Aku tak mampu lihat diriku dalam cermin lagi .. Kerana setiap nafas ku ..

Adalah hutang nyawa …

Nyawa Ayah ……

Kini aku meniti kehidupan , Menghitung hari , Tak sabar untuk meninggalkan dunia …

Demi mencari kasih sayang Alien ku semula .. Di Alam yang lain .

“ ayah , Fafa janji akan datang berjumpa ayah .. Nanti ayah sambutlah Fafa ya….”

Sekian coretan Dari ku..

Fafa…

Anak Alien Ayah ..
———————————————————-
Share lah jika anda rasa dapat memanfaatkan orang lain

Kisah Benar Dari bekas pesakit Psikiatri
Hospital Besar Selangor
Cerita Asal : Farah (Bukan nama sebenar)
Penulisan semula : Dr Yazeed Hair Johari

*siapa potong bawang malam malam ni ?

Apa Pendapat Anda?

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.