ALASAN

SIRI NYAWA 8 ( Kisah Benar )
ALASAN

Penunggang Motorsikal Wajib baca lebih lebih lagi yang sering Membonceng Anak !!!!

———

Kisah ini … Adalah satu kisah yang sering menghantui aku setiap kali aku memandu dijalan raya …

Kisah ini bermula , 7 tahun lepas .. Waktu itu , Aku masih lagi berkhidmat di salah sebuah Hospital Daerah…

“ Tolong laaa !!! Tolong laa doktor !!! Tolong !!!!! Buat lah sesuatu !!! Ya allah … !” Jerit seorang ibu

Aku disitu hanya kaku … Tiada lagi kata kata yang mampu aku ucapkan …

Selain hanya mampu menundukkan kepala …

Melihatkan staff lain juga yang sedang berdiri pegun tunduk ke bawah , Mengelilingi si ibu tadi …

Badan aku dijerkah beberap kali oleh si ibu …

“ Puan … Sabar ya … Puan meraung macam ni , Saya sarankan puan bacalah apa yang patut , Sedekahkan lah rahmat doa ibu pada dia ya .. Saya yakin .. Allah itu maha esa , Pastinya semua yang tertulis ini .. Ajal dan maut … Pasti akan ada kebaikan di sebaliknya ..” Balas aku

Apa lagi yang harus aku cakap kan ?

Beri harapan ? Harapan kepada sesuatu yang sudah terlambat ? Harapan kepada sesuatu yang telah pergi …?

Ibu tadi , Terduduk … Meraung di atas lantai berkali kali …

“ Adikk …. Adikk … Kenapa buat ibu macam ni ? Kenapa adik tak sayang ibu lagi ? Kenapa adik tinggalkan ibu …” Jerit ibu tadi yang tak henti…

“ Bos ! Bos … Ayahnya dah sampai , Saya panggil ya …” Balas salah seorang MA …( Dressar)

“ Alhamdulillah , Baik .. Panggil ayah masuk ..” Balas aku

Pintu kecemasan zon merah dibuka perlahan ..

Ayah itu masuk .. Sambil kepala nya mengintai keadaan sekeliling …

“ Ibu !!! “ Jerit ayah

“ Ya allah ibu .. Kenapa lah sampai meraung .. Atas lantai macam ni ibu ..” Jerit ayah sambil berlari terus menerpa isterinya

“ Ayah … Adikk … Adik … Adik dah tinggalkan kita ayah ..” Jerit ibu yang sedang memeluk kaki suaminya itu ..

“ Sabar lah sayang … Tak baik awak buat macam ni … Kita bangun ya .. Abang kan ada ni ..” Balas ayah sambil mengusap kepala isterinya itu , Cuba memapah bangun …

“ Zam , Tutup langsir , Korang semua boleh pergi sambung kerja .. Nanti update apa kata jabatan forensik ..” Balas aku

Tirai itu ditutup … Hanyalah tinggal .. Aku , Si ayah dan si ibu yang sedang menangis teresak esak ….

Aku menyambut tangan ayah itu .. Dengan salaman yang erat …

“ Saya doktor incharge disini … Tuan fahamkan situasi sekarang ? Atau tuan perlukan saya terang semula ?” Tanya aku sambil memegang tangan ayah itu …

Ayahnya , Yang dalam keadaan compang camping itu , Berbaju lengan panjang lusuh , Seluarnya yang koyak sana sini … But yang serbi kotor … Aku sudah dapat anggarkan … Seorang ayah yang bekerja keras demi menyara keluarganya itu …

Tunduk … Menggenggam erat jari jemariku…

“ Saya bawa isteri keluar dulu ya , Ada saudara lain di luar jugak tu … Nanti saya masuk balik ..” Balas ayah penuh kesedihan …

Tak lama selepas itu , Ayah masuk semula ..

“ Encik Rahman kan ? “ Tanya aku
“Ya , Panggil saja saya rahman ..” Balas ayah itu …

“ Encik nak saya terangkan.. Atau nak lihat arwah …dulu ? “ Tanya aku

“ Tak apa , Doktor terangkan ..” Balas ayah sambil mengesat air matanya…

“ Anak encik … Kemalangan .. tak jauh dari hospital … Ibu cuba elak kereta yang cuba melanggar lampu merah depan sana tadi .. Malangnya … Anak encik tercampak ke dalam longkang …” Balas aku ….

En Rahman .. Mula mengalirkan air matanya dengan lebih deras …

“ Pihak ambulans datang dengan segera …di bantu oleh pihak bomba untuk keluarkan arwah dari longkang itu … Ada saksi yang mengatakan , Anak encik terhumban pada pembahagi jalan dan kemudian tercampak ke dalam longkang …” Balas aku sambil melihatkan si ayah itu menggenggam erat jari jemarinya … penuh tabah

“ Sampai sahaja disini , Anak encik tak bernafas lagi , Kami cuba berhentikan pendarahan di tengkuk dalam masa yang sama kami dah mulakan CPR , Bantuan tekan dada .. Malangnya .. Degupan jantung itu tidak mahu kembali …Kami dah cuba sedaya upaya ..” Balas aku

“ Kami mintak maaf , Dan takziah kepada encik sekeluarga ..” Balas aku sayu memegang bahu si ayah itu …

“ Ada apa apa lagi yang encik nak tanya ? sebelum kita lihat arwah ?” Tanya aku

Si ayah menggeleng kepala , sambil menahan tangisan itu

Aku pun membuka selimut …

Separa tengkorak kepala kiri yang sudah terbuka , Luka besar pada tengkuknya , Muka yang bengkak bagaikan belon kebiru biruan .. Segala pakaiannya .. ditumpahi darah ….

Dengan lemah dan longlai .. Perlahan si ayah berjalan .. Sambil menggigil bibir dan badannya …,Menghampiri anak nya itu .. Si Ayah menggengam tangannya …sebelah tangan pula mengusap dahi dan rambutnya yang terurai dibasahi darah ..

“ Tuan … Saya tinggalkan tuan bersama arwah anak ya .. Nanti pegawai dari forensik akan datang kesini .. Saya mintak diri dulu ya ..Takziah … “ balas aku keluar dari kubikel itu .. Sambil menepuk bahu ayah itu …

Aku berjalan , Terus duduk di meja …

“ Apa kes sebenarnya tu bos ?” Tanya salah seorang MA

“ Hmmm .. Tadi Ibu dan anak ni datang ke jabatan pesakit luar untuk follow up Darah Tinggi …. lebih kurang jam 4 petang tadi …” balas aku

MA tadi masih berdiri menunggu penjelasan seterusnya ..

“ Aku jumpa ibu tadi lebih kurang 4.30 pm .. Lepas habis je konsultasi … Puan tu pulang dengan anaknya … Sebelum die keluar pintu tu … Aku perasan Si Ibu memegang sebiji helmet …. Aku pun tanya …

“ Puan datang sini naik motor ya ? “ Tanya aku

Puan tadi menoleh semula ..

“ Aah lah doktor … rumah saya dekat je …” Balas Puan tadi sambil tersenyum

“ Oh … Ada satu helmet je ke ? Untuk anak punya mana ?” Tanya aku ….

“ Alah….. Apa lah doktor ni .. Dekat je pun … Sedar tak sedar dah sampai rumah … “ Balas puan tadi

“ Ya , Saya faham .. Memang dekat .. Tapi jalan di luar tu Jalan tar .. Batu …. Tetap keras …walaupun dekat ..” Bebel aku

“ Alah , Dah biasa lah doktor .. Tak ada apalah .. Kalau jalan jauh saya pakaikan lah helmet .. Dah 2 tahun … Tak ada apa pun ..” Balas puan tadi tertawa sambil tutup mulut …

“ Baiklah kalau puan cakap macam tu , Apa apa pun … Berhati2 lah ya .. Motor ni macam Tomato .. Kena langgar atau melanggar pun tetap ..penyek .. “ Balas aku mula rasa kurang senang

MA yang mendengar penjelasan itu .. Menggelengkan kepala ..

“ Kau ada anak kan ?” Tanya aku
“ Yes bos .. Ada anak dua orang “ Balas Ma

“ Mesti kau pun pernah buat benda yang sama kan ?” Tanya aku lagi

MA tadi mengganguk .. Tunduk ke bawah

“ Jadi kan iktibar .. Benda yang kita anggap biasa … Boleh jadi Luar Biasa bila bila sahaja …” Balas aku

“ Kringgg!!!” Satu panggilan yang masuk ke telefon

“ Bos , Saya dari forensik ni , Nak ambil jenazah .. Kes apa ? Dah siap ke ?” Tanya salah seorang pegawai forensik

“ Kes kemalangan , Kes dah siap , Boleh datang ambil sekarang….” Balas aku Sambil berjalan masuk kedalam kubikel tadi

Dari jauh aku melihat .. Si ayah yang sedang duduk … Memegang erat tangan anaknya itu …. Sayu …

Takdir .. Ajal .. Penuh dengan kekesalan ..
Siapakah kita untuk melawan takdir ?

“ Tuan … Pegawai dari forensik .. Akan datang sebentar lagi ya … Nanti boleh bawak ahli keluarga lain ke sana ..” Balas aku sambil menunduk ..

“ Doktor .. Saya kesal ..” Jelas ayah secara tiba tiba

“ Sabar lah tuan ya .. Kemalangan ni memang tidak dijangka ….” Balas aku

“ Bukan setakat itu sahaja doktor ..” Balas ayah

“ Doktor … Dalam seminggu ni … Saya kerja overtime … Siang saya potong rumput di kebun … Malam saya bantu di kedai makan …..

Saya pulang ke rumah 11 malam … Saya keluar bekerja jam 630 pagi ….

Setiap hari saya pulang .. Anak dah tidur …

Last saya jumpa dia , Berborak dengan dia minggu lepas ..

Usaha saya minggu ini sebenarnya untuk tunaikan hajat dia ..

Dia nak hadiah basikal dan Makan KFC
untuk hari jadinya yang ke -12 … Lagi dua hari ….

Tapi … Dia pergi terlalu awal buat kami .
Jika diberi PELUANG … Sekali lagi … Saya akan jaga dia sebaik mungkin…” Sambung ayah lagi sambil menangis teresak esak …

Aku hanya mampu menepuk bahunya …

Setiap kali aku memandu diluar ..
Sudah menjadi kebiasaan melihat Ayah atau Ibu , Yang menunggang motosikal bersama anak tanpa Helmet .

Bukan itu sahaja , Yang paling dasyat bila ada anak anak bawah umur yang dah mula tunggang motosikal bagaikan orang dewasa. Bila di tanya ..

“ Mak suruh pergi kedai …”

Alasan yang sering digunakan ..
“ Alah dekat je “
“ Alah .. Dalam kawasan sini je “
“ Alah bukan laju pun “
“ Alah itu .. Alah ini”

Tak kira berapa banyak Alah dan alasan sekali pun …

Tiada Satu ALASAN pun yang dapat kembalikan Nyawa yang sudah pergi …

Berbaloikah penyesalan itu ?

Baru jer aku jumpa anak itu tadi dalam keadaan yang sempurna … tak sangka .. jumpa balik … Tak lama selepastu … sudah tiada ..

Cuba renung balik muka anak anak hangpa semua ..

Siapa yang mencorakkan mereka kalau bukan hangpa semua ?

adakah ini salah mereka ? Atau kita yang sengaja lupa

Kalau dah baca , Tapi masih tak sedar lagi … Aku tak tahu nak kata apa .

Share & Tag kawan kawan , Semoga jadi peringatan …Nyawa tu datang sekali sahaja

Dr Yazeed Hair Johari

Apa Pendapat Anda?

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.