AKU & PENYANGAK SAMBUNG BAYAR

AKU & PENYANGAK SAMBUNG BAYAR

“ Bang tolong lah bang … Lepas dekat saya lah , Saya janji tak buat hal .. Saya nak bawak mak pergi hospital untuk check up je , Kesianq mak selalu naik motor ..” Balas Faizi

Cerita asalnya , Masa Tu aku Masih lagi Houseman ,Junior doktor yang baru berkerja selama lapan bulan .

Masa aku mula kerja tu aku pinjam kancil 660cc auto mak aku , Tapi ni dah masuk bulan ke 8 , wajiblah aku pulangkan , Mak aku pun nak pakai jugak kereta tu . Jadi aku pun mula memburu kereta idaman .

Asalnya aku nak beli Honda ek9 type R , Masa tu market harga 68k , Cerita 8 tahun lepas ni .. Malangnya kereta tu dua pintu jadi aku kena sedia kan deposit 30% , Mana nak cekau 20k sebagai deposit . Maka impian terkubur begitu sahaja … Jadi untuk memiliki kereta , Aku kena beli first hand .

Setelah aku riki kereta kereta first hand yang ada dekat luar ni . Aku rasa masa tu satria Neo je lah yang dapat menambat hati . Aku pun beli tanpa test drive . Masa tu Satria neo baru .. CPS cam profile switching , Kalau rpm4 , Dia buka macam vtec .. Prangg .. Tapi tu lah , Level teknologi kita dengan jepun lain . Kalau vtec bukak , Dah terbang ke bulan , Kalau cps ni bukak , dok kat situ lagi …

Kenapa bukan myvi ?

Sebab aku tak minat , Full stop .

6-8 bulan jugak aku pakai kereta ni , Sampai lah satu masa aku tak boleh tahan lagi , Diri ini gila kan lebih kelajuan . Nak buat macam mana , Dah minat … aku pun plan nak tukar kereta lain …

Adik aku pun tau niat aku masa tu .

Dari saat itu lah aku kenal budak nama Faizi ni .

Masa tu dia baru kerja dekat proton . Baru 3 bulan katanya .. Tapi perlukan kenderaan untuk pergi kerja dan bawa mak ke hospital untuk rawatan susulan

Dia cuba submit loan tak lepas , Guarantor pun tak ada yang layak .

“ Bang tolong lah bang … Lepas dekat saya lah kereta tu, Saya janji tak buat hal .. Saya nak bawak mak pergi hospital untuk check up je , Kesian mak selalu naik motor ..” Balas Faizi

Hati aku mula2 tu berat …

Tapi bila adik aku dan kawan kawan yang lain meyakinkan aku untuk percaya pda si Faizi ni …

Masa tu aku pun melonjak tak sabar nak dapat kereta baru , Maknanya aku tak perlu risau tentang kereta neo aku ni , Ada orang lain yang bayar , jadi aku boleh fokus bayar kereta baru

Aku akur , Aku serahkan kereta neo aku untuk disambung bayar .

Kereta sambung bayar ni sebenarnya based on Trust 100% . Tak ada dokumen pun yang boleh selamatkan kau .

Masa tu aku buat jugak agreement dan cover note tu . Sebagai tanda perjanjian .

Akhirnya kereta tu aku lepaskan .

“ Kau , Kalau tak boleh bayar satu hari nanti , Kau kontek aku balik … Kau jangan buat benda benda bodoh ..” Itu lah pesanan terakhir aku pada si faizi

6 Bulan pertama .. Tiada masalah

1 Tahun seterusnya .. Pun tak ada masalah

Masuk tahun ke dua ..

Masa tu aku dah Medical Officer , Bukan junior lagi , masa tengah buat Round pagi di wad pembedahan , Tiba tiba aku dapat panggilan …

“ En yazeed , Kereta dah masuk bulan ke 4 tak bayar , Kami diarahkan untuk tarik kereta encik …” balas perempuan dalam pnggilan

Masa tu mata aku terjojol keluar ..

Aku cepat 2 call faizi …

Malangnya … Tak di angkat

Aku tinggalkan pesanan ..

supaya faizi call aku semula ..

Hari pertama .. Gagal dihubungi

Dan hari seterusnya

Selepas seminggu …

tiba tiba Faizi mesej aku balik

“ Sorry bang , Saya tengah ada masalah … Saya dekat singapore ni ..” Balas Faizi

“ Aku tak kira masalah apa , Kau hantar balik kereta tu dekat aku … Biar aku ambil alih balik dan aku settlekan hutang tu ..” Balas Aku

Faizi senyap …

“ Camni lah , Kau datang jumpa aku kita settle baik baik , Aku pun tak report polis ke apa , Kita jumpa santai .. Yang penting kita nak selesaikan masalah …” Balas Aku

Faizi senyap tak balas mesej

“ Bang .. Kereta tu saya dah kasi orang lain sambung bayar … skang ni saya pun tak tau mana orang tu ..” Balas faizi

Aku mula naik berang

“ Aku tak kira , Kau bayar tunggak ni , Kau cari sampai dapat , Kalau tak jumpa jugak , Kau bayar lah kereta ni sampai habis ..” Balas Aku

Itulah mesej terakhir aku pada si faizi …

Dan itu lah kali terakhir faizi membalas mesej aku …

Kemudian ghaib dari alam semesta sehingga kini …

hari demi hari aku cuba hubungi gagal

Faizi dah tutup line tu


puas aku mencari kawan kawan faizi ..

Yang awalnya meykinkan aku , Kini semu geleng kepala ….

Semudah itu ….

Kepercayaan yang kau berikan , Dan keyakinan yang orang lain berikan pada kau , Lenyap begitu sahaja …

Jadi aku lah yang terpaksa tanggung tunggakan tu … Habis semua duit simpanan aku …

Dan kereta itu bank refinance semula untuk kurang kan kos bayaran bulanan .


aku setuju …. Tapi aku tak pernah jangkau yang perkara itu akan memusnahkan impian aku …

Masa tu aku nak buat loan berniaga , Tapi malangnya .. Permohonan aku di tolak …

Bila kereta itu dah di refinance , Maknanya … Nama kau akan ada red flag … Dalam sistem bank ..

Lepas tu kau nak loan apa pun tak lepas melainkan kau settlekan dulu jumlah baki tu ….

Siksa masa tu , Dah la kereta hilang , Si Faizi pun skali ghaib …

Aku memang geram dengan si Faizi ni , Ikut hati kalau jumpa ni nak je aku letupkan kepala otak dia ..

Hari tu , Waktu tu agak lewat malam , aku pun pergilah kerumah Faizi , Rumah keluarganya yang duduk di Flat PPRT ….

Aku intai dari luar ..

Aku nampak adik beradiknya yang sedang terbaring diatas lantai ..

Si ibu yang sedang tekun menjahit

Keadaan rumahnya yang agak usang dan bersepah …

Bila aku tengok Ibu si Faizi yang sedang berjuang demi keluarganya itu


hati aku yang panas tadi ..

Dah mula sejuk ….

Tak sampai hati rasanya untuk aku khabarkan tentang apa yang Faizi dah buat pada aku..

Yelah tambahan lagi Ibu faizi ni pun sedang uzur , Aku tak pasti sakit apa , Tapi kerap ada lawatan ke hospital

Aku tak mahu ganggu emosinya

Kesian aku tengok adik beradik si faizi ni , Bergelimpangan tidur atas lantai ..

Kalau aku kasi tahu sekali pun . Apa ibu faizi boleh buat ? Mereka pun tengah survive untuk makan dan hidup

Aku tak sanggup nak mengadu , Aku tak sanggup nak sampai kan berita buruk itu pada ibunya ..

Jadi , Aku terus berlalu pergi ..

Mungkin ada hikmah apa yang berlaku pada aku ni ….

Jadi aku lah terpaksa bayar hutang kereta tu sampai habis … Bah kan aku kena bayar dua loan kereta serentak masa tu


Gaji aku masa tu baru 4 ribu lebih je pun , Habis separuh dari gaji aku


Bila bayar bank , Tapi kereta tak ada depan mata…. Sakitnya hati

Itu adalah kesilapan yang paling bodoh pernah aku buat …

Aku sarankan , Jangan lah korang terfikir untuk kasi sambung bayar ni , Jika ada masalah , Sebaiknya runding dengan bank , Atau cari side income untuk bayar bulanan .

Dan sebelum beli kereta , Aku sarankan , Lebih baik kita ukur baju badan sendiri .

Kau kumpul duit 6-7k pun dah boleh beli kereta kancil second hand …

Memang kurang selesa , Tapi boleh lah berteduh dari hujan buat sementara … Untuk ulang alik kerja …

Daripada tersiksa menanggung hutang yang tak semena mena …

Jangan beli kereta diluar kemampuan kita &

Jangan kasi sambung bayar !

Aku masih simpan gambar ic , Si FAIZI NI , Aku pun tak nak viral kan dia lagi …

Aku tutup aib dia buat sementara waktu ..

Kalau dia baca , Atau kaan dia baca ,Kau sampai kan lah …

Biar si Faizi ni datang balik cari aku satu hari nanti

Apa Pendapat Anda?

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.