
AKU LUPA TENTANG KAMU
Disaat aku merasakan betapa penatnya
Mengharungi cabaran dunia demi mencari
secebis mata pencarian yang tak setimpal mana …
AKU LUPA ….
Lalu …
Aku pejamkan mata ,
Aku genggam tanganku ..
Aku bisa buka semula .
Aku tutup mataku,
Aku bisa melihat semula
Aku Pekakkan telingaku,
Aku mampu dengar semula
Aku bisukan mulutku
Aku mampu bercakap semula
Aku kosongkan mindaku
Aku mampu berfikir semula
Sifatku cukup semuanya .
Namun …
Hatiku masih memberontak ,
Keluh dan Alpa …
Kerana …
AKU LUPA TENTANG KAMU
Kamu yang terdampar ,
Lumpuh tidak mampu berbuat apa apa .
Kamu masih lagi berbumbungkan kain arca untuk berlindung dikala buruknya cuaca
Kamu yang menguis sampah demi mengisi perut yang lapar
Kamu yang tidak pernah kenal erti kesenangan dikala dunia kamu punah dengan peperangan dunia
Kamu yang berkain buruk sebagai pakaian
Kamu yang berkaki ayam mencari perkerjaan
Kamu yang kotor tanpa kemudahan
Dunia milik tuhan ini luas berbatu
Aku hanya menjadi saksi kepada drama boneka disekelilingku .
Aku tidak rasakan kesusahan mereka ,
Kerana itu bukan kasutku
Apa yang aku tahu ..
Diriku yang malang serba serbi tidak mampu
AKU LUPA…
Aku masih punya kebahagiaan
Aku masih lagi punya makanan & Minuman
Aku masih lagi dikelilingi keluarga dan kawan kawan
Aku masih lagi punya pekerjaan
Aku masih lagi punya kenderaan
Aku masih lagi punya tempat perlindungan
Aku Masih lagi punya kudrat dan akal fikiran
Apa lagi yang aku mahukan ?
Kemewahan dunia disaat kamu tak punyai apa apa ?
Kebahagiaan dunia dikala kamu hilang semuanya ?
Kecantikan rupa disaat kamu cacat hilang anggota ?
Apa lagi yang aku mahu ?
Apa lagi yang aku keluhkan ?
Salah takdir yang menentukan ?
Salah rezeki , Salah tuhan ?
Dimana salahku ?
Kerana selama ini …
Seringkali Hanya Tentang
Diriku dan Duniaku
Wahai, Kamu Maafkan aku ..
Maafkan aku..
Maafkan aku..
Kerana
AKU LUPA TENTANG KAMU