Aku Dan Mama

RAHSIA AKU & MAMA

Segala rahsia aku , Semua dia yang tahu..

Memandang kan aku pun dah tua bangka ,

Aku bongkarkan lah satu cerita ringkas …

Bapak aku pun tak tahu cerita ini , Sehingga saat ini .

Masa tu aku baru form 5 ,
Gian nak drive kereta , Lesen pun tak ada .

Kawan aku ni pulak , Zam , Dia memang tahu je nak songlap kereta bapak dia .

Tanpa berfikir panjang ….

Plan masa tu aku dan kawan aku ..
Rancang nak ke port dickson .

Tak ada sebab , Hanya kerana kami mahu memandu lebih jauh …

Tapi malangnya , Hikmah tuhan lebih kuat …

Masa tu aku yang drive , Nak pergi ambil kawan aku seorang lagi … Fadhil .

Kawasan perumahan Fahil terletak diatas bukit , Rumah nya pula berada dibawah …
Aku perlu memandu, menuruni bukit …Curam yang agak dalam…

Depan curam tu gaung .

Biasalah darah muda , Semua nak laju …
Tiba tiba brake tak makan , Kosong !!!

Panikk !!

Depan aku tu memang dah menghala kearah gaung ,

Disebelah kiri ada barisan rumah teres dua tingkat …

Jadi , Daripada aku masuk gaung ..

Aku pun mula drift kereta tu , Langgar tembok rumah orang …

Banggg!!!!

Segalanya hitam …
Apa yang aku sedar …

Kereta tu dah terbalik , Posisi kereta tu , Tebalik pada sisi pemandu …
Terselit diantara tembok dan sebatang pokok yang agak besar …

Sakit kepala bukan kepalang ..
Telinga mula berdesing ..

Aku ingat , mesti aku dah pecah kepala , Sebab seat belt pun tak pakai …

Aku terbaring dibawah …
Aku periksa , Tangan kaki badan dan sebagainya ..

Tidak ada apa apa pendarahan ,
Melainkan sengal sengal badan..

Cermin tingkap pemandu pecah .. Kepala aku tersadai atas tanah …

Tiba tiba aku terdengar , satu bunyi seakan akan sesuatu sedang memijak dashboard ..

Rupanya Zam yang sedang tergantung , Cuba keluar dari tingkap sebelah penumpang …

Namun ..

Pemandangan aku bagaikan diganggu ..
Mata aku terpacu kepada sesuatu objek semasa zam cuba memanjat keluar ..

Aku cuba pejamkan mata dan menoleh ke arah lain ..

Namun malangnya sekali lagi …

Kelibat itu sentiasa tergantung dan melambai kearah aku …

Masa tu memang kami baru lepas solat jumaat ..

Zam berlenggang dengan kain pelekatnya ..

Baru lah aku , Perasan .. Kelibat itu berada disebalik kain pelekat zam ..

Yang sering melambai lambai ..

“ Dejei , Rupanya dia tak pakai spentot !”

Dah lah malang , Ditimpa tangga pula …

Terpaksa menyaksikan tarian lambai percuma..

Akhirnya ..

Zam berjaya keluar ..

Tuan rumah bergegas keluar , Bersama sebilah parang pada tangannya …

“ Hoi !!! Kau buat apa ni ??!” Jerit tuan rumah

Zam dah mula kelam kabut …

“ Pakcik , Tolong ! Kawan saya tersekat didalam kereta tu ..” Jerit zam

Zam dan pakcik tadi , Terus mendapatkan aku ..

Aku berjaya keluar akhirnya ..

“ Mana lesen kau !!” jerit pakcik tadi ke arah aku yang sedang mengibas ngibas pakaian..

“ Sori pakcik , Ampunnn … Saya tak ada lesen ..”

“ Kau nampak parang ni !!! Budak budak zaman sekarang ni .. perangai macam macam !!” Jerit pakcik tu tadi

Aku pun terangkan lah situasi tadi , Betapa cemas nya tadi ..

Namun .. Keadaan sedikit reda..

Pakcik tadi , Mula tenang …

“ Dah dah , Ni kereta bapak kau kan zam .. Kau panggil bapak kau datang ..” Jerit pakcik tu … Sambil memegang parangnya itu .. dihalakan kepada kami

Berderau darah aku masa tu , Jantung berdegup bagai nak tercabut ..

Aku dan zam pasrah ..
Tak lama selepas itu , Bapak zam datang ..

Aku dah mula panik …

Namun .. Bapak zam seorang yang tenang .

Bapak zam berunding dengan pakcik tadi , Sehingga mendapat persetujuan …

Kami dibenarkan pulang ..

pada saat aku mahu berjalan pulang , Masuk ke dalam kereta ayah zam yang lain ..

“ Ingat nak … Kalau diikutkan darah muda ni , Hancur binasa .. Pakcik harap kamu ingat lah kejadian ini .. Jangan sekali skali menipu orang tua .. Takkan berkat di dunia dan diakhirat .. Pakcik doakan agar kamu berdua jadi insan yang berguna satu hari nanti ..”
jelas pakcik tu

Aku terus memegang erat hujung baju ku , Dengan keadaan aku menunduk kebawah ..

Aku mula menangis teresak esak …

Bapak zam kemudian berjumpa Mak aku ,
Mama telah membelanjakan hampir sejumlah ribuan ringgit untuk membaiki kereta itu semula ..

Duit simpanan mama , Yang mama kumpulkan selama ini , Mama guna kan tanpa pengetahuan abah .

Memandangkan kereta itu kereta lama , Insuran pun 3rd party agaknya …

Oleh kerana aku … Habis ribuan ringgit tadi …

Aku tersentak keinsafan …

Pengorbanan Mama
Hanya tuhan sahaja yang dapat membalas .

Mama berpesan …

“ Lain kali , Jangan buat lagi … Jadikan kisah hari ini sebagai teladan …” Balas mama mudah tanpa marah

Aku pun tunduk ketakutan dan insaf seketika .

Mama diibarat sebagai kawan karib aku yang sentiasa memberi aku peluang kedua …

Mama seorang yang penyabar , Jarang sekali marah , Kalau boleh dia nak turukan saja apa apa permintaan anaknya . Mama juga seorang yang friendly , Sangat ramah , Orang yang tak kenal pun boleh jadi kawan .

Aku bersyukur , Aku dilahirkan dan dibesarkan oleh Mama .

Tapi tak lama selepas tu …
Beberapa mimggu selepas kereta itu dibaiki ..

Malam sebelum paper SPM aku …

“ Stress la zam , Study banyak banyak pun bukan masuk pun .. Jom pergi lepak uptown , Sana awek cun cun banyak lepak tau ..” ajak aku

Zam , Kalau pasal membuat onar ni memang tak serik

Zam …” On !! Jom .. !! Bapak aku pun takde ni , Kunci kereta ada dekat ruang tamu ni ..” balas zam

Apalagi … Aku terus merempit dengan basikal ku , Pergi ke rumah zam yang tak lebih 1km dari rumah aku

Aku dan zam , Berjaya Songlap kereta itu sekali lagi…

Tapi kali ini , Lebih malang …

Kami ditahan polis …

Polis itu mengacukan senjatanya kearah kami ..

Kerana aku cuba lari dari polis sehinggalah masuk ke laluan yang bertentangan ..

“ Tuan , Esok saya nak SPM , Tolong lah tuan ..” Balas aku

“ Habis tu , Kau Dah tau esok nak SPM , Kenapa kau keluar malam buta , Tak ada lesen .. Lari masuk jalan salah pulak tu ..” Jerit abang polis tadi ..

“ Bang , Kalau masuk penjara boleh ambik paper Spm tak ?” Tanya aku lagi

Abang polis tadi , Tergelak berdekah dekah ..

“ Haih , Macam macam lah korang ni , dah !! Kali ni aku maafkan .. Aku kasi korang peluang ke dua .. Kau kena janji dengan aku jangan buat lagi … dan Aku Harap , Korang berdua ni esok jadi lah “ ORANG “ .. Good luck untuk SPM esok ..” Balas abang polis tadi .. tenang melepaskan aku pergi..

Allahuakbar ..

Ramainya insan yang masih beri peluang kedua … Tapi darah muda cuba menjadi dalang untuk aku terus buta ..

Kalau lah aku dapat berjumpa abang polis tu lagi , Aku nak ucapkan terima kasih , Peluang kedua itu amat bermakna ..

Sempena Hari Ibu ini ,
Aku nak ucapkan …

I Love you so much …Mama ..
No words can replace how beautiful you are as person and a mother .

Thanks sebab jaga aku yang gila gila dari kecik ni …

Dan selemanya aku akan jadi anak Mama .

dan kepada Wife aku
Hana , Yang kini telah menjadi ibu kepada dua anak aku

Zam pun sekarang dah berjaya , jadi Tokey kepada bisnes “ Ayam segar “ Nya ..

Tapi kami masih lagi gila gila sehingga hari ini .

Aku percaya , Berdirinya aku hari ini , Bukanlah disebabkan aku insan istimewa , Tetapi ..

Berdirinya aku hari ini adalah disebabkan peluang kedua .

Jika kita terima peluang kedua , Tak kira apa pun jua . Berkatilah peluang itu .

Kerana peluang itu mungkin bakal menulis perjalanan yang indah buat korang semua .

Dejei , Pasaipa aku mengalir air mata ni ..

Dr Yazeed Hair Johari

Apa Pendapat Anda?

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.