Cerita dia lebih kurang macam ni , Aku ada seorang pesakit dulu … Wanita umur 40 an , Sudah berkahwin anak 2 orang .
Bukan nama sebenar , Ita ..
Masa tu aku masih bertugas di hospital daerah . Macam biasalah kalau tak jaga ward , Aku akan duduk di jabatan pesakit luar , Rawat pesakit follow up
Ita ni selalu datang check up , Untuk Athma dia …
Ita ni peramah orang dia , Kalau dia datang checkup , Mesti bawak kuih , Jajan untuk staff pesakit luar .
Tapi berlainan dengan hari yang lain
Ita nampak suram , Tiba tiba jadi pendiam .
Staff lain tegur pun , Dia acuh tak acuh .
Aku pun hairan juga , Bila aku tanya soalan , Sepatah aku tanya , Sepatah lah dia jawab ..
“ Puan nampak moody je hari ni ?” Tanya aku
Ita masih terdiam , Menunduk ke bawah
“ Hmmm awak tak sehat ke ? Ada masalah lain selain athma ni ? Kalau ikut kita check ni .. Athma awak dah terkawal ..” Balas Aku
“ Hmmm … bukan pasal sakit .. Tapi saya tak tau apa yang saya rasa …” Balas Ita
“ Ermmm , Cuba fikir balik , Rasa tu macam mana , Sakit ke , Sesak nafas ke macam mana ?” Tanya aku
“ Bukan rasa macam tu , Tapi emosi saya ni …” Balas Ita
“ Emosi ? Macam mana tu , Cuba cerita dari awal …” Balas Aku
“ Hmmm , Malam tadi …. Saya di rumah dengan anak anak … Suami belum balik lagi … dia ke laut , Tapi lepas dah kasi tidur anak anak … Saya dengar macam ada bunyi dekat luar ..” Balas Ita
Aku dah mula tercengang , Ini cerita seram ke apa ni …
Aku mula tegakkan kerusi , Rapat ke meja untuk lebih fokus
“ Ok .. Lepas tu apa jadi ?” Tanya aku
“ Lepas saya dengar bunyi tu , saya terus buka pintu luar …. Saya nampak …” balas Ita
“ Nampak apa ?”!!” Aku terus mencelah
“ Nampak suami saya , Sedang mencangkung ….” Balas Ita
Makin suspen dan panik …
aku makin tercengang , Sambil menelan air liur …
“ Ok lepas tu …” Balas Aku
“ Suami saya … Sedang menangis … Menangis teresak esak …” balas Ita
Aku makin tercengang … Masih tak faham ..
“ Kenapa menangis pulak ? apa jadi “! Tanya aku meluru
“ Hari ni tak ada hasil , Bubu ikan dia semua kosong … Tak tahu lah , Tak ada rezeki , Atau dicuri …” Balas Ita
“ Ohhh …. Ok … Ingatkan sebab apa tadi ..” Balas Aku
“ Katanya , Dia rasa bersalah , Bersalah dengan Saya , Bersalah dengan anak anak . Kerana dia , Kami semua tak hidup senang .. Kerana dia kami semua kena hidup kais pagi makan pagi … Dia rasa tak adil untuk saya tanggung beban tu sekali ..” Balas Ita ..
“ Ohh … Hmmm pendapat saya , Suami awak ni baik orangnya , Orang yang bertanggungjawab …” Balas Aku sambil dicelah oleh ita
“ Tapi … Tapi doktor .. saya sebenarnya dah hampir putus asa dengan kehidupan kami … Saya rasa macam dah tak boleh bertahan lagi … Doktor bayangkan la , Ikan dalam
bubu tu bukan selalu ada , Kalau ada hasil pun , Berapa lah sangat , Income tak tentu … Belum lagi bubu selalu bocor , Nak kena repair lagi … Kadang2 Anak anak ni pun terpaksa belapar …. hampir setiap hari juga … Barang sekolah , Apatah lagi , Semua pakai yang lama , Kadang2 ambil jiran punya …” Balas Ita
Aku menelan air liur berkali kali , Bagai tidak percaya …
“ Puan , Ini semua ujian puan , Dulu masa kahwin dengan dia , Dah janji nak susah senang bersama kan ? Atau dia ada buat salah lain yang menyebabkan puan putus asa dengan dia ?” Tanya aku
“ Iya .. Betul …masa kahwin dulu mestilah kita nak sama susah dan senang , Tapi saya tak sangka lah sesusah ini , Saya memang tak boleh tahan lagi … Suami saya memang baik orangnya , Penyayang … Tak pernah pukul anak , Tapi .. Tu lah … Kami ni bukan miskin lagi , Tapi daif …..” Balas Ita merintih suram
“ Hmmm … susah juga ni … Saya pun tak pandai sangat nak nasihat bab ni … Suami ada cuba kerja lain dibandar ?” Tanya aku
“ Doktor , Bukan tak tahu bandar ni kecil je , Peluang pekerjaan bukan senang , Dia dah cuba dah … Susah dapat kerja kosong … Bot dia guna sekarang tu pun menyewa … Masakan nak bayar sewa bot lagi … Saya nak kerja , Tapi fikirkan kos anak anak di rumah jagaan , Belanja makan mereka lagi … tak berbaloi dengan gaji yang tak seberapa doktor … Jadi sayalah jaga anak dirumah ..” Balas Ita
“ Hmm suami tau ke awak dah putus asa dengan dia ?” balas aku
“ Belum , Memang niat saya nak kasi tahu dia minggu ni … Tapi tak sangka pula malam semalam saya ternampak dia menangis , Saya rasa serba salah dah …” Balas Ita
“ Puan , Macam ni lah , Daripada apa yang puan cerita ni , Saya yakin suami puan ni seorang yang sangat bertanggung jawab , Puan ingat senang ke orang lelaki nak mengalirkan air mata ?
Tapi kalau dia sanggup menangis kerana keluarga dia . Puan percayalah cakap saya .. Suami puan adalah yang terbaik pernah wujud untuk puan … Saya ni bukan pakar perunding rumah tangga .. Tapi ini pendapat saya saja , Sebaiknya puan boleh rujuk pada pakar kaunseling rumah tangga …” Balas Aku
“ Dunia ni adil , Puan dapat suami yang belum berkemampuan , Tapi seorang yang penyayang … Itu pun rezeki , Bayangkan kalau puan kahwin dengan orang kaya , Tapi kaki pukul , Kaki arak , Kaki perempuan , Kaki judi …Puan boleh hidup senang tak walaupun ada duit ?” Tanya aku
Ita hanya mendiamkan diri , Mula mengalir air matanya ..
“ Puan kena ingat satu sahaja , Rezeki ni ketentuan allah , Mungkin sekarang susah , Mana tahu lagi setahun dua suami puan jadi orang kaya ? Ini kisah benar tau .. Sesiapa yang terus berusaha pastu akan dapat ganjarannya …” Balaa Aku
“ Puan bertahan lah ya , Puan bantu lah dia semampu puan , Puan jaga anak anak pun dah bagus , saya yakin , Suami puan akan berjaya …putus asa tu semua hasutan syaitan nak runtuhkan masjid … Saya sarankan puan dapatkan khidmat konsultasi pakar rumah tangga dulu ya .. Kalau boleh jangan luahkan perasaan puan tu dulu , Simpan dulu , Dah jumpa pakar .. Fikir semula .. Berbaloikah puan luahkan … Sebab terlajak perahu boleh diundur , Terlajak kata , kekal selamanya ..” Balas Aku , Itulah pesanan terakhir yang pernah aku berikan pada puan Ita
Puan ita berlalu pergi .
Tak sangka , Bila jadi doktor ni , Bukan rawat pesakit je , Tapi ada sesetengah pesakit yang dah biasa dengan kita , Akan kongsikan cerita kehidupan mereka .
Itu lah yang menariknya jadi doktor ni . Macam2 ragam orang kau kena hadap
Aku tulis cerita ni , Bukan apa , Tadi aku dapat panggilan dari tekong mancing masa aku kerja disana dulu , Saja tanya khabar , Kebetulan , Dia ada tambah beberapa bubu baru …
Rupanya , Suami ita sekarang dah berjaya , Disebabkan kegagalan dulu , untuk jimatkan kos , Dia selalu repair bubu sendiri sampai lah dia jadi pakar hasilkan bubu sendiri .
Sekarang ni semua nelayan beli BuBu darinya …
Dah Senang rupanya keluarga Ita ..
Alhamdulillah …
Percayalah kata aku , Setiap lelaki diluar sana mahukan yang terbaik untuk keluarganya ..
Tapi , Aku apa yang aku nak cakap ..
Orang perempuan pula , Janganlah cepat putus asa dengan pasangan kita , Kita tak tahu betapa susahnya mereka diluar sana mencari rezeki . Allah tu maha adil.
Jika dia berlaku baik , Maka baik lah ia , Jika dia berlaku jahat , Maka buruk lah ia.
Kalau SEORANG LELAKI TU MENANGIS KERANA KELUARGANYA … Lelaki itu adalah Lelaki sejati
Air Mata Lelaki , Bukan senang nak mengalir . Dan selalunya kita tak tunjuk kelemahan ni pada pasangan kita .
Kerana kita ketua keluarga
Air Muka yang tenang , Jangan disangka tidak bergelora .
Kepada suami diluar sana ..
I feel you bro !!
Share dan tag lah suami dan kawan korang
Semoga cerita ini dapat beri anjakan kepada yang lain untuk terus berusaha