ADAKAH KITA TERLALU BAIK DENGAN ORANG LUAR ?

Orang Malaysia ni terlalu baik.

Bila orang Malaysia ke Indonesia, orang Malaysia tak kisah guide boleh cakap BM ke tak. Tapi pelancong Indonesia datang Malaysia, kita pula kena cakap Bahasa Indonesia.

Orang asing expect kita panggil Mr Adams kalau nama dia Peter Adams, dan bukan Mr Peter. Tapi orang Malaysia tak kisah orang asing panggil dia Mr Karim, walaupun Karim tu nama bapak dia – nama dia contohnya Hafiz Karim.

Orang Arab datang Malaysia, pakai pakaian Arab, makan makanan Arab (atau McD). Jarang jumpa Arab nak pakai baju Melayu atau nak cuba Nasi Lemak ke apa. Orang Malaysia terutama Melayu kalau ke tanah Arab, tak pakai dah baju Melayu. Orang Melayu terus jadi Arab, pakai jubah tanpa rasa nak tunjuk Islam ni universal dengan cara pakai pakaian Melayu kat tanah Arab.

Orang Jepun datang Malaysia expect orang Malaysia ikut cara kerja orang Jepun. Tapi mampukah kalau kita datang ke Jepun, buka company di Jepun, upah orang Jepun dan pengaruhi orang Jepun ikut cara kerja orang Malaysia?

Orang Malaysia beria2 buat struktur asing seperti Colmar Tropicale atau buat rumah Hobbit bagai, untuk menarik pelancong. Tapi ada ke kita jumpa bangsa asing beria2 juga buat binaan berciri Malaysia kat negara dia?

Pelancong asing datang KL, bersepah jumpa Urut Thai. Ada ke pelancong Malaysia ke Thailand atau negara lain jumpa bersepah2 tempat urutan Malaysia?

Mall kita poyo2 buat jualan produk Jepun la, Kpop la, Taiwan la. Ada ke mall kat Jepun/Korea/Taiwan/mana2 kat luar negara tu beria2 jual produk Malaysia?

Orang Filipina datang kerja kat Malaysia bertahun masih taknak cakap Bahasa Melayu.

Kita pula mudahkan diorang dengan sama2 cakap English. Patut dia yang bersusah2 belajar cakap BM, bukan kita yang kena cakap English. Cuba kau pegi Filipina, nak ke diorang cakap Melayu ngan kau?

Kita ni tak pandai terapkan/impose kemahuan atau nilai kita kat bangsa asing, sebab tu kita mungkin selalu kena jajah.

Terlalu fleksibel kononnya.

Sebab tu aku berusaha mengubah benda ni dan cuba terapkan budaya Malaysia kat luar negara.

Aku pakai Baju Melayu Johor masa buat guiding di Jabal Uhud, Arab Saudi.

Aku pakai kain pelikat kat England.

Dan aku sengaja cakap Melayu dengan waiter Arab, dalam restoran Arab, di Bukit Bintang, walaupun aku bole je nak cakap Arab ngan dia.

Kalau dia boleh faham BM, aku stay dan makan situ. Kalau dia sepatah haram tak reti, aku blah. Selalunya Arab Syria boleh faham dan gunakan BM dengan aku. Terkadang dari Yaman juga begitu. Terbaik diorang sebab sanggup belajar BM.

Jom perkasakan budaya Malaysia.

Dan berhenti jadi baik sangat.

Kredit R Mohd Hafiz

One comment

Apa Pendapat Anda?

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.