6 Tips scam untuk senang kaya

6 Tips Untuk Scam Jadi Kaya Raya

Tadi aku tengok netflix , Tajuk Money Explained .. So dorang cite lah bab2 scam ni . Antara 3 scam yang famous , Ponzi scheme dan MLM . Yang ke tiga terbaru untuk zaman milenium adalah coaching class ..

So coaching class ni biasalah .. Siapa yang tak nak belajar kan ?

Aku masa mula bisnes dulu pun pernah pergi, Masa tu bodoh lagi . .

Nanti aku cerita pengalaman aku . So now kita fokus macam mana dorang buat benda ni ?

Antara yang famous sekarang ialah Bisnes / Marketing / Pengurusan . Kelas ni paling ramai orang nak masuk . Sebab apa ? Sebab semua orang nak kaya !

kononnya nak berniaga kena ada ilmu yang banyak dulu sebelum boleh berniaga .

Tapi ada beberapa taktik yang dorang guna kan .

1 – Nilai – Untuk tarik korang masuk kelas dorang , First dorang akan kondem pekerjaan korang sekarang .

So korang akan rasa down .. Rasa apa yang korang buat ni semua bazir masa .

Lepas tu , Dorang akan tanya ..

“ Assalamulaikum Jutawan 2 semua !!” ( Belum apa apa kau dah jadi jutawan 😂)

“ Siapa nak jadi jutawan ? Kalau nak .. Saya akan bantu .. Klik link dibawah untuk dapat kan tiket kelas saya dengan diskaun sebanyak 70% . Harga asal Rm 100 .. Anda akan dapat Rm 30 . Tapi !! Ada tapi lagi

Tapi kalau anda sign up sekarang , Anda akan berjaya untuk dapat satu tiket free untuk kawan anda ! Cepat ! Seat adalah limited

Of course korang akan tertarik . Korang pun join… Tak sabar nak jadi jutawan gamaknya

2- SEBAB

so bila korang dah sampai dewan seminar tu , Macam biasalah .. Semua orang kena bangun

.. Berjoget bersenam beramai2 ..💃🏻🕺🏻🏃🏻‍♀️

Kononnya nak jadi jutawan kena aktif.. Tak boleh ngantuk2 … 😂

Habis je berjoget .. Penceramah akan tanya satu benda pada korang ..

Iaitu “ Big Why !” Kenapa nak kaya , Kenapa kena jadi kaya ? 🙄

So korang pun terpinga2 apakah jawapan yang betul🥺

So dia pun mula main slideshow .. Gambar dia susah miskin bawak moto kapcai .😏

Kemudian dengan background lagu sedih .. Masuk gambar mak ayah dorang , Pegi haji . Kemudian rumah besar dan super car😁

So masa tu lah kita panggil pre excitement . Bermakna emosi korang dah start lembut . Seakan akan korang dah kenal dia👩‍❤️‍👨

3- Impression🙋🏻‍♂️

So bila hati korang dah soft masa ni lah dorang nak kasi impression . Guna terma2 yang dorang cipta sendiri ..

Dia pun ajar lah skit2 .. Sipi2 je ..

Contoh macam marketing – Dia ajarlah macam mana nak buat facebook ads .. contohnya

Tapi dia takkan ajar habis .

so dengan terma2 nama yang dasyat , Serta tips dan rules ciptaan dorang sendiri

Korang akan mula kagum

So bila korang dah kagum ! Boom ! Ini lah masanya …

4- Testimoni💁🏼

Nak kasi tambah lagi ketaksuban korang …

Maka depa jemput lah bebrapa orang naik pentas kasi testimoni . Sembang bisnes untung juta2 .. Kalah megah holding

Testimoni pun sama , Cerita sejarah masa dia susah .. Dan sekarang dah kaya . Nak lembutkan lagi emosi korang .

Yang kasi testimoni pun kena menangis 😿skit2.. Kononnya tak sangka boleh berjaya …Bak kata maggi -Untuk tambah sesedap rasa..

5- Create urgency .

So skarang lah dorang punya selling point . Setakat rm 30 korang tu macam mana dia nak kaya ?

So target dorang nak pastikan korang masuk premium class ..

so benda yang sama ulang balik

Kelas saya berharga Rm 40000 !
Tapi hari ni , Saya tak nak ramai2.. Tapi kalau korang nak jugak .. Saya kasi 50% diskaun !! So hanya Rm 20k Saja tuan tuan !

Kenapa Rm 20k ?

Sebab saya akan ajar semua untuk korang buat Rm 1 Juta ringgit yang pertama dalam hidup korang ! So apa lah sangat Rm 20k berbanding Rm 1 Juta kan ?

So korang nak saving Rm 20k sekarang atau Nak Buat Rm 1 Juta dengan bantuan saya ?

So ramai lah yang dahagakan Rm 1 Juta mula masuk menderu .

Bayang kan .. Dengan Rm 20k .. Dorang perlukan 50 orang saja yang join . Kalau crowd dewan tu ada 200 orang .

Cukup lah 25% dari jumlah orang yang datang , Berjaya masuk ke kelas premium .

So dalam hari yang sama ..

Dorang yang Buat RM 1 Juta . Bukan kau !

Tapi malangnya .. Lepas kau dah belajar ..

Duit pun dah habis .. Rm 20k Tadi dah terbang .. Kos ulang alik belajar lagi ? Transport ? Makan Minum ?

So kesudahannya .. Kau pun melingkup .. Satu bisnes pun tak start lagi

So proses ini akan terus berulang .

Sampai dia yang kaya raya .

6- Cari Silap Student

Bila kau buat tak jadi .. , Tak kaya macam dia cakap … Selalunya dorang akan sebolehnya cari kelemahan kau .. Sebab dorang dah ajar betul , Tapi kau yang bengap sangat

Banyak step2 yang kau tak ikut . Sebab tu kau gagal . So dia introduce pulak kat coach yang lain . Katanya , Marketing kau dah pandai .. Tapi Managing kau belum pandai

Kena ingat tau , Nanti dorang cakap gini

.. “ Nak jadi jutawan kena pandai terima teguran , buang ego Dan sentiasa bersedia untuk di mentor “

Kalau kau tak turut kan , Dorang kata kau ego . Degil taknak dengar cakap . Sebab tu kau tak jadi jutawan .

Kau pun angguk , Salah kan diri sendiri

So kau pun iyakan saja …masuk kelas coaching pengurusan pulak … Seperti yang disarankan oleh mentor kesayangan kau tadi ..

Sampai kesudah semua coach kaya ..

Kau ? Papa kedana .. Hutang bulanan dengan bank tetap kena bayar

Benda ni pun sama dengan coaching nak kurus .

Kenapa coaching nak kurus berjaya ?

sebab dorang tau .. Benda ni banyak kelemahan

Korang sendiri yang tak boleh disiplin

so jangan salahkan dorang kalau kau tak kurus sampai sekarang .

Kesimpulannya .. Ini lah cara yang paling legit ( Tak menyalahi undang ) .. Untuk jadi kaya raya zaman moden ni ..

Selepas setahun .. Guru2 ni semua dah boleh buat puluhan juta ..

Kau ? Apa jadi dengan kau

Hanya mampu tengok lamborghini dia saja .. Dengan lifestyle terbaru dia

Kalau silap2 kau rindu .. Dont worry muka dia ada je dekat jalan raya signboard besar ..

Ni aku cerita dekat zimbabwe lah .. Tak tau lah kalai benda ni ada dekat malaysia 😜

Apa Pendapat Anda?

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.